You are on page 1of 15

Teori Perkembangan Moral KanakKanak

Teori Perkembangan Sosial Albert Bandura & Emile Durkheim

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Teori Perkembangan Sosial Albert Bandura


Albert Bandura
Seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu (dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan). Eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya.
Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Albert Bandura berpendapat sesuatu tingkah laku dipelajari menerusi interaksi dengan orang lain dan persekitaran. Semasa berinteraksi seseorang itu akan memerhatikan tingkah laku dan seterusnya meniru perbuatan tersebut. Proses ini dipanggil modelling iaitu pembelajaran melalui permodelan (pemerhatian dan peniruan). Tingkah laku model dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Individu meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi individu lain sebagai model.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Selain itu, individu akan memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. 4 unsur utama teori pemodelan Bandura ialah perhatian, mengingat, reproduksi, peneguhan atau motivasi individu. Dalam teori Bandura, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intristik. Persekitaran pula sebagai rangsangan luar. Tingkah laku dirujuk sebagai tindak balas. Pembelajaran merupakan interaksi antara motivasi intristik dan tingkah laku individu dengan persekitaran.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Perkembangan Moral dan Kanak-Kanak


2-4 tahun
Mereka belum menyedari adanya peraturan dalam kehidupan mereka. Mereka berbuat baik untuk dipuji dan menunjukkan protes apabila marah. Kanak-kanak pada peringkat umur ini cuba melakukan sesuatu tingkah laku tanpa tahu sama ada tingkah laku tersebut sesuai atau tidak sesuai dan betul atau tidak. Ketika ini, keinginan mereka kuat untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Mereka juga suka meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

4-6 tahun
Pada peringkat umur ini, kanak-kanak mula memperhatikan atau meniru cara kanak-kanak yang lebih besar daripada mereka. Kanak-kanak hanya meniru semata-mata untuk dirinya sendiri. Mula menyedari adanya peraturan dan ketaatan yang telah dibuat dari luar dirinya dan harus ditaati. Mereka memandang sangat salah apabila sesuatu peraturan itu diubah mahupun dilanggar.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Kesimpulan
Pembentukan tingkah laku baru akan berlaku pada setiap peringkat umur. Kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun banyak menunjukkan pemerhatian dan peniruan mahupun penglibatan mereka terhadap peraturan, hukuman serta ganjaran. Teori Lawrence Kolhberg dan Albert Bandura yang boleh digabungjalinkan dalam menganalisis dan mengkaji tentang peringkat-peringkat perkembangan moral dan tingkah laku kanak-kanak awal.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Dalam pendekatan kedua-dua teori tersebut, dapat menunjukkan bahawa perubahan tingkah laku kanakkanak sentiasa berlaku melalui pengalaman-pengalaman yang di luar jangkaan.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim


Emile Durkhem Dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis, yang terletak di Lorraine. Ia berasal dari keluarga Yahudi Perancis. Durkheim sangat mementingkan tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan integriti mereka dalam era moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak lagi dapat dipastikan.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Masyarakat Dan Moraliti


Ibu bapa mempunyai pengaruh yang penting terhadap perkembangan moral kanak-kanak. Tetapi kemungkinan besar penekanan ibu bapa yang bertindak sebagai individu utama dalam sosial kanakkanak mengabaikan peranan konteks sosial yang lebih luas dalam perkembangan kanak-kanak.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Durkheim mencadangkan, kesedaran tanggungjawab moral muncul daripada perasaan dekat dengan masyarakat. Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authoriti yang mengesahkan moraliti. (Durkheim, 1906) Moral mempunyai kuasa kerana ia mengawal kelakuan manusia sebagai jenis ikatan sosial atau kontrak.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Moraliti dan Kanak-Kanak


Bagi memahami moraliti, Durkheim berhujan kanak-kanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial. Oleh itu, perkembangan sosial berlaku dengan mengenakan peraturan itu terhadap kanak-kanak oleh orang dewasa. Durkheim (1925) mengatakan bahawa pendidikan moral memerlukan kanak-kanak memupuk semangat disiplin berkaitan dengan fikiran dak kelakuan moral.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Semangat disiplin disemai apabila kanak-kanak itu pergi ke sekolah. Di rumah, perasaan mesra dan tidak mementingkan diri sendiri antara ahli keluarga dapat mengaburkan keperluan peraturan yang tegas dan cepat. Sebaliknya di sekolah, kanak-kanak itu mengalami pengalaman pertamanya salam institusi sosial yang lebih formal dan perlu taat kepada peraturan kolektif. Guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

Kekuatan Teori Durkheim


Membenarkan perbuatan konsep moraliti sebagai proses sosial. Meletakkan individu dalam sebuah masyarakat ataupun kumpulan sosial yang berkongsi amalan ataupun peraturan yang ditetapkan.

Amira Izzati Binti Hamdan & Rebia Anak Kampit

You might also like