You are on page 1of 78

Rin Ahmad

Bab 1
Minta maaf, encik. Staf saya salah fax design. Design yang difakskan kepada encik tu untuk projek lain sebenarnya. Awak tak faham bahasa ke? Do I need to repeat my question? Tinggi suara jejaka di hujung corong telefon. Sebelum telefon dijawab lagi, Miza sudah memberi isyarat merah, zon pelanggan yang tidak boleh dibawa berunding. Control composure Jasmeen! Client is always right! Mantera tersebut memang dipahatkan sentiasa di ingatan agar tiap kali dimaki hamun, Jasmeen tetap boleh berlagak tenang. Kadangkala mantera yang dipahat pun boleh bergegar-gegar di kepala ni apabila terang-terangan kesalahan

WAK ni landscape architect ke tukang kebun?

Gadis Edisi Terhad

memang di bahu pelanggan itu sendiri. Sekarang situasi memang tegang kerana dalam kes ini memang terang lagi bersuluh, salah Cik Miza kita itu ya. Minta maaf, encik. Saya landscape architect bukan tukang kebun. Then act like one! Talian dimatikan. Jasmeen terkedu. Miza yang dari tadi berdiri di muka pintu biliknya menyusun sepuluh jari memohon maaf. Raut wajahnya jelas takut dan penuh perasaan bersalah. Awak dah jumpa design sebenar yang sepatutnya awak fax tadi? Dah, Cik Lysha. Fax sekarang ya. Lepas tu call client untuk pastikan mereka dapat. Jangan fax buta aje. Follow up dan follow through tu penting. Lembut Jasmeen memberi arahan. Ketegasan Jasmeen dalam kelembutannya membuatkan semua kakitangannya amat menghormatinya. Syarikat yang dibina bertahun sudah ini mendapat tentangan hebat daripada papanya sendiri. Tinggi harapan papa untuk melihat Jasmeen menyambung hasil titik peluhnya tetapi Jasmeen tetap dengan pendiriannya sehinggalah membawa kepada penubuhan Integrate Landscape Sdn Bhd ini. Nak marahkan Miza terang-terangan pun dia bukannya budak kecil lagi. Miza sendiri pun sudah lama berkhidmat dengan Integrate Landscape. Bagi Jasmeen, semua orang pernah melakukan kesilapan dan kesilapan sekecil ini masih boleh dimaafkan cuma Jasmeen agak terkilan kerana ini projek pertama dengan Modenreka dan

Rin Ahmad

yang menjerit di talian tadi ialah bos merangkap Ketua Arkitek di Modenreka. Jatuh imej pada pandangan pertama. Cik Lysha. Tapi, kan... Apa lagi Miza? Jasmeen merenung tajam ke arah Miza yang masih berdiri di muka pintu menanti bait-bait kata yang bakal dimuntahkan oleh Miza. Client tu handsome sangat! Tersangat-sangat! Get out now. Perlahan Jasmeen memberi arahan. Ingat apalah tadi. Handsome ke? Kacak ke? Maco ke? Ganteng ke? Ada kena-mengena dengan Fellah Delisya binti Farhan? Ada kena-mengena dengan Integrate Landscape Sdn Bhd? Namun, Jasmeen tetap mengakui suara di hujung corong telefon tadi kedengaran amat berkarisma. Suara yang berkarisma sudah pasti sedikit sebanyak melambangkan peri rupa empunya suara. Bos Modenreka itu handsome dan berkarismalah agaknya. Karisma dalam kurang ajar. Boleh gitu? Permulaan hubungan yang agak dingin. Tak jadi pula nak ambil tahu siapa gerangan pucuk pimpinan terbaharu Modenreka. Jasmeen tahu pemilik Modenreka sebenarnya telah lama meninggal dunia kemudian diambil alih oleh Datuk Ismadi. Selebihnya dia cuma tahu Miza banyak berurusan dengan arkitek yang bernama Iskandar.

Nama: Fellah Delisya binti Farhan (Jasmeen nama manja sebab arwah nenek yang panggil. Fellah tu katanya dalam bahasa Arab bermaksud bunga Jasmin atau bunga melur. Apa-apa ajelah tapi aku suka lagi orang

Gadis Edisi Terhad

panggil Jasmeen sebab Fellah tu macam pelik sangat). Umur: 27 tahun Status: Bujang (Tak apa sebab belum lagi masuk dalam kategori anak dara tua). Pekerjaan: Arkitek landskap (Orang selalu ingat aku tukang kebun! Tak kisah pun). Bapa: Farhan bin Abdullah Ibu: Nur Maria binti Malik Adik: Ferhad Daniel bin Farhan SUARA Bob Marley berkumandangan. Telefon diambil di celah beg tangan. Nama pemanggil dibaca. Ferhad. Panjang umur. Baru terlintas di fikirannya untuk menghubungi Ferhad sebentar tadi. Meen, jomlah keluar. Bosanlah duduk terperap kat rumah. Mendayu suara Ferhad menuntut perhatian Jasmeen. Tak nak la. Hari minggu aje aku ada peluang nak rehat. Nak tengok pokok bunga sendiri. Hari kerja sibuk kena layan pokok bunga orang. Kau datang sini la. Aku buat BBQ. Jasmeen menjawab, malas. Sesungguhnya dia memang malas nak merambu tak tentu hala di hujung minggu. Pokok bunga sendiri yang dimaksudkan walaupun cuma taman sekangkang kera yang dihias ringkas di balkoni kondominium mewahnya tetap mendapat perhatian utamanya. Lega dan hilang penat lelah seharian bekerja di luar apabila melangkah masuk ke rumah. Balkoni yang sentiasa dibiarkan terbuka menghidangkan suasana damai dan tenang. Kalau tengok landskap ringkas

Rin Ahmad

tersebut, sesiapa yang melangkah masuk ke rumah Jasmeen pun pasti tertawan dan sanggup saja tidur di balkoni. Balkoni yang mempunyai ruang yang terhad itu telah diubah suai seratus peratus. Lantai ditukar dengan hamparan kayu yang tahan hujan dan panas. Di sekeliling persegi balkoni ditanam pokok bonsai yang berpuluh tahun umurnya. Sentuhan hardscape daripada kayu jati yang berlekuk selang-seli di dinding, dihiaskan dengan gantungan pot mini yang ditanam pokok bunga yang berwarna-warni. Yang paling istimewa ialah tiang kayu jati ditinggikan di kedua-dua hujung balkoni yang diserikan dengan pokok bunga kertas berwarna merah jambu terang, cantik menjalar di tiang. Buaian kain yang dijahit khas dengan pilihan kain yang tahan cuaca digantung di kedua-dua tiang. Sekali pandang apabila melangkah ke ruang balkoni seumpama berdiri di taman yang cukup indah! Ala... nak tengok wayang, rengek Ferhad. Tengok kat Astro First aje la. Nak tengok cerita apa? Aku subscribe sekarang. Kau datang lepak rumah aku, balas Jasmeen, masih berdegil. Meen, jom la. Please. Tak sampai hati pula mendengar rayuan Ferhad Daniel, adik lelaki yang berumur dua puluh satu tahun tapi perangai manjanya kalau dengan Jasmeen kalah budak tingkatan satu. Nak harapkan papa dengan mama bawa Ferhad tengok wayang? Jangan haraplah. Faham sangat kalau hujung minggu begini, papa dengan mama sentiasa sibuk. Pelbagai majlis rasmi yang harus dihadiri sehingga masa untuk anak sendiri amat terhad. Menjadi bekas orang penting kerajaan dan orang ternama amat sukar. Terlalu ramai orang yang menuntut agar diberi perhatian dan layanan.

Gadis Edisi Terhad

Aku terus jumpa kau kat Wangsa Walk. Tengok wayang kat sana. La, jom la tengok kat Pavillion, KLCC ke. Nanti kau pergi shopping lepas tengok wayang. Kalau kat Wangsa Walk aku tahu tak ada yang kena dengan selera kau. Aku nak terus balik lepas tengok wayang. Kenapa aku ada kakak yang tak rock macam ni? KLCC please.... Kalau kau nak kakak yang rock, pergi ajak Ella jadi kakak angkat kau. Baru betul-betul rock. Marah pula Jasmeen mendengar kata-kata Ferhad itu. Meen, please. Ferhad masih merayu untuk kesekian kalinya. Lepas tu teman aku pergi nursery kat Sungai Buloh kalau sempat. Jasmeen akhirnya mengalah. Tak sampai hati mendengar rayuan Ferhad. Tak salah pun menghabiskan masa untuk satu-satunya adik kandung. La, kau pergi sendiri la. Tak ada kerja la aku nak pergi cari bunga, tukas Ferhad dengan nada malas. Giliran aku tak nak pulak kau teman. Aku ajak kau hilangkan penat bekerja. Ajak enjoy. Kau kerja macam kuli dah aku tengok. Semua nak buat sendiri. Aku, kan bos merangkap kuli. Multi skill ni namanya. Kat nursery kau tak ada bunga tu ke yang kau nak cari sampai Sungai Buloh? Tak ada la. Kalau ada kat nursery aku buat apa aku pergi beli pokok bunga orang? Datin ni cerewet sikit. Private landscape punya job ni. Menyesal juga aku ambil job ni.

Rin Ahmad

Tiba-tiba terlintas di ingatan perbualan telefon dengan bos Modenreka tempoh hari. Bajet handsomelah tu kalau orang dah minta maaf pun dia tak boleh nak cakap elok-elok. Desis Jasmeen dalam hati. Rasa nak juga diluahkan kepada Ferhad tentang peristiwa dimarahi oleh jejaka bajet handsome itu tapi dipendamkan sahaja. Lupakan ajelah. Mesti dia layan kau macam tukang kebun, kan? Ferhad kadang-kadang bengang juga melihat Jasmeen yang sanggup turun padang semata-mata nak memilih bunga mengikut kepuasan pelanggan padahal memang tak sesuailah. Bukan kerja Jasmeen tu. Biasalah. Macam kau tak tau. Jadi ke tak ni? Please... penat dah aku merayu. Nak jumpa kakak sendiri pun susah. Ferhad kedengaran seperti berjauh hati sahaja. Ah... Ferhad memang pandai membeli hati seorang kakak! Jasmeen amat mengerti tentang perasaan Ferhad kerana dia pun pernah melalui fasa yang sama. Zaman remaja yang amat sunyi. Patutnya kau cari girlfriend ramai-ramai Ferhad, jadi playboy. Janji hidup kau meriah. Meriah dengan hiburan, meriah juga dengan masalah. Namun, Ferhad umpama cermin Jasmeen. Kalau Jasmeen meletakkan cinta di carta terakhir hidupnya maka, Ferhad pun mempunyai carta yang sama. Cinta yang suci akan datang dengan sendiri, tak perlu dicari. Prinsip mereka tentang cinta adalah sama. Yalah. Jasmeen akhirnya mengalah. LG Prada diletakkan di atas meja. Panas dirasakan cuping telinga apabila lebih daripada sepuluh minit bercakap di telefon dengan Ferhad. Telefonnya yang usang itu ditenung lama. Kewujudan pelbagai telefon pintar di pasaran dari bermulanya taufan iPhone sampailah ke ribut teknologi

Gadis Edisi Terhad

Samsung tidak pernah menarik perhatian Jasmeen. Dia tetap setia dengan LG Prada yang dibeli lima tahun yang lalu. Baginya cukuplah menaik taraf lap-topnya ke iPad. Cukuplah dengan mengusung iPad untuk pelbagai kegunaan maya. Telefon cuma alat berkomunikasi yang asas sahaja. Janji boleh bercakap, boleh berSMS dah mencukupi bagi Jasmeen. Jasmeen cuma amat geram kerana aksesori LG Prada amat susah dicari di pasaran. Sarung LG Prada kepunyaannya berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit sudah kusam. Hampir kesemua butik Prada yang ada di Kuala Lumpur sudah dijelajah untuk mencari sarung rekaan khas LG untuk Prada tetapi ternyata aksesori tersebut amat terhad pembuatannya. Setiap satu telefon hanya diberikan satu sarung sahaja dan Prada tidak mengeluarkan aksesori sarung tambahan yang lain. Malang sungguh! Alat kawalan jauh Astro dicapai. Butang off ditekan. Alat kawalan jauh pendingin hawa pula dicari. Mana pulak ni? Jasmeen tercari-cari sampai ke rak televisyen. Hah! Ni pun. Jasmeen menarik alat kawalan jauh pendingin hawa tersebut yang elok terletak di atas susunan majalah. Alat kawalan jauh diambil. Surat yang diterimanya semalam yang berada di bawahnya tadi menarik perhatian Jasmeen. Tertera dengan jelas nama sebenarnya Fellah Delisya binti Farhan di sampul surat tersebut. Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke The New York Botanical Garden, School of Professional Horticulture, ditimbangtimbang. Bersilih ganti daripada telapak tangan kanan ke telapak tangan kiri. Kalau papa tahu, mati! Desis Jasmeen. Surat diletakkan kembali. Beg tangan Gucci Ebony

Rin Ahmad

Diamante yang hanya boleh didapati eksklusif di Gucci.com disangkut ke bahu. Kunci kereta yang disangkut di kotak kunci yang berbentuk burung ditarik. Bibik, bibik. Jasmeen memanggil pembantu rumah, merangkap penemannya di rumah. Hidup bujang pun mengada-ada nak ada pembantu rumah. Tersenyum sendiri kalau mengingatkan usikan keluarga dan rakan-rakannya. Jasmeen penakut orangnya. Penyakit hantuphobic (takut hantu) kadangkala akan menyerang apabila bersendirian tapi dia sedang berusaha untuk melenyapkan sifat penakut ini. Buat malu aje. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya di televisyen pernah berkata, dah tua bangka pun kita takutkan hantu yang tak pernah wujud tapi dosa-dosa yang pernah dilakukan sehingga tua, kita tak takut pulak. Insaf! Ya, Cik Lysha. Saya nak keluar dengan Ferhad. Tak payah masak ya untuk saya malam ni. Kalau dah keluar dengan Ferhad, mesti banyak aktiviti sampingan daripada aktiviti wajibnya. Selepas menonton wayang sudah pasti Ferhad akan menyuruhnya jadi dayang pengiring menemaninya membeli-belah. Tak padan dengan lelaki, kuat shopping mengalahkan Jasmeen. Alang-alang keluar, baik ajak Ferhad makan makanan laut di Jalan Alor, Bukit Bintang. Menu ketam masak kari, lala masak pedas dan udang butter Nestum terbayang di ruang mata. Tempat makanan laut yang paling sedap tetapi paling tak senonoh lokasinya. Yang makan di situ pula bukan calang-calang orang. Tengok kereta-kereta mewah yang terparkir di deretan gerai sudah cukup. Nampak sangat gerai tersebut amat terkenal dan orang sanggup pejam mata

Gadis Edisi Terhad

tapi hidupkan deria rasa lidah. Jasmeen hampir pengsan melihat gerai-gerai di Jalan Alor tersebut apabila pertama kali diperkenalkan oleh Herlina. Tak terjangkau dek akal untuk membayangkan terdapat deretan gerai buruk di tengah lokasi segitiga emas Kuala Lumpur tapi bak kata Herlina dulu, sekali makan pasti nak lagi!

