You are on page 1of 18

Ekonomi Tradisional Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional?

? i) Bercucuk tanam ii) Menangkap ikan iii) Menternak binatang iv) Perlombongan v) Memungut hasil hutan Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional? 1. Merujuk kepada ekonomi sara diri dalam masyarakat Melayu. 2. Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan. 3. Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan, kenduri kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh. 4. Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa. 5. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan. 6. Menggunakan teknologi mudah, peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal dan tenggala. 7. Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan. 8. Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.Kawasan penangkapan dilaut,sungai atau sawah padi. 9. Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian. 10. Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. 11. Aktiviti ekonomi,biasannya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli keluarga sahaja. 12. Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur. Ekonomi Dagangan

Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan? 1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah. 2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar. 3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang. 4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. 5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah. 6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah. 7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah. 8. Melibatkan lebihan pengeluaran. Senaraikan kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu. i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan Senaraikan jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu. i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah Jelaskan kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu. 1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. 2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan. 3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan. 4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. 5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan. 6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

Huraikan perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke 19. 1) Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu. 2) Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi. 3) Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. 4) Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang. 5) Pada tahun 1860-an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir. 6) Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British. 7) Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi,serta mendapat konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama. 8) Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri menyebabkan wujudnya dwiekonomi. 9) British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan getah untuk tujuan eksport. Apakah yang dimaksudkan sistem kangcu. 1) Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. 2) Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam. 3) Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China. 4) Setiap ladang dikenali sebagai kangkar. 5) Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga 20 000 ekar. 6) Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu

pada abad ke -20. 1) Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai. 2) Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta. 3) Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah. 4) Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma. 5) Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibedem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok. 6) Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan letrik. 7) Kemasukkan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. 8) Penubuhan syarikat perwakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Boustead Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby. 9) Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah. 10) Pembinaan infrastruktur seperti jalanraya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dalam pusat pentadbiran. 11) Mebawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah. 12) Berlaku kejatuhan harga kopi. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menstabilkan harga getah.

1) Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922. 2) Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar. 3) Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah. 4) Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934. 5) Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah. 6) Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah. 7) Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah. 8) Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah. Huraikan sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British. 1) Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke -9 lagi. 2) Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan. 3) Antara pembesar yang mempunyai lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat di Selangor dan Datuk Kelana Putera,Datuk Bandar dan datuk Muda Linggi,di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan). 4) Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran. 5) Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India. 6) Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong. 7) Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai Pertengahan abad ke -19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan. 8) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.

9) Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada mereka. 10) Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri. 11) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini. 12) Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal. 13) Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa. 14) Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah. 15) Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek. 16) Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. 17) Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah. 18) Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah. Senaraikan wilayah di China penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. i)Kwangtung ii)Kwangsi iii)Fukien Senaraikan cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. i) Sistem Tiket Kredit ii) Sistem Pengambilan Kakitangan. iii) Sistem Pengambilan rumah kongsi iv) Kemasukan Berkumpulan. Terangkan sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak

abad ke-19. 1) Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran. 2) British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan. 3) Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu. 4) Orang Melayu tidak menentang imigran Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu. 5) Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu. 6) Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah. 7) Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini. Bagaimanakah kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu abad ke 19. Sistem Tiket Kredit 1) Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampungkampung di negara China oleh kheh-thau atau ketua. 2) Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh. 3) Sin Kheh diletakkan dibawah pengawasan nakhoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan. 4) Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu. 5) Sin Kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. 6) Sin Kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

Sistem Pengambilan Kakitangan 1) Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh. 2) Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan. 3) Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi 1) Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. 2) Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. 3) Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya. Kemasukan secara berkumpulan 1) Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. 2) Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke. 3) Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam. Apakah yang dimaksudkan dengan kangani Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India. Bagaimanakah kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke -19.

