You are on page 1of 35

1.

ADAT RESAM MASYARAKAT

A. LAWATAN DAN KUNJUNGAN i) Orang Melayu - Orang Melayu menggalakkan kunjung- mengunjungi di antara jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara. - Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di muka pintu atau di pangkal tangga. - Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit bahagian itu. - Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib. - Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap tidak bersopan jika bersilang kaki sehingga Nampak tapak kakinya. - Semasa sampai dan apabila hendak balik, harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada.

ii)

Orang Cina - Apabila mengunjungi rumah orang Cina, tetamu sebaik-baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. - Minuman ringan selalunya dihidangkan dengan segera.

- Tetamu tidaklah perlu minum dengan serta- merta. Ia harus menanti sehingga dipersilakan oleh tuan rumah dahulu. - Adalah kurang elok mengunjungi rumah orang Cina pada waktu makan terutamanya dengan tujuan untunk memungut derma.

iii)

Orang India - Mereka mengunjungi rumah sahat- handai dan rakan semasa hari-hari perayaan, berpindah rumah, kelahiran anak, perkahwinan atau sakit . - Sebelum masuk ke rumah orang India, hendaklah juga dibuka kasut di luar pintu. - Jika minuman dan kuih- muih dihidangkan , pelawat hendaklah menjamah sedikit. Adalah tidak manis menolaknya langsung. - Kunjungan untuk mengutip derma atau memberi wang dianggap tidak sesuai pada hari Jumaat atau sebelah malam .

iv)

Orang Asli - Lawat- melawat lebih disukai sekiranya dibuat pada waktu petang, kerana pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masingmasing. Secara amnya, orang Asli bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual barang- barang hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. - Apabila sampai di rumah yang dilawati seseorang tetamu itu eloklah menunggu di tepi rumah dan membuat- buat batuk supaya didengari oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan memanggilkan nama anak sulung tuan rumah itu.

- Pada waktu petang dan malam, tidak ada halangan bagi kawan- kawan dan lain- lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu sampai ketika tuan rumah sedang makan , maka lebih disukai jika tetamu turut makan bersama dengan tuan rumah. Adalah dianggap kurang soapn jika tetamu menolak jamuan yang dihidangkan oleh tuan rumah. - Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual- bual, bercerita atau mendengar kisah- kisah lama, ingatan-ingatan manis dan peristiwa yang menarik. - Orang Asli juga menggalakkan kunjungan- kunjungan pada hari- hari tertentu seperti: waktu- waktu penduduk sesebuah kampung mengadakan kenduri, musim buah- buahan, musim menuai, dan waktuwaktu perayaan khas seperti buka pantang, bersunat dan lain-lain. - Masa- masa yang tidak digalakkan kunjungan termasuklah: sebelum istiadat menuai dirasmikan (dipercayai sekiranya orang luar datang semasa ini, semangat padi akan marah), orang ramai dan orang luar tidak dibenarkan naik ke sesebuah rumah di mana tarian sewang sedang dijalankan, orang luar dilarang masuk ke sesebuah kampung yang sedang menjalankan istiadat puja kampung disebabkan takut kalau- kalau hantuhantu akan mengikut masuk dengan mereka, dan orang luar dilarang datang sekiranya ada penghuni rumah yang sedang sakit tenat (dipercayai takut tetamu membawa hantu- hantu dan penyakit- penyakit baru). - Kalau terdapat daun- daun tergantung di muka pintu dan di dalam rumahnya pula dipenuhi dengan berbagai jenis daun , rumah tersebut tidaklah boleh dilawati.

B. KELAHIRAN i) Orang Melayu - Tidak baik jika lawatan dibuat pada waktu senja atau malam hari. - Tidak begitu gemar jika seseorang pelawat itu memuji-muji anaknya dengan perkataan seperti cantik, comel, molek atau gemuk. - Lenggang Perut: apabila ibu sudah mengandung 7 bulan, diadakan upacara lenggang perut atau kirim perut, yang dilakukan oleh seorang bidan yang ditempah untuk emnjaga dan merawat ibu itu sepanjang ia mengandung dan melahirkan anak. Alat- alat yang digunakan di dalam upacara itu ialh 7 helai kain yang berwarna- warni, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urant benang mentah, sebatang damar, minyak kelapa, lilin, tepak sirih, wang pengeras sebanyak RM 1.50, nasi kunyit dan lainlain. Bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain dan ibu yang hamil dibaringkan ke atas kain itu. Minyak kelapa disapu perlahan-lahan di perut ibu itu. Buah kelapa pula digulingkan ke atas perut sebanyak 7 kali. Bidan menarik kain dari bawah ibu yang sedang baring itu, sehelai demi sehelai sambil melenggang sedikit-sedikit kain itu. Kain yang di bawah sekali dihadiahkan kepada bidan bersama sirih pinang, nasi kunyit dan pengeras. - Tanggal pusat dan Naik buaian: Sebelum taili pusat bayi itu luruh ia tidur berhampiran dengan ibunya. Upacara naik buaian ini dilakukan oleh bidan yang merawat ibu yang bersalin itu. Antara alt- alat yang digunakan ialah nasi kunyit, buah keras, sirih pinang dan hadiah- hadiah kepada bidan. Dalam kalangan sesetangah keluarga, upacara ini dibuat serentak dengan memberi nama kepada bayi. - Cukur kepala: Biasanya ibu yang melahirkan anak disuruh berpantang selama 44hari. Ia tidak boleh makan mengikut sesuka hati, tidak boleh berjalan-jalan dan membuat kerja, dan dijaga dengan sebaik- baiknya.