10

Rin Ahmad

Bab 2
AREEZ menghempaskan gagang telefon pejabat dengan kuat. Bengang pula dengan kerenah syarikat landskap yang dipilih oleh Iskandar, arkitek di syarikatnya. Kalau nak diikutkan hati, memang bukan kerja Fareez nak meneliti design landscape untuk projek baharunya. Namun, untuk memastikan kepuasan maksimum Tan Sri Farhan yang banyak memberi projek melalui direct negotiation kepada syarikatnya terpaksa juga dia membuat double-checking kerja-kerja Iskandar. Fareez meninggalkan biliknya dan melangkah keluar ke pantri. Malas pulak nak suruh Arfah buatkan air. Sekali-sekala bancuh air sendiri, lepak kat pantri sambil jalan-jalan sekeliling kawasan pejabat memang menjadi aktiviti sampingan Fareez. Kalau kerjanya mengarah sahaja, nanti Milo kopi berkulat kat pantri dan menyebabkan pekerja sakit-sakit, dia jugak yang susah. Sebenarnya agak mustahil Milo dan kopi tidak berganti kerana syarikat telah memperuntukkan duit petty cash yang secukupnya untuk membeli barang keperluan di

11

Gadis Edisi Terhad

pantri. Jangankan nak berkulat, tengah bulan pun sudah berganti stok baru. Kebersihan adalah perkara yang paling dititikberatkan. Pantang betul masuk pantri tengok gula bersepah atau singki penuh dengan gelas. Mesti tinggi suara Fareez menegur. Pernah dulu semasa mak cik cleaner bercuti, seorang pun tidak mengambil inisiatif untuk membasuh pinggan dan gelas yang tersadai di singki, Fareez terus menyingsing lengan baju dan mula membasuh. Jaclyn yang tiba-tiba masuk ke pantri ternganga melihat bos handsome mereka sedang bergelumang dengan sabun. Sebagai menebus rasa bersalah masing-masing, Fareez dikejutkan dengan hadiah istimewa. Makan free seminggu kat kedai mamak bawah pejabat! Semua pekerja di pejabat mengumpul duit dan siap-siap mendahulukan bayaran kepada kedai mamat tersebut. Hish... macam-macam. Gelas berisi Milo yang telah siap dibancuh dibawa ke luar. Fareez menuju ke bilik Iskandar sambil matanya memandang cubicles pekerja lain yang semuanya tekun dengan kerja masing-masing. Lapang Fareez melihat kesungguhan kesemua pekerja di Modenreka. Tok! Tok! Pintu bilik Iskandar diketuk dan terus diterjah tanpa menunggu jawapan dari dalam. Masuk bilik saya kejap. Fareez memberi arahan ringkas kepada Iskandar yang sedang khusyuk meneliti pelan dan terus menutup pintu. Kenapa tak letak landscape design ni under ID? Projek ni lebih kepada indoor landscape pun, tak involve authority dan town planning sangat. Kos landscape tak sampai pun million. Tak payah pakai landscape architect pun

12

Rin Ahmad

tak apa, tanya Fareez sebaik sahaja Iskandar duduk di kerusi menghadapnya. Sebenarnya Tan Sri Farhan yang call saya direct minta projek ni bagi kat Integrate Landscape, jelas Iskandar senafas. Bimbang juga kalau diserang bertalu-talu oleh Fareez. Hmmm... pelik. Kenapa? Fareez mengerutkan keningnya. Entah. Tak berani nak tanya lebih-lebih. Saya ingat Encik Fareez tau. Lagipun kita panggil tender. Integrate Landscape memang lowest price pun. Iskandar cuba meyakinkan Fareez lagi akan keputusan yang telah diambilnya itu. Sejak bila pulak kita terikat ni? Saya ingat awak faham cara kita. Lowest price memang bagus untuk profit tapi banyak lagi yang awak kena teliti sebelum award. Suara Fareez mula meninggi. Saya tahu Encik Fareez, but they are really qualified, sokong Iskandar lagi. Dah check project reference dia? Fareez bertanya, masih tidak berpuas hati. Dah. Core value ada? Ada. Saya paling minat sebab arkitek ni ada personal touch. Projek yang dia masuk very selective. Bukan sebab profit semata. Dont bluff me, Iskandar. Siapa yang business zaman sekarang tak kisah profit? Maksud saya Encik Fareez, mereka tidak terlalu mementingkan projek komersil. Mereka memilih projek

13

Gadis Edisi Terhad

berdasarkan specialty of landscape. Jadi, setiap design berbeza dan outstanding. Kalau macam tu okey la. Fareez malas nak banyak bunyi. Apa guna melantik arkitek yang terlatih, berpengalaman luas dan berkaliber kalau kepercayaan tidak diberi sepenuhnya. Iskandar pun bukan calang-calang arkitek. Lulusan luar negara sepertinya juga malah, jika Fareez melepaskan Iskandar berjalan sendiri, dia pasti Iskandar mampu. Malah, bukan setakat berjalan. Berlari pun Iskandar mampu. Jika seorang ketua memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kakitangan berserta panduan yang betul, sudah pasti hasil kerja seseorang kakitangan akan lebih cemerlang. Itu prinsip Fareez sejak menerajui Modenreka Arkitek Sdn Bhd.

TELEFON yang berdering dijawab. Lembut kedengaran suara di hujung sana. Fareez tersenyum dan bersandar tenang di kerusi empuknya. Assalamualaikum. Suara di hujung sana memberi salam pembuka kata. Waalaikumussalam, Gina... balas Fareez sambil senyuman masih tidak lekang daripada bibir. Fareez boleh tak kita batalkan kita punya lunch date today? tanya suara di hujung sana. Why? Senyuman Fareez mati. I nak pergi Christian Dior closed sale at Mandarin. Sejak bila you nak beli outdated design ni?

14

Rin Ahmad

CD will never outdated la. Ada design yang tak ada kat butik tapi ada kat sana. Whatever. Hanya satu perkataan yang mengakhiri perbualan antara Fareez dan Gina. Fareez malas nak melayan Gina lebih-lebih. Setahunya kalau keluar shopping dengan Gina, hanya rak yang bertulis New Arrival yang akan dituju oleh Gina. iPhone dimasukkan ke dalam poket seluar sebelah kanan. Sudah beberapa kali Gina membatalkan date mereka. Rasanya sudah hampir dua minggu mereka tidak bersua muka. Wajah manis Gina yang tertera di bingkai gambar di atas meja kerjanya ditatap lama. How time flies. Bisik hati kecil Fareez. Gambarnya yang sedang memeluk bahu Gina ketika sama-sama pergi bercuti dengan keluarga Gina di Genting Highlands ditatap lama. Zaman kanak-kanak riang... semuanya indah. Tak ada masalah. Mereka berumur lima belas tahun ketika itu. Fareez belajar di Politeknik Gombak. Gina pula belajar di Convent Bukit Nenas. Pertalian keluarga mengeratkan lagi hubungan mereka. Datuk Ismadi, daddy Gina memang kawan rapat arwah papa Fareez. Pertalian keluarga yang rapat secara tak langsung mencambahkan perasaan cinta dalam jiwa mereka yang sedang meningkat remaja. Daripada zaman Fareez dan Gina setinggi tiga kaki sehinggalah sekarang apabila masing-masing sudah dewasa. Fareez yang mempunyai ketinggian hampir enam kaki dan Gina menjejak lima kaki. Daripada zaman Gina hanya tahu berkurung di rumah sehinggalah ke zaman Gina mula pandai bersosial. Sehinggakan koleksi kawan Gina melebihi jumlah koleksi kawan dan pelanggan Fareez. Kalau semua gambar kawan Gina dikumpulkan dalam album, rasanya penuh lima album besar macam saiz album orang letak gambar kahwin

15

Gadis Edisi Terhad

tu. Fareez pula sejak menerajui Modenreka, yang ada hanyalah kawan di zaman sekolah. Sekarang semua yang menghampirinya semata-mata kerana urusan perniagaan. Jadi, kalau nak dibandingkan dengan Gina, satu album pun tak penuh gambar koleksi kawan Fareez. How different! My puppy love, ucap Fareez sambil mengusap bingkai gambar tersebut. Pandangan Fareez merayap ke segenap ruang wajah Gina yang terpampang di bingkai. Akhirnya bingkai gambar itu diletakkan kembali ke meja. Habuk yang sedikit melekat di bingkai dilap dengan tisu. Fareez berdiri dan berjalan menuju ke tingkap. Pemandangan di luar pejabatnya yang terletak di tingkat 15 menyaksikan kesibukan bandar raya Kuala Lumpur. Padanya Kuala Lumpur sentiasa sesak tetapi selesa untuk mencari rezeki. Peluang untuk mencari rezeki terbentang luas di Kuala Lumpur. Jalan raya yang sesak dengan kereta bertali arus di bawah sekarang sesesak hatinya. Fareez beralih kembali ke mejanya. Tangan kanan diseluk ke poket seluar. Helo. Helo. Diya? Yes, speaking. Jom lunch, ajak Fareez. Jom. Diya laju mengiakan. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. You pergi sendiri ya. Tak kisah. Nak makan apa? tanya Diya, bersemangat. Kena pergi sendiri pun tak apa janji keluar dengan abang handsome ni!

16

Rin Ahmad

Hari ni I macam nak makan selera kampung. Okey, jom. Kita jumpa kat restoran Leha Kelfood kat Taman Melati. Do you know the place? cadang Diya. Memang sedap pun lauk-pauk yang dihidangkan di restoran tersebut waktu tengah hari begini. Ada orang cakap Kelfood tu bermaksud Kelantan Food tapi Diya tak pasti pula. Macam sama aje. Sedap dan banyak pilihan tu yang penting. I can find. See you there. iPhone dimasukkan kembali ke dalam poket seluar sebelah kanan. Dokumen dan sekeping pelan yang terbentang di atas meja dikemaskan. Setelah berpuas hati dengan kekemasan mejanya barulah kunci kereta dicapai. Sebaik sahaja kerusi yang didudukinya tadi dirapatkan ke meja, Fareez melangkah laju dan pintu bilik yang ditinggalkan berdentum kuat.

NURUL JANNAH atau Gina berdiri menghadap cermin di meja soleknya. Kerusi ditarik. Gina melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja solek yang diimport khas dari Bali. Alat-alat solek dikeluarkan. Gincu, foundation, eyeshadow, mascara, blusher dan pelbagai lagi alat solek yang lain diselerakkan di atas meja solek. Sekali tengok koleksi alat solek Gina dah macam kotak milik nyah tukang solek pengantin dah. Telefon yang dicampakkan ke atas katil selepas menelefon Fareez sebentar tadi berdering. Gina membiarkan. Deringan telefon berhenti tanpa jawapan. Gina melarikan berus compact powder di atas kulitnya yang mulus. Gincu YSL Rouge Per Couture berwarna Rose Bergamasque dioles ke bibir. Gina memang

17

Gadis Edisi Terhad

cantik dan mempunyai kulit yang langsung tidak bermasalah. Masalahnya cuma she is a fashion victim! Penyakit yang hanya boleh diubati sekiranya Gina jatuh muflis atau lebih tepat jika keluarganya jatuh muflis. No money! No fashion! Telefon berdering lagi. Gina berjalan ke katil dengan malas. Volume CD Player yang mendendangkan lagu Celine Dion diperlahankan. Gina memang peminat nombor satu Celine Dion. Tinggal tak berpeluang aje lagi nak tengok konsert Celine Dion kat Vegas. Semasa Celine Dion mengadakan konsert Falling Into You Tour di Perth Australia, memang sah-sahlah Gina berada paling depan sekali menyaksikannya. Sanggup dipujuk rayu daddy untuk menerbangkannya ke sana semata-mata untuk Celine Dion. Die hard fan! Gina. Suara Iqmal yang garau menyapa di telinga. Yup. Gina membalas pendek. I miss you so much, kata Iqmal penuh syahdu. I miss you too... ucap Gina dengan perasaan bersalah. You dah siap ke? Belum. Tengah bersiap. Gina bergerak membawa telefon lalu berdiri di hadapan cermin meja soleknya. Do you want me to fetch you? Nope. Ill ask my driver to send me, tolak Gina sambil berpusing di hadapan cermin. Berpuas hati dengan Akari Dress berwarna peach lembut rekaan terbaru Diane Von Furstenberg yang membaluti tubuh langsingnya. Gaun tersebut yang mencecah ke lutut dengan lembut menyerlahkan kakinya yang panjang. I tunggu you kat lobi. Lepas shopping nanti, I bawa

18

Rin Ahmad

you pergi lunch kat tempat yang best sangat. They import designer chef today. Okey. Mood Gina mula berubah. Iqmal sentiasa tahu membeli jiwanya. Iqmal sentiasa peka dengan selera Gina. Sentiasa ada untuknya. Mendengar suara Fareez tadi melemahkan semangat dan jiwanya. Walaupun Fareez sudah tidak dicintainya tetapi hakikat yang dia masih belum berterus terang akan kecurangannya membuat Gina dihantui perasaan bersalah. Apatah lagi mengenangkan daddy dan mommy sendiri yang amat menyayangi Fareez seperti anak sendiri, lagi membuat Gina serba salah. Im done. Bisik Gina sendiri apabila berpuas hati dengan penampilannya. Kasut yang dicapainya di ruang New Arrival butik Giuseppe Zanotti Pavilion Kuala Lumpur semalam dijinjit keluar bilik.

