You are on page 1of 48

KAEDAH

DAN

TEKNIK

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

DALAM

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pengenalan Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lainlain. Padanya, kaedah mengajar

bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 4. Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar. 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

1.Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas

itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

2.Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk

memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). 2.1 Konsep Pembelajaran Masteri 1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya: ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. 5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. 6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar. 7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri. 2.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: 1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. 2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-

peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya: i. Modul dan pakej pembelajaran. ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (Programmed Instruction). iii. Audio-tutorial. iv. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. v. Pembelajaran berbantukan komputer. 3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan. 4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan. 2.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu: 1. Penentuan hasil pembelajaran.

2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan 4. Pelaksanaan tindakan susulan.

2.4 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: 1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. 2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. 3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. 4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. 5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.

Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. 8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan. 3.Kaedah Pembelajaran Kontekstual APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer,

tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. 4. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian: Bahagian 1: mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan, prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan. Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. konsep utamanya ialah: berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan.

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri. 4.1 Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan : Aktiviti Bahan/keadaan Carta, spesimen,benda maujud, model Memerhati situasi,proses. Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, Mengukur Menyukat Menimbang Melukis dan melabel perimeter, jarak,pepenjuru. Isipadu, suhu. berat Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta. Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, Mendengar Membaca Menonton syarahan,ceramah. Bahan-bahan bertulis dan cetakan

Tayangan vedio, filem,slid, televesyen,

pertunjukan, simulasi Mencerita Menghurai Menerang, bersoal jawab,berbincang Memasang Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa Prosedur, proses, pemerhatian Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, peristiwa Alat, radas, model Hasil kajian,eksperemen, lawatan, Membuat laporan Menemubual Membuat rujukan pemerhatian Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain. Bahan bacaan, spesimen, tokoh Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan, pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lainMembuat lawatan Merancang Membuat hipotesis lain. Aktiviti pembelajaran Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan Membuat eksperimen fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori

Membuat kajian Mengumpul data dan maklumat

Semua situasi

Menggunakan berbagai-bagai cara Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tanggaular,teka-teki, silang kata, mencari benda

Permainan Melakon simulasi Memeta

tersembunyi, jigsaw dan lain-lain. Peristiwa, situasi dan kejadian. Taburan dan lokasi Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-

Membuat model Membanding

lain. Objek, situasi, proses Benda yang mempunyai persamaan dan

Mengelas Menjadual Menyenarai Menyusun Menganalisa/mentafsir

perbezaan Aktiviti, kepurusan, prosedur. Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh. Benda dalam kumpulan atau kategori Data, maklumat

Membuat perkiraan Membuat ramalan telahan Menyelesaikan masalah Membuat kesimpulan Membuat generalisasi

Berdasarkan data dan maklumat terkumpul

Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan

Isu, situasi Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian Keputusan, Prinsip, hukum, teori

Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi perincian dan nota guru. Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu. Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru (penuh dengan cabaran dan dugaan). Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima dan menangani perubahan. Teori Kecerdasan Pelbagai Konsep dan Definisi Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan Skala 1905. Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek

keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak. Pada tahun 1912, William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian. Menurut Vygotsky, keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.

Potensi Dan Kecerdasan Manusia Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Ditinjau dari aspekaspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Kecerdasan Linguistik Kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

kecerdasan logikal-matematikal Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual. Kecerdasan visual-spatial Kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual Kecerdasan muzik Kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. Kecerdasan tubuh kinestetik Kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Kecerdasan interpersonal Kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

kecerdasan spritual Ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai 1. Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

2. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. 3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas. 4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. 5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Mewujudkan kolaboratif disekolah. 7. Mempelbagaikan penilaian.

Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. 2. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid 3. Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

Kontekstual Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti mindson dan hands-on. Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Guru berupaya: 1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. 4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan

kontekstual.

Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Konteks pembelajaran yang pelbagai Budaya Sosial Psikologi Fizikal 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah Makmal Tempat kerja

Kehidupan harian 3. Kepelbagaian disiplin ilmu Matematik Sains Komunikasi Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan

Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut ,ia dapat diringkaskan menjadi REACT a) Relating (menghubungkait) Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan

pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

b) Experiencing (mengalami) Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh

dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajarpelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa melawat kawasan bersejarah dan diceritakan sumbangan tokoh-tokoh. Pengalaman ini boleh digunakan sebagai satu tauladan dan meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tokoh-tokoh dan tempat bersejarah. c) Applying (Mengaplikasi) Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan, merayakan hari kebudayaan, dan sebagainya.

