You are on page 1of 6

Bismillahirrahim..

Alhamdulillahirabbila’lamin..

Terima kasih tuan pengerusi majlis , barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,
guru2 serta rakan hadirin sekalian.

Assalamualaikum wrh wbt

KEIKHLASAN BERIBADAT PEMANGKIN JATI DIRI UMAT

Demikianlah tajuk syarahan saya hari ini.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu ,izinkan saya menjelaskan serba sedikit maksud tajuk syarahan
yana akan saya persembahkan sebentar lagi. Menurut kamus dewan, frasa
keikhlasan beribadat bermaksud ketulusan atau kerelaan hati menunaikan ibadat
manakala pemangkin pula membawa erti factor yang mempercepatkan sesuatu
tindakan. Jati diri umat boleh diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan
istimewa yang menjadi teras serta lambang keperibadian manusia.konklusinya ,
keikhlasan beribadat berpotensi menjadi pemangkin jati diri setiap insane dari
segenap sudut.

Aspek pertama yang akan saya sampaikan ialah dalam konteks jati diri umat.
Kemantapan iman dalam jiwa dan solat yang sempurna serta memiliki ilmu yang
luas mampu mengukuhkan jati diri seseorang insan. Marilah kita sama – sama
imbau sejarah islam Bilal bin Rabah. Beliau merupakan salah seorang insan yang
paling banyak merasakan penyeksaan , kekejaman dan kengerian yang dilakukan
oleh kaum Musyrikin. Walaubagaimanapun hadirin sekalian, beliau tetap tabah dan
sentiasa bertawakal kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al – ‘Araf:

……………………………………………….

<Fakta>

Yang kedua, konteks: ibadat menjamin kesihatan yang baik. Para hadirin sekalian ,
keperibadian baginda Rasulullah SAW yang mementingkan kestabilan spiritual dan
fizikal dapat dicontohi bagi generasi kini. Baginda pernah berlumba lari dengan
isterinya,Aisyah dan baginda aktiviti sukan tersebut amat digalakkan. Sabda
Rasulullah SAW :

………………………………………………

Hadirin sekalian , sesungguhnya konsep kebersihan dan sabda Rasulullah SAW


begitu luas landasannya. Oleh itu sebagai contoh <fakta>

Aspek yang ketiga dalam konteks : ibadat berkualiti menyuburkan ukhuwah


islamiah. Bak kata pepatah , bersatu teguh , bercerai roboh. Ingatkah hadirin
peristiwa Aus dan Khazraj? Rasulullah SAW telah memulihkan keretakan yang
berlaku diantara dua kaum ini. Hal ini amat berkait rapat dengan konsep Islam yang
menitik beratkan keamanan bukannya keganasan. Firman Allah SWT,surah Al-
Hujaran ayat 10 berbunyi :

………………………………………………..

<fakta>

Yang keempat , konteks: ibadat memupuk kesabaran. Hadirin sekalian,iman


merupakan tunggak utama dalam diri kita untuk menunaikan ibadat yang
sempurna. Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan ibadat puasa dalam bulan
Ramadhan dapat dijadikan contoh kepada kita sebagaimana kita menahan diri dari
mengikut hawa nafsu serta berserah kepada Allah SWT. Hal ini seperti perjuangan
Rasulullah semasa berdakwah yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi.
Firman Allah SWT dlam surah Al-Insan :

:::::::::::

<fakta>

Aspek yang kelima, konteks: ibadat berkualiti Pembina akhlak mulia.

<fakta>

Hadirin sekalian, renungilah sejarah Kaum Nabi Lut yang ingkar akan ajaran Nabi
Lut dan mengamalkan homoseks. Oleh itu,Allah SWT turunkan bencana kepada
mereka dengan menterbalikkan negeri mereka sebagai hukuman dan pengajaran
buat umat sejagat. Firman Allah SWT dalam surah al – Qalam ayat 4 :

…………………………..