Selepas berpantang selama 44 hari adalah adat lepas pantang. Pada hari itu juga bayi dicukur rambutnya. Alat-alat yang diperlukan ialah limau purut, beras kunyit, tepung tawar, bertih, benang mentah, kelapa muda, bedak sejuk, gunting rambut, bunga rampai dan nasi kunyit. Ibu dikehendaki mandi suci seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. Selepas mandi ibu akan dibedakkan dengan bedak dicampur dengan bunga- bungaan yang wangi. Bayi yang hendak dicukur rambutnya itu mula-mula dimandikan dan kemudian diberi pakaian yang indah dan diletakkan di atas tilam kecil yang dihias. Apabila siap sahaja, bayi dibawa keluar dan diberikan secara bergilir- gilir kepada beberapa orang lelaki yang sedang marhaban atau membaca puji- pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orangf yang membawa bayi diikuti oleh seorang yang membawa dulang. Di dalam dulang itu diletakkan tepung tawar, beras kunyit, bertih, gunting rambut dan kelapa muda yang dipotong arah pangkalnya. Kelapa itu dililitkan denganrantai emas. Rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa. Selepas itu kelapa itu ditanam di halaman rumah bersama dengan sepohon anak kelapa. - Bertindik: Dilakukan kepada anak-anak perempuan semasa berumur 7 hari selepas tanggal pusat, ada yang bertindik selepas bercukur rambut dan ada pula yang telah besar dan menjadi dara sunti. Bertindik bermaksud melubang cuping telinga kanan dan kiri. Tujuannya ialah supaya anak- anak boleh memakai subang atau anting- anting. Kelengkapan dan barang- barang yang diperlukan untuk bertindik ialah nasi kunyit, beras kunyit dan bertih, wang pengeras, kunyit basah, minyak kelapa, benang hitam, duri limau atau jarum jahit. Semasa upacara, anak perempuan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, ada kalanya anak itu diletakkan di atas pelamin. Upacara itu dimulakan dengan doa selamat, kemudian tukang tindik menaburkan bertih dan beras kunyit kepada anak itu. Seterusnya cuping telinga anak itu dicucuk dengan jarum dan benang hitam yang telah bercucuk dengan kunyit terus. Benang itu diikatkan di telingan anak itu bersama dengan kunyit itu sekali. Ada

kalanya subang halus berbentuk cincin dipakaikan sekali pada telingan anak itu. - Berkhatam Quran: Merupakan cara menunjukkan kegembiraan hati ibubapa bahawa anaknya sudah berjaya dalam pengajian keagamaab, Pada permulaan upacara berkhatam, anak itu dipakaikan dengan pakaian yang indah seperti pengantin. Ada kalanya ia diarak dengan kompang dari rumah gurunya ke rumahnya. Pada zaman dulu ia diarak dengan kuda atau kereta. Setelah sampai ke rumahnya, ia pun didudukkan di depan pelamin di atas tikar pendek yang disediakan khas. Selepas itu ia bermula mengaji Al= Quran dengan disaksikan oleh semua yang hadir. Setelah selesai mengaji dan doa selamat dibacakan, ia berjabat salam dengan gurunya dan semua yang hadir. Selepas itu ia dinaikkan ke atas pelamin untuk seketika. - Berkhatan: Bermaksud mensucikan diri atau bersunat. Selalunya kanakkanak lelaki dikhatankan selepas ia tamat mengaji Al- Quran. Pada pagipagi lagi anak itu dimandikan oleh mudim atau tukang sunat, kemudian ia dipakaikan dengan kain kuning, baju yang bersih dan songkok. Ia disuruh makan sirih sekapur oleh tok mudim. Ia didudukkan ke atas batang pisang. Setelah itu upacara sunat dijalankan. Apabila selesai, kanakkanak itu dibawa ke tempat tidur. Ia tidak dibenarkan banyak bergerak untuk mengelakkan keluar darah. Terdapat beberapa pantang- larang bagi anak- anak yang bersunat. Mereka ditegah melangkah bendul, menyepak batu atau meminum air dengan banyak. Kelengkapan yang diperlukan semasa berkhatan ialah sehelai kain kuning, kain sarung yang tidak berjahit, tepak sirih, wang pengeras, sebatang batang pisang, pisau dan limau manis. - Kebaikan berkhatan: Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan dari aspek kesihatan dan juga aspek keagamaan. Dari aspek kesihatan terdapat 3 kelebihannya, iaitu menjauhkan tebiat kencing malam, mendatangkan kebersihan,

