You are on page 1of 5

TUGASAN PROJEK (BERKUMPULAN)

(BAHAGIAN 1) :

TEORI PEMBELAJARAN STRUKTURAL DAN TRANSFORMASI GENARATIF

PENGENALAN Strukturalisme dapat dilihat sebagai suatu pendekatan objektif. Pendekatan struktural berasal dari pandangan kaum strukturalisme yang menganggap karya sastra sebagai struktur yang unsurnya berhubung antara satu dan lainnya. Aristoteles meletakkan dasar yang kuat untuk pandangan yang menganggap karya sastra sebagai struktur yang otonom (dalam bukunya berjudul poetika, 340 SM di Athena). Pendekatan secara struktural sangat tidak digemari pada abad ke-19, setelah itu pada abad ke-20 pendekatan ini muncul kembali. Dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis pula terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik. Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak diajar boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Penerangan ini penting bagi

menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar kerana ia digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

A) KONSEP TEORI STRUKTURAL

Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran linguistik struktural ini muncul pada kurun ke-20 yang terdiri daripada Leornand Bloomfield, Ferdinand de Saussure, Otto Jespherson, dan Edward Saphir. Kemunculan teori ini adalah kerana pertentangan pendapat dengan aliran linguistik tradisional. Terutamanya ialah dasar rasional yang

digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Fokus kajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa

struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Oleh yang demikian, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem dan bukan sebagai unsur yang berasingan. Teori ini menumpukan pengkajian terhadap fonologi, morfologi dan

sintaksis tetapi kurang menitikberatkan tentang makna. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat dan ditemui. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menggunakan kaedah terus, fonetik, linguistik dan audiolingual. Unsur penting dalam teori ini ialah hafalan struktur ayat yang betul. Lisan juga merupakan salah satu unsur penting di dalam teori ini. Pengetahuan tentang fonetik, morfologi dan sintaksis diperolehi daripada contohcontoh ayat. Selain itu, teori ini tidak mementingkan makna perkataan dan pembelajaran bahasa adalah bersifat mekanis.

Bahasa ialah satu sistem bunyi

Bahasa ialah alat perhubungan

CIRI-CIRI TEORI STRUKTURAL

Bahasa bersifat arbitrari

Bahasa ialah pertuturan

B) KONSEP TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

Teori Transformasi Generatif muncul dalam tahun 50-an selepas aliran struktural. Ianya dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini wujud akibat daripada

beberapa kekurangan dan kelemahan yang dikesan dalam teori tradisional dan struktural. Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud mengubah atau menukar, iaitu menulis semula. Berdasarkan teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang mempunyai sistem tentang rumus-rumus yang abstrak dan bersifat sejagat. Semua kanak-kanak normal mampu menguasainya. Bahasa terdiri daripada bunyi (surface structure) dan makna (deep structure). Setiap ayat mempunyai struktur dalaman (makna) dan struktur permukaan (fonetik) yang menghasilkan pertuturan. Setiap bahasa perlu mempunyai satu set rumus fonetik, morfologi, sintaksis dan perbendaharaan kata. Selain itu, bahasa mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi. Bahasa adalah kreatif dan penutur yang natif boleh menghasilkan ayat-ayat yang belum pernah didengari. Misalnya, hasilan sajak dan puisi yang menggunakan bahasa yang kreatif. Bahasa juga adalah sejagat. Setiap kanak-kanak dapat menguasai bahasa ibunda mereka masingmasing. Ahli bahasa teori ini berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah membentuk kecekapan dan bukan kebiasaan. Selain itu, bahasa ialah aktiviti mental. Oleh sebab itu, guru perlu mengambil kira kebolehan semulajadi murid-murid. Pada masa yang sama, guru perlulah menggalakkan murid membentuk pertuturan baharu secara kreatif berdasarkan pengetahuan tentang rumus-rumus bahasa yang diberi dan bukanlah menghafal ayat-ayat yang diberi semata-mata. Guru juga boleh mengajar murid-murid bentuk-bentuk dasar terlebih dahulu diikuti dengan bentukbentuk transformasi mengikut aras senang kepada sukar. Apabila murid melakukan kesilapan, guru boleh menggunakan kesilapan murid-murid sebagai asas membaikinya

kerana kesilapan bukan satu kesalahan tetapi satu proses pembelajaran. Teori ini juga mementingkan kecekapan penulisan. Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya. Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah mereka dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.

CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

Bertujuan untuk Pertama, melalui peraturanhasilkan satu Menganalisis peraturan struktur-struktur huraian fonologi, rangkai kata dan leksikon yang Deskripsi bahasa yang morfologi, membentuk satu komponen sesuatu dapat Suatu urutan dan sintaksis bahasa mesti sintaksis, menerbitkan struktur kemukakan yang teratur yang dalamannya dalam bentuk yang mengambil asas bagi daripada menggunakan kira kreativiti boleh diterjemahkan maknanya. rumus-rumus menerangkan simbol-simbol linguistik bagaimana Kedua, peraturan transformasi, dan rumusayat-ayat iaitu menukarkan struktur dasar rumus boleh yang abstrak kepada struktur luar dihasilkan yang konkrit setelah dipadankan dan difahami dengan peraturan bunyi dan lahir sebagai satu ujaran

Komponen sintaksis menerbitkan struktur sintaksis melalui dua peringkat.

RUJUKAN:

Ensens,Seprianus.2011.http://duniasastradanbahasaindonesia.blogspot.com/2011/05/t eori-struktural.html Asri,Yasnur.2012.http://asriyasnur.blogspot.com/2012/01/aplikasi-pendekatanstruktural-dalam.html.

You might also like