Yang keenam, dalam konteks ibadat membentuk individu amanah. Sifat amanah
yang utuh mendorong kejayaan sesebuah umat serta meningkatkan kualiti diri dan
Negara. Baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan yang terbaik dalam
menzahirkan sifat amanah sehingga digelar al – amin sekaligus dikagumi oleh
kawan serta lawan baginda. Surah Al – mukminun ayat 8 :

…………………………………

<fakta>

Aspek ketujuh,konteks : ibadat membina perpaduan sejagat. Hadirin sekalian,


disaat umat Islam berkumpul bersama – sama di rumah Allah, terjalinnya satu
ikatan yang kuat iaitu ikatan perpaduan. Sesungguhnya perpaduan umat yang utuh
mampu menjadi benteng sesebuah Negara dalam mengharungi kemelut isu – isu
politik,ekonomi serta social sedunia. Selain itu, Kesatuan Muhajirin dan Ansar
menjadi penyumbang besar dalam kemajuan Islam dlam dunia kini. Surah Ali –
Imran Ayat 103 :

…………………………..
<fkta>

Konklusinya , dengan ketujuh2 aspek yang saya sampaikan tadi iaitu,:

#1 : ibadat berkualiti penjana jati diri

#2 : ibadat berkualiti menjamin kesihatan yang baik

#3: ibadat berkualiti menyubur Ukhuwah Islamiah

#4 : ibadat memupuk kesabaran

#5 : ibadat berkualiti Pembina akhlak mulia

#6 : ibadat membentuk individu amanah

#7 : ibadat membina perpaduan sejagat

Tuntasnya, tebuktilah ,

KEIKHLASAN BERIBADAT PEMANGKIN JATI DIRI UMAT

Sekian, wbt…

Bismillahirrahim..

Alhamdulillahirabbila’lamin..
Terima kasih tuan pengerusi majlis , barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,
guru2 serta rakan hadirin sekalian.

Assalamualaikum wrh wbt

REMAJA BERAKHLAK ASET KEGEMILANGAN NEGARA.

Demikianlah tajuk syarahan saya hari ini.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu ,izinkan saya menjelaskan serba sedikit maksud tajuk syarahan
yana akan saya persembahkan sebentar lagi. Menurut kamus dewan, frasa remaja
berakhlak membawa erti belia yang budi pekerti manakala frasa aset kegemilangan
Negara pula ditakrifkan sebagai harta kejayaan dan kemenangan sesebuah Negara.
Generalisasinya, para belia merupakan harta yang berharga bagi menyumbang
kejayaan sesebuah Negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Aspek yang pertama , konteks : keutuhan jati diri. Sememangnya jati diri yang utuh
dalam diri generasi muda mampu menyuburkan jalinan ukhuwah islamiah dalam
sanubari insane. Oleh itu, jati diri inilah mendorong belia mampu mengubah haluan
diri ke arah kegemilangan. Surah Al-khafi ayat 13 :

:::::::::

Hadirin sekalian , ayat sebentar tadi telah membuktikan bahawa jati diri belia
sebagai seorang muslim mantap sentiasa bersiap sedia menangani pengaruh
negative yang boleh mendorong mereka ke lembah kemungkaran. Mari kita imbau
sejarah Islam yang mengisahkan seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Bilal bin
Rabah. Beliau merupakan salah seorang insan yang paling banyak merasakan
penyeksaan , kekejaman dan kengerian yang dilakukan oleh kaum Musyrikin.
Walaubagaimanapun hadirin sekalian, beliau tetap tabah dan sentiasa bertawakal
kepada Allah SWT.

