You are on page 1of 9

Latihan Nilai Murni (Bahagian C) dengan Contoh Jawapan

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah : Contoh : Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni :semangat kejiranan

Huraian Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. Raju akan menggosok giginya sebelum tidur Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Nyatakan nilai murni :

Jawapan :
Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. Raju akan menggosok giginya sebelum tidur Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. membantu menjaga kebersihan diri berdisiplin / bertatatertib berjimat-cermat menjaga keselamatan diri cinta akan negara / semangat patriotik berdikari berterima kasih / bersyukur berkerjasama rajin

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di

bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu Negaraku , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. - Menonton hingga lewat malam Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur. - Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar. - Tidak bersalaman Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu. - Melanggar lampu isyarat Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. - Berjalan semasa lagu Negaraku Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan. - Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Luqman. Kita

tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Luqman yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

LATIHAN PENULISAN BAHAGIAN C


SET 1 Latihan mengecam nilai.

Bil

Ayat

Nilai

1. Hafiz merupakan seorang anak yang sangat patuh akan perintah ibu bapanya. 2. Hafiz sangat rajin belajar dan sentiasa berjaya dalam peperiksaan. 3. Dia selalu mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 4. Hafiz akan mengulang kaji pelajaran dan apa yang telah diajar oleh guru. 5. Hafiz sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapanya.

SET 2 Lengkapkan nilai bagi setiap pernyataan yang diberi. BIL PERNYATAAN 1 Hamid suka menolong orang tanpa mengharapkan balasan. NILAI

Tidak bersikap sombong terhadap orang lain setelah berjaya . 3 cukup dengan apa yang ada. 4 Fahmi sentiasa mendengar arahan ibu bapa, guru dan ketua kelasnya. 5 Shahrul melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi oleh manamana pihak yang berkepentingan. 6 Aminah menghadapi dugaan dengan redha dan hati terbuka. 7 Sentiasa bertolak ansur dengan pihak lain dan menggunakan budi bicara. 8 Kassim boleh melakukan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya. 9 Farah bertaubat, tidak mengulangi lagi kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya. 10 Siti sentiasa menjaga penampilan dirinya.

SET 3 Lengkapkan nilai bagi setiap pernyataan dan bina ulasan berdasarkan pernyataan tersbut. 1. Setiap hari Ali datang awal ke sekolah. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 2. Abu dan rakan-rakannya beratu ketika hendak membeli makanan di kantin. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________

3. Kemudian, aku membersihkan diri. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 4. Aku bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 5. Aku meneruskan sesi pemelajaran dan memberikan sepenuh perhatian. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 6. Aku merujuk kepada guru tentang perkara yang tidak aku fahami. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 7. Ketika sedang menyapu, Atan terdengar sesuatu lalu pergi melihatnya. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 8. Alia Menyusun buku-bukunya di rak supaya kelihatan kemas. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 9. Amira berasa bangga semasa membaca kisah Hang Tuah. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ 10. Raju membuat keputusan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya. Nilai: ____________________________________________________________________ Ulasan : _______________________________________________________________________ SET 4 Tulis lima nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Kamil diminta oleh ibunya pergi ke kedai membeli garam dan gula. Selalunya Kamil akan mengayuh basikal tetapi petang itu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, sekarang dia sedang giat menjalani latihan sukan olahraga di sekolah. Sekurangkurangnya dia dapat meningkatkan kecergasan dirinya. Kamil seorang yang bijak. Dia selalu menjadi rujukan kepada rakan-rakan sekelasnya. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak sedikit pun membuatkan dia meninggi diri. Malahan, dia sentiasa sahaja memberi pandangan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh rakan-rakannya. Dalam kalangan rakan-rakan, Kamil juga dikenali dengan gelaran orang besi. Panggilan ini disebabkan Kamil telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertandingan ragbi peringkat negeri. Kamil juga seorang pelari pecut sekolah. Sehingga hari ini, tiada seorang pelajar yang dapat menandingi kepantasan Kamil ketika berlari. Kamil mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia ingin mencapai kejayaan dalam akademik dan ingin menjadi ahli sukan yang berpendidikan tinggi. Dia juga bertekad mengharumkan nama negara dalam bidang sukan suatu hari nanti.

You might also like