mengawasi kesihatan. Dari aspek keagamaan pula, untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain, sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya, menyumpurnakan tuntutan syarak.

* Adat Selepas Bersalin* a) Pemulihan secara tradisional - Ubat- ubat yang diperbuat daripada akar- akar kayu yang dimasak dan airnya diminum. - Jamu dan majun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu yang bersalin. Ia diperbuat daripada akar kayu, rempah dan dicampur dengan manisan lebah atau minyak sapi. b) Bertangas - Tujuan untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. - Bahan- bahan yang diperlukan: daun mengkudu, daun senduduk, sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada seluruh anggota badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. - Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas ini. c) Bertungku - Dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri. - Bahan: sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas. Batu tungku tadi hendaklah

dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita berkenaan terutama bahagian perut. - Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi berkedut- kedut. - Wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi kesakitan selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku panas pada anggota badan tertentu. Kepanasannya memudahkan pengaliran darah juga mempercepatkan pengecutan rahim. d) Berbengkung - Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu selepas mereka bersalin Amalan ini biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira- kira 44 hari. - Berbengkung dapat memberi sokongan kepada otot- otot perut dan mengendurkan otot- otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak. - Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira- kira 10 meter panjang dan 45cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai. - Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat atau kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak dimasuki angin. e) berurut - Berurut dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.

- Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak terasa sakit. f) makan ubat/ jamu - Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. - Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Oleh itu, mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit- birit. g) pantang larang makan selepas bersalin: - makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang. Sotong, ayam dan lain- lain. - makanan yang sejuk seperti sayur- sayuran, buah-buahan, teh dan lainlain. - makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya. - makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya. - makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya. - makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

ii)

Orang Cina - Semasa ibu mengandung, perabot di dalam bilik-biliknya tidak boleh diubah-ubah terutama katilnya. - Memaku dinding dalam rumah tidak dibenarkan semasa ibu mengandung. - Tidak suka bayinya dipuji. - Kelahiran anak dirayakan apabila ia berumur sebulan . Saudara-mara dan sahabat-handai memberi hadiah yang dibungkus dengan kertas merah. - Sesetengah keluarga merayakan kali keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

iii)

Orang India - Selama 16 hari selepas bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Satu upacara khas diadakan pada hari ke-16 untuk merasmikan penamaan anak itu. - Pada hari itu, rumah dihiasi dan kenduri khas diadakan . Buaian bayi dihiasi indah dengan bunga- bungaan. - Biasanya nama yang diberi kepada bayi dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada bintang dan takwim Hindu. - Di upacara memberi nama, bayi itu dipangku oleh orang- orang tua secara bergilir-gilir. Pada masa yang sama, lagu- lagu dinyanyikan oleh saudara-mara wanita.

- Pada hari ke-30, bayi dibawa ke kuil di mana majlis kesyukuran diadakan.

iv)

Orang Asli - Seseorang suami pada kebiasaanyya akan terus memberitahu semua jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin. Adalah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri itu serta memberi segala pertolongan serta setakat yang mampu. - Orang Asli tidak suka jika pelawat- pelawat yang datang berkunjung memuji-muji akan kecantikan tubuh badan anak yang baru dilahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji- puji maka hantuhantu yang berdekatan akan dengar dan terus mahu mengambil bayi itu. Ini akan terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya. - Antara pantang larang yang dianggap penting ialah, si suami misalnya tidak boleh menjala ikan, suami isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang.

