You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 1.

TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri tentang langkah dan tindakan untuk melaksanakan aktiviti promosi kesihatan bersama pihak sekolah semasa Minggu Sihat Doktor Muda yang disambut pada 1 hingga 7 Julai setiap tahun. 2. JAWATANKUASA 2.1 Sebuah Jawatankuasa perlu ditubuhkan di negeri. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Pelajaran Negeri. Ahli-Ahli Jawatankuasa terdiri dari Penyelaras Doktor Muda Negeri, Penyelaras Doktor Muda Daerah, Pasukan Kesihatan Sekolah, Pasukan Kesihatan Pergigian Sekolah, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum Negeri dan lain-lain pegawai yang bersesuaian. Ketua Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri bertindak sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan aspek berkaitan program ini . Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah:i) ii) iii) membuat keputusan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan, tempat (sekolah), tarikh, masa dan aktiviti. membuat keputusan tentang pengagihan dan penggunaan sumber untuk pelaksanaan. memantau dan menyelaras pelaksanaan aktiviti tersebut.

2.2

2.3 2.4 2.5

iv)

Menyediakan laporan.

3.

SKOP PROGRAM DAN AKTIVITI 3.1 Skop yang perlu diberi tumpuan dalam program ini ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) 3.2 3.3 Kempen Cara Hidup Sihat (Makan Secara Sihat, Lakukan Aktiviti Fizikal, Pupuk Minda Sihat, Tak Nak Merokok ) Kebersihan Persekitaran Kebersihan diri Kebersihan dan Keselamatan Makanan Kenali Ubat Anda Pertolongan Cemas Pergigian Nilai-Nilai Murni Permainan Interaktif Lain-lain aktiviti pendidikan kesihatan

Skop tersebut adalah selari dengan kandungan Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Aktiviti yang dilaksanakan mesti melibatkan penyertaan semua murid sekolah.

4.

KUMPULAN SASAR Bagi menjamin keberkesanan program, aktiviti harus ditumpukan kepada kumpulan sasar khusus berdasarkan skop. Antara kumpulan sasar adalah: Ahli Kelab Doktor Muda Murid Sekolah Guru Sekolah Pekerja Sekolah Ibubapa

5.

PERANCANGAN AKTIVITI 5.1 Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Kelab Doktor Muda bagi setiap sekolah diberi kebebasan dalam membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan persekitaran dan masalah sekolah.

5.3

Dalam merancang aktiviti, keutamaan perlu dibuat dengan mengambil kira berdasarkan kepada masalah kesihatan semasa dan telah dikenalpasti memerlukan intervensi yang lebih berfokus dan intensif.

6.

SUMBER KEWANGAN 6.1 Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyalurkan peruntukan khas kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan aktiviti dalam program ini.

7.

PEMANTAUAN DAN KELULUSAN 7.1 Jabatan Kesihatan Negeri perlu memantau pelaksanaan aktiviti di semua sekolah Doktor Muda. Laporan ini perlu pelaksanaan ini perlu dilaporkan dalam reten PDM 2/2007 di bawah skop lain-lain aktiviti.

Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Mei 2012

You might also like