19

Gadis Edisi Terhad

Bab 3
ASMEEN merenung sekeliling halaman rumah yang besar. Hadiah hari jadinya yang kedua puluh enam tahun. Banglo yang terletak di kawasan perumahan elit, Valencia. Cantik memang cantik. Kalau tak, takkan harganya mencecah hampir dua juta. Halaman yang luas masih kosong tanpa sebarang sentuhan ajaib tangannya. Hatinya tersentuh apabila papa cuba sedaya upaya untuk membeli hatinya yang semakin menjauh. Papa mesti tahu kawasan perumahan Valencia ini pernah mendapat anugerah Malaysia Landscape Architecture Award 2009 bagi kategori Excellent Landscape Planning & Development daripada Institute of Landscape Architects Malaysia. Kalau tak, takkan papa yang menentang minatnya dari dulu lagi sanggup mencari rumah yang menjadi sebutan ramai landscape architects di Malaysia ini. Hati Jasmeen tak lalu untuk mereka landskap rumah sendiri. Tak terjangkau akal fikirannya mendiami rumah sebesar ini berdua dengan bibik. Ditambah lagi dengan lokasi Valencia yang jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur menyukarkan langkah rutinnya.

20

Rin Ahmad

Jasmeen lenguh berdiri. Langkah dihala menuju ke pintu utama. Teringat perbualan telefonnya dengan mama sebentar tadi. Papa meminta Jasmeen mengadakan house warming. Katanya rumah dah beli setahun tapi kenduri doa selamat tak pernah lagi dibuat. Bukannya papa tak tahu hasrat Jasmeen untuk menjual rumah ini. Daripada terbiar tak berpenghuni, lebih baik dijual sahaja. Ingatannya menerawang pada perbualannya dengan Tan Sri Farhan tempoh hari. Papa tak izinkan Meen jual rumah tu. Kalau tak nak duduk sekarang pun nanti dah kahwin Meen boleh duduk sana. Ala... pa, nanti Meen siapkan landskap rumah tu cantik-cantik, kasi up sikit harga rumah. Pastu papa jual eh? pujuk Jasmeen. Prinsip Jasmeen pula berbeza. Sudah pastilah Jasmeen akan mengikut kemahuan suami biarpun hanya tinggal di rumah teres. Namun, Jasmeen malas nak memanjangkan hal. Kalau bertingkah kata dengan papa, memang Jasmeen tak akan menang. Akhirnya pasti salah seorang akan terluka. Niat di hati Jasmeen sekarang adalah untuk menyiapkan konsep landskap rumah ini. Sekurangkurangnya menghargai pemberian papa. Cuma mood belum ada. Jadi jual ke tak, belakang kira. Bibik! Bibik! laung Jasmeen. Bibik dibawa bersama untuk mengemas apa yang patut. Tak elok jika rumah ini dibiarkan langsung tidak berurus. Sekali-sekala Jasmeen akan membawa bibik menjengah rumah di Valencia ini. Dah siap ke? Dah, Cik Lysha.

21

Gadis Edisi Terhad

Okey, jom balik, ujar Jasmeen sambil mengunci pintu utama rumah. Tombol pintu kayu yang diperbuat daripada kayu jati siap berukiran mewah itu ditarik untuk memastikan pintu telah selamat berkunci. Jasmeen berjalan mengelilingi rumah bermula dari sebelah kanan rumah mengikut pusingan jam dan berhenti di hadapan Mercedes C-Class Coupe. Jasmeen berpuas hati dengan tahap keselamatan rumah ini. Bukan apa, risau juga. Memang keseluruhan kawasan Valencia dilengkapi dengan sistem CCTV tetapi mengenangkan pembinaan banglo baru di lot hujung Valencia membuat Jasmeen mengambil langkah awal. Prevention is better than cure! Irama Bob Marley berkumandang sebaik sahaja kereta menderum laju meninggalkan Valencia. LG Pradanya yang mendendangkan irama Bob Marley tersebut. Suara Adele yang mendendangkan lagu berjudul Someone Like You di radio kereta diperlahankan. Meen, kau kena tolong aku. Suara Ferhad kalut menerjah telinganya yang disumbat dengan earphone handsfree. Apa? Tanya Jasmeen dengan mata yang difokuskan ke jalan raya. Apa sahaja yang aku nak cakap, tak kira apa pun, kau kena jugak tolong. Cakap la dulu kalau ya pun. Suara Jasmeen meninggi. Marah juga dengan sikap Ferhad yang suka memaksa. Tak boleh tidak. Sama seperti hujung minggu yang lalu. Penat Jasmeen melayan Ferhad seharian, alih-alih bila diajak teman mencari pokok bunga di Sungai Buloh, ada sahaja alasannya.

22

Rin Ahmad

Tak aci! Inilah satu-satunya part paling tak best bergelar seorang kakak. Asyik kena mengalah. Since when? Kau gila? Makin meninggi suara Jasmeen mendengar penjelasan daripada Ferhad di hujung talian sehinggakan bibik yang berada di sebelah pun melatah kerana terkejut. Permintaan Ferhad baginya teramat gila! Langsung tak masuk akal! Please, Meen. This is my only shot. Kena ada replacement. Kalau tak, esok aku kena fire. Habis la strategi aku.

FAREEZ, you free ke sekarang? tanya Diya sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari restoran Leha Kelfood. Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Agak jauh juga kereta diparkir. Maklumlah, restoran ini terletak di deretan rumah kedai yang hanya mempunyai tempat letak kereta di hadapan kedai. Ikut logik pun, kalau restoran dah penuh dengan pengunjung, ditambah lagi dengan kewujudan restoran lain yang popular seperti Sate Haji Samuri, Secret Recipe, Nasi Lemak Antarabangsa dan pelbagai lagi restoran menarik di deretan kedai yang sama, nisbah kependudukan dengan kawasan meletak kereta amatlah tidak mencukupi. Sekejap boleh la. One hour maybe, balas Fareez. Okay, enough. Temankan I cari hadiah untuk atuk I. I ingat nak hadiahkan baju batik jadi, atuk boleh pakai masa kenduri kahwin sepupu I nanti. Okey, boleh. Pergi dengan kereta I, then Ill drive you back here to take your car.

23

Gadis Edisi Terhad

Okey. Fareez dan Diya melangkah masuk ke Binwanis Ampang Park. Baru lima belas minit menemani Diya, Fareez mulai bosan apabila Diya melencong daripada memilih baju batik untuk atuknya kepada aktiviti memilih baju untuk diri sendiri. Kelibat Diya dicari dan dilihatnya gadis tersebut sedang asyik membelek kain baju kurung di hujung sana. Fareez mengambil keputusan untuk membuat aktiviti sendiri. Dia bergerak ke arah bahagian baju lelaki lalu leka memerhati baju-baju untuk lelaki yang berjenama Ungaro, Giani Versace dan Valentino. Dua, tiga helai baju yang berkenan di hati dibelek-belek. Fareez sedar ketampanannya yang amat terserlah mengundang pandangan salesgirls di Binwanis. Dengan ketinggian dan bentuk badan persis atlet, wajah maskulin dilengkapi dengan gaya korporat maka memang patut Fareez menjadi tumpuan. Dia bukan perasan tapi itulah kenyataannya. Argh... perempuan. Semua sama. Kalau tak rupa yang dipandang pasti poket yang ditimbang. Fareez meluat dengan pandangan gadis-gadis penjual di Binwanis. Pandangannya terhenti pada kain Giani Versace yang terletak di rak paling atas. Cantik juga fabrik ini kalau buat kemeja kerja. Fareez mendekati salesgirl yang leka dengan telefon bimbit di tangan. Orang lain sibuk usyar aku, minah ni boleh pulak buat derk. Desis Fareez dalam hati. Excuse me. Fareez menegur. Salesgirl tersebut masih tidak perasan dengan kehadirannya. Fareez mula hilang sabar. Excuse me! You ni nak jual kain ke nak bercinta kat sini? Main SMS pula masa kerja! sergah Fareez dengan lantang.

24

Rin Ahmad

Alamak! Argh... mana budak lain ni? Jasmeen mula melilau mencari salesgirl yang lain. Dari tadi lagi Jasmeen mengelak daripada melayan pelanggan. Sejak Binwanis memulakan operasi lagi, ada sahaja pelanggan menghampiri pasti dia berpura-pura menghantar kain ke kaunterlah, lipat kain di rak belakanglah dan bermacam-macam helah lagi direka untuk mengelakkan tanggungjawab paksaan ini. Manalah dia tahu apa pun pasal kain ni. Kalau nak beli baju kurung pun yang dia tahu pesan kat mama dan pastikan kain baju kurungnya satu-satunya yang ada atau kain limited edition. Maaf sikitlah kalau nak pakai baju kurung yang bergulung kat kayu-kayu di rak ni, silap hari bulan sama dengan kain baju kurung mak cik-mak cik kat pejabat sebelah! Siaplah kau Ferhad. Bisik hati kecil Jasmeen. Jasmeen mula berdiri tegak. Takut juga melihat gelagat mamat handsome tetapi garang bak serigala jadian di hadapannya ini. Patut la kerja main-main. Jual kain pun boleh pakai handphone limited edition. Bidas Fareez dengan kasar apabila melihat salesgirl tersebut berdiri macam patung, diam tidak berkutik. Bukannya nak diambil gulungan fabrik yang ditunjukkan tadi. Sempat pula pandangannya menangkap LG Prada yang diselukkan ke dalam seluar oleh gadis tersebut. Harga telefon baru model tersebut di pasaran hampir mencecah ribuan ringgit. Kalau dah kaya sangat buat apa kerja sini? Menyusahkan orang aje. Cuma apa yang nak dihairankan dengan budak zaman sekarang, sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk bergaya. Sekali tengok cantik juga salesgirl ni. Rupa taklah comot gaya budak lulusan SPM. Dengan bentuk muka yang

25

Gadis Edisi Terhad

bujur, mata yang galak dan hitam bersinar dan alis mata yang melentik menambah keayuannya. Muka bersih tanpa cela walaupun tidak mengenakan make up tebal. Dengan sedikit lip tint cukup menambah seri gadis yang masih tegak macam patung di hadapannya ini. Boleh polish lagi ni. Bisik hati Fareez nakal. Encik nak yang mana satu? Jasmeen berbahasa. Suara salesgirl tersebut mengejutkan lamunan Fareez. That one. Sekejap ya, encik. Jasmeen melilau sekeliling. Macam mana aku nak turunkan kayu fabrik tu? Kain yang ditunjukkan oleh mamat handsome keturunan Jacob serigala jadian dalam filem Twilight ni letaknya paling atas. Paling atas, tahu tak! Aduh! Jasmeen bingung. Kerusi dipanjat. Tangan Jasmeen terawang-awang cuba menggapai kain tersebut. Hati-hati. Fareez mula cuak apabila melihat gerak langkah salesgirl itu yang nampak amat kekok di matanya. Tak apa, encik. Dah biasa. Hei... malang betul nasib aku hari ni. Hilang sudah keayuan duk terlompat-lompat kat kerusi semata-mata nak mencapai rak atas. Jasmeen merungut dalam hati. Berpeluhpeluh dibuatnya. Tiba-tiba... bukkk! Berdebuk bunyi kayu fabrik menimpa mamat bajet handsome yang tengah menunggu. Jasmeen pegun.

26

Rin Ahmad

Bab 4
EEN, kau dah buat apa kat tempat kerja aku? Sebab kau buat hal masa ganti aku, langsung aku diberhentikan, tahu tak? sergah Ferhad tiba-tiba. Jasmeen menoleh ke arah pintu yang terbuka. Bertuah punya adik. Salam tidak, apa pun tidak. Alih-alih terus tanya soalan cepumas. Pintu yang terbuka luas diterjah oleh Ferhad. Angkat kayu kain, gunting kain, layan pelanggan. Apa lagi? Takkan aku nak buat design landscape kat situ kut? jawab Jasmeen bersahaja. Habis tu sampai aku kena buang kerja kenapa? Ferhad tidak puas hati dengan jawapan Jasmeen. Mana aku tau. Jasmeen menjawab malas sambil memanggil bibik. Bik, tolong buat air untuk Ferhad. Jasmeen mencampak alat kawalan jauh Astro ke arah Ferhad. Kaki diayun ke bilik. Hanger yang dikhaskan untuk menyangkut tudung tergantung kemas di dalam

27

Gadis Edisi Terhad

almari, ditilik. Tudung mana nak pakai ni? This one? No. That one? No. Akhirnya tudung Syria daripada fabrik denim yang berwarna merah jambu lembut ditarik. Padan dengan jean biru dan kemeja kotak-kotak pink-putih yang sedia tersarung di badan. Jasmeen melangkah keluar. Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi. Ambil angin kat bawah. Nak ikut ke? Ferhad geram. Jasmeen memang begitu. Perkara yang dianggap remeh baginya langsung tidak akan dilayan. Pintu lif terbuka di tingkat 3A. Landskap yang menghijau terbentang luas di hadapan. Ferhad yang masih bengang dengan Jasmeen sedikit terubat. Tenang melihat kehijauan taman. Tingkat 3A yang menempatkan taman dan kolam renang bagi kemudahan penghuni di The Northshore Gardens memukau pandangan. Ferhad mengekori Jasmeen melabuhkan diri di bangku yang terletak di bawah pokok yang rendang. Damai sekali. Aku minta maaf susahkan kau. Ferhad memulakan kata. Perasaan bersalah terhadap kakak tersayang menguasai diri walaupun perasaan marah dan kecewa mendominasi. Aku okey. Jasmeen membalas pendek. Meen, salah ke apa yang aku buat? Ferhad buntu. Nasihat Jasmeen mesti diambil kira. Tidak boleh tidak. Kau terlebih tengok cerita Korea la aku rasa. Jasmeen membuat rumusan sendiri. Aku, kan Gu Jun Pyo versi Melayu. Jangan nak main-main la. Aku tak suka. Meen, tapi aku suka sangat kat awek tu. Comel sangat. Nama dia Alya.