Contohnya, apabila murid mempelajari teori dan konsep menghormati orang yang lebih tua. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu dengan orang yang lebih tua seperti guru, atuk, nenek dan sebagainya. d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu

kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Penyelesaian untuk meyiapkan tugasan tersebut memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu kumpulan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e)

Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara menghormati orang tua di sekolah, seterusnya dengan ilmu yang diperolehi tersebut, murid dapat mempraktikkan ilmu tersebut apabila bertemu dengan orang yang lebih tua dengan cara memberi salam, senyum dan sebagainya.

Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, dan terdorong melakukan aktiviti hands-on. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contohnya sebelum cikgu mengajar tajuk keluarga kembangan, guru boleh menyuruh murid melakonkan watak dalam suatu ahli keluarga tersebut dan ini akan membuat murid tertarik dan bermotivasi serta bersedia dengan apa yang akan di ajar oleh guru selepas aktiviti tersebut. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio Kesimpulan

Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

Konstruktivisme Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910), Pendidik yang cekap harus

melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. Fasa Keempat

Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi.

Konstruktivisme

adalah

satu

fahaman

bahawa

murid

membina

sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme
y y y

Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional.

Implikasi Konstruktivisme

1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Semasa menyampaikan pengajaran sivik dalam kelas, guru harus boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja. Jika demikian halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan. Dalam pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan, sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta pengajaran yang hendak disampaikan. Teknik pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa objekif. Di antaranya ialah : a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara ang yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.

b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini ditakrifkan sebagai cara atau alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Cara-cara atau peralatan itu meliputi pelbagai jenis cara bermain (permainan), perbincangan, penyelesaian masalah, bercerita, bersyarah, berlakon, latih tubi, tunjuk ajar dan menghafaz. Caracara lain seperti menggunakan filem 16 mm, televisyen, radio, video, simulasi, buku teks, lawatan boleh digunakan sebagai teknik mengajar. Berikut adalah di antara teknik-teknik mengaar yang biasa digunakan.

Teknik Bercerita. Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu tadi. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran akan lebih berkesan. Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Janganlah disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut: a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut. c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai yang hendak disampaikan itu. d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini. e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu. f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat bantu mengajar. g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Teknik Bersyarah. Teknik bersyarah sering juga diertikan sebagai teknik kuliah dan ia melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Teknik ini sebenarnya banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif, dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Interksi satu hala seperti yang biasnya berlaku, tidak banyak dapat melibatkan aktiviti murid.

Bersyarah bukanlah bermakna membaca sahaja daripada sesuatu teks, tetapi guru mestilah menerangkan, memberikan intepretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan dapat memudahkan muridmurid memhami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik ini tidaklah semestinya digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar dan ia boleh disingkatkan. Waktu-waktu yang selebihnya boleh dijalankan perbincangan. Waktu yang terlalu panjang untuk satu-satu syarahan itu hanya akan membosankan dan murid tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengajaran sepenuhnya. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah kerana masa penumpuan perhatian mereka singkat . Teknik bersyarah ini mempunyai beberapa kelebihan. Guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru dapat dikmukakan sekaligus. Dengan itu masa tidak terbuang sebagaimana yang berlaku apaila murid-murid itu dibiarkan belajar sendiri atau berbincang. Walaubagaimanapun, kejayaan teknik ini sebagai salah satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru yang menyampaikan syarahan tersebut. Di sudut lain, kelebihan-kelebihan yang ada pada teknik boleh menjadi lemah jika ia disalahgunakan. Guru-guru yang tidak mahir menggunakannya akan hanya menambahkan kesusahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus terlebih dahulu menyelidik dan meninjau setakat manakah kebolehan murid-murid mereka unttuk mengikuti syarahan yang disampaikan.Pastikan sama ada mereka telah boleh memahami konsep-konsep, pekara-perkara asas yang menjadi isi bagi bahan yang dikuliahkan. Setelah mengkaji maklumat-maklumat mengenai mengenai muid, guru harus merancang dan menyusun kuliahnya dengan rapi. Disamping perancangan ini, guru harus juga menyediakan rangka kuliah, dicetak dan diedarkan kepada kelas. Rangka kuliah seperti ini menjadi panduan kepada muridmurid. Selain daropada itu guru harus banyak menggunakan rangsangan seperti peta, bahan pengajaran sebenat, papan tulis dan sebagainya.