C. PERKAHWINAN i) Orang Melayu - Merisik: Pada masa dulu perkahwinan dilakukan atas pilihan ibu bapa. Apabila ibu bapa berfikir bahawa anak lelaki mereka sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih anak- anak gadis yang sesuai bagi anak mereka. Biasanya mereka meminta sanaksaudara yang rapat untuk meninjau dan berbincang dengan keluarga gadis itu. Banyak perkara yang diberi perhatian: gadis itu hendaklah dari

keluarga yang secocok dengan mereka, perangai dan tingkah laku yang baik, serta pelajaran dan pengetahuan agama. Setelah selesai dipilih, ditetapkan cara- cara untuk meminang gadis itu. - Memiang dan Menghantar tanda: Untuk meminang seseorang gadis, ibu bapa teruna selalu mewakilkan kepada saudara-mara. Apabila peminangan dipersetujui ada yang menghantar tanda sebagai mengesahakan peminangan. Tanda yang dihantar ialah sebentuk cincin bersama dengan hadiah- hadiah lain seperti kain dan pemanis-pemanis seperti kuih-muih. Dengan adanya tanda ini si gadis itu dianggap telah bertunang. Semasa menghantar tanda ditetapkan tarikh untuk menghantar belanja dan akad nikah. - Hantaran belanja: Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan. Kedua-dua belah pihak akan menyampai dan menerima hantaran serta iringan itu setelah mereka menghurai segala janji dan menyelesaikan semua yang bersangkutan. Wang hantaran digubah di dalam berbagai bentuk atau dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau kain yang bersulam indah. Iringan- iringan yang lain termasuklah sirih junjung, bunga rampai dan hadiah- hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan dan pemanis seperti kuih-muih. - Menjemput: Waris bakal pengantin (ayah/ ibu/ orang yang wajib dan diwakilkan) akan berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sirih dan terus menjemput serta meminta sanak- saudara serta sahabathandai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. - Akad nikah: Diadakan di rumah pengantin perempuan. Imam yang mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Di majlis itu barang- barang hantaran diletakkan di hadapan pengantin lelaki. Semasa upacara akad

nikah pengantin lelaki duduk di atas tikar sila berhadapan dengan Imam yang mengendalikan pernikahan itu. Imam membacakan khutbah nikah, meminta pengantin membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan itu. Setelah itu pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin perempuan untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya dan untul melakukan upacara membatalkan air sembahyang dengan cara bersalam atau menyentuh dahi pengantin perempuan. Sebelum pengantin lelaki balik bekas- bekas hantaran dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan hadiah- hadiah yang berpatutan. - Berandam: Pada masa dahulu pengantin perempuan juga diandam dan dihiaskan diri dengan barbagai cara sebelum hari persandingan. Ada yang diperelokkan bentuk bulu kening, ada yang dicukur anak rambutnya. Ada pula yang diasah giginya supaya menjadi sama dan cantik. Pengantin perempuan juga dimandikan dengan air daun dan bunga- bungaan serta dibedakkan. - Berinai besar: Upacara ini diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam. Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir- gilir menjalankan upacara itu. Selepas selesai pengantin lelaki diinaikan pengantin perempuan pula mengambil tempat untuk menjalani upacara yang sama. Mereka menginai pengantin dengan setiap ahli menempek inai di satu jari pengantin dan menepung tawar pengantin itu. - Majlis persandingan: Kemuncak sesuatu perkahwinan, yang diadakan di rumah pengantin perempuan. Di upacara tersebut kedua- dua pengantin disandingkan di atas pelamin yang dibuat khas dengan begitu indah. Pelamin biasanya diserikan dengan bunga-bunga, kain-kain yang cantik dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Kedua-dua pengantin yang berpakaian serba indah disandingkan. Pengantin perempuan duduk di

sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka disandingkan selama 10/ 15 minit. Sebelum mereka dibawa turun dari pelamin ada pula upacara merenjis dengan tepung tawar oleh sanak- saudara kedua belah pihak. Selepas doa selamat dibacakan barulah selesai majlis persandingan.

ii)

Orang Cina - Perkara yang dianggap mustahak ialah pengumuman mengena perkahwinan itu kepada saudara- mara dengan mengadakan jamuan. - Tetamu- tetamu yang menghadiri memakai pakaian- pakaian yang cantik dan berwarna cerah. Mereka tidak digalakkan memakai warna hitam, biru atau kelabu kerana warna- warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih. - Antara upacara penting di dalam perkahwinan orang Cina ialah upacara minum teh (menghidang teh). Ini memberi peluang kepada kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada kaum keluarga mereka. Perhubungan keluarga adalah perkara yang amat penting dalam kalangan masyarakat Cina. - Teh yang digunakan di dalam upacara ini memandangkan ia adalah sejenis minuman biasa bagi semua orang, sama ada tua, muda, miskin atau kaya. Warna teh pula kemerah-merahan yang melambangkan kemewahan. - Upacara minum teh ini dijalankan terlebih dahulu di rumah pengantin perempuan dan seterusnya di rumah pengantin lelaki. - Selepas pengantin lelaki dan rombongannya tiba dan diadakan upacara menyingkap tudung muka pengantin perempuan, pengantin dibawa di hadapan altar dan didudukkan di atas kerusi.