Sistem Buruh Bebas 1) Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing. 2) Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi. 3) Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki. Sistem Kontrak Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari. Sistem Kangani 1) Seorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. 2) Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. 3) Seorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing. ontoh PENGHARGAAN: Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan "Sekolah Saya". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini. Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Pn. Mariam Bt Md.Zain kerana telah memberi bimbingan dan

teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas 2 Rancangan Khas 1 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan. Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka. Sekian, terima kasih. OBJEKTIF KAJIAN: (contoh ini hanya sesuai digunakan untuk kerja kursus T2) (a) Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah (b) Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah (c) Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah (d) Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah (e) Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat tentang sekolah KAEDAH KAJIAN: (a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat. menemubual tokoh seperti pengetua, guru dan tokoh pelajar. (Nyatakan siapa yang ditemubual) (b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail kurikulum dan kokurikulum sekolah (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan) (c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama, pusat sumber, dan makmal ICT (d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati (e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet (Nyatakan laman web yang digunakan)

KERJA KURSUS TINGKATAN 3


Elemen 1 (Mengumpul Fakta Sejarah)
1. 2. 3. Internet Melawat Tempat Kajian (masukkan gambar2 yang diambil di tempat kajian) VCD (simpan gambar & video berkaitan tajuk kajian)

4.

Akhbar

5. Orang Sumber (mesti ada nama,alamat dan umur serta mesti ada transkripsi perbualan) 6. Majalah/ risalah

Elemen 2
BIL PERKARA 1. 2. 3. 4. 5. 6. TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1.0 Maklumat Asas 1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi 1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi 1.3 Lokasi/ Tempat Kajian 1.4 Pihak yang mengusahakan/ individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan 2.0 Latar Belakang 2.1 Tujuan dijalankan 2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan 2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan 2.4 Produk yang dihasilkan 2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL) 2.6 Kos Pengendalian (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial 3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan 3.3 Sumber Pendapatan 3.4 Penerusan Tradisi Keluarga MUKA SURAT (i) (ii) (iii) 1 2

3.5 Memenuhi Permintaan 3.6 Pembangunan kawasan setempat 3.7 Hubungan Kemasyarakatan 3.8 Industri Hiliran 3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan 3.10 Pelancongan 3.11 Peluang Pekerjaan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 4.0 Prospek 4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi 4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta 4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat 4.4 Saranan dan harapan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 7. 8. 9. RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Elemen 3
Nilai-nilai Patriotisme yang perlu pelajar masukkan dalam tugasan 2
(sekurang-kurangnya 5 nilai patriotisme dimasukkan dalam tugasan 2.) Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia menghormati raja dan pemimpin negara menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara) menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa berbangga dengan sejarah negara Bersemangat Setia Negara

cinta akan bangsa dan negara taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara sedia berkorban untuk bangsa dan negara bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia Bersemangat Kekitaan

bersatu padu dan berharmoni-bertolak ansur dan bertoleransi bekerjasama dan tolong-menolong hormat-menghormati bersefahaman dan bermuafakat muhibah atau semangat bermasyarakat Berdisiplin

berakhlak dan berbudi pekerti mulia mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi bertindak wajar bersifat amanah dan jujur berlaku adil dan bertimbang rasa Berusaha dan Produktif

rajin dan gigih berdikari tabah menghadapi cabaran

menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan berganding bahu membangunkan Negara berilmu dan berketrampilan Tugasan 2: Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia


Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British. A. Pengenalan (3/2 markah) Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan. B. Isi 1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah) Kegiatan Ekonomi Saradiri a. Penanaman Padi. Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar. Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi. b. Tanaman-tanaman Lain.

Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek. c. Hasil hutan . Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli. d. Memburu binatang Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut. e. Penternakan Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu. f. Perikanan Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan. Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai. Kegiatan ekonomi komersial. a. Padi dan beras. Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain. b. Hasil Hutan Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya. Kegiatan pertanian dagang. a. Lada hitam dan gambir Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi

kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai. ii. Kopi Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

b. Tanaman jualan lain Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19. Kegiatan Perlombongan a. Bijih Timah Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor. b. Emas. Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera. B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah ) Kegiatan Ekonomi Sara diri. a. Penanaman Padi. Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotongroyong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. b. Perikanan. Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar. c. Tanaman-tanaman lain. Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. d. Perlombongan Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh. e. Perdagangan. Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu. Kegiatan ekonomi komersial a. Lada hitam Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia. b. Gambir. Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. c. Sagu. Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebunpekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu. d. Perlombongan. Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah ) Kegiatan ekonomi sara diri a. Penanaman Padi Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. b. Tanaman-tanaman lain Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan selang c. Pertukangan Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda. d. Perikanan Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. e. Penternakan Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. Kegiatan Ekonomi Komersial a. Tembakau SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. b. Perlombongan. Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah ) Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.

You might also like