You are on page 1of 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN B

ULASAN JURNAL JURNAL 1 : HOW TO MOTIVATE STUDENTS THROUGH THE USE OF ACTIVITIES. JURNAL 2 : PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN ELEKTRONIK DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. ABD. LATIF BIN HAJI GAPOR DISEDIAKAN OLEH: BIL NAMA AHLI 1. ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT TAIB 2. NORLIZA BINTI SAFFIEE 3. MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN KAMARUDIN 4. AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMAD NO MATRIK L20111006500 L20111006509 L20111006697 L20111006699

JURNAL 1 : HOW TO MