You are on page 1of 2

Aktiviti Matematik dalam Taman Tajuk Tempat Langkah-langkah : Ukuran : Dataran Persekutuan :

1. Murid-murid akan dibahagikan mengikut kumpulan. 2. Murid-murid memilih tugu dan berdiri di sekitarnya. 3. Guru memberi penerangan. Soalan: a. Pada pendapat kamu, adakah semua tugu di sini sama tinggi? b. Kenapa semua tugu mesti sama tinggi? c. Bagaimanakah kita nak pastikan semua tugu itu sama tinggi? d. Kalau zaman dahulu, tidak ada pembaris, teknologi-teknologi untuk mengukur yang lain, bagaimana mereka membuat ukuran? 4. Guru memberi arahan dengan menggunakan jengkal murid mengukur ketinggian tugu. 5. Murid merekod data di dalam jadual yang telah disediakan. 6. Guru mendapatkan respon mengenai hasil pemerolehan data daripada murid. a. Berapa ukuran yang kamu perolehi? b. Adakah semua murid mendapat ukuran yang sama? c. Jika berbeza, mengapa? d. Apakah cara lain untuk mengukur ketinggian tugu? 7. Murid mengukur ketinggian sebenar tugu menggunakan pembaris sentimeter. 8. Merekod data menggunakan cm ke dalam jadual yang telah disediakan. a. Berapa ukuran yang kamu perolehi? b. Adakah semua murid mendapat ukuran yang sama?

9. Murid membuat banding beza antara penggunaan jengkal dan sentimeter. Soalan : a. Ukuran yang manakah lebih tepat dan sesuai? Kenapa?

You might also like