You are on page 1of 2

Bagi tugasan individu 3106 ini saya telah dikehendaki untuk melakukan kajian tentang sebuah etnik dan

melakukan penulisan esei tentang implikasi kepada etnik yang saya pilih serta membuat sebuah buku skrap berkaitan bangsa yang telah saya pilih. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya telah dibimbing oleh En Haji Mohamad. Saya telah memilih kaum bidayuh sebagai bahan kajian saya. Dalam pembinaan buku skrap, saya tidak mengalami masalah yang ketara kerana kebanyakan maklumat agak mudah diperolehi daripada sumber buku dan internet. Bagi saya pembinaan esei adalah lebih mencabar kerana ia menguji tahap pemikiran saya dalam menterjemahkan soalan dan juga keupayaan saya mengaitkan dengan situasi pembelajaran. Dengan tugasan ini juga saya dapat memahami dengan lebih mendalam budaya masyarakat Bidayuh berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi. Jika sebelum ini saya hanya mengenali Bidayuh sekadar pada nama sahaja. Kini, saya merasakan pelbagai ilmu baru berkaitan kaum Bidayuh ini telah saya timba. Antara aspek yang saya adalah sejarah, bahasa, adat resam, kepercayaan, pantang, larang dan kebudayaan. Ini membuktikan kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di negara ini boleh difahami dengan sedikit usaha. Setiap kaum mempunyai keunikannya yang tersendiri yang pastinya menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Kepelbagaian yang negara kita miliki ini seharusnya dimanfaatkan dengan pengetahuan. Ia penting untuk kita lebih mengenali apa yang terdapat didalam negara kita ini dan pemikiran kita tidak hanya terkongkong dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Bagi saya sebagai bakal guru, aspek terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam memahami budaya sesuatu bangsa tersebut. Bahasa memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid kebiasaannya akan bertutur dalam bahasa yang difahami. Dalam situasi formal adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membimbing murid untuk bertutur dan memahami bahasa kebangsaan. Ini tidak menghalang guru memahami sesuatu bahasa kaum tersebut.

Bagi saya, ia akan memberikan kelebihan kepada guru tersebut kerana guru akan lebih mudah berkomunikasi, memahami dan bersosial dengan ahli kaum tersebut.

You might also like