28

Rin Ahmad

Planning kau dah hancur baru nak bagitau aku? Meen, aku minta maaf. Please... jangan la merajuk. Kau satu-satunya kakak aku dunia akhirat. Aku tak sempat pun lagi nak berkenalan dengan Alya. Baru main jeling-jeling dengan tau nama. Kalau papa tak telefon cakap nak minta aku sign agreement kereta baru aku tu, memang aku tak minta kau cover aku. Geram juga Ferhad dengan papa. Punyalah berkurun Ferhad minta kereta baru, masa yang paling tak sesuai pula permintaannya dikabulkan. Kalau tak mengenangkan kereta Honda Accord lamanya yang asyik meragam kebelakangan ni memang Ferhad buat bolayan aje. Argh... kakak seorang ni pula, Ferhad tahu sangat perangainya. Tegas tapi bunga ros penuh setaman dalam hati. Corner-corner memang Jasmeen tak layan. Namun setegas Jasmeen pun, segarang Jasmeen pun, Ferhad tahu kasih sayang Jasmeen terhadapnya umpama seluas lautan dan setinggi langit. Buktinya di kala Ferhad memerlukan bantuan, Jasmeen tetap membantu tanpa banyak soal. Ferhad menyambung bicara apabila melihat Jasmeen masih mendiamkan diri. Minggu lepas aku ikut mama pergi Binwanis beli kain baju kurung. Aku nampak iklan kerja kat situ, esok aku datang terus mohon. Masa tu yang aku tau aku nak kenal sangat awek salesgirl tu. Aku nak menyamar sebab aku takut nak tackle dia as if I am Ferhad Daniel. Ayat kau as if I am Ferhad Daniel tu buat aku nak muntah la. Ferhad, kenapa nak susah payah macam tu? Bukan setakat susahkan diri tapi susahkan aku juga tau. Suara Jasmeen meninggi tetapi lebih kepada risau dengan akal fikiran Ferhad yang pendek pada pandangannya.

29

Gadis Edisi Terhad

Tudung yang terletak di kepala dibetulkan apabila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mengganggu letak tudungnya. Jasmeen menyambung lagi. As if I am Ferhad Daniel tu ayat tipikal dalam cerekarama. Sebab nak cari awek semata takkan nak kena menipu? Tak berkat pun sebuah hubungan yang bermula dengan cara yang salah. You are Ferhad Daniel. Just be yourself. You can still let people like you because of yourself and not because of who you are and what you have. Kau faham tak? But the girls always come after me just because of what I have, Meen. Kau pun tau, kan? Tak apa la Meen. Tak ada rezeki aku kut. Kena tackle cara lain la. Aku kena buang kerja sebab kakak aku yang jadi tukang cover ni tak pandai nak cover langsung. Suara Ferhad mula kedengaran ceria. Kalau ayat Jasmeen dah mula panjang sikit atau dah lebih daripada sembilan patah perkataan maknanya aura membebel yang semula jadi wujud dalam diri Fellah Delisya dah mula nak aktif dah. Aku punya pendapat, senang. Kau kena jadi diri sendiri. Memang ramai pun perempuan mata duitan zaman sekarang tapi kalau kau banyak berdoa, pilih betul-betul mesti Allah akan bagi jugak awek yang betul-betul suka kat kau dengan ikhlas. Dulu cakap tak kisah konon, biar cinta datang sendiri. Sekelip mata pula aku tengok kau berubah. Apa kes? Sebab aku rasa aku tak jadi la ikut jejak kau jadi anak dara tua. Ferhad! Nyaring jeritan Jasmeen memenuhi taman yang sebentar tadi sunyi dan damai. Laju Jasmeen berlari mengejar Ferhad yang cergas meyelamatkan diri sebaik sahaja menuturkan perkataan tua.

30

Rin Ahmad

Maklumlah Jasmeen amat sensitif dengan isu anak dara tua. Baginya perkahwinan pada usia yang matang lebih menjanjikan kebahagiaan dan masa depan. Ayat stereotaip orang yang tak ada boyfriend di kala usia mencecah dua puluh tujuh tahun! Ferhad! Stop you foolish! Jasmeen sudah penat mengejar Ferhad mengelilingi kolam renang yang panjang berbentuk segi empat tepat itu. Peluh mula menitik. Dahi dilap dengan hujung lengan kemeja. Walaupun umur Jasmeen menginjak umur dua puluh tujuh tahun namun, dia masih kelihatan seperti remaja awal dua puluhan mungkin kerana cara berpakaian yang ringkas dan bibir yang sentiasa menguntumkan senyuman. Na na na na na... nae meoriga neomuna nappaseo! Ferhad menjerit dari seberang kolam renang, meniru lagu kegemaran Jasmeen Because Im Stupid dalam siri Boys Over Flower. Teringat bagaimana Ferhad melihat Jasmeen menangis ketika menonton episod yang sedih dalam siri tersebut. Ferhad pula jadi tukang hulur tisu. Haru betul ada kakak macam ni. Nak cakap hantu cerita Korea... tak juga. Balik-balik cerita Boys Over Flower dan Full House yang diulang tayang oleh Jasmeen. Ferhad yang menjadikan The Northshore Gardens, kondominium mewah Jasmeen di Desa Parkcity sebagai rumah keduanya pun hampir hafal kesemua skrip kedua-dua siri tersebut. Argh! Women are really from Venus! Because I am too stupid maksud lagu yang kau nyanyi dalam bahasa Korea tu sesuai untuk kau, bukan untuk aku. Pandai sangat buat idea menyamar jadi sales boy. Macam

31

Gadis Edisi Terhad

budak tak cukup akal! Jerit Jasmeen yang termengahmengah. I know I am. Im sorry sis! Akhirnya Jasmeen berhenti di bangku yang menghadap kolam renang. Kepenatan mengejar Ferhad yang masih tak berkurangan staminanya. Kau nak aku pergi belasah tak mamat bajet handsome yang menyebabkan adik kau ni bakal jadi bujang terlajak? Ferhad duduk di sebelah Jasmeen sambil tangannya menghulurkan sekuntum bunga loceng berwarna kuning yang dipetiknya khas untuk melembutkan hati Jasmeen. Merepek la kau ni. Mana kau tau handsome? Ada aku cerita? Bunga loceng diambil dan diselitkan di celah tudung. Argh... kau Meen, macam aku tak tau. Kalau tak handsome, pasti kau punya skrip sumpah seranah mesti ada ayat jambatan tak siap, longkang pecah, pocong hidup dan macam-macam lagi la. Handsome sangat ke handsome biasabiasa? Semalam tak ada pun skrip tu. Teringat Ferhad panggilan telefon Jasmeen memaki hamunnya apabila menceritakan peristiwa memalukan bersama pelanggan di Binwanis semalam. Boleh tahan la. Back to you, bout Alya kau jangan risau la. Aku mesti tolong kau tackle jugak awek Binwanis tu tapi tak payah la kena jadi sales boy kat situ. Banyak lagi strategi lain. Aku ingat aku nak give up la. Mungkin Allah nak tunjuk Alya tu bukan untuk aku. Lagipun kau tau tak, penat gila kerja kat Binwanis tu. Dah jadi macam hamba tebusan kapal lanun aku rasa padahal baru kerja tiga hari.

32

Rin Ahmad

Dont give up, Alya will be yours one day. Well find other ways to approach her. Eh! Kau punya feel jadi tebusan kapal lanun tu macam best la jugak. Aku ni yang baru sehari kerja ganti kau ni terasa macam hamba abdi perang tau tak. Nak-nak masa kena tembak dengan mamat bajet handsome tu. Aku rasa macam nak bom balik kepala mamat tu.

Binwanis, Ampang. ARE you crazy? Lantang suara Fareez kedengaran di ruang Binwanis. Jasmeen yang pegun dari tadi tersedar. Cepat-cepat dialihkan kayu fabrik yang jatuh menghempap kaki milik pelanggan yang sedang mencerlung memandangnya. Saya minta maaf. Jasmeen cuba bertenang. Control composure Meen! Digagahkan juga untuk tersenyum walaupun amat gugup. Saya tak pernah jumpa sales girl yang berkhayal macam awak. Kalau dah rasa kaya sangat tak payah la kerja kat sini. Main-main pulak dia. Entah kenapa mood Fareez berubah 180 darjah. Bukanlah kebiasaannya meledakkan kemarahan tanpa menghiraukan sekeliling. Namun melihatkan wajah di hadapannya yang tenang dan tegak berdiri menerima sahaja makiannya semakin mencabar egonya. Saya minta maaf sekali lagi, encik. Saya tolong encik pilihkan kain yang lagi bagus kualiti daripada kain ni.

33

Gadis Edisi Terhad

Yang kat sana tu baru aje sampai, encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua... Listen here! I dont care about your limited edition or whatever that you have here. I just want to get out from here. Belum sempat Jasmeen menghabiskan ayatnya terus pelanggan tersebut memintas ayatnya. Seorang gadis manis yang kecil molek datang dari arah belakang mereka. Mungkin kekasih hati mamat bajet handsome ni. Gadis tersebut cuba menenteramkan pasangannya yang sedang menyinga umpama mahu menelan Jasmeen sahaja lagaknya. Jasmeen, apa hal ni? tanya Marina yang bertindak sebagai supervisor untuk mengawal keadaan. Belum sempat Jasmeen menjawab, gadis yang berada di samping pelanggan tersebut menerangkan kejadian yang berlaku dan menyalahkan Jasmeen. Ek eleh, macam kau nampak tadi. Bisik Jasmeen dalam hati, meluat dengan gadis gedik itu. You should fire her. Mendengar ayat terakhir daripada gadis tersebut membuatkan sepasang mata Jasmeen besar kecil-besar kecil memandang pasangan tersebut. Wahai hati, sabarlah! Pasangan tersebut mula mengorak langkah keluar dari Binwanis namun, Jasmeen perasan pandangan mamat bajet handsome tu sempat mengerlingnya dengan tajam. Encik, sekejap. Jasmeen membongkok. Sapu tangan berjenama Laura Ashley yang putih bersih dikeluarkan daripada kocek seluar. Ikutkan hati, rasa macam nak gulunggulung sapu tangan ni pastu cekik aje mamat ni tetapi mengenangkan status yang disandang sekarang apalah

34

Rin Ahmad

salahnya menjaga nama baik Binwanis. Semua bentuk perniagaan mengamalkan konsep client is always right. Jasmeen tahu sebab dia pun orang berniaga. Lagipun bersabar tu dapat pahala apa. Minta maaf. Kasut encik kotor sikit. Tutur Jasmeen yang sedang membongkok mengelap kasut hitam Bally Fareez yang tadinya berkilat tetapi sekarang dihiasi sedikit kesan debu kayu fabrik yang terjatuh ke atas kakinya tadi. Fareez pula tergamam dengan reaksi yang tak terjangka. Sudahlah dimaki hamun sales girl yang sedang mengelap kasutnya sekarang ni tadi, tapi sekarang boleh pula segala perbuatannya diterima dengan tenang. Siap lap kasut gua la wei!

35

Gadis Edisi Terhad

Bab 5
Botanical name: Jasminum Sambac Common name: Arabian Jasmine Family name: Oleaceae (Olive Family) Native: India UKU tentang jenis-jenis bunga, Tropical and Horticulture hasil tulisan Dr. Francis SP Ng diambil dari atas meja untuk disambung baca. Terganggu design researchnya apabila mendapat panggilan telefon daripada Herlina. Jasmeen tersenyum sendiri apabila mengenangkan perbualannya dengan Herlina. Gembira mendengar khabar sahabat yang jauh berada di Batu Gajah, Perak. Namun, topik utama yang dibincangkan mereka ialah Jasmeen. Jangan salah faham ya. Di sini maksudnya jasmine atau di Malaysia lebih dikenali sebagai bunga melur. Jasmeen yang membuka topik bunga jasmine. Dikhabarkan kepada Herlina cadangannya untuk membuat landskap rumah baharunya di Valencia dengan dilatari oleh

36

Rin Ahmad

bunga jasmine. Cadangnya sengaja nak diabadikan apa yang berkaitan dengan dirinya di rumah itu. Maklumlah, susah sekali untuk Jasmeen menghargai hartanya yang satu ini. Oleh sebab itulah dia memerlukan special touch untuk menjadikan Valencia sesuatu yang istimewa dan dekat di hati. Jasmeen membayangkan suatu hari nanti jika dijual pun, pemilik baru akan gembira melihat bunga jasmine memutih di sekeliling rumah dengan keharuman yang menenangkan. Kalau diselang-selikan dengan blue daze pasti lagi menarik. Tambah Herlina yang turut memberi cadangan yang bernas. Herlina pula menyentuh tentang denominasi duit syiling Malaysia edisi ketiga terbaharu yang akan dikeluarkan pada 2012 nanti. Denominasi duit syiling dua puluh sen terbaharu menggunakan motif bunga jasmine. Lantas katanya apabila membaca keratan info yang dikeluarkan oleh Bank Negara mengimbas ingatannya terhadap Fellah Delisya yang lebih dikenali sebagai Jasmeen dalam kalangan orang yang rapat dengannya. Memang sesuai sangat la kalau Bank Negara pilih lambang bunga jasmine tu. Kenapa Meen? Aku ingat kita patut mengekalkan bunga raya. Memang la bunga raya bunga kebangsaan tapi kau kena tau jugak, bunga jasmine mendapat tempat istimewa dalam peradaban ketiga-tiga budaya bagi tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis keagamaan dan perkahwinan. Motif bunga melur ni jugak sering terdapat dalam pertukangan tangan tradisional kita seperti ukiran perak dan sulaman. Jasmeen menerangkan dengan panjang

37

Gadis Edisi Terhad

lebar. Bangga sebenarnya kerana boleh jugak tumpang nama sekaki. Tapi kalau letak motif bunga jasmine tu pada denominasi duit kertas nilai seribu, kan lagi gempak! Ni, dua puluh sen aje? Buku tersebut dibaca dengan penuh khusyuk namun, jam Tissot di tangan dikerling sentiasa. Takut terlepas janji temu dengan Datin Julia sebentar lagi. Membuat reka bentuk landskap rumah VVIP ni memang kadang-kadang memeningkan kepala. Senang dan menguntungkan tetapi kerenah tuan rumah yang boleh buat Jasmeen migrain. Apabila reka bentuk dipersetujui dan kos ditetapkan, elok kerja-kerja landskap nak mula di tapak, boleh pula nak tukar reka bentuk pada saat-saat terakhir. Tetapi kalau dah nama pelanggan, kena layan juga.

