You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KEDUA TAHUN 2010 Hari : Khamis Tarikh : 25 Mac 2010

Masa : 12.15 1.00pm Tempat : Bilik Guru SENARAI GURU YANG HADIR: 1. En. Hazlami Akram Halim 2. Pn. Noryati Abd. Majid 3. Cik Pastia Barujuki 4. En. Mohd. Zulfaisal Zulkifli 5. En. Arafat Bin Arif MINIT MESYUARAT: 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Ucapan kata alu-aluan daripada Pengerusi iaitu En. Hazlami Akram Halim selaku Ketua Panitia PSV mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru ke Mesyuarat Panitia PSV kali ketiga bagi tahun 2010. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia PSV Kali Kedua 2010 telah dicadangkan oleh Pn. Noryati dan disokong oleh En. Hazlami. 3. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Baru 3.1 Pengerusi memberitahu masih terdapat kekosongan jawatan setiausaha. En. Faisal mencadangkan En. Arafat sebagai Setiausaha dan ini disokong guru lain. Bagi jawatan kosong lain pula perlu tunggu jika ada guru baru mengajar PSV katanya. Tindakan: Semua guru PSV 4. Program KEMUDI/Modul 4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa pengetua meminta guru-guru menyiapkan modul-modul untuk semua peringkat pelajar yang mengambil peperiksaan (PMR, SPM, STPM). Setiap modul perlu terdiri daripada nota soalan dan jawapan. 4.2 Modul yang dihasilkan mestilah mengikut tahap pencapaian pelajar iaitu pelajar peringkat EXORA, ALZA, MYVI dan VIVA. 4.3 Penghantaran modul pertama adalah pada hari isnin bersamaan 5 Mei 2010. Modul tersebut akan digunakan semasa cuti sekolah dua minggu kelak. Guru petang yang mengajar PSV sesame sendiri untuk membina modul. Tindakan: Semua guru PSV 5. Hal-hal Lain 5.1 Cik Pastia memberitahu yang beliau memerlukan bahan tambahan untuk kerja kursus pelajar SPM iaitu sponge, spray cat emas dan Clear spray sebanyak 1 drum, mounting board 20 keping, binding tape hitam (sederhana 1 inci) sebanyak 36. Tindakan: Ketua Panitia ____________________________________________________________________________________ Disediakan oleh: ............................. (Arafat Bin Arif) Dicadang oleh: .......................... s.k. fail Disokong oleh: ..........................

You might also like