Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
RUMUSAN KARANGAN Vandalism Dan Rasuah

RUMUSAN KARANGAN Vandalism Dan Rasuah

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 6,873 |Likes:
Published by addylistmax

More info:

Published by: addylistmax on Mar 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2013

pdf

text

original

 
RUMUSAN KARANGAN
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara danrakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama ,malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yangburuk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukardibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa , akanmembawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara sepertiyang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia .
 
Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalamfenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa , kesedaran seluruhmasyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomiyang kian pesat .
 
Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akanmemberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akanturut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedangmencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikanMalaysia sebuah negara maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orangramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistemperundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakankerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya , maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkanseseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yangmengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telahditetapkan .
 
Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisiskepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang bolehmenyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanjamelebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini ,rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapadaripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpalboleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangigejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan .Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal .
 
 
 ( 30 m )
 
(Diubahsuaikan daripadaMinda Pengarang Berita Harian 15 Februari 1997 )
 
Contoh 1 merumuskan karangan
 
- JAWAPAN -
 
Pendahuluan
1.Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini danusaha usaha untuk membendungnya. ( 2 M )2. Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini .( 1 M )
Isi tersurat
1. Rasuah menjejaskan system pentadbiran sesebuah negara ( 2 M )2. Menggugat kestabilan sosial ( 2 M )
 
3. Menjejaskan keyakinan masyarakat terutama pelabur asing terhadap kecekapandan keberkesanan sistem perundangan dan birokrasi negara . ( 2 M )
 
4. Seseorang sanggup menjual prinsip dan maruah ( 2 M )
 
5.Pengamal rasuah akan bertindak di luar peraturan yang ditetapkan ( 2 M )
 
6. Akan ditimpa krisis kepercayaan ( 2 M )
 
Isi tersirat
1. Pentadbiran negara akan menjadi lemah ( 2 M )
 
2. Hubungan sosial antara anggota masyarakat menjadi renggang ( 2 M )
 
3. Keadilan sistem perundangan dan birokrasi akan dipersoalkan oleh masyarakat (2 M )
 
4. Amalan rasuah boleh menghancurkan masa depan masyarakat .( 2 M )
 
Kesimpulan
 
Amalan rasuah perlu dibanteras agar gejala buruk tidak berleluasa. ( 2 M )
 
Contoh 2
 
Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular dinegara kita . Harta benda awam telah dirosakkan sewenang – wenangnya .Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta – juta ringgit untuk memperbaikikemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai “perasaan memiliki “ setiap kemudahan yang disediakan .
 
Banyak perkara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membanterasvandalisme daripada terus menerus berleluasa . Pendidikan merupakan tunjangatau paksi utama yang dapat mengubat penyakit sosial ini . Di peringkat sekolah ,pendidikan diharap mampu mencambahkan kesedaran cinta terhadap harta bendaawam . Di samping itu, masyarakat setempat pula perlu prihatin dan berasaterpanggil untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasamembuat tangkapan . Dalam hal ini , Jawatankuasa Perumahan yang berkenaanperlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing – masing .
 
Kepada pesalah – pesalah vandalisme pula , hukuman yang lebih berat perludikenakan sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik . Ada cadangandaripada pihak masyarakat yang mahu supaya para pesalah didenda melakukankerja pembersihan di kawasan – kawasan awam , seperti membersihkan tandas dansebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agarmenjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme . Kita boleh juga mengambilcontoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalahvandalisme . Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakanprogram tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensiseperti Polis Diraja Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan DewanBandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).
 
Di ibu negara , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedayaupaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memeliharaharta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yangturut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan . Kerana menyedari hakikatbahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akanmenerajui negara pada masa hadapan , maka Jawatankuasa Antivandalisme initelah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempenini . Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta Benda Awam Milikku – Milikmu “ . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifatbertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
tanjungsofiera liked this
Wany Samsudin liked this
camne nak dpt note2 ringkas STPM
Yi Fang Loh liked this
jash2787 liked this
Suhana Yousof liked this
shyama_devi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->