- Setiap ahli keluarga, mengikut umurnya, dijemput seorang demi seorang untuk diberi minuman teh oleh kedua- dua pengantin. - Semasa upacara ini berjalan, mak andam memeriahkan suasana dengan berpantun mengenai kebahagiaan dan kemakmuran hidup, kerapkalinya dengan cara mengusik pengantin. - Kaum keluarga yang diberi minum teh akan memberi ucap selamat kepada pengantin, dan juga menghadiahkan ang pow yang terdiri daripada wang ringgit atau barang- barang kemas. - Di rumah pengantin lelaki pula, upacara minum teh juga diadakan. Pada waktu itu pengantin perempuan akan menukar pakaian dan memakai pakaian tradisional. - Upacara ini diselesai apabila semua ahli keluarga telah diberi minum teh. - Selepas itu pengantin dibawa rehat untuk bersiap sedia bagi jamuan makan malam yang biasanya dibuat secara besar- besaran dan dijemput segala sahabat- handai dan kenalan.

iii)

Orang India - Segala istiadat yang dilakukan semasa majlis perkahwinan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kedua- dua pengantin dan keluarga mereka. - Orang Hindu dangat mengambil berat tentang masa untuk menjalankan sesuatu kerja yang dianggap suci supaya tidak membawa gara- gara yang tidak baik atau di bawah bintang yang buruk. Oleh itu tarikh dan masa itu dipilih dengan teliti selepas merujuk kepada takwim Hindu serta berunding dengan Ketua Agama atau ahli nujum. Itu sebabnya istiadat perkahwinan kaum India sesetengahnya diadakan pada waktu tengah malam, waktu subuh atau waktu- waktu yang kadangkala agak kurang sesuai bagi para

jemputan. Upacara itu seharusnya dilangsungkan dalam jangka masa yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang buruk kepada kedua- dua pengantin itu. - Perkahwinan biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan atau di rumah berhala. Upacara ini dilangsungkan oleh seorang Sami Brahman. Upacara perkahwinan itu dijalankan di satu tempat yang berbentuk empat persegi di hadapan pelamin. - Sami Brahman memulakan upacara dengan memasang api dan mengemukakan permintaan kepada tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Oleh kera itulah istiadat perkahwinan ini dianggap suci dan mulia oleh kaum India beragama Hindu. - Para jemputan yang datang ke majlis perkahwinan itu direnjis dengan air wangi serta diberi bunga dan abu cendana untuk dibubuh pada tengahtengah dahi mereka. Kemudian mereka dipersilakan duduk di atas kerusi atau di atas permaidani. Para jemputan diminta mendoakan kesejahteraan kepada kedua- dua pengantin. - Istiadat perkahwinan orang Hindu biasanya disertakan dengan bunyi muzik yang sesuai. Alat bunyi- bunyian muzik yang digunakan ialah nathaswaram (serunai dan gendang). - Seseorang perempuan kaum India yang telah berkahwin boleh dikenali dengan tali di lehernya dan titik (pottu) merah di tengah-tengah dahinya.

iv)

Orang Iban - Apabila seorang pemuda telah membuat keputusan untuk memilih seseorang gadis untuk dijadikan isteri ia akan membuat perhubungan melalui ngayap, iaitu adat di mana pemuda yang hendak mengahwini

seseorang gadis itu datang ke rumah gadis itu pada waktu malam dengan secara bersembunyi. - Ia mengejutkan gadis itu dari tidur dan mereka berbual mesra dalam suasana gelap. - Sambil berbincang mengatur masa depan mereka, si pemuda memberi sirih yang dibawa khas. Jika gadis itu makan sirih itu, bermakna ia menerima pemuda itu. - Jika gadis itu bangun dan meminta dinyalakan api atau lampu bermakna dia tidak menerima pemuda itu. - Selepas ngayap, pemuda itu meninggalkan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. - Selepas itu ia melawat tunangnya beberapa kali. Apabila ia pasti gadis itu setia kepadanya ia meminta kebenaran daripada keluarganya untuk berkahwin dengan gadis itu. - Jika tidak ada apa-apa halangan, ibu bapanya akan pergi ke rumah si gadis itu dengan membawa sebuah cawan untuk meminang gadis itu. Cawan itu adalah janji perkahwinan. - Kedua belah pihak bersama- sama menentukan hari untuk menjemput pengantin perempuan. - Pada hari perkahwinan, ibu bapa pengantin berarak menuju ke bilik pengantin perempuan. Mereka diiringi oleh keluarga dan kawan- kawan yang terdiri daripada wanita dan gadis- gadis sahaja. Mereka membawa bendera dan sepanduk dengan iringan muzik. - Istiadat perkahwinan adalah sederhana dan dilakukan di bilik pengantin perempuan.