ASSALAMUALAIKUM. Lama Jasmeen berdiri di hadapan pagar automatik rumah Datin Julia. Namun, sampai sekarang masih belum ada orang yang menjengah. Loceng sudah ditekan berkalikali. Salam pun sudah tiga kali diberi. Sampai nak tercabut anak tekak Jasmeen menjerit dari luar pagar. Maklumlah kalau setakat cakap ala-ala princess, dengan pagar setinggi lima kaki ini, hanya orang yang mempunyai pendengaran supersonik sahajalah agaknya boleh mendengar dari dalam rumah. Kalau nak cancel pun, cakap la awal-awal. Jasmeen membebel sendirian. Segala fail yang berkaitan projek landskap rumah

38

Rin Ahmad

Datin Julia dikepit di celah ketiak. Fail yang tertinggal di dalam kereta Miza semasa keluar makan tengah hari bersama semalam disuruh hantar ke rumah. Alang-alang ke rumah Datin Julia yang sehala dengan rumah Miza, Jasmeen minta ditumpangkan. Balik nanti fikirnya boleh disuruh Ferhad menjemputnya di rumah Datin Julia. Lengan T-shirtnya yang panjang disingsing sedikit. Hampir lima belas minit Jasmeen berdiri di luar pagar gaya pengawal keselamatan tak bertauliah. Menyesal pula tak bawa kereta sendiri. Kalau tak mengenangkan rancangan untuk makan malam bersama keluarganya malam ini, sudah pasti menyusahkan Ferhad tidak termasuk dalam agendanya. Tunggu la lima minit lagi. Lepas tu baru telefon Ferhad suruh ambil, bisik Jasmeen sambil melirih ke langit. Mentari terang memancar. Honk! Honk! Jasmeen tersentap apabila sebuah BMW X5 berwarna hitam dengan garangnya membunyikan hon dan berhenti di hadapan Jasmeen. Errr... di hadapan pagar rumah Datin Julia dengan lebih tepat kerana sememangnya Jasmeen yang ke hulu ke hilir umpama cacing kepanasan di hadapan pagar rumah telah mengganggu kereta yang ingin masuk. Pintu pagar terbuka secara automatik. Datin Julia baru sampai ke? Janji pukul berapa, sekarang pukul berapa. Excuse me? Who are you? tanya seorang perempuan yang melangkah keluar daripada perut BMW X5 itu. Jasmeen tersenyum. I have an appointment with Datin Julia. From Integrate Landscape. Jasmeen menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormat.

39

Gadis Edisi Terhad

Oh. Saya Gina, anak Datin Julia. Minta maaf ye. Mommy tak sempat cancel appointment la tu sebab pagi tadi Daddy dimasukkan ke Gleaneagles. Komplikasi jantung. Jadi, mungkin mommy kelam-kabut sikit. Lawa betul anak Datin Julia. Sebelum ni tak pernah pula nampak. Sekali pandang orang sudah tahu perempuan keluaran gedung Gucci. Gina-Gucci. He he he! Sesuailah tu. Gaya berpakaiannya amat moden dan amat menarik perhatian. Dengan raut wajah kacukan Arab agaknya sebiji macam klon Datin Julia zaman muda, teka hati Jasmeen. Tak apa la kalau macam tu. Saya balik dulu ya. Kasihan pula Jasmeen mendengar nasib yang menimpa suami Datin Julia. Ada apa-apa yang saya boleh tolong? Pasu-pasu yang kat luar tu nak bawa masuk ke? Jasmeen tersenyum melihat Gina mengerling ke arah tiga buah pasu yang berada di hadapan pagar. Sudah pasti ketiga-tiga pasu berisi bunga berwarna biru, ungu dan merah yang jarang kelihatan itu menarik perhatiannya. Tak apa, Cik Gina. Sebenarnya ini contoh pokok untuk Datin pilih. Saya masuk dulu. Jumpa lagi nanti, balas Gina, tidak berminat. Gina terus melangkah masuk dan membiarkan Jasmeen keseorangan. Jasmeen menarik nafas panjang. Apa punya tuan rumah, bukannya nak dipelawa tetamu minum air ke, ajak masuk dalam ke. Aku dahlah dahaga macam duduk kat gurun Sahara aje ni. Bisik Jasmeen dalam hati. LG Prada diseluk dari dalam beg Longchamp. Ferhad, tolong ambil aku kat rumah Datin Julia. Yang kita pernah datang hantar Miza dulu tu.

40

Rin Ahmad

Sementara menunggu Ferhad, Jasmeen mengambil peluang mengelilingi halaman rumah Datin Julia yang besar. Projek landskap di rumah ini sudah bermula dua minggu yang lalu. Boleh tahan cerewet juga Datin Julia ni semasa memilih landskap yang direkanya. Itu tak berkenan, ini tak berkenan... namun, akhirnya yang paling menggelikan hati Jasmeen ialah ayat Datin Julia. Janji pokok kat rumah I ni susah nak jumpa kat rumah Datin lain. Biar I berhabis, susah jaga pun tak apa pokok tu, janji rumah I aje ada. Oleh sebab itulah Jasmeen membawa tiga jenis pokok yang berlainan warna yang unik seperti blue daze atau nama saintifiknya evolvulus glomeratus, lavender spur flowers dan alpinia pupurata untuk dipilih oleh Datin Julia. Sedang Jasmeen asyik melihat path walkway yang sedang dalam pembinaan, tiba-tiba... pranggg! Pasu aku! Jasmeen menjerit sambil tergamam apabila melihat BMW X5 tadi telah terlanggar sebuah pasu yang disusun di tepi pagar. Gina yang mendengar terkocoh-kocoh keluar. Apa bising-bising ni? Jasmeen bergegas ke bahagian depan BMW X5 untuk mengutip pasu yang berkecai sebaik sahaja enjin dimatikan. Bukan dihairankan sangat pasu yang berkecai tetapi pokok yang ditanam di dalam pasu amat berharga baginya. Alpinia pupurata yang berwarna merah ini amat sukar dibela. Hampir setahun menunggu barulah nampak kuntuman pertamanya apatah lagi untuk pemilihan pelanggan. Biasanya Jasmeen akan memilih pokok yang terbaik dalam semaian. Bising Jasmeen mengarahkan Miza memilih pokok yang terbaik pagi tadi di tapak semaian milik

41

Gadis Edisi Terhad

Integrated Landscape sebelum menghantarnya ke rumah Datin Julia. Yang kau bodoh sangat letak pasu tengah-tengah jalan ni siapa suruh?! tengking satu suara seiring dengan dentuman pintu. Telinga Jasmeen menangkap suara garau yang datang dari arah pintu pemandu. Kurang ajar punya bahasa. Mulut longkang! Jasmeen tidak mempedulikan empunya suara yang semakin menghampiri dengan derap langkah yang makin jelas. Gina, I need to temporary plant this somewhere in the garden! jerit Jasmeen tanpa menghiraukan tengkingan tadi. Alah bisa tegal biasa. Macam tak biasa kena maki dengan pelanggan. Yang penting kerja dan servis yang terbaik ditawarkan. Maki-maki pun nanti Jasmeen juga yang dicari. Kenapa awak tak alih pasu tadi? Kan saya dah suruh alihkan. Gina bercekak di hadapan Jasmeen, marah. Boleh tak suruh mommy cari gardener yang senonoh sikit? balas empunya suara yang garau. Ni bukan gardener. Ni.... Cik Gina, saya minta maaf. Saya bersihkan pasu ni, tanam balik alpinia ni lepas tu saya terus balik. Saya minta maaf ya, Cik Gina. Jasmeen terus memintas cakap Gina. Rasanya ayat kedua yang terlontar daripada empunya BMW X5 ini menggegarkan saraf memori suara Jasmeen. Suara yang amat segar di telinganya. Mana mungkin dia lupa peristiwa dimarahi di Binwanis. Kali pertama dimarahi sudah pasti Jasmeen tak kisah kerana Binwanis bukanlah miliknya namun kali kedua ini melibatkan perniagaannya. Kredibiliti syarikatnya. Rasanya memang dah alih ke tepi. Macam mana boleh terlanggar ni?

42

Rin Ahmad

Kalau setakat nak buat kerja main-main, pergi tanam pokok dalam hutan! Marah betul Fareez melihat tukang kebun yang lembab ni. Terhegeh-hegeh nak ambil pokok pula. Kalau dah berkecai tu sumbat ajelah semuanya dalam tong sampah. Dahlah buat bodoh aje. Tunduk diam tak berkutik, bertambah menyakitkan hati orang. Huh! Bisanya ayat mamat bajet handsome ni. Dalam hutan buat apa nak tanam pokok? Dah sah-sah hutan tu penuh dengan pokok. Jasmeen belum berani mengangkat muka. Derap langkah makin jelas kedengaran dan kini mamat bajet handsome betul-betul berdiri di hadapannya. Tak syak lagi. Pandangan Jasmeen menangkap kasut Bally hitam berkilat yang pernah dilapnya tersarung di kaki mamat bajet handsome di hadapannya. Ni, nak tolong buat apa ni? tanya suara garau tersebut. Tolong angkat pasu yang pecah tu la. I nak cepat ni. Sampuk Gina dari belakang. Saya tanam pokok ni dulu kat sana ya. Jasmeen bingkas bangun dan berpaling secara drastik mengelakkan daripada bertembung mata dengan mamat bajet handsome itu. Dup! Dap! Dup! Please go away! Shoooshhh.... You?

43

Gadis Edisi Terhad

Bab 6
Im not feeling well. Telan Panadol dulu baru aku gerak. Tak bermaya sahaja Ferhad membalas soalan si kakak. Tak jumpa doktor? Jasmeen mula risau. Sikit aje. Ferhad membalas pendek. Ayat mengelat tak nak jumpa doktor. Jasmeen memasang tali pinggang keledar sambil bersandar dengan tenang. T-shirt lengan panjang Lacoste berwarna putih disingsing ke siku. Rimas. Menikmati suhu pendingin hawa kereta baru Ferhad ditemani alunan suara Adele mendendangkan Someone Like You melegakan fikirannya. Jasmeen perasan terserlah bau leather seat kereta baru Ferhad. Mamat bajet handsome tu pun pakai X5. Who? Binwanis. Ringkas namun, ditekankan jawapannya agar

ENAPA lambat? Direnung wajah Ferhad yang agak pucat.

44

Rin Ahmad

Ferhad mengingati kembali jejaka yang ditemui oleh Jasmeen di kala menjadi tawanan hamba abdi perang tempoh hari. Binwanis adalah tempat pertemuan pertama antara mamat bajet handsome yang ditemuinya kali kedua tadi. What? Kau jumpa lagi mamat tu Meen? Yup, jawab Jasmeen bernada malas. Matanya lebih fokus ke depan menyaksikan kereta yang bertali arus di MRR2. Jalan utama yang akan membawa mereka menuju ke rumah papa dan mama. When? Tadi. Where? Kat tempat kau ambil aku tadi. Rumah Datin Julia? Jasmeen hanya mengangguk. Tiap kali jumpa mesti ada sahaja malangnya. Jatuh gedebuklah. Pasu pecahlah. Ada badi apa yang melekat kat mamat bernama Fareez tadi tu sampai menyusahkan orang macam ni sekali. Then hows everything? Jasmeen diam. Malas hendak menjawab. Banyak betul soalan Ferhad , dah macam buat karangan sekolah lengkap dengan Five W principle What, Who, When, Where, How. Kan ke aku dah cakap orang bawa X5 memang handsome dan maco. Ferhad tersenyum nipis, sengaja memenangkan kereta baru pilihannya, BMW X5 yang sedang meluncur laju di jalan raya ini. Ferhad menyambung apabila Jasmeen tidak mengendahkan soalannya. Jasmeen mengiakan ayat penyata Ferhad dalam hati. Okey, serius mamat bajet handsome yang bernama

45

Gadis Edisi Terhad

Fareez tu memang handsome. Memang tak layak bagi gelaran bajet kat tengah sebab kali kedua Jasmeen bertentang mata, retinanya menangkap raut wajah Fareez dan otak mencerna objek di hadapannya ketika itu sebagai amat sempurna. Amat maskulin dan sedap matanya memandang. Tip-top! Tapi malangnya telah berpunya. Namun, Jasmeen masih tertanyatanya... kepunyaan siapa?