Berikut diperlihatkan beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik bersyarah: a) Sediakan nota-nota yang mencukupi. b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu. c) Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah. Masalah-masalah itu boleh dituliskan di papan tulis. Kaitkan isi pelajara dengan masalah-masalah ini. d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang penting sahaja. e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk peraturan biasa. Jangan baca sahaja, guru harus menerangkan, membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea dan sebagainya. f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan. g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran tersebut. h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid. i) Guru harus membuat kesimpulan di akhir syarahannya. Ini boleh dilakukan dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara yang penting.

Teknik Berbincang. Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu dan mengarahkan pandangan pandangan mereka ke suatu prinsip yang menyeluruh. Melalui teknik mengajar ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan dan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama

bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas. Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan: a) Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid. Ia juga harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka. b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh murid. c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaru dan ia mungkin dapat mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan. d) Bahan-bahan harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut: a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan . b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dicapai. c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka. d) Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke jalan yang betul e) Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut manamana yang penting. Selepas itu guru bolehlah meneruskan dengan aktiivitiaktiviti seperti penulisan.

Teknik Main Peranan. Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya, main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut sebagai ambil peranan atau sosiodramayang mementingkan interaksi iindividu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya, atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Selepas itu diminta mereka melakonkannya. Teknik ini menekankan perkara-perkara berikut : a) Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai, alat kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya. b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya. c) Sewaktu main pernan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila sampai pada penghujung masa yan sesuai, guru harus menamatkannya. d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. Perbincangan harus menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi perkara yang dituturkannya an mnilai sama ada main peranan itu telah dapat menyelesaikan masalah asal.

Teknik Bersoal Jawab. Teknik ini adalah satu cara penyampaian pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukanlah kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid.

Teknik soal jawab mementingkan perkara-perkara berikut : a) Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Ia tidak dikaburkan dengan hentian-hentian yang tidak diperlukan. Soalan itu harus disebut dengan cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan khusus kepada orang tertentu dalam kelas. Soalan-soalan itu tidak seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid. b) Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Sebaik-baik sahaja menyoal, guru harus berhenti sekejap dan memerhatikan seluruh kelas. Biasanya memang ada isyarat-isyarat bukan lisan yang dapat menyatakan sama ada seseorang murid itu sudah bersedia untuk menjawab. Mengangkat tangan itu menyatakan secara formal bahawa seseorang itu telah ada jawapannya tetapi sebelum ini ada-ada tanda lain yang harus diperhatikan. c) Soala-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. Guru harus mengurangkan kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid tertentu d) Soalan-soalan yang dikemukan itu juga haruslah bersifat mencungkil. Guru patutlah membentu murid-murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul. Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara mendalam dan berkesan. e) Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat. Soalan-soalan ini mungkin akan mengelirukan.

KOMPONEN UTAMA PENGAJARAN Komponen utama pengajaran berasaskan model Glaser Secara umum, sesuatu proses pengajaran mempunyai empat komponen asas iaitu: 1.Objektif pengajaran 2.Pengetahuan sedia ada, 3.Kaedah pengajaran 4.Proses penilaian. Pada setiap komponen, guru memberikan maklum balas untuk membantu dan membimbing pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep. Model umum proses pengajaran yang melibatkan empat komponen ini adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Glaser (1968) adalah seperti rajah di bawah

