You are on page 1of 6

1.

SEJARAH ASAL-USUL BAHASA MELAYU Dalam Sejarah pertumbungan Bahasa Melayu, tidak dapat dinafikan bahawa ia berkaitan dengan bangsa Melayu itu sendiri. Terdapat dua pandangan yang telah dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Pendapat pertama, bangsa melayu berasal dari Asia Tengah, J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk Bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Pendapat yang kedua pula iaitu, bangsa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu atau Nusantara, bahasa melayu adalah bahasa yang sangat penting pada waktu itu kerana Kepulauan Melayu dari sejak abad mula-mulanya sudah

menjadi pusat penting bagi perniagaan dan tempat bertumpunya segala bangsa dan budaya. Jadi bahasa perantaraan yang digunakan ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu, pada mulanya hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam Kepulauan Melayu sahaja.Bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang terpenting pada waktu itu. 2. KEGUNAAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai banyak kegunaannya atau fungsinya. Pertama sekali sebagai Bahasa Rasmi. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi seperti dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan, urusan perdagangan dan perusahan, sistem pendidikan, kehakiman dan sebagainya. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuatkuasa pada April 1963. Kedua Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Setiap negara yang merdeka mempunyai bahasa kebangsaan yang melambangkan dan dapat memperlihatkan identiti negara dan lambang bagi sesebuah bangsa atau negara itu. Bahasa ini digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi dan juga berkait rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Ketiga sebagai Bahasa Ilmu. Bahasa ilmu ialah bahasa yang dapat menjadi bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu. Bahasa Melayu tidak lagi berada pada tahap yang rendah kerana mencapai taraf kecendekiawan dan bahasa saintifik. Untuk mencapaikan taraf sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keempat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar. Semasa zaman pemerintahan British, bahasa Melayu terhad penggunaannya hanya dapat digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4 sahaja. Apabila Penyataan Razak (1956) mula dilaksanakan kedudukan dan taraf bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara mula meningkat naik

dan penyataan ini telah menjadi asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kelima Bahasa Sebagai Perpaduan. Keadaan pembangunan ekonomi telah menyebabkan jurang pendapatan masyarakat bertambah besar dan ini menjadikan fungsi bahasa Melayu lebih penting. Walaupun dahulu bahasa Inggeris banyak digunakan, bahasa Inggeris ini tidak dapat menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kerana hanya sebilangan masyarakat Malaysia sahaja yang dapat memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris. 3. TUJUAN DASAR BAHASA MELAYU DIAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Di sekolah rendah tujuan dasar mata pelajaran Bahasa Melayu ialah murid-murid dapat menguasai Kemahiran Bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Dalam mencapai kemahiran-kemahiran itu, Kurikulum bahasa melayu Sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran juga

menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Dalam menguasai Kemahiran Bahasa, ia meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Pertama Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula ialah merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalinhubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataandan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yangberkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Kesimpulannya, tujuan bahasa melayu di ajar disekolah rendah adalah bertujuan untuk murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa yang telah ditetapkan. Disamping itu, Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diperkukuhkan yang merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

4. KENAPA BAHASA MELAYU DIIMPLEMENTASIKAN DI SEKOLAH Bahasa Melayu diimplementasikan di sekolah Bahasa Melayu adalah sebagai Bahasa Perpaduan. Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa Melayu diperingkat negara dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Begitu juga di sekolah, usaha penyatuan turut diperluas melalui kegiatan kokurikulum yang melibatkan murid-murid pelbagai bangsa ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu. Aktiviti ko kurikulum dilaksankan secara bersama untuk penyatuanpaduan rakyat di negara ini melalui aktiviti kelab dan persatuan Bahasa Melayu di mana pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam komuniti tersebut.Mereka juga berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan. Aktiviti seperti minggu bahasa kebangsaan, majlis deklamasi sajak, berbalas

pantun,syarahan dan pidato antarapelajar berbilang kaum boleh meningkatkan perpaduan sesama mereka. Apabila hal ini terjadi, secara tidak langsung berjayalah usaha menyatukan bangsa melalui bahasa. Bahasa Melayu juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid akan dilibatkan secara langsung dengan aktiviti berbahasa seperti lisan, membaca dan menulis dalam matapelajaran bahasa Melayu yang menjadi matapelajaran wajib bagi setiap pelajar seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

menyatakan Selain itu, bahasa Melayu adalah sebagai Bahasa Ilmu di Sekolah. Ini bermaksud segala penyampaian mata pelajaran di sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti sains, matematik dan sebaginya. Maksudnya kekuatan Bahasa Melayu seharusnya standing dengan kekuatan Bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. 5. KESIMPULAN Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup

menganaktirikan bahasa sendiri. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru Dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1976). The Teaching Of Bahasa Malaysia In The Context Of National Language Planning. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asal-Usul Pertumbuhan Bahasa Melayu. Diambil pada 17 Januari 2013 daripada http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html Fungsi Bahasa Melayu. Diambil pada 17 Januari 2013 daripada http://lwvc.blogspot.com/2011/07/fungsi-bahasa-melayu.html Peranan Bahasa Melayu. Diambil pada 17 Januari 2013 daripada http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1-asaspembinaan.html Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan. Diambil pada 17 Januari 2013 daripada http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-bahasa-perpaduannasira.html

You might also like