Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Laporan BIG

Contoh Laporan BIG

Ratings: (0)|Views: 184|Likes:
Published by Nor Sharmin Mohd
laporan big
laporan big

More info:

Published by: Nor Sharmin Mohd on Apr 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/21/2013

pdf

text

original

 
REFLEKSI KENDIRI
Setelah menjalani program Bina Insan Guru siri Anak Angkat ini, banyak perkarabaru yang telah saya pelajari. Program ini telah berlangsung di Kampung Sg. DaunTengah selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13, 14 dan 15 Oktober 2011. Persiapan yangrapi telah dibuat bagi memastikan kelicinan perjalanan program ini.Perjalanan program ini sebenarnya bukan hanya pada tarikh perlaksanaannamun ianya telah bermula sejak perancangannya diatur.Terdapat beberapa kalimesyuarat dijalankan bagi mendapatkan perjalanan program yang sempurna danmenarik.Bagi projek Bina Insan Guru semester ini, saya telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa dokumentasi di mana saya dipertanggungjawabkan untuk mengambilgambar sepanjang program berlangsung. Sebenarnya, jawatankuasa ini telah dibinasejak bulan Mei lagi.Selepas beberapa mesyuarat diadakan, akhirnya kertas kerja BIG siri IV telahdihantar pada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan.Disangka panas hinga kepetang, namun hujan ditengah hari, begitulah perumpamaan yang sesuai digunakanbagi menggambarkan perjalanan perlaksanaan program.Segala persiapan masaterpaksa dirombak semula kerana terdapat pelbagai halangan dalam menjayakanprogram ini khususnya dari segi masa. Setelah menunggu dengan penuh sabar,kumpulan Pengajian Melayu P4B dan juga kumpulan Pengajian Pendidikan Khasberjaya menjalankan program selepas menerima lampu hijau dari pihak Hal EhwalPelajar.Saya sebenarnya begitu teruja untuk menjalankan program ini kerana sayaternanti-nanti pengalaman yang bakal saya perolehi.Sebelum saya pergi ke programtersebut, saya telah membuat persediaan peribadi terlebih dahulu.Persediaan peribadiitu sebenarnya ialah pergi mencari hadiah utuk keluarga angkat dan adikangkat.Sebenarnya agak suakar bagi saya memeilih hadiah tanda ingatan itu keranasaya tidak mempunyai pengalaman dalam memberi hadiah kepada keluargaangkat.Namun begitu, saya telah mencuba seberapa yang saya mampu untukmembelikan hadiah yang terbaik buat mereka.
 
Pada 13 September, saya telah bangun dari tidur lebih awal daripada biasakerana begitu teruja dengan program yang bakal saya ikuti ini. Walaupun ia nampakseperti berlebihan namun tidak mengapa kerana program ini hanya sekali seumur hidupyang saya akan lalui. Saya telah bersiap pada jam 10 pagi dan kemudian menuju kekafeteria untuk bersarapan pagi terlebih dahulu. Mengikut apa yang dijanjikan kamidekehendaki berkumpul pada jam 10.30 pagi. Namun apa yang saya dapat lihat, hanyaguru pelatih Pengajian Melayu sahaja yang telah berkumpul pada waktu itu. Saya tidaktahu mengapa guru pelatih kumpulan Pengajian Khas masih belum menunjukkan diripada waktu itu.Penungguan kami sebenarnya tidak membuahkan hasil kerana apa yang kamitunggu tidak tiba. Yang dijanjijan sepatutnya jam 12.00 tengah hari tidak menampakkanbayangnya. Selepas ajk pengangkutan mengenalpasti, rupanya bas tersebutmengalami kerosakan tayar. Kami terpaksa menunggu bas sehingga jam 1.15 tengahhari sebelum bertolak ke Kg. Sg. Daun Tengah. Sebelum bertolak, semua guru pelatihyang beragama Islam telah bersembahyang Zohor terlebih dahulu di surau IPGKSAH.Setelah selesai bersolat, kedua-dua kumpulan guru pelatih berganding bahudalam menyusun barang ke dalam bas.Kami kemudiannya tiba di Sekolah Kebangsaan Sg. Daun Tengah pada jam 2.15petang. Setibanya kami di sana, saya dapat melihat ramai penduduk kampung yangtelah menunggu kedatangan kami. pada saat ini saya rasa gembira kerana mendapat
 
gambaran bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh semua pendudukkampung. kami kemudiannya telah menghadiri majlis perasmian Pembukaan programanak angkat BIG siri IV. Perasmian pembukaan ini telah dilakukan oleh Ketua JabatanHal Ehwal Pelajar, Tn Hj. Ahmad Shobri.Selesainya majlis dirasmikan, majlis diteruskanlagi dengan penyerahan anak angkat.Pada waktu ini saya sangat berdebar keranaperasaan saya bercampur gembira dan gementar.Akhirnya saya menerima ibu angkatyang juga merupakan ibu tunggal.Setelah tamat majlis perasmian, kami semua telah dibenarkan untuk pulang kerumah keluarga angkat masing-masing untuk beramah mesra dan bersuaikenal.Sebelum saya pulang ke rumah mak angkat, saya telah singgah terlebih dahuluke rumah kakak kepada mak angkat saya.Rupa-rupanya, ramai dari kalangan keluargamak angkat saya terlibat dalam program BIG ini. Perkara ini menjadikan saya menjadikeluarga angkat dengan rakan yang lain. Antara rakan yang menjadi keluarga angkatsaya ialah Amarlina, Akma, Adli, Geetha, Ain, Bahirah, Sahidah, dan juga Aini.Perkaraini menjadikan kami sebuah keluarga angkat yang sangat besar.Saya kemudiannya telah pergi ke rumah keluarga angkat saya. Pertama kalisaya berada di sana, saya mendapati keluarga angkat saya merpakan sebuah keluargayang sederhana. Adik beradik angkat saya seramai 4 orang.Kesemua merekamerupakan lelaki.Sepasang kembar yang berusia 16 tahun bernama Azam dan Azim.Anak ketiga mak angkat saya bernama Ejad berusia 12 tahun dan yang bongsu

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->