Proses pengajaran berasaskan Model Glaser Model Robert Glaser Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan

pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Sim Selain membahagikan sesuatu pengajaran kepada empat komponen asas di atas, terdapat juga kecenderungan melihat proses pengajaran sebagai interaksi antara sumber pengajaran (persekitaran dan isi pelajaran) dengan manusia (guru dan pelajar), berasaskan kepada matlamat tertentu(objektif). Interaksi antara kelima-lima komponen dalam sesuatu proses pengajaran ini adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Model pengajaran Sim

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Generatif Model pengajaran ini diperkembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). Model ini adalah berguna untuk tujuan mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran yang telah sedia diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah fasa cabaran iaitu semasa pandangan beberapa tokoh seperti tokoh kemerdekaan yang menerangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Guru akan cuba mewujudkan satu keadaan sama ada pandangan itu diterima sebagai lanjutan kepada pemahaman awal pelajar mahupun pandangan itu bertentangan dengan pemahaman awal mereka. Oleh itu, objektif pengetahuan yang ingin dicapai adalah pada asasnya menumpu. Model ini sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubahsuai apa yang telah diketahuinya. Model pengajaran interaktif melibatkan empat komponen/fasa seperti jadual di bawah. Komponen/fasa Persediaan Aktiviti guru Meninjau pendangan Aktiviti pelajar

pelajar secara informal Mencetuskan pandangan tokoh Mengenalpasti pandangan lama dan sebabnya satu

pandangan lama ditolak. Fokus Menetapkan konteks. Mula memberi sumbangan perbincangan

Menyediakan pengalaman kepada yang memotivasikan

tentang konsep Memikirkan apa yang

berlaku, menanya soalan

Menyertai dan soalan

menanya berkaitan dengan konsep. dan dan Menentukan memerihalkan diketahuinya apa dan yang

terbuka diri

berorientasikan individu. Mentafsir pelajar.

tentang

gerak

balas peristiwa berkenaan. Menjelaskan pandangan

Mentafsir dan menjelaskan diri tentang konsep. pandangan pelajar Membentangkan pandangan diri kepada

kumpulan dan kelas melaui perbincangan persembahan. Cabaran Memperkenalkan pandangan pejuang Membandingkan tokoh-tokoh dan

tokoh-tokoh pandangan

kemerdekaan, dengan pandangan kelas. analogi, konsep mentakrif Menguji pandangan kesahan dengan cara

menggunakan mengemukakan alternatif dan

semula istilah. Mengemukakan bukti-bukti yang pandangan menyokong tokoh-tokoh

mendapatkan bukti.

pejuang kemerdekaan. Aplikasi Meminta menggunakan tokoh-tokoh pelajar Menimbangkan aplikasi

pandangan untuk diri sendiri, waktu kemerdekaan lapang, pekerjaan dan

dalam konteks diri mereka.

persekitaran.

Memudahkan mengaitkan

pelajar Menikmati permainan, tekakonsep ini teki, kuiz, perbincangan

dengan konsep lain yang yang mengeratkan konsep dipegang mereka. Memikirkan masalah yang dapat diselesaikan dengan Menyelesaikan mudah dan elok dengan yang menggunakan tokoh praktikal masalah dengan konsep baru dengan bidang

pemahaman yang lain.

pandangan menggunakan yang sebagai asas.

pejuang

diterima umum Contohnya Tunku Hussein sebagainya. Abd pandangan; Rahman,Tun Onn dan

Komponen/Fasa Model Pengajaran Generatif

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif melibatkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam struktur dengan matlamat bekerjasama, berlainan dengan struktur yang bermatlamat bersaing atau berindividu secara kaedah pembelajaran tradisional. Pembelajaran koperatif dicirikan melalui saling bergantungan secara positif di kalangan setiap ahli kumpulan, tanggungjawab individu kepada kejayaan kumpulan, interaksi bersemuka dalam ahliahli kumpulan, kemahiran kolaboratif dengan interaksi sosial serta pemprosesan refleksi tentang cara perbincangan dijalankan. Kajian telah menunjukkan bahawa model pembelajaran ini membawa kesan positif kepada pencapaian akademik, harga diri,

saling hormat antara budaya, tingkahlaku, kerjasama, dan sikap terhadap ahli yang kurang upaya. Pembelajaran koperatif menekankan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis dan penilaian. Guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan pembelajaran jenis ini. Persediaan bahan dan maklumat bacaan adalah paling penting kerana memerlukan bahan rujukan secukupnya semasa perbincangan dijalankan. Terdapat beberapa jenis pembelajaran koperatif. Tiga jenis yang popular ialah Student Team Achievement Division (STAD), Jigsaw, dan Group Investigation (GI) yang disenaraikan mengikut format tiga fasa dalam pembelajaran koperatif seperti jadual di bawah.