Di rumah Datin Julia. WHAT? Minah karan selamba ni? Berapa banyak part time job minah ni buat? Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gaya orang sedang berfikir perkara yang tidak berfaedah sambil menikmati keindahan ciptaan Allah pada objek hidup di hadapannya kini. Aku nikan pandai mensyukuri nikmat Allah. Dah kejadian yang cantik dan sempurna begini, sudah pastilah dihayati dengan penuh khusyuk. Bisik naluri nakal Fareez. Ralit Fareez melihat keindahan fizikal milik Jasmeen walaupun hanya tampil ringkas dengan T-shirt lengan panjang berwarna putih kosong tanpa corak dan jean biru laut yang dipadankan dengan tudung bercorak bunga matahari. Penampilan yang cukup kemas untuk seorang penyelenggara taman namun, membuat Fareez terpaku. Kesederhanaan yang tidak ada pada Diya jauh sekali kekasih hati, Gina. You kenal dia ke Fareez? Errr... tak. Ingat tadi macam kenal. Oh! Fareez empunya nama. Jasmeen bergegas meninggalkan Fareez. Tidak dipedulikan jelingan maut yang dihadiahkan oleh Fareez. Sudah pasti Fareez berpura-pura tidak mengenalinya. Di Binwanis tempoh hari dengan

46

Rin Ahmad

perempuan lain, sekarang dengan Gina pula. Hebat betul Encik Fareez kita ni ya. You pergi dulu la Fareez. Minta maaf ya tak boleh join you guys for the opening ceremony. Kejap lagi Iqa nak datang rumah. Then, I kena hantar dia pergi KLIA. Its okay. Sampaikan salam I kat Iqa. Fareez membalas malas. Tak pernah tak beralasan Si Gina ni. Dua hari lepas hatinya riang apabila Gina bersetuju untuk hadir ke parti pembukaan Mens Wellness Spa milik kawan rapatnya, Jefri. Patut ditekanya dari awal bahawa Gina akan memberi seribu alasan untuk tidak keluar bersuka ria bersamanya hari ini. Ini pun Gina keluar bersama kerana menemaninya melawat daddy di hospital. Fareez, I nak kirimkan Jefri hadiah. Tunggu I masuk dalam rumah ambil hadiah kejap ya. Gina lantas beredar. Mendengar derap tapak kaki Gina melangkah ke dalam rumah membuatkan degup jantung Jasmeen tak keruan. Peluang untuk disembur oleh mamat handsome bernama Fareez ini sedang terbuka luas. Telinga Jasmeen yang tadinya kembang mencuri dengar perbualan antara Fareez dan Gina mulai kuncup. Tangan Jasmeen yang sedang menggembur tanah untuk ditanam Alpinia pupurata mula keras. Dia datang ke? Tak. Dia datang ke? Tak. Alamak, dia datanglah! Derap tapak kasut Bally makin jelas menghampiri Jasmeen dari belakang. Sejak bila kerja ambil upah jaga taman ni? Berapa banyak part time kau buat? Dah lama. Sekarang kerja ni full time. Main aci

47

Gadis Edisi Terhad

jawab aje mulut aku ni pun. Jasmeen menutup mulutnya, tak sangka dengan jawapannya sendiri. Kau dah kena buang kerja ke kat Binwanis tu? Errr.... Tak sempat Jasmeen nak menjawab, Gina muncul dari belakang. Berdetak-detak bunyi kasut tinggi yang dipakai oleh Gina. Fareez, there you go. Gina yang tiba-tiba muncul menyelamatkan keadaan. Di tangan Gina tergenggam kemas beg kertas bertulis Pineider. Beg kertas bertukar tangan. You bagi Jefri this Pineider 1949 leather picture frame. This gift surely will add classy to his space, ujar Gina yang bangga dengan pilihannya. Jasmeen tersenyum nipis. Ternyata gadis keluaran gedung Gucci ini memang mempunyai selera yang tinggi dalam semua segi, bukan setakat barang keperluan sendiri. Bingkai gambar kulit yang dimaksudkan oleh Gina itu sudah pasti harganya mencecah paling tidak RM2,000. Jasmeen tahu sebab leather desk tray kertas A4 di bilik pejabatnya adalah daripada jenama Pineider juga yang berharga RM1,500 hanya untuk sebuah tray kertas! Siapa nama kau? Fareez bertanya apabila beg kertas Pineider bertukar tangan. Jasmeen. Nama bunga melur, bunga hiasan kat kampung. Patut la perangai tak senonoh semacam. Hah, Cik Melur! Lain kali buat kerja pakai otak. Gina tergelak mendengar nama Jasmeen yang sesedap rasa ditukar oleh Fareez. Kurang ajar punya mamat. Nama aku Fellah

48

Rin Ahmad

Delisya, dah disesatkan jadi Jasmeen. Ni, disesatkan lagi dek mamat putus fius ni jadi Melur? Adoyai! Dah la Fareez, nanti you lambat... potong Gina. Bimbang mood Fareez bertambah buruk. Bukan boleh dijangka mood Fareez yang sentiasa berubah. Mengenali Fareez sejak kecil tidak memberi kelebihan kepada Gina untuk menebak hati dan perasaan Fareez. Yang dirasakannya hanyalah sebuah cinta yang tidak mempunyai irama yang senandung dengan perasaannya. Okay, anything about daddy please update me. Sure. Gina membalas pendek. And tell mommy her landscape is amazing except for the person in charge. Sengaja ingin menyakitkan hati si bunga melur yang tidak mengendahkan makiannya. Masih setenang air di kali. Fareez melirik ke arah Jasmeen yang tegak berdiri, tersenyum memandangnya setelah selesai menanam kembali Alpinia pupurata tadi. I like it too. This is designed by Integrate Landscape. Wonderful is it? Gina tersenyum memandang persekitaran taman banglo mewahnya. Integrate Landscape? No wonder the boss and the staff both are annoying! Bisik Fareez dalam hati namun, tetap mengakui reka bentuk landskap rumah Datin Julia amat luar biasa tanpa menyedari bahawa kedua-dua orang (the boss and the staff) yang dimaksudkan sedang elok berdiri di hadapannya. Okey, Cik Melur. Saya jalan dulu. Hope not to see you again! Dihadiahkan sebuah senyuman plastik untuk si bunga melur. Sempat juga diberi amaran dengan meletakkan

49

Gadis Edisi Terhad

ibu jari yang disatukan dengan jari telunjuk ke mulut tanda zip-up-you-girl! Dap! Kurang ajar punya Fareez. Ek eleh, macam nak sangat orang canangkan diari playboy dia tu. Tak kuasa mak nak jadi reporter tak bertauliah Cik Gina-Gucci ni. Kereta BMW X5 menderum laju meninggalkan Gina yang sedang melambai-lambai dan Jasmeen yang memegang erat beg Longchamp, menahan geram. Belum sempat Gina melangkah masuk ke dalam rumah, sebuah kereta menderum masuk ke dalam pagar rumah dan keluar dari perut kereta seorang jejaka yang tersenyum menggoda ke arah Gina. Jasmeen menelan air liur. Siapa pulak ni? Hai, jom masuk dulu. Iqmal suruh you ambil I ya. Okay, give me five minutes. Then we are ready to go. Gina berpapasan dengan jejaka tersebut menuju ke dalam rumah. Gulp! Telinga aku ni salah dengar ke? Iqa dah jadi Iqmal? Iqmal tu dahlah macam nama Iqi. Geram Jasmeen serta-merta bertukar menjadi geli hati mengenangkan nasib Fareez. Kesian kat kau, Fareez. Ini baru buku bertemu ruas, playgirl versus playboy. Nak buat macam mana, dah nasib badan kaulah Labu!

50

Rin Ahmad

Bab 7
ILA nak buat house warming? Puan Sri Maria memandang lama anak daranya yang sedang khusyuk menonton televisyen. Tahu sangat perangai Jasmeen yang cuba mengelak untuk menjawab soalannya itu. La, soalan ni lagi ke? Bisik hati Jasmeen apabila mengenangkan ini bukanlah kali pertama mama bertanya. Puan Sri Nur Maria duduk bertentangan dengan Jasmeen. Suara televisyen diperlahankan. Ala... tengah klimaks Horatio soal suspek utama tu. Jasmeen mengeluh, agak geram kerana tontonan siri kegemarannya, CSI Miami terganggu. Hujung tahun lepas, kan Meen dah buat, mama. Itu rumah kat Desa ParkCity. Mama maksudkan rumah baru Meen kat Valencia. Jasmeen diam. Tang sesi soal jawab yang ala-ala FBI ni yang dia tak tahan. Kalau dengar FBI a.k.a Faizal Bin Ismail, Deejay di Hot FM berceloteh sekurang-kurangnya

51

Gadis Edisi Terhad

menghiburkan hati. FBI yang berada di hadapannya kini, menyesakkan fikiran. Landskap Valencia pun baru diberi nafas. Masih dalam fasa akhir reka bentuk. Kat tapak, habuk pun tarak. Satu pokok pun belum ditanam. Sebiji benih pun belum ditabur. Apatah lagi konsep yang dicadangkan langsung tidak terbias di alam realiti lagi. Buat malu jadi arkitek landskap kalau landskap rumah sendiri tak hebat. Halaman pula kosong bak padang jarak padang tekukur. Tambahan lagi Jasmeen tetap merasakan menjual rumah di Valencia, asetnya yang satu itu adalah pilihan yang terbaik. Baginya, The Northshore Gardens yang terletak di Desa ParkCity cukup untuk Jasmeen diami berdua dengan bibik. Tak payah la mama. Kan Meen dah bagitau papa yang Meen rasa nak jual rumah tu. Kening Puan Sri Nur Maria terangkat sedikit. Anak sulung ini memang tak makan saman. Sudahlah bukannya nak ditolong perniagaan papanya, pemberiannya pun tak diendahkan. Kalau bagi coklat Koko Jelly, tak apalah nak sesuka hati buang pun. Ini, aset yang berharga jutaan ringgit langsung tidak dipandang. Kalau macam tu papa buat rumah anak yatim la kat situ, celah satu suara yang baru muncul sambil mengepit The Star di ketiak. Satu sikap papa yang kadangkala membuat Jasmeen segan ialah dalam memaksa, dia bersahaja. Taktik reverse psychology betul. Pukul sembilan malam baru nak baca surat khabar? Jasmeen tidak pelik. Tidak hairan kalau papa yang sering meluangkan masanya untuk orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Sudah pasti seharian papa menghabiskan

52

Rin Ahmad

masanya di luar sehingga tidak berkesempatan membaca The Star hari ini. Apa yang nak dihairankan zaman sekarang ni, tekan saja qwerty Blackberry tu, segala berita online boleh dibaca bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja. Mungkin penghayatan sahaja yang berbeza. Sejak menjawat jawatan jeneral sehinggalah memulakan perniagaan sendiri, papa tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti. Ingatkan dah pencen, ada perniagaan sendiri makin relaks. Tetapi rupa-rupanya makin sibuk. Okey juga tu papa, sahut Jasmeen. Nanti saham akhirat dapat kat papa sebab papa yang tukang beli, balas papanya. Apa pulak dapat kat papa? Dapat kat tuan punya rumah la. Jasmeen menjawab dengan selamba. The Star dibelek sambil mengerling Jasmeen sekilas. Anak sulung yang sentiasa teguh dengan pilihannya sendiri. Entah bila agaknya Jasmeen mahu mengambil alih Axis Berhad. Jangankan nak mengambil alih, menjengah ke Axis Berhad pun dia tak sudi. Apa main saham malam-malam buta ni along? Orang pun nak join. Ferhad menatang sepiring Lychee Cocktail Jelly yang siap dipotong ke ruang rehat mereka sekeluarga. Ferhad duduk di sebelah Jasmeen. Kalau Ferhad nak saham ni, malam ni teman along tidur kat Desa ParkCity. Bibik cuti, along takut tidur sorang. Dapat saham akhirat tau tolong along. Usik Jasmeen sambil tangannya mencapai sepotong Lychee Cocktail Jelly. Bukannya Jasmeen tak tahu dari petang tadi Ferhad siang-siang memberi amaran yang dia tidak sihat. Tak larat nak membelah MRR2 menuju ke Desa ParkCity.

53

Gadis Edisi Terhad

Siang tadi. JAP lagi kau hantar aku balik. Kau tidur sini aje la. Tak bawa baju la. Lagipun malas la aku. Jasmeen beralasan walhal bajunya penuh satu almari di biliknya di sini. Aku penat la. Kepala pun pening ni. Kau janji kau nak hantar aku, kan tadi? Tu pagi tadi, masa aku tengah sihat walafiat. Ehem... ehem.... Kedengaran berdeham dari balik pintu bilik Ferhad. Oh... oh.... Masing-masing berbalas pandang. Jasmeen pandang Ferhad. Ferhad pandang Jasmeen. Mama menjengah masuk. Mereka sedar kesalahan mereka. Bahasa ganti diri yang pantang didengar oleh mama dan papa. No aku-kau in the house! Peraturan yang ditetapkan oleh kedua ibu bapa mereka. Alasan konkrit berjela papa macam khutbah Jumaat. 1. Adik-beradik kena panggil dengan sopan. 2. Kena hormat pangkat kakak. Jasmeenlah tu. 3. Kena hormat pangkat adik. Ferhadlah tu. 4. Beza umur terlalu jauh. Jasmeen dua puluh tujuh, Ferhad dua puluh satu. suara mama

54

Rin Ahmad

5. Tak sopan lelaki perempuan beraku-kau apatah lagi adik-beradik. 6. Jangan sampai orang luar salah tafsir hubungan. Maklumlah Jasmeen yang lawa dan Ferhad yang kacak sekali pandang kalau jalan beriringan sah orang ingat pakwemakwe. 7. Dua beradik aje pun, bagilah perasaan adikberadik tu wujud. Nanti suasana di dalam rumah kalau tak dengar jeritan along-adik, orang ingat rumah macam tak ada anak pula. Tapi ampunlah nak dengar Ferhad panggil diri sendiri adik. Never! Depan papa dan mama lain kira. Bagi Jasmeen pula, along tu sweet apa. Terserlah kekuasaan seorang kakak! Tujuh cukup tak? Cukuplah sebab kesimpulannya hanya satu iaitu untuk merapatkan silaturahim dan menjaga hubungan mesra antara kakak dan adik. Eh! Mama. Dah nak buat jelly tu ke? Jap along turun. Jasmeen memang pelakon hebat. Tak sempat mama buat ulang tayang rakaman khutbah, Jasmeen sudah cantas baek punya. Ferhad yang bersandar di katil menekup mulut menahan tawa. Namun, pecah juga tawa mereka bertiga apabila mama sendiri yang memulakan. Bagi Puan Sri Nur Maria, walau apa jua panggilan yang digunakan, pokok pangkalnya ialah hubungan JasmeenFerhad amat rapat. Namun, di hadapan anak ketegasan dan karisma seorang ibu tetap ditonjolkan.

