You are on page 1of 6

KAMPUS ILMU KHAS KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM INCLUDEPICTURE "http://www.kkbda.edu.my/sks/wpcontent/uploads/2012/01/clipart_of_15085_sm_2-300x225.

jpg" \* MERGEFORMAT

Bina Insan Guru (BIG)

KURSUS PENGUKUHAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN


Tarikh:

16 17 Februari 2013
Tempat:

Hotel Goldcourse, Klang


1.0 PENGENALAN Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia cabaran pendidikan dan arus globalisasi. dan mampu menangani pelbagai

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. 2.0 MATLAMAT Untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0 OBJEKTIF Kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan. 4.0 TARIKH PELAKSANAAN 16 17 Februari 2013 5.0 PENAJA PERASA Management Training & Motivation Consultant

6.0 TEMPAT Hotel Goldcourse, Klang 7.0 PESERTA 40 orang rakan sejawat dari sekolah-sekolah terpilih. 20 orang pelajar Program Pengsiswazahan Guru (PPG), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur dan Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Tempat Kursus Makan dan minum Penginapan Cenderahati Sijil Rencam JUMLAH : : : : : : Ditaja Ditaja Ditaja RM 150.00 RM 150.00 RM 100.00 RM 400.00

9.0 SUMBER PENDAPATAN PERASA Management Training & Motivation Consultant Pelajar-pelajar PPG JUMLAH : : RM 400.00 RM 400.00

10.0 JADUAL KURSUS

16 Februari 2013 (Sabtu) 02.00 petang 02.30 petang 03.30 petang 05.00 petang 07.30 malam 09.00 malam 11.00 malam : Pendaftaran : Majlis Perasmian oleh : Ice Breaking Moto dan sifir kursus. Empat pandangan manusia. : Minum petang / Solat. : Makan malam/solat. : Memahami IQ. EQ dan SQ murid anda. : Minum malam/ tidur

17 Februari 2013 (Ahad) 7.30 pagi 8.30 pagi : Minum pagi : Modul pembangunan manusia: - Mengikut falsafah pendidikan negara - Teori pembangunan manusia. 10.30 pagi : Rehat/ minum pagi. 11.00 pagi : Pembangunan manusia Mengikut hiraki Maslow 12.30 petang : Majlis Penutup 1.00 petang : Makan tengahari/ bersurai.

11.0 JAWATANKUASA KURSUS Penasihat : En. Noor Izan b. Khalid Pensyarah WAJ 3112: Kokurikulum Pn. Hjh. Nur Ruzaini bt. Jailani Pensyarah, Jabatan Matematik dan Sains Merangkap Mentor Kumpulan P4.3 : Hj. Nasaruddin b. Shaarani : Pn. Hazimah bt Hassan Pn. Foo Vooi Vooi : Pn. Norhayati bt. Yahiya : En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi : En. Abdul Halim Bin Mohamad Yusop Pn. Yong Yene Pien Pn. Mariam Binti Johari Pn. Yusnita Binti Yusof : Pn. Norazah Binti Ramdzan Pn. Rosidah Binti Parmin : Pn. Chu Siew Ching Pn. Hasmal Bt Awang : Hj. Nasaruddin b. Shaarani Pn. Hazimah bt Hassan Pn. Foo Vooi Vooi Pn. Norhayati bt. Yahiya : En. Wan Rohimi B. Wan Jusoh En. Mohd Solleh Halim b. Mohd Sokhi : Pn. Sharifah Ruslini Binti Syed Omar Buku : Pn. Ropiah Bt Mat Nong Pn. Nur Azura Binti Ahmad Zahiri : Pn. Zahrah Binti Hasan Pn. Mazura Binti Md Sidek

Pengarah Timbalan Pengarah 1 Timbalan Pengarah 2 Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Juru Acara

Pendaftaran Penginapan Penyambut Tetamu

Juru Kamera Peralatan/ Bahan Cenderahati Aturcara Jamuan dan

12.0 Penutup Adalah diharapkan agar kursus ini akan membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan keterampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Disediakan oleh:

(HAJI NASARUDDIN BIN SHAARANI) Pengarah, Kursus Pengukuhan Pembangunan Modal Insan, Program Bina Insan Guru (BIG), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas, Cheras dan Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.

You might also like