<fakta>

Seterusnya yang kedua, konteks: berdisiplin. Ciri – ciri utama pelajar yang
cemerlang ialah senantiasa mematuhi arahan yang diberikan dan berdisiplin dalam
apa jua situasi. Sebagai contoh, hadirin pasti mengenali masyrakat Jepun yang
terkenal akan kerajinan , azam yang kuat dan disiplin yang tinggi. Sesungguhnya ,
memang tidak dinafikan lagi kenyataan tersebut kerana segalanya terbukti sewaktu
mereka berusaha membangunkan Negara mereka yang musnah akibat peperangan.
Surah Al- ‘As ayat 1-3.:

……………………………………………

<fakta>
Yang ketiga, dalam konteks ibadat membentuk individu amanah. Sifat amanah
yang telah disemai dlam diri pelajar sejak awal lagi mampu memupuk sifat
kejujuran yang dapat melahirkan modal insane yang berakhlak tinggi. Baginda
Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan teladan yang terbaik dalam menzahirkan
sifat amanah sehingga digelar al – amin sekaligus dikagumi oleh kawan serta lawan
baginda. Surah Al – mukminun ayat 8 :

…………………………………

<fakta>

Yang keempat, konteks: kesihatan. Badan yang cergas mampu menjadikan minda
yang cerdas, manakala minda yang cerdas mampu mencetus idea yang bernas
sekaligus, melahirkan belia yang tangkas mendalami ilmu pengetahuan. Oleh sebab
itulah , ada pepatah mengatakan “lebih baik mencegah dari mengubati.” Hadirin
sekalian, nabi sendiri mengamalkan gaya hidup sihat inikan pula kita sebagai insan
biasa. Bersuci dan memotong kuku merupakan perbuatan yang membersihkan diri
dari segala kekotoran supaya dapat beribadat dengan sempurna. Surah Al –
baqarah ayat 222:

…………………………..

<fakta>

Yang kelima, konteks : berjimat – cermat. Hadirin sekalian , akibat alpanya generasi
baru, nilai ini semakin luntur. Oleh itu, nilai tersebut patut dijana sejak rebung lagi.
Hal ini bertujuan mengelakkan para belia boros dan melanggar etika kehidupan.
Mari kita imbau sejarah zaman nabi yusuf yang menyimpan makanan selama 7
tahun. Kita lihat sendiri bagaimana perdananya nilai ini dan seharusnya tidak
dipandang enteng oleh masyarakat pada zaman modenisasi ini. Surah al –isra ‘ ayat
27:

…………………

<fakta>

Aspek yang keenam, konteks: kasih sayang. Sesungguhnya kasih saying merupakan
nilai yang sangat indah serta merupakan unsur masyarakat madani. Ketulusan kasih
sayang dalam diri belia berpotensi menghindari mereka daripada bermusuhan dan
membenci sesame sendiri serta menjana oligasi kerjasama membangunkan Negara.
Sebagai contoh, kisah kaum aus dan Ansar yang pada mulanya bermusuhan antara
satu sama lain dan atas kekuasaan Allah Yang Maha Esa kedua2 kaum ini akhirnya
berjabat tangan.

Yang ketujuh, konteks: pusat perbincangan ekonomi seperti masjid. Masjid di


Negara kita mempunyai dana yang banyak hasil pelbagai sumber di Negara kita
misalnya, harta wakaf dan koperasi. Hal ini membuktikan para belia mampu
melakukan transformasi yang melibatkan perubahan dan peningkatan dalam
membangunkan ekonomi dan social Islam. Seperti yang tercatat dalam sejarah
zaman Saidina Umar B Abdl Aziz telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi umat
islam ketika itu sehinggakan tiada rakyat yang layak menerima zakat. Justeru , tiada
yang mustahil dalam mengejar impian nyata. Surah al – Qasas ayat 77:

……………

>fakta>

Konklusinya , dengan ketujuh2 aspek yang saya sampaikan tadi iaitu,:

#1 : jati diri

#2 : berdisiplin

#3: amanah

#4 : kesihatan

#5 : berjimat cermat

#6 : kasih sayang

#7 : pusat perbincangan ekonomi

Tuntasnya, tebuktilah ,

REMAJA BERAKHLAK ASET KEGEMILANGAN NEGARA.

Sekian, wbt…

You might also like