- Di upacara itu disediakan satu dulang tembaga berisi pinang yang dibelah 7, 7 helai daun sirih, 7 keping gambir dan 7 gumpalan kapur. - Kawan- kawan dan keluarga pengantin akan duduk di sekeliling dulang dan memakan sirih sambil berbual. Mereka berbual mengenai ikatanikatan dan syarat perkahwinan itu. Ada hukum- hukum dan adat tertentu yang perlu diikuti oelh kedua belah pihak. - Jika pihak lelaki meninggalkan atau membunuh isterinya ia akan dihukum mengikut hukum adat mereka melainkan jika isteri itu tidak setia kepadanya. Begitu juga dengan pihak perempuan; ia juga tertakluk kepada hukum- hukum adat. - Setelah kedua- dua belah pihak mencapai persetujuan mereka mengarakkan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dipakaikan dengan pakaian yang indah tetapi amat berat. Rombongan mengarak pengantin ini meriah sekali dengan diiringi oleh muzik. - Setelah sampai di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan makan berasingan daripada pengantin lelaki. Setelah selesai makan barulah ia dibawa ke bilik pengantin lelaki dan disuruh duduk di sebelahnya. Kemudian seorang tua lelaki yang dikatakan membawa tuah kepada mereka memusingkan seekor ayam jantan di atas kepala mereka sambil meminta restu untuk kesejahteraan mereka. - Hari- hari selepas perkahwinan adalah dianggap penting. Kedua- dua pengantin harus mengelakkan diri dari emndengar alamat- alamat yang tidak baik atau bermimpi yang tidak baik.

v)

Orang Kadazan

- Pinang- meminang mulai dilakukan ketika umur lelaki kira- kira 12 tahun dan umur perempuan 11 tahun. Istiadat ini dimulakan dengan pihak lelaki (yang akan ditunangkan) berkunjung ke rumah perempuan (kepada yang ditunangkan) dengan diiringi oleh beberapa orang keluarga dan kawankawan yang rapat, di suatu masa yang sudah dipersetujui terlebih dahulu. - Di rumah perempuan pula sudah sedia menunggu semua kaum keluarga serta sahabat- handai. Sementara itu si perempuan disuruh membuat bulatan 7 genggam nasi untuk dimakan khas oleh bakal suaminya. Selepas itu ia segera dipindahkan sementara ke rumah saudara- maranya yang tidak berapa jauh dari rumahnya. - Setiba saja lelaki, ia dipersilakan naik dan didudukkan di tikar yang dianyam khas. Sementara itu perundingan mengenai mas khawin dibincangkan oleh orang tua dari kedua- dua belah pihak. - Biasanya mas khawin orang Kadazan terdiri daripada gong, canang, meriam (jenis lama), kerbau, languai (gangsa), kumaggi, tanah dan seumpamanya. Persetujuan ini dibuat untuk disampaikan di hari perkahwinan nanti. - Akhirnya makanan yang terdiri daripada nasi berlaukkan kerbau, babi, ayam dan seumpamanya serta minuman seperti tapai (sejenis minuman keras yang diperbuat daripada beras) dan bahar (diambil daripada mayang kelapa) dihidangkan. Gong, canang serta bunyi-bunyian lainnya dibunyikan sementara makanan dan minuman dihidangkan. - Ketika inilah nasi yang telah disediakan untuk lelaki tadi disuapkan oleh seorang perempuan tua dari keluarga perempuan di hadapan hadirin sekalian. Apabila semua hadirin sudah bersurai. Masing- masing kecuali lelaki dan beberapa orang teman rapatnya menunggu di rumah perempuan itu. Masa inilah perempuan yang dipindahkan sementara tadi pulang untuk

