You are on page 1of 14

10 PENGENALAN

Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besarbesaran untuk membuat barang - barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Selain usahawan adalah seorang ahli perniagaan yang harus mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. Dengan kata mudah, seorang usahawan akan bertindak sebagai orang yang mengurus sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan dan merupakan seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu pembaharuan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menurut segala hak keempunyaan keatas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Kesimpulannya, Seorang usahawan juga seorang peniaga yang melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri, mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata dengan mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti. Bagi seorang usahawan persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup dengan merenung jauh kehadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan untuk jangka masa yang panjang.

20 BIOGRAFI 2.1 Latar Belakang

Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Pekerjaan : CEO Naza Group Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Rajah 2.0 Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

30 PERMULAAN PENGLIBATAN

Rajah3.0 Logo Naza Group

of Companies

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilai sejuta ringgit dalam masa setahun.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alat mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliau memutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular dikalangan rakyat Malaysia. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

Untuk memperoleh kerjayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju, katanya. Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.

Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak banyak berubah. Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,.

40 KAITAN CIRI-CIRI DALAM KEUSAHAWANAN 4.1 Melihat Dan Merebut Peluang Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran. Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

4.2 Yakin Terhadap Keupayaan Diri Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri. Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran.

4.3 Kecekalan Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telah menjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah di wujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin. 4.4 Mencari Maklumat Atau Penyelidikan Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukan ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakan kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

4.5 Ketegasan Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru. 5

4.6 Meyakinkan Orang Lain Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lain kualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana beliau mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir.

50 PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN

Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah di wujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan 6

Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes - Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Rajah 5.1 Bilik Pameran automobil yang terbesar di Malaysia

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.

Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan Bertam, Pulau Pinang.

melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

Rajah 5.2 Kepelbagaian jenis jenama automobil yang didagangkan di Naza World

Rajah 5.3 Petaling Jaya, 16 Julai 2009 - Naza Group Corporate Social Responsibility (CSR), van Kia Pregio diserahkan kepada Rumah Kasih Kampung Ulu Inas, Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan.

Kami sangat gembira kerana dapat membantu anak - anak yatim di Rumah Kasih Ulu Inas. Sumbangan kami iaitu sebuah van Kia Pregio akan dapat membawa kanak kanak ini ke sekolah dengan mudah tanpa perlu menggunakan pengangkutan yang lain. Van ini pasti akan mengurangkan masalah - masalah dan boleh memudahkan perjalanan mereka sekiranya terdapat lawatan atau rombongan yang ingin dibuat, kata SM Faisal Tan Sri SM Nasaruddin, Joint Group Executive Chairman dan CEO syarikat kumpulan Naza.

Rajah 5.4 Pemaju hartanah NAZA TTDI SDN BHD menderma satu mesin dialisis buah pinggang dan kelengkapan lain bernilai RM69,000 untuk Persatuan Dialisis Touch ( PDT ), satu pusat dialisis di Kota Damansara.

Pengerusi NAZA TTDI, Eng Kim Leng menyampaikan peralatan untuk PDT presiden Andrew Ng dan berharap ia akan dapat membantu pesakit pesakit yang bilangannya semakin meningkat. Kami berharap sumbangan ini akan dapat membantu pesakit-pesakit dialisis yang miskin, katanya.

Encik Eng menyatakan lagi bahawa syarikatnya telah berjaya mengumpulkan dana sempena Charity Golf Tournament bernilai lebih daripada RM1 milion. Dana tersebut telah didermakan kepada lebih daripada 180 badan badan kebajikan dan setakat ini ianya bernilai RM3.2 milion sejak penubuhannya pada 2003. 9

Rajah 5.5 Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza menyumbang RM500,000 untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin

Kuala Lumpur - Sebagai respon dari kekejaman itu pihak NAZA Group komited membantu rakyat Palestin di Gaza. Naza Group of Companies di bawah Yayasan Naza menyumbang RM500,000 untuk Amanah Kemanusiaan Rakyat dana Palestin bagi membantu dalam mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Encik SM Nasarudin, CEO Naza Group of Companies memaklumkan bahawa ia adalah sebahagian dari objektif syarikat bagi membantu golongan yang tertindas. Cek itu telah diserahkan kepada Datuk Abdul Rahim Bakri, semasa pelancaran rasmi Peugeot 308 pada 29 Januari 2009 di Shangri - La Hotel, Kuala Lumpur. Kereta itu telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Kakitangan Naza Group of Companies juga menyumbang RM6,800 untuk kutipan itu dalam acara yang sama.

