• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Disediakan oleh:Fatimah binti SulaimanCITUUiTM Kampus Terengganu.
Pendahuluan
 Apabila berbicara mengenai kepimpinan, Islam menentukan bahawa bidangnyaamat luas. Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pulatanggungjawabnya. Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sebuah negara,malah pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawabmengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyaitanggungjawab ini maka setiap orang itu mempunyai peranan memimpin.Contohnya seorang bapa diberi tugas memimpin keluarganya, maka ia adalahpemimpin keluarganya. Begitu juga seorang ketua negara yang diberi tugasmemimpin rakyat di negaranya, maka ia adalah pemimpin rakyat di negaranya.
Kepimpinan Menurut Istilah Al-Quran
 Dalam Al-Quran terdapat beberapa istilah yang diertikan sebagai pemimpin atauyang secara langsung yang menyentuh hal ehwal kepimpinan, antaranya :
- Imam/Imamah
 Merupakan satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepadasesuatu arah atau tempat atau memimpin dengan contoh teladan di mana imamitu sendiri mesti melaksanakannya lebih awal dari orang yang dipimpin.Contohnya dalam konteks kewajipan memimpin sembahyang, imam mengangkattakbir dan makmum turut mengangkat takbir sebagaimana imam bertakbir.Begitulah seterusnya dalam segala perbuatan mengerjakan sembahyang itu,apa-apa perlakuan imam mestilah dituruti oleh makmum, oleh itu imam sebagaipemimpin ( leader ) dan makmum sebagai pengikut ( follower ).
- Khalifah
Merupakan suatu jawatan bagi mengantikan seseorang atau mengambil tempatmengikut atau meneruskan. Dalam sejarah kepimpinan Islam, khalifahmerupakan penganti Rasulullah S.A.W dalam menerus, mengurus danmentadbir negara Islam.Khalifah ialah sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yangbertanggugnjawab mengatur kehidupan manusia di bumi dfengan berdasarkankepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur danmempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni lagi mulia untuk mencapaikeredhaan allah. Manusia sebagai khalifah ( vicegerent ) yang merupakan wakil
 
Allah di bumi adalah berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhaioleh Allah.
- Amir Al-Mukminin
Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang bermaksudsebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau mengamanahkanseseorang dengan tugas. Dalam sejarah pemerintahan Islam, Amir Al Mukmininmerupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara Islam.
-Uli Al-Amri 
Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankantugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuaidengan syariat Allah. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada rakyatmematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli Al Amri sebagaimana firman Allahdalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlahkamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamumengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul- Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikianadalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” 
Selain daripada itu ada juga istilah yang dipakai bagi maksud yang berkaitandengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan kerohanian seperti istilah: Mursyid( penunjuk ), Syeikh ( Ketua ), dan Murabbi ( Pendidik ).
Objektif/Matlamat Kepimpinan
Pada asasnya matlamat kepimpinan adalah :1. Untuk pengabdian/perhambaan diri kepada Allah. Firman Allah dalam SurahAz-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak Aku ( Allah ) ciptakan manusia melainkan untuk mengabdikandiri kepada aku ( Allah ).
2. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah sertaRasulNya. Firman Allah dalam Surah At-Taubat ayat 62 yang bermaksud:
“….Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan dari Allah dan RasulNya,sekirannya mereka adalah dari orang yang beriman” 
3. Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia. Firman Allah dalam surahAl-Qalam ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) mempunyai budi pekerti ( akhlak )yang mulia" 
 
4. Untuk menyeru berbuat baik dan mencegah kejahatan.5. Untuk mencapai kebahagian, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatanmanusia sejagat dunia dan akhirat.
Kepimpinan Sejagat
Kepimpinan ( leadership ) nabi Muhammad S.A.W adalah contoh ideal danpraktikal yang semestinya diikuti oleh seluruh umat. Baginda diutuskan untukmembimbing seluruh umat, wilayah kepimpinan baginda meliputi alam sejagatdan tidak dibatasi oleh sempadan geografi serta tidak pula dikhususkan olehsesuatu bangsa, kebangsaan dan negara. Dengan demikian kepimpinan bagindaadalah bersifat sejagat. Firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 28 yangbermaksud:
“Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepadaorang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikat itu” 
Kepimpinan Sebagai Tanggungjawab Dan Dugaan
Menjadi seorang pemimpin, maka bertambah kewajipan seseortang dan makinbanyak soalannya dihadapan Allah. Oleh itu, pemimpin di dalam Islam, bukanlahmenjadi rebutan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supayapemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan tetapi tanggungjawab.Meskipun semakin besar tanggungjawab,semakin besar pula ganjaran baik yangdisediakan Allah di hari akhirat kepada sesiapa yang melaksanakantanggungjawab itu. Namun jika tanggungjawab itu diabaikan,maka besarlahrisiko dan akibatnya di hari akhirat.Oleh itu Rasulullah S.A.W sangat berhati-hati supaya pemimpin itu berada ditangan orang yang kuat dari segi ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati oleh rakyat. Baginda berhati-hati supaya jangan pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah syakhsiahnya sehinggaia lemah melawan nafsunya. Jika ia seorang yang lemah melawan nafsunyasendiri, maka ia tidak dapat mematuhi allah dan tidak terselamat dari faktor-faktor kehancuran seperti rasuah, maksiat dan lain-lain.Abu Zar Al-Ghaffari meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah S.A.WTidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan?Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata.
” Wahai Abu Zar, engkauadalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat iaadalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnyadengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di dalamnya”.
 Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah dan dikuasai nafsu tetapidia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan, dia adalahseorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnyabersikap tegas kepada kawan dan lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...