You are on page 1of 5

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi Apakah itu kompetensi kecerdasan emosi?

Kompetensi kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial

yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996); Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dan kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kadang-kadang kecerdasan emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient). Menurut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. Maksudnya, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi. Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T kepada manusia. Beliau juga berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap ,sementara EQ bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. Dalam pekerjaan menurutnya people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly welllack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin careerIni bermaksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlu seimbang dengan aspek emosi. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperoleh seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.

Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut: Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam Mengungkapkan dan memahami perasaan Mengendalikan amarah Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari Kemampuan untuk menyesuaikan diri Disukai oleh orang lain Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling Semangat setia kawan Keramahan Sikap hormat-menghormati

Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan. Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan memudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini. Antaranya: Kelangsungan hidup Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang

menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri Membuat keputusan Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber

informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan

yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat. Menentukan sempadan dalam perhubungan Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita. Dengan itu kita akan menunjukkan perasaan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping mengehadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga. Komunikasi Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekspresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi. Kegembiraan Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat mengenal pasti emosi

dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira. Kesatuan Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan

bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia. Mengurus emosi negatif Untuk memperoleh emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang

negatif. Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Kecerdasan emosi, atau EQ ini tidaklah diukur berdasarkan bagaimana pintarnya seseorang individu tetapi lebih menekankan apakah ciri sahsiah yang dimilikinya. Banyak kajian telah menunjukkan kemahiran sosial dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang, berbanding kebolehan intelektual semata-mata. Menurut kajian Abdul Fatah Hasan di dalam buku "Pemikiran Keseluruhan Otak", kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang.

Manakala mengikut Salovey dan Mayer, Ned Herrmann, EQ ialah kebolehan seseorang individu untuk : kebolehan mengawas dan mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi kebolehan dalam pengurusan emosi ( dapat ketenangan jiwa dan tangani stres @ masalah dengan bijak) kebolehan meningkatkan motivasi diri sendiri kebolehan mengenal emosi orang lain (mempunyai asas 'people skill' oleh itu, mudah merasakan perasaan orang lain) kebolehan menjalinkan persaudaraan antara manusia ( dapat melahirkan kepimpinan yang berkesan) Kebanyakan manusia adalah berbeza dari segi kebolehannya dalam setiap domain itu. Sesetengah individu boleh mengatasi masalahnya sendiri, contohnya: perasaan cemas ketika dalam kemalangan perasaan cemas ketika menghadapi peperiksaan rasa kecewa bila gagal dalam sesuatu ujian rasa kecewa bila gagal dalam perkahwinan

Semakin awal didedahkan kemahiran EQ kepada anak-anak semakin baik dan berkesan. Kanak-kanak yang diberikan kemahiran emosi (EQ) akan kelihatan gembira, lebih yakin diri bergaul dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ memerlukan latihan dan amalan supaya menjadi tabiat dan kebiasaan kepada anakanak. Ada beberapa contoh gaya keibubapaan yang mengganggu kecerdasan EQ kanak-kanak, iaitu: Ibu bapa tidak menghiraukan emosi anak-anak kerana beranggapan gangguan emosi anak-anak adalah perkara biasa. Mereka tidak mengambil sedikit masa atau peluang untuk membantu anak-anak mengatasi gangguan emosi.

Ibu bapa kadang-kala terlalu memberi kebebasan anak-anak kepada kegiatan-kegiatan sendiri tanpa kawalan. Contohnya, bermain 'game' komputer tanpa kawalan dan bergaul dengan kawan tanpa batasan.

Ibu

bapa

selalu

merendahkan

dan

menghina

perasaan

anak-anak.

Contohnya, ibu bapa memberi kritikan, dendaan yang kejam hingga boleh menyebabkan anak-anak stres dan sakit jiwa yang tidak disedari. Menurut Robert Post, gaya-gaya keibubapaan yang tersebut bukan sahaja boleh merendahkan kecerdasan EQ anak-anak tetapi juga boleh menyebabkan masalah mental kepada anak-anak. Dalam melahirkan anak-naka yang memiliki kecerdasan EQ yang tinggi: Ibu bapa perlu memahami apa yang sedang dirasakan oleh anak-anaknya dan bantu dengan cara positif bagi meredakan perasaan anak-anak tersebut Ibu bapa perlu bimbing anak-anak untuk memahami konsep penghargaan diri, motivasi kendiri, melahirkan hasrat diri dan keyakinan diri Ibu bapa bimbing anak-anak menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan Ibu bapa bimbing anak-anaknya nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia Ibu bapa bimbing anak-anaknya melalui kisah-kisah teladan yang boleh dijadikan model kehidupan contohnya; Kisah Si tanggang yang Derhaka Terhadap Ibunya, Kisah Nabi Lut dan Penderhakaan kaumnya Kepada Allah S.W.T.

You might also like