You are on page 1of 19

PENDEKATAN PENGAJARAN

1.
2. 3.

4.

KESEPADUAN INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIF

PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi, pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi, Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilikdarjah.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Menurut pendapat Gestalt, kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya :a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan: Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain. Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.

PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan: Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direka bentuk untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari. Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari.

PENDEKATAN PENGAJARAN
1.

Kesepaduan: Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:


untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada diri sendiri; untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu sama lain dan bukannya wujud berasingan;

PENDEKATAN PENGAJARAN
1.

Kesepaduan: Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:


untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu. Pendekatan ini bertujuan membentuk situasi di mana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan dalam kurikulum; dan

PENDEKATAN PENGAJARAN
1.

Kesepaduan: Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:

Untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata. Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran di mana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain.

PENDEKATAN PENGAJARAN
2.

Induktif: Dalam pendekatan ini guru memberi beberapa contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan peraturan konsep yang sama. Walaubagaimanapun peraturan konsep tidak dinyatakan. Murid cuba mencarinya melalui contohcontoh yang diberi.

PENDEKATAN PENGAJARAN
2.

Induktif: Melalui teknik penyoalan, guru mencungkil attribute kritikal dan bukan kritikal yang merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting konsep yang dipelajari. Melalui latihan sedemikian, murid akan mulai faham akan konsep yang sama yang terdapat dalam semua contoh.

PENDEKATAN PENGAJARAN
2.

Induktif: Guru menunjukkan beberapa contoh dan bukan contoh konsep yang dipelajari. Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang dipelajari.

PENDEKATAN PENGAJARAN
2. Induktif: Satu contoh pendekatan induktif ialah seperti berikut:

Seorang guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas. Beliau meminta murid memberi pelbagai contoh binatang. Daripada contoh-contoh yang diberi oleh murid, murid-murid dikehendaki mengenalpasti ciri dan bukan ciri binatang. Kemudian, binatang-binatang ini dikategorikan ke dalam kumpulan masingmasing. Murid menyatakan satu peraturan am dan merumuskan bahawa binatang terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata (mamalia, amphibia, ikan, reptilia and burung).

PENDEKATAN PENGAJARAN
3.

Deduktif Dalam pendekatan ini, guru memulakan dengan peraturan konsep, atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan. Guru memberi contoh yang memberi bukti tentang peraturan konsep. Guru mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting konsep berkenaan dengan menyoal murid.

PENDEKATAN PENGAJARAN
3.

Deduktif
Guru membincangkan beberapa lagi contoh dan bukan contoh konsep yang dipelajari. Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang dipelajari.

PENDEKATAN PENGAJARAN
3. Deduktif Satu contoh pendekatan deduktif ialah seperti berikut: Seorang guru mengajar topik Teorem Pythagoras dalam Matematik. Mula-mula ia menerangkan formula tersebut dengan merujuk kepada sebuah segi tiga bersudut tepat. Kemudian, beliau memberi beberapa contoh dan bukan contoh. Seterusnya, murid dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan.

PENDEKATAN PENGAJARAN
4.

EKLEKTIF:

Pendekatan eklektif adalah gabungan kaedah pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif. (Source:http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/ langteach8.html) (Layari laman web di atas untuk mendapatkan maklumat tambahan)

You might also like