Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
adab melayan tetamu

adab melayan tetamu

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 1,855 |Likes:
Published by ayumeera

More info:

Published by: ayumeera on Mar 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

 
Thursday, May 29, 2008TAZKIRAH AKHLAK ISLAMIYYAH
ADAB MELAYAN TETAMU
Siapakah tetamu? Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samaada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayantetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yangpaling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklahmemuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullahmenjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempohlayanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi 
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamuyang hadir ke rumah kita. Apa ada terhadap tetamu?Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;1. Memberikan layanan yang baikKita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabattangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadikera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamuhadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagarmemberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampubagi kita.
 
2. Menyediakan jamuan yang termampu Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika adaorang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalamtuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Janganmenjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luarkemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yangtermampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlahikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makanbersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makanbersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makanseorang diri.
 
3. Menunjukkan muka yang manis.Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir.Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar
 
tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengantetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual,selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1perkataan je. Tidak boleh sama sekali. Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akanditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yangdiberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda denganAllah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikanganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayantetamu.Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah eratdan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain danmemudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah,ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidaktahu. Salah di sisi Islam. 
APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
 Jagalah adab-adab berikut:
 
1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan datingpada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan dudukterlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumahyang kita kunjungi.
 
2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.
 
3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuktanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.
 
4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nakmelihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izindahulu. Yang itu betul.
 
5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidakelok.
 
6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintuatau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuanrumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedahataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalahtetamu.

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hz Mohamad liked this
Mahadi Ibrahim liked this
Wan Azuan liked this
Ari Thegazette liked this
Racheal Mun Mun liked this
Racheal Mun Mun liked this
Oneng Sasuke liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->