55

Gadis Edisi Terhad

BILA you nak berterus terang dengan Fareez, sayang? Sabar la Iqmal. Im waiting for the right moment. Gina, kalau you betul sayang I, please make it happen soon. We should have tied our relationship and move one step further. Gina tersenyum lebar mendengar perancangan Iqmal. Berbunga-bunga hati Gina apabila membayangkan saat indah yang bakal dikecapi bersama Iqmal. Namun, bagaimana harus dimulakan, membuatkan Gina bingung. Walaupun kini Gina hampir pasti cintanya untuk Fareez makin malap tetapi untuk menghancurkan hati Fareez yang setia menantinya, hatinya tidak tega melafazkannya begitu sahaja. Apatah lagi mengenangkan reaksi daddy. Fareez sesungguhnya calon menantu idaman daddy. Mommy mungkin tak kisah, tetapi daddy? Argh! Kusut Gina memikirkannya. Sampai bila harus dia berpura-pura? Shall we? Iqmal mengejutkan Gina dari lamunan. Audi A8 elok terparkir di Valet Concorde. Gina melangkah seiring dengan Iqmal menuju ke Dynasty untuk menikmati Dim Sum yang pernah mendapat award winning cuisine. Irama Lux Aeterna hasil agung Clint Mansell yang berkumandang di ruang lobi Concorde meresap jauh ke lubuk hati Gina. Memberi Gina suatu semangat yang sukar dimengertikan.

56

Rin Ahmad

Bab 8
AREEZ merungkaikan ikatan tali leher. Rimas! Tali leher dicampak kasar ke meja. Kerusi ditarik. Bengang mengingatkan pertemuannya dengan wakil Syarikat Axis Berhad, milik Tan Sri Farhan. Berbincang dengan Tan Sri Farhan lebih mudah baginya daripada berbincang dengan Mr. Dugoff. Namun, mana mungkin pelanggan utama mencemar duli untuk sentiasa berbincang dengan golongan picisan sepertinya. Kadang-kadang sahaja Tan Sri Farhan akan turun padang. Mr. Dugoff, wakil Axis teramat tegas, langsung tak bagi ruang nak mencelah. Projek terbaharu yang diraih oleh Modenreka Arkitek Sdn Bhd ialah projek yang bernilai hampir 721 juta ringgit merangkumi taman tema air, tangki air taman laut terbuka, dua buah hotel dan tiga puluh lima unit vila pantai mencabar kredibilitinya sebagai peneraju Modenreka Arkitek Sdn Bhd Selaku QP atau qualified personnel yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jurutera perunding M&E (Mechanical and Electrical), jurutera perunding sivil

57

Gadis Edisi Terhad

dan struktur, jurutera perunding landskap serta jurutera perunding natural sea water. Bunyi macam pelik untuk berurusan dengan jurutera perunding natural sea water tapi percayalah, mereka adalah orang yang paling layak dan penting untuk menjayakan projek tangki air taman laut terbuka yang bakal menjadi projek taman air laut yang terbesar di selatan Asia. Walaupun belum mampu menandingi projek open ocean tank terbesar di dunia yang giat disiapkan di Pulau Sentosa, Singapura namun, projek ini mampu membuat Fareez gila! G.I.L.A! Arfah, please arrange short meeting with cruise team now, arah Fareez melalui interkom di biliknya. Laju Fareez memberi arahan kepada pembantu peribadinya untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama kumpulan arkitek yang ditugaskan untuk projek ini. Gelaran cruise team diberi kerana reka bentuk hotel yang bersambung dengan taman tema air projek ini adalah berbentuk cruise. Fareez mencapai iPad menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya sahaja. We have major changes as requested by client. Our cruise profile will change to mammal profile. Fareez berhenti, lama. Menunggu tindak balas mereka yang terdiam tiba-tiba mendengarkan berita yang tidak disangka itu. Tiga pasang mata membulat mendengar ayat penyata yang umpama jarum peniti mencecah gegendang telinga. Bunyi ayat macam ringkas namun, cukup untuk membayangkan deretan kerja yang agak rumit. Beban bertantan adalah ungkapan yang lebih sesuai. What?! jerit Iskandar.

58

Rin Ahmad

Tan Sri Farhan ni dah nyanyuk ke apa? sambung Jaclyn. Mammal as if what mammal? Iskandar masih tidak berpuas hati. Iskandar cuba mengorek maklumat dengan lebih jelas. Reka bentuk profil cruise sudah siap malah telah diberikan kepada konsultan sivil dan M&E untuk menyambung bahagian masing-masing. Mati kalau tiba-tiba nak buat pertukaran major. Shark, jawab Fareez sambil tersenyum melihat reaksi Iskandar yang ternganga, Jaclyn yang menutup mulut dan Reza yang membuntangkan mata. O.M.G! Jaclyn menjerit. Is this a joke? I think both Mr. Dugoff and Tan Sri are crazy. Reza yang dari tadi diam mula bersuara. Ha ha ha... he is absolutely sober and clearheaded to be precised. Fareez menyambung kata. Faham sangat perasaan ketiga-tiga arkitek di bawah pimpinannya ini. Perubahan profil akan menyebabkan perubahan keseluruhan projek sebanyak empat puluh peratus. Cuma sebagai ketua, Fareez tidak boleh menyuarakan pendapat peribadinya. Ikutkan hati, memang marah tersangat-sangat, banyak kerja jadinya. We dismiss and you guys take this as a new challenge. Fareez mula berdiri. Kata-kata semangat dilontarkan ringkas. Jaclyn dan Reza meninggalkan bilik dengan mulut becok meluahkan rasa tidak puas hati. Biarlah. Budak-budak ni memang macam ni.

59

Gadis Edisi Terhad

Ngomel macam-macam tapi kat belakang Fareez, mereka tekun melaksanakan kerja masing-masing. Boss, do you want to join presentation with Integrate Landscape? tanya Iskandar apabila melihat Fareez mula mengangkat iPad. When? Now. Which project? Axis, residential project. Oh! The one Tan Sri instructed you himself to appoint this company. Am I right? Right. Whos coming? Boss or rep? The boss. Kalau yang datang setakat pencacai, design drawing pun salah faks, baik tak payah! Membuang masa sahaja berurusan dengan orang bawahan. Getus hati Fareez. Yeah. I would like to join. Just a short introduction with the person in charge would be good. Im afraid if Tan Sri also instruct us to appoint them for this millions cruise project. We are dead then! Ujar Fareez memandang rendah kemampuan Integrate Landscape. Pendiriannya dalam perniagaan takkan berubah walaupun dihimpit oleh kuasa, wang atau apa pun. Quality Must Come First! Syarikat kecil seperti Integrate Landscape tak akan mampu bertanding dengan syarikat landskap besar seperti Malik Lip sebagai contoh. Apatah lagi untuk menguruskan projek bernilai ratusan juta ringgit.

60

Rin Ahmad

FAREEZ tak ikut Diya balik? tanya Atuk Syed ceria sebaik sahaja melihat Diya melangkah keluar kereta Personanya yang baru dibeli bulan lepas. Fareez kerja la, atuk. Hari ni baru Jumaat. Diya ambil cuti awal. Ni Fareez belikan atuk. Diya menghulurkan sebuah beg plastik bertulis Binwanis sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Atuk Syed yang sederhana besar itu. Sunyi sepi sahaja. Kesian atuk tinggal seorang diri di kampung. Diya mengeluh sendiri. Apakan dayanya. Diya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Diya bukan orang senang macam Fareez. Atuk dah makan? Belum. Ada apa kat dapur? tanya Diya mengharapkan meja sudah siap berhidang walaupun dia pasti atuk menunggunya untuk memasakkan makanan kegemaran atuk. Malas pula Diya nak masak. Penat memandu belum hilang lagi. Perut pula dah mula berirama rock kapak. Lapar! Kalau ada pembantu rumah, kan senang. Boleh main jerit sahaja. Beg dihempas ke dalam bilik tidurnya yang terletak di hujung dapur. Langkahnya terus sahaja dituju ke arah dapur. Diya sempat mengerling atuk yang asyik dengan drama Melayu yang ditayangkan di televisyen. Entah cerita apalah yang dilayan oleh atuk, siap ada lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash tenggelam timbul dengan suara pelakon. Buat kerabu manggalah hari ni. Mesti atuk suka. Balik dari Taman Melati tempoh hari, bersungguh Diya bertanyakan resipi kerabu mangga daripada Kak Umi, pengurus kewangan di syarikat Diya bekerja.

61

Gadis Edisi Terhad

Teruja Diya melihat Fareez makan nasi berulamkan kerabu mangga dengan penuh selera di restoran Leha Kelfood. Tak sangka Fareez ingat lagi masakan kegemaran arwah mak. Diya rindu mak! Diya mengambil dua biji mangga muda yang atuk simpan di dalam peti sejuk. Dibawa ke singki untuk dibasuh sambil kepalanya ligat mengingat kembali resipi yang diajar oleh Kak Umi. 2 biji mangga muda. (Cencang atau parutkan isinya) 1 biji timun. (Buangkan biji tengah dan parutkan) 5 tangkai kacang panjang. (Potong kecil) 1 kuntum bunga kantan. (Hiriskan) 2 labu bawang besar. (Dimayang) 2 tangkai cili merah. 2 tangkai cili hijau. daun ketumbar hiris. (Ambil daun sahaja) 1/2 cawan kacang tanah. (Tumbuk kasar) Ligat Diya menyediakan bahan-bahan untuk dimesin pula. Diambil tiga tangkai cili merah, lima tangkai cili api, tiga sudu besar jus limau, empat sudu besar air, garam dan gula. Semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk besar. Bahan mesin juga dicampurkan dan digaul rata. Okey, siap! Sedang Diya tersenyum dengan hasil tangannya, tiba-tiba teringat kata-kata Fareez yang cukup mencencang

62

Rin Ahmad

lumat hatinya seperti mangga muda yang siap dicencang di pinggan. Next time Ill bring Gina here. Gina mesti suka makan nasi campur kat sini. I nak ajar dia makan kerabu mangga ni.

63

Gadis Edisi Terhad

Bab 9
ORNING. Ceria Jasmeen menyapa segenap isi keluarganya yang sedang enak menjamu selera di meja makan. Tak sabar nak keluar dari rumah ni. Pandangan luar biasa baginya kerana hari ini bukanlah hari cuti tetapi Tan Sri Farhan elok sedang menyuap nasi lemak ke mulut. Selesai menunaikan solat subuh, terus Jasmeen bersiap untuk keluar bekerja. Beberapa kali juga baju yang sengaja ditinggalkan di rumah kedua ibu bapanya dibelek. Penuh satu almari juga baju yang ditinggalkan. Jasmeen tahu sampai bila-bila pun, bilik yang ditinggalkannya itu akan tetap dijaga rapi oleh mama. Maklumlah... anak dara kesayangan. Akhirnya baju stretch wool-twill blazer yang dibelinya keluaran edisi terhad Viviene Westwood Red Label diambil dan disarungkan di atas Bally Cotton-poplin Shirt. Selesa dan santai apabila Jasmeen hanya memadankannya

64

Rin Ahmad

dengan sepasang jean lusuh dan Gucci plain scarf yang dililit kemas di kepala. Boleh minta Ferhad tolong hantar pergi pejabat arkitek Modenreka sekejap lagi ni. Harap-harap Ferhad sudah sembuh dan kembali bertenaga. Janji temu pagi ini tidak boleh tidak dibatalkan. Miza pagi-pagi sudah mengingatkannya. Pergi dengan Ferhad, balik minta Miza hantar orang jemput. Okeylah tu. Desis hati Jasmeen, bersetuju dengan perancangannya sendiri. Duduk, arah mama apabila melihat Jasmeen melencong ke dapur. Bukannya tak tahu, anak daranya ke dapur untuk mengambil susu dan Koko Krunch. Bukannya nak dirasa nasi lemak kita ni. Dahlah jarang-jarang ada kat rumah. Nak kata terima kasih sebab Ferhad sakit tak boleh hantar Jasmeen balik ke rumahnya sendiri, bunyi macam kejam tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak, susahlah nak tengok Jasmeen tidur di rumah apatah lagi menghadap sarapan bersama. Sudah terlupa Puan Sri Nur Maria bila kali terakhir mereka duduk semeja. Meen diet la mama. Jasmeen memuncungkan mulutnya tanda protes namun, tangannya laju menyenduk nasi lemak ke pinggan. Wow! Nasi lemak lauk sambal sotong dan paru goreng rempah. Selamatlah diet aku hari ni. Cakap mama jangan dibantah lebih-lebih. Buat sakit telinga kena khutbah percuma. Eh! Dengar khutbah kena bayar ke? Jasmeen mengulum senyum. Dah okey, Ferhad? Dengan mulut penuh berisi nasi lemak, Jasmeen menyapa adiknya yang ralit membaca surat khabar.

65

Gadis Edisi Terhad

Ferhad hanya mengangguk tanpa mengangkat muka. Mesti Ferhad sudah bangun joging pagi-pagi lagi. Pinggan di hadapan Ferhad sudah licin. Sakit pun selera makan tak kurang. Jasmeen menjeling Ferhad yang duduk bertentangan dengannya. Malam ni Meen balik sini dulu. Papa ada buat jamuan makan sikit. Kalau boleh tolong mama apa yang patut, lagi bagus. Bangga sikit papa kalau anak dara papa ringan tulang. Mata Jasmeen membuntang. Patutlah papa relaks sahaja pagi ini. Rupa-rupanya ada agenda tersembunyi. Papa ni... ingat ada kat rumah sebab nak luangkan masa dengan Meen. Rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Tengok la kalau Meen tak banyak kerja. Tan Sri Farhan hanya diam tak berkutik. Menyedari kekhilafan sendiri. Namun, tetap tersenyum mendengar keluhan Jasmeen yang bukan pertama kalinya didengar. Anak daranya seorang ini tak pernah tahu menyimpan rahsia hati. Segalanya mudah diluahkan. Namun, dia tahu dia tak pernah kurang perhatian dan kasih sayang untuk anak-anak cuma mungkin masanya sahaja yang amat terhad. If you often smile and show that you enjoy your work, your kids will grow up in the same path even if he doesnt see you much. Tan Sri Farhan mengimbas kembali ayat yang pernah diturunkan oleh sahabat baiknya dahulu, Jeneral Khoon yang jadualnya, hidupnya sama sahaja sibuk dengannya. Sebab itulah Tan Sri Farhan tidak pernah merungut di hadapan anak-anak. Walhal kadang-kadang dia sendiri dulu tidak betah dengan jadual kerja yang padat dan

66

Rin Ahmad

kini dengan pelbagai masalah dalam dunia perniagaan. Hasilnya jelas tertumpah ke atas Jasmeen. What a workhoholic lady! Walaupun bidang yang diceburi oleh Jasmeen ditentang hebat oleh Tan Sri Farhan namun, kesungguhan Jasmeen menjayakan pilihannya amat mengagumkan Tan Sri Farhan.

