You are on page 1of 18

Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

PENGENALAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang
persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu
diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih
itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan
serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang

1
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
KONSEP PENGAJARAN

Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek
contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian
yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses
pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku
pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang
menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku
adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan
pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu
mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti
yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau
dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu
ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan,
pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait
rapat dengan konsep pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah
intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti
2
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal
fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.
KONSEP PEMBELAJARAN

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan
dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi
baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu
bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah
lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga
membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-
teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris,
kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab
behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah
dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah
menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan
jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka
menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses
kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai

3
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat
mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan
berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori
simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas
dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif
untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab


behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh
Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang
dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai
aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran
dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain.
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan
perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan
kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai


proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi
kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau
pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui
latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah
perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini
bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati
mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan

4
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan


berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.

TEORI PEMBELAJARAN

Teori Behavarious
Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F
Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran
kepada guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan
ransangan adalah suatu proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori
Rangsangan- Gerak balas.

1. Teori Thorndike
Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak
dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal
atau sebgai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan
kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hokum pembelajaran
Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian
saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis
pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran
ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman.

Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh


Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

5
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan


oleh Thorndike sebagai:
a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka
pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk
mengubah tindakkannya itu.
b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir
dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua
gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan
dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.
c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan
dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balan
dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan
mengulang) tidak dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak
balas akan bertambah lemah.
iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan
gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan
selepas terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan
melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua,
sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah,
teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.

2. Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan daripada ransangan.
Ransangan pula ialah, apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak

6
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

balas. Hasil daripa kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh


berlaku kesan daripada kaitan antara ransangan dan gerak balas.

1. Ransangan Tak Terlazim :


Gerak Balas Tak Terlazim :
makanan rembesan air liur dikesan

Gerak Balas Tiada Kaitan


2. Ransangan Terlazim : bunyi dengan tindak balas tak terlazim,
loceng
misalnya perhatian anjing sahaja.

3. Ransangan Terlazim-Ransangan Tak Terlazim-Gerak Balas Tak Terlazim


(bunyi loceng) (makanan) (rembesan air liur)

4. Ransangan Terlazim – (Perkaitan Baru) – Gerak Balas Terlazim


(bunyi loceng mengganti makanan) (rembesan air liur dikesan)

Rajah 1: Model pelaziman Klasik Pavlov


7
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

3. Teori Pelaziman Operan Skinner

Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi


dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang
pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus,
burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang
berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam eksperimennya, beliau meletakkan
seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skiiner’. Kotak itu dilengkapi alat penekan
padadindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada
permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak
sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji
makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu
mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan
tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.

Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini


menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini
menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan
butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran
mellaui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran
dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang
baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.

8
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

Mazhab Kognitif

Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan
pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan
kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.

1. Teori Pembelajaran Kohler

Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen


dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk
mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan
sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. Cimpazi mula menggunakan
cara melompat, tetapi gagal untuk mendapatkan pisang tersebut. Ia pun berhenti
seketika. Ketika berhenti, cimpazi melihat di sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba
cimpazi itu mengheret melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak ke bahagian
sangkar di mana pisang itu tergantung. Ia menyusun kotak-kotak secara bertindih
sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya memanjat kotak-kotak itu. Dengan
itu, cimpazi itu telah berjaya mendapatkan pisang tersebut.

Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:


i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi
ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah
berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara
ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.

9
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu
mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan
memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar
secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini
juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan
haiwan lain.

Teori Konstruktivisme

Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,


pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah memberi
sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan
perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977).

Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar.


Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada
dalam dirinya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama
yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang
boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran
pengetahuan.

Mazhab Humanis

Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu
akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah
sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan
perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang
berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang
utama, antaranya:
i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.

10
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

PROSES PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran melibatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada di
pesekitaran mereka. Ransangan-ransangan yang diterima dari persekitaran akan diproses
dalam otak dan dijadikan pengalaman dan ilmu. Pengalaman dan ilmu yang diperoleh
boleh dilihat sebagai perubahan tingkah laku manusia. Rajah di bawah menggambarkan
satu proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.

2. Pemilihan 4 Membentuk 6 Perubahan


ransangan pengalaman tingkah
yang sesuai atau ilmu laku.
oleh organ pengetahuan.

11
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

1. Ransangan- 3 Pemikiran erti 5. Mengamalkan


ransangan. ransangan dalam situasi
dalam otak. yang sepadan.