menemui bakal suaminya serta menghidangkan makanan dan minuman untuknya. - Pada sebelah malam lelaki itu, bersama dengan beberapa orang temanyna tidur di rumah perempuan di bilik yang berasingan. Hanya pada keesokan harinya ia pulang ke rumahnya sendiri. - Selang 3 hari si perempuan pula dihantar ke rumah lelaki. Adat ini seruoa dengan menghantar lelaki ke rumah perempuan dahulu kecuali si lelaki tidak perlu dipindahkan. - Pada keesokan harinya perempuan yang menjadi tunangan lelaki itu dihantar pulang oleh lelaki itu ke rumahnya bersama dengan beberapa orang lain dari pihak keluarganya. - Apabila orang tua mereka dari kedua-dua pihak memikirkan yang anakanak mereka sudah sampai masanya untuk dikhawinkan, biasanya ketika lelaki itu berumur 16/ 17 tahun, tarikh perkahwinan pun ditetapkan atas persetujuan kedua-dua pihak. - Seterusnya upacara merinjau (seperti akad nikah dalam Islam) dijalankan. Seorang lelaki yang agak lanjut usianya dari keluarga pengantin lelaki dipilih menjalankan istiadat ini dengan menyanyi lagu yang berirama asli Kadazan. Kemudian makan minum secara besarbesaran dimulakan yang biasanya mengambil beberapa tajau tapai dan berpuluh- puluh tukil bahar. - Apabila malam menjelang dan tetamu pun pulang, tinggallah pengantin lelaki dan pengiring- pengiringnya. Mereka akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Masa inilah pengantin perempuan berundur sementara pulang ke rumahnya dan menghidangkan makanan dan minuman untuk suaminya bagi kali yang pertama. Mereka belum lagi dibenarkan tidur bersama sebagai suami isteri.

- Sekiranya sebelum sampai masa pengantin perempuan itu dihantar ke rumah pengantin kelaki di masa yang sudah dipersetujui, tiba- tiba ayah atau ibu perempuan bermimpi yang tidak baik maka masa yang ditetapkan untuk menghantar pengantin perempuan itu terpaksa ditangguhkan. Ibu bapa pihak lelaki pun dipanggil untuk membincangkan mimpin tersebut. - Seandainya difikirkan mimpi itu amat buruk maka perkahwinan itu dibatalkan. Seterusnya jika pihak perempuan yang memutuskan perkahwinan tersebut, perempuan itu disogit atau denda dengan mengembalikan mas kahwin 1 kali ganda. Tetapi sebaliknya si lelaki pula mungkir mereka tidaklah boleh menuntut apa-apa. - Jika ibu bapa pengantin perempuan itu bermimpi baik atau tidak bermimpi apa-apa, rancangan menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki diteruskan. - Keluarga dan sahabat handai pun berkumpul sekali lagi dan kali ini pengantin pula yang akan diarak beramai- ramai. Pengantin perempuan dihiasi secantik- cantiknya sebelum berangkat. - Sesudah pengantin perempuan siap sedia berpakaian pengantin, perarakan menuju ke rumah lelaki pun dimulakan. Peraturan- peraturan di dalam perjalanan ini adalah sama sebagaimana pengantin lelaki diarak ke rumah pengantin perempuan dahulu. Setibanya pengantin perempuan di rumah pengantin lelaki ia terus didudukkan di atas libunan yang berhias. - Keesokan harinya, pengantin perempaun dihantar oleh suaminya dengan beberapa orang temannya ke rumah perempuan. - Hantaran kali ini adalah siri hantaran beramai- ramai yang terakhir. Pada kali ini kedua-dua sekali yakni pengantin lelaki dan perempuan diraka beramai- ramai oleh keluarga di kedua-dua belah pihakj, sahabat- handai dan tetamu khas.

- Semasa kedua- dua penagntin berlepas dari rumah berlaku tangismenangis oleh ibu bapa, adik dan kakak pengantin perempuan kerana mereka berasa sedih dengan anak atau saudara mereka akan berpisah dari mereka. - Hanya selepas 3 malam sesudah pengantin perempuan berada di rumah suaminya barulah mereka dibolehkan berkumpul sebagai suami isteri. - Sebelum itu dianggap mereka belum cukup nagasa di dalam adat Kadazan. Jika larangan tersebut dicerobohi, mengikut kepercayaan orang Kadazan perkahwinan itu tidak akan bahagia dan kekal abadi.

v)

Orang Asli - Bagi orang Asli di kawasan Selangor, kedua- dua pengantin terpaksa mendengar nasihat- nasihat yang diberikan oelh sesiapa sahaja yang hadir (tetapi keutamaan diberi kepada golongan tua) mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami, menantu dan sebagainya. Nasihat- nasihat ini kadangkala mengambil masa berjam- jam lamanya. - Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis- majlis perkahwinan. - Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakan dari kampungkampung jiran pada lazimnya dijangka akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi diberi kepada sesiapa yang datang sehinggalah habis bekalan.

Masyarakat Orang Asli

Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/ mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.

vi)

Orang Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)


Masyarakat Cina Peranakan

Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Pengantin Lelaki Kaum Baba dan Nyonya Melaka Adat Perkahwinan Baba Nyonya Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama. Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain. CHIA N LANG KHEH Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau

serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. CHIU THAU Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'. CHIM PANG Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain. CHOON TOK Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka. CHIAN SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan. DUA BELAS HARI Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih. CHIAN CHING KAY, CHE UMM Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik.

vii)

Orang Iban

Masyarakat Iban, Sarawak

Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik. Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.