Persediaan

Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar belakang.

Pandangan terdahulu
Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk

Aktiviti penerokaan
Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk

Penyoalan pelajar
kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk

Penyiasatan
Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat, katakan 2-3 soalan sehari.

Pandangan kemudian
Kenyataan individu atau kumpulan dikumpul dan dibandingkan dengan kenyataan awal mereka.

Refleksi
Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa yang masih perlu diselidiki. Komponen dalam pengajaran koperatif

Komponen Utama Pengajaran Mengikut Model Lima Fasa Needham Model Pengajaran dan Pemelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan dalam "Children's Learning in Science Project" (Needham, 1987). Terdapat lima fasa/komponen dalam model ini. Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea, sama seperti set induksi, fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi pemelajaran. Fasa kedua, iaitu dalam pencetusan idea, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran. Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Seterusnya menerusi fasa ketiga, iaitu penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami dan berguna. Dalam fasa keempat, iaitu penggunaan (aplikasi) idea, murid boleh

menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali (refleksi) merupakan fasa yang terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti berikut: 1. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan mereka dengan suasana pemelajaran. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar.

2. Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. 3. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik, mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri, menguji kesahan idea-idea sedia ada, melakukan pengubahsuaian, pengembangan/pertukaran idea. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru, amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru. 4. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea): Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti penulisan kerja projek dan reka cipta. 5. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini sesuai dilaksanakan jika sesuatu P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran itu menekankan aktiviti hands-on dan mindson.

Unsur-Unsur Pengajaran Berkesan Pendahuluan


Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bagi

bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran

berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, terdapat tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Rancangan Pengajaran Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru,ia perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti. Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi , seseorang guru mestilah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul PSVK yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Guru juga mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti

persembahan power point, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini akan membantu seseorang guru itu untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan. Membuat Rujukan Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga seseorang guru juga mestilah membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa dalam kelas sewaktu sesi P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Selain dari membaca dari buku-buku rujukan, guru juga boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan akhbar. Selain itu juga, guru boleh mengadakan perbincangan ilmiah intellectual discouse bersama rakan guru yang lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seorang guru Pendidkan Sivik seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sebanyak mungkin kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat bulat tanpa diterangkan rasionalnya. Seorang guru mestilah mempunyai

pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar dan kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Komunikasi Berkesan. Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

seseorang guru mesti bijak dalam menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi

adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan.

Selain menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat, seorang guru juga perlu memastikan nada suaranya sentiasa berubahubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi guru dan pelajar berlaku dua hala iaitu dengan kaedah penyoalan dan pelajar menjawab. Dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar, maka guru perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif kanakkanak sekolah rendah. Kaedah komunikasi berkesan yang diamalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar. Selain komunikasi secara lisan, seorang guru juga perlu mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray

Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah

komunikasi yang berhikmah, bijaksana, lemah-lembut dan percakapan yang baik diharap akan menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berjenaka. Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan

perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila seorang guru itu melihat keadaan bilik kuliah

menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka ia sepatutnya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu ia perlu dipastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi

seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang

menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education, menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri guru yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. dan pembelajaran. Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi & Penilaian Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, seseorang guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Guru juga boleh meminta supaya pelajar menilai pengajarannya dengan mengisi borang soal selidik. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh membuat penilaian semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan. Dapatan atau tindak balas yang diterima daripada pelajar akan berguna Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga

memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran

untuk

seseorang

guru

memperbaiki

cara

pengajaran

demi

pengajaran

dan

pembelajaran berkesan di masa hadapan. PENUTUP Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi: Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.( Y.B Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya seorang guru yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. Sekian.

You might also like