You are on page 1of 2

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Saya yang diberi pilihan telah memilih beberapa jenis instrumen pengumpulan data yang bersesuaian sewaktu perlaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Pemilihan instrumen pengumpulan data yang sesuai penting bagi mengumpulkan data-data yang diperlukan dan antara instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah seperti pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.

3.1

Pemerhatian

Pemerhatian adalah perihal memerhatikan atau mengamati sesuatu. Instrumen pemerhatian telah digunakan sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan seseorang guru pelatih perlu mempunyai buku catatan untuk mencatat maklumat yang diperlukan apabila menggunakan instrumen ini. Di samping itu, guru pelatih juga mesti peka tentang maklumat di sekeliling mereka. Instrumen pemerhatian ini sangat berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu lima hari melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Metodologi pemerhatian yang telah dilakukan adalah seperti menangkap gambar prasarana sekolah dan merakam video tentang perlaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

3.2

Senarai Semak

Senarai semak adalah merupakan salah satu instrumen yang dilakukan sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Senarai semak ini dijadikan sebagai rujukan penting kepada guru pelatih bagi mendapatkan maklumat

yang diperlukan. Senarai semak ini perlu ditanda bagi menunjukkan item yang telah diperoleh. Di samping itu, senarai semak juga merupakan satu instrumen yang memudahkan guru pelatih untuk mengetahui data-data yang belum diperoleh.

3.3

Temu Bual

Temu bual adalah salah satu instrumen yang digunakan sewaktu melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen ini digunakan apabila menemu bual guru-guru, kakitangan sekolah mahupun murid dengan bertanyakan beberapa soalan ringkas sebagai panduan. Pelbagai gerak balas dari segi positif atau negatif dapat dimiliki berdasarkan perbincangan dengan guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid apabila menggunakan instrumen temu bual ini.

You might also like