Upacara minum air tuak

viii)

Orang Murut

Masyarakat Murut, Sabah

Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang

Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.

ix)

Orang Serani

Masyarakat Portugis (Serani)

Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan"large Noiba" Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih. Adat ini dinamakan noiba missa I "gereja".

D. KEMATIAN i) Orang Melayu

- Mengikut ajaran Islam, mayat adalah lebih dimuliakan daripada jasad yang hidup. Sebab itulah orang Islam melayani mayat dengan penuh hormat. Adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk menguruskan pengkebumian mayat dengan segera hingga selesai. - Biasanya apabila seorang Islam meninggal dunia mayatnya diletakkan dalam rumah di suatu tempat yang mudah diziarahi. Mereka yang datang berziarah selalunya berdoa atau membaca ayat- ayat suci daripada AlQuran. - Semasa mayat masih ada di dalam rumah biasanya tidak dihidangkan sebarang jamuan ataupun minuman kepada pelawat, - Menurut ajaran Islam, mayat hendaklah dikebumikan dengan seberapa segera yang boleh. Sebelum mayat itu dikebumikan ianya dimandi, dikapan dan disembahyangkan terlebih dahulu. Selepas itu barulah dimasukkan di dalam keranda lalu diusung ke tanah perkuburan. Sahabathandai digalakkan pergi sama ke kubur kecuali wanita yang sedang uzur bulanan. Di Malaysia, setiap kubur orang Islam ditandakan dengan batu nisan.

ii)

Orang Cina - Mengikut adat resam orang Cina, pelawat yang melawat orang mati tidak seharusnya memakai pakaian yang berwarna- warni. Warna yang sesuai ialah hitam atau kelabu. - Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, ia hendaklah membomgkokkan badannya sedikit ke hala si mati sebagai tanda hormat. - Pelawat keturunan Cina selalunya membawa bersama sepasang lilin putih, duit kertas dan alat- alat lain untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.

- Sekarang, lazimnya, pelawat memberi derma atau menghantar kalungan bunga ke rumah si mati. Kadangkala sekumpulan sahabat atau sesebuah persatuan menyediakan panji- panji yang ditulis dengan kata- kata pujian kepada si mati. - Seberapa ramai saudara- mara dan sahabat- handai si mati adalah digalakkan mengiringi keranda ke tanak perkuburan ataupun tempat pembakaran. Mayat orang Cina biasanya dikebumikan.

iii)

Orang India - Saudara- mara si mati yang datang melawat biasanya membawa kain putih yang baru. Sahabat- handai pula membawa karangan bunga. - Waktu hendak pulang atau meninggalkan rumah si mati, pelawatpelawat tidak perlu mengucapakn selamat tinggal kepada sesiapapun yang ada di rumah itu. - Semasa mayat berada di rumah, kerja masak- memasak dilarang terus di rumah itu. - Kaum wanita tidak dibenarkan mengiringi mayat ke tempat membakar mayat. Sebelum kereta keranda bertolak dari rumah, wanita- wanita dari kaum keluarga mengelilingi kereta itu 3 kali. - Setelah kereta itu bertolak, rumah dicuci dan semua orang di rumah mestilah mandi. - Sebuah pelita dinyalakan sehingga selesai istiadat yang diadakan pada hari yang ke- 31. - Mayat orang dewasa dibakar untuk melepaskan rohnya dari badan; manakala mayat ibu yang mengandung dan juga mayat kanak-kanak hendaklah dikebumikan.

- Pembakaran atau pengkebumian hendakalh dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kematian berlaku. - Dalam tempoh 31 hari selepas kematian, ahli- ahli keluarga si mati ditegah pergi ke rumah berhala atau menghadiri majlis- majlis perayaan.

iv)

Orang Asli - Apabila ada kematian di sesebuah kampunag, kerja- kerja berladang, memburu ataupun membuat rumah akan dihentikan dengan serta- merta. Sesiapa yang meneruskan juga pekerjaannya itu, akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit. - Lazimnya, dpada hari kematian, semua kanak- kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur dan arang yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati itu tidak akan mengacau aknak- kanak yang telah memakai pengadang itu. - Mayat si mati selalunya diiringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengkebumikan mayat, keluarga sim mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu ada setiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama, unggun api dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur- tabur skeliling dinding rumah, dengan tujuan supaya terkena mata hantu- hantu yang masih ada lagi di kawasan- kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.

You might also like