Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
430Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ilmu pendidikan-pengajaran dan pembelajaran

ilmu pendidikan-pengajaran dan pembelajaran

Ratings:

4.67

(12)
|Views: 19,085 |Likes:
Published by Tu'yuk comel

More info:

Published by: Tu'yuk comel on Mar 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
PENGENALAN
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran parapelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar ataugurubukan sahaja harus dapatmenyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka jugamenciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasanapembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkankebajikan dan keperluan pelajar.Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segikebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategipengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilihkaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dankebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupayamenarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yangdipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isipelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus bolehmempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancangpersedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perludiselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilihitu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderunganserta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentangkaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang
1
 
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana mampumenjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
KONSEP PENGAJARAN
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segalasesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yangdipentingkan dan ia juga meliputi
 
segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmupengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspekcontohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaianyang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuanpelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam prosespengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah lakupelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dankepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yangmenukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dankepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah lakuadalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuanpula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitumengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan buktiyang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda ataudusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaituugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan,pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkaitrapat dengan konsep pengajaran.Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialahintruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti
2
 
Ilmu Pendidikan-KPLI SR
2009
mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafalfakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.
KONSEP PEMBELAJARAN
Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuandan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalampercubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasibaru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itubertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkahlakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia jugamembolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris,kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhabbehavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaranadalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalahdihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telahmenumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yangmenghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar bolehdiperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnyatindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapatdibentuk dan dikekalkan.Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapatbahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dantidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Merekamenekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalampembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proseskognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->