Pada Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan yang bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya pada 31 Januari 2009, seorang ahli Naza Group of Companies juga menyumbang untuk dana yang sama. Cek itu berjumlah RM100,000 telah diserahkan kepada YAB Dato' Sri Najib 10

Tun Razak oleh En SM Faliq Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasaruddin, Timbalan Group Managing Director, Naza TTDI.

6.0 ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasaruddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasaruddin. Selain itu, beliau juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang Ha, Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan. Anugerah tersebut diberikan kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah negara tersebut.

Rajah 6.0 Antara anugerah terbesar yang diterima 70 KESIMPULAN

Kesimpulan yang didapati berdasarkan usahawan pilihan kami iaitu Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin ialah dengan melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara dapat membantu mencapai kejayaan seperti petikkan kata-kata beliau, Untuk berjaya anda mesti suka apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lalukan. Anda mesti mempunyai rancangan dan mempunyai arah tujuan dan dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil dan berjalan selangkah demi selangkah.

Selain itu, beliau juga mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan mengumpul wang sebanyak RM 80,000 pada usia 19 tahun dengan membantu bapanya yang bekerja sebagai kontraktor untuk digunakan sebagai modal dengan membeli kereta terpakai buatan Jepun. 11

Beliau juga bijak mengambil peluang yang ada dengan menjual kereta buatan Jepun yang mana ketika itu rakyat Malaysia menyukai barangan buatan Jepun dan memegang francais Malaysia untuk Korea Selatan bagi kereta-kereta Kia dan Perancis bagi kereta-kereta Peugeot. Beliau juga memegang permit import untuk kereta-kereta Mercedes Benz dan Mazda.

Sikap seorang usahawan berjaya terdapat dalam diri beliau iaitu ketegasan membuat keputusan dan berani menyuarakan pendapat. Sikap ini dapat dilihat apabila menafikan secara keras mengenai kontroversi pengeluaran berpuluh ribu dokumen permit kereta import kepada beliau oleh kerajaan dengan bayaran tertentu.

Keyakinan diri yang tinggi didalam diri beliau menguntungkan negara serta menyelamatkan kebanggaan negara iaitu dengan membeli 40 peratus kepentingan syarikat pengeluaran kereta nasional, PROTON yang mengalami masalah kewangan akibat kegawatan ekonomi dan menyelamatkan syarikat tersebut.

Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh beliau maka beliau dianugerahkan anugerah persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.SM.) oleh Seri Paduka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bawa gelaran Tan Sri dan pada tahun 2002, beliau telah dinamakan Motoring Man The Year oleh News Straits Times. Beliau juga menerima salah satu daripada anugerah-anugerah tertinggi Korea Selatan bagi sumbangannya untuk industri automotif iaitu Presidential Award, pingat perkhidmatan daripada duta Korea Selatan ke Malaysia, Son Sang-Ha bagi pihak Presiden Korea Selatan, pada satu majlis di kedutaan itu di Malaysia dan beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama telah menerima anugerah tersebut.

12

8.0 RUJUKAN

1. FAKTA DARI BUKU : Modul P 3130 Pembangunan Usahawan(Usahawan) Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah. Modul P3117 Keusahawanan Jabatan Perdagangan Politeknik Ungku Omar/.

1. FAKTA DARI INTERNET : http://www.nasaruddin.wikipedia.com.my (17/08/2009-9:00 a.m.) http://doddys.wordpressmekanisme-usahawancom (17/08/2009-9:00 a.m.)

13

1. FAKTA DARI SURAT KHABAR : "Naza boss honoured", The Star, 07-01-2007. "Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi", Bernama, 02-05-2008. "Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir",Bernama,02-05-

2008.

14

You might also like