Pejabat Modenreka Arkitek Sdn Bhd. CIK FELLAH DELISYA, kan? Silakan. Sopan Iskandar mempersilakan Jasmeen duduk sambil tangannya ligat mengemas bekas air mineral kosong yang ditinggalkan oleh cruise team sebentar tadi. Isy... mesyuarat tak sampai setengah jam pun haus. Namun, apa yang nak dihairankan kalau mendengar pertukaran profil reka bentuk tu, minum selautan air pun belum tentu dapat melegakan jiwa masing-masing. Iskandar membuka pelan landskap yang dihulurkan oleh Jasmeen. Saya rasa tak ada masalah. Semua memuaskan hati and well blend. Exactly like what we are expecting. Jasmeen lega. Ragam projek besar dan projek persendirian amatlah pelbagai. Macam-macam kerenah yang perlu ditempuhi. Kalau dari segi reka bentuk pula, pelbagai perubahan baik perubahan besar atau perubahan kecil perlu dibuat sehingga pihak arkitek atau client berpuas hati. Cuma.... La... ada cuma, cuma lagi ke? Bukan main jauh Jasmeen berangan hasil reka bentuknya kali ini memuaskan hati tanpa pindaan major tadi. Apa dia Encik Iskandar?

67

Gadis Edisi Terhad

Anything that Ive missed or anything that you want to incorporate? Iskandar menggelengkan kepala. Jasmeen keliru. Im waiting for someone who wants to meet you badly actually. Oh! Saspens saya. I can wait, surely. Jasmeen menguntum senyum. Malas nak bertanya siapa yang hendak bertemunya. Kalau tak pihak client, mungkin arkitek QP. Iskandar mengerling. Senyuman seindah suria itu kalau tak mampu mencairkan hati Encik Fareez kita, tak tahulah. Buruk sangat tanggapan Fareez terhadap Integrate Landscape ni. Eh, kau ni! Apa kena-mengena Integrate Landscape dengan senyuman empunyanya? Iskandar bermonolog sendiri.

FAREEZ mundar-mandir di dalam pejabat. Bengang. Panggilan telefon sebentar tadi cukup merudumkan moodnya hari ini. Teramat bengang sebenarnya. Dengan siapa lagi kalau bukan Gina. Sudah tidak terhitung rasanya Gina mempermainkan janji-janji manisnya. Kali ini berang Fareez berlipat ganda kerana Gina membatalkan janji untuk menemaninya keluar malam ini untuk kesekian kalinya. Tali leher baldu yang dihadiahkan oleh Gina tiga tahun dulu dilonggarkan. Tangan kanannya menyelak rambut yang terjuntai di dahi. Argh!!! Fareez kembali duduk. Bingkai gambar yang menghiasi mejanya ditenung tajam. Bingung akan kesudahan episod percintaannya ini. Jam dikerling sekilas. Hampir terlupa dia dengan

68

Rin Ahmad

janjinya dengan Iskandar untuk turut serta dalam mesyuarat bersama bos Integrate Landscape. Organizer dicapai. iPad dibiarkan di meja. Sekeping kad perniagaan diambil. Patut dia memperkenalkan dirinya dengan tertib dengan bos Integrate Landscape yang kurang tertib pada pandangannya. Fareez menutup pintu biliknya perlahan. Langkah diatur ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah biliknya. Blinder yang terselak di bilik mesyuarat membolehkan Fareez melihat dengan jelas Iskandar dan bos Integrate Landscape yang membelakanginya sedang ralit berbincang. Pakai tudung juga bos ni. Macam Si Melur, cuma dah namanya bos mestilah siap berblazer. Dari belakang nampak macam tinggi lampai dan gaya duduk bergaya menyerlahkan karisma. Tengah duduk nampak semua macam sempurna tapi cuba jalan, entah-entah kengkang. Desis hati Fareez, cuba menilai melalui pandangan pertamanya. Entah kenapa kerana hanya kesilapan kecil yang dibuat oleh Integrate Landscape ditambah pula pertemuan dengan Si Melur yang meyakitkan hati, semuanya umpama wayang yang berputar-putar menghasut mindanya agar bertindak di luar rasional. Beep! Beep! Mesej daripada telefonnya mengganggu lamunan Fareez. Tangan yang sedang memulas tombol pintu bilik mesyuarat terhenti. Telefon ditala. Oh, my! Fareez kaku. Mesej ringkas yang tertera di skrin cukup mengejutkan Fareez tanpa perlu menekan butang inbox. Gina accident.

69

Gadis Edisi Terhad

Bab 10
AREEZ bergegas meninggalkan pejabat menuju ke hospital. Peti masuk mesej tidak dibuka. Mesej penuh dibiarkan tidak berbaca. Hanya kerisauan yang menghuni lubuk hati Fareez. BMW X5 menderum laju meninggalkan Modenreka. Peluh mula memercik walaupun disimbah kedinginan pendingin hawa kereta. Punat CD yang rancak mendendangkan lagu Nazareth ditekan. Hatinya yang sedang gundah tak lalu mendengar irama lagu rock yang menambah sesak di dada. Siaran radio dibuka. Telefon yang berdering nyaring mengejutkan Fareez yang tekun memusatkan pandangan pada pemanduan. Assalamualaikum, mommy. Fareez terangguk-angguk mendengar butir bicara Datin Julia yang dipanggilnya mommy sedari dulu lagi. Waalaikumussalam. Panggilan telefon diakhiri dengan salam dan seribu kelegaan. Segala gundah yang bersarang di hati terbang dalam sekelip mata. Fareez menghembuskan nafas dalam.

70

Rin Ahmad

Cermin tingkap BMW X5 diturunkan. Kotak rokok yang diselitkan di celah handphone holder ditarik. Sebatang rokok ditarik keluar daripada kotak dan dinyalakan. Rokok disedut dalam dan dihembus perlahan. Lega! Everything seems to be alright. She said she was sent to Ampang Puteri by her friend. She will send Gina home. Dont worry. Fareez menyesal menengking Gina pagi tadi. Perangai Gina kebelakangan ini yang asyik memungkiri janji membuatkan Fareez berang. Mujurlah Gina hanya terlanggar tembok pembahagi jalan. Cuma luka kecil di kepala akibat kepala terhantuk ke stereng. Gina cuma dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana darah gemuruhnya. Pantang panic, terus tekanan darahnya turun dengan mendadak. Kalau berlanggar dengan kereta atau lori mungkin Gina tak akan bernasib baik seperti ini. Sedutan terakhir dinikmatinya dengan tenang. Serasa tenang mendengar lagu yang tidak diketahui tajuknya dari radio sambil menghisap rokok. Kereta hanya bergerak pada kelajuan 80km/jam. Puntung rokok yang masih menyala dicampak keluar tingkap. Telefon yang diletakkan di dashboard diambil. Tangannya laju mencari kotak inbox. Mesej daripada Datin Julia yang diterima di pejabat tadi dibuka. Gina accident. Minor injury only. Fareez malu sendiri. Kalau dibacanya mesej penuh Datin Julia, sudah pasti dia tidak akan gelabah seperti ini. Tiba-tiba Fareez teringat akan janji temunya dengan bos Integrate Landscape. Nombor Iskandar didail.

71

Gadis Edisi Terhad

CIK FELLAH DELISYA, saya minta maaf sangat-sangat. Bos saya yang nak jumpa cik tadi, tapi dia ada hal kecemasan. Tak ada jodoh agaknya. Lain kali saya aturkan pertemuan cik dengan bos saya. Iskandar malu sendiri. Penat diyakinkan Jasmeen agar menanti ketibaan Fareez. Rupa-rupanya Fareez sudah lesap dari pejabat. Arfah pula bukannya nak beritahu! Tak ada masalah, Encik Iskandar. Tak jumpa pun tak apa. Janji kerja saya selesai dan memuaskan hati Encik Iskandar dan bos encik. Sopan Jasmeen menjawab. Cuba mengambil hati Iskandar walaupun dalam hatinya berbakul juga sumpah seranah dihadiahkan kepada bos Iskandar. Setengah jam lebih Jasmeen membuang masa di Modenreka semata-mata menunggu ketibaan bos Iskandar. Perbincangannya dengan Iskandar sebenarnya telah lama tamat dan masing-masing telah mencapai kata sepakat. Kalau cik ada kabel besar kat Majlis, boleh la tolong saya mohon authority approval untuk projek ini. Jasmeen tersengih mendengar luahan Iskandar tentang kerenah birokrasi tiap kali penghantaran pelan kepada pihak Majlis. Lumrah kehidupan apatah lagi dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Istilah it is not who you are but it is who you know telah lama menjadi duri dalam daging dunia perniagaan. Jasmeen bersetuju untuk membantu Iskandar mendapatkan kelulusan pelan. Ini bukanlah kali pertama Jasmeen menggunakan pengaruh Tan Sri Farhan dalam memudahkan kerjanya. Marah-marah papa pun, pejam mata papa juga yang banyak membantu. Kalau istilah kabel besar digunakan sebagai ganti diri orang berpengaruh, rasanya saiz kabel Jasmeen adalah berukuran 500 milimeter bersamaan

72

Rin Ahmad

dengan saiz kabel yang biasa digunakan oleh TNB dalam kerja-kerja bawah tanah. Kabel besar tu!

Kenangan lalu menerjah ruang ingatan.... FAREEZ ikut mommy, ya. Please Fareez, come with us. Kalau Fareez tak pergi, Gina pun tak nak pergi la. Fareez memandang kedua-dua jelitawan di hadapannya. Datin Julia yang sentiasa anggun walaupun sudah berusia dan Gina yang terserlah kejelitaannya yang berkacukan Arab. Dilahirkan sebagai anak tunggal menjadikan Gina gadis manja. Semua kemahuannya mesti dituruti. Fareez baru rancang nak balik rumah Atuk Syed cuti kali ni, mommy. Mommy tengok Fareez ni, tak habis-habis nak balik sana. Gina mula beriak sedih. Apalah makna percutiannya kali ini tanpa Fareez. Penat mommy dan daddy mengajak Gina menghabiskan cuti sekolah tahun ini ke Gold Coast tapi Gina tetap mahu ke Genting Highlands. Kalau ke Gold Coast sudah pasti ditolak mentah-mentah oleh Fareez. Bukannya Gina tidak tahu perangai Fareez yang pemalu dan amat berdikari. Menyusahkan orang tidak termasuk dalam senarai hidupnya. Mommy keluar sekejap. Fareez makan tengah hari kat sini ya hari ini. Fikir betul-betul. Mommy balik nanti nak dengar keputusan Fareez. Datin Julia meninggalkan Fareez

73

Gadis Edisi Terhad

dan Gina yang masing-masing ralit menonton rancangan kartun kegemaran Fareez. Doraemon! Aiseh, malu dah besar panjang tengok Doraemon tapi memang itulah kartun kegemaran Fareez. Puas dikorek oleh Gina kenapa dalam banyak-banyak kartun, Doraemon yang menjadi pilihan tetapi jawapannya ialah rahsia! Isy... tengoklah Superman ke Batman ke, baru ghai! Gina, here. Take this. Cotton candy kegemaran Gina bertukar tangan. Gina tersenyum girang. Sebentar tadi Fareez meninggalkan Gina keseorangan menonton televisyen, tak disangka Fareez keluar berjalan ke kedai runcit yang terletak lebih kurang seratus meter dari rumahnya semata-mata untuk membeli hatinya. Thank you. I love you. Fareez hanya tersengih. Gina memang sentiasa menghargai pemberiannya. Malah, apa sahaja layanan istimewanya terhadap Gina akan berbalas mesra. Thank you, I love you tak pernah lekang daripada bibir mungil Gina. Argh! Itu kisah dua belas tahun yang lampau. Fareez mendengus. Dulu cotton candy sahaja cukup untuk meraih cinta Gina tetapi sekarang? Fareez buntu. Terkilan mendapat berita daripada mommy bukannya daripada empunya badan sendiri. Nombor Gina didail. Lama Fareez menunggu talian bersambut namun, hampa. Fareez membuat pusingan U. Tidak jadi balik ke pejabat apabila Iskandar memberitahu bos Integrate Landscape sudah meninggalkan pejabat. Pedal minyak ditekan laju. Haluan ditukar menuju ke Ampang Puteri, membelah Jalan Ampang. Harap-harap Gina masih di hospital.

74

Rin Ahmad

Sampai sahaja di hospital, melilau mata Fareez mencari petak meletak kenderaan yang kosong. Bukannya ada valet parking di hospital. Naik ambulans bolehlah merasa parkir betul-betul di hadapan pintu masuk hospital. Mata tajam Fareez menangkap bayang Gina dari kejauhan. Gina sedang membuka pintu keretanya di bahagian pemandu. Fareez menghala kereta BMW X5nya ke arah tempat meletak kereta Gina. Dari kejauhan kelihatan dahi Gina bertampal plaster kecil. Alhamdulillah, luka kecil sahaja. Fareez kelegaan. Sretttt!!! Fareez menekan brek BMW X5 dengan mendadak. Tak percaya melihat aksi di hadapannya kini. Matanya dikelip berkali-kali. Fareez akhirnya menekan pedal minyak dan BMW X5 menderum laju meninggalkan pekarangan Ampang Puteri.

75

No. ISBN:- 978-967-0448-28-2 Jumlah muka surat:- 744 Harga Runcit:- S/M: RM26, S/S: RM29 Harga Ahli:- S/M: RM22, S/S: RM25 Sinopsis:Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah. Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez. Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya. Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York. I love you Fishy. I love you too Cheesy. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan GADIS EDISI TERHAD di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

You might also like