Rajah 2 : Proses Pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.

Sekiranya terdapat tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada barulah berlaku
proses pembelajaran. Ia kan berterusan sekiranya terdapat motivasi yang sesuai. Proses
pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan
dikekalkan. Pelajaran merupakan proses yang mempunyai beberapa peringkat beroperasi
secara sistematik. Proses ini bermula dari penerimaan ransangan melalui organ deria
manusia, diikuti pembentukkan konsep dan akhirnya berlaku perubahan tingkah laku ke
tahap yang lebih tinggi.

Ini dapat disimpulkan bahawa kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan


intelek, psikomotor, emosi dan kematangan seseorang pelajar untuk membolehkan ia
menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan.

LIMA CARA GURU DAPAT MERANSANG DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI

Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dan Konstruktivisme Terhadap Pengajaran


Dan Pembelajaran Di Dalan Bilik Darjah. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-
prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi
pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara
pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan
kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Di sini
terdapat lima cara guu dapat meransang dan meningkatkan pengajaran pembelajaran
berdasarkan teori iaitu:

12
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

i. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Sosial Murid


Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan
beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan. Kanak-
kanak ialah Pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya,
sebaliknya dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru
berperanan sebagai penolong, pemudah cara atau fasilitator, dan perancang.
Guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.

Guru perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan


berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan
membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada.
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar. Interaksi dan pertukaran
idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali
fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.

Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan tahap kebisingan tertentu yang
dibenarkan. Ini disebabkan interaksi antara pelajar yang lebih cergas dan aktif.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanak-
kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan
memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.

Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan


pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya, proses
pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum
tersebut perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Integrasi
kurikulum merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian.

13
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

ii. Latihan
Mengikut teori Thordike latihan dan pengulangan amat penting bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar. Pembelajaran juga boleh berlaku
melalui pembiasaan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan pelajar-
pelajar da lam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan,
perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. Dalam proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku. ni bermakna perkara yang
dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B.

Latih tubi merupakan satu lagi strategi instruksional yang digunakan. Kaedah
latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza iaitu
permainan dan kertas kerja. Latihan yang disediakan dalam kedua-dua bentuk
ini boleh digunakan oleh guru secara berulang-ulang untuk mengukuhkan daya
ingatan pelajar tentang topik yang telah diajarkan dengan harapan pelajar akan
dapat menguasai konsep yang terdapat dalam topik tersebut melalui hafalan.

iii. Peneguhan
Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia. Ia berlaku
kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal.
Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk program memodifikasikan
tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut.
Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan
dan tindak balas yang cepat. Apabila tindakbalas semakin teguh seseorang
akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang.

Menurut Skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Untuk
mengaplikasikan teori ini guru perlu menggunakan peneguhan positif seperti
memberi pujian atau hadiah untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin

14
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

pengulangan tingkah laku yang diingini itu. Objektif pendidikan yang ingin
dicapai perlu realistik. Jika tidak, pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan
membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan berlakunya peneguhan
negatif.

Sebagai seorang guru, peneguhan ini boleh digunakan dalam proses


pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan ‘bagus’, ‘baik’ dan sebagainya
apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini dalam proses pembelajaran. Oleh
itu, seorang guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya maklum balas tentang
prestasi mereka, sama ada berjaya atau sebaliknya.

Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui
pelaziman klasik. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
dilazimkan atau dipelajari serta dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian setiap kali
pelajar mendapat hasil yang baik, maka gerak balas itu akan berterusan.
Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Di dalam bilik darjah,
guru perlu memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik
sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.

iv. Menggalakkan Murid-Murid Berfikir


Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas, boleh dikatakan semua teori
tersebut menunjukkan ransangan terhadap pemikiran. Pendekatan ini
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar.
Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses
pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai
kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti.

15
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

v. Belajar Mengikut Kemampuan


Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli
psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman
dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan
perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus.
Dengan memahami teori perkembangan Piaget, seseorang guru harus
menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

PENUTUP
Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik
darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu
psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi
kejayaan kepada pelajar.

16
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan, proses pembelajaran dan


pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru
menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud


seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran
membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini
akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan
lebih mudah.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu, bukanlah satu perkara mudah, kerana ianya
memerlukan pengorbanan, kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah
pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

BIBLIOGRAFI

Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

17
Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas


(Semester 1). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur.
Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd.

Mook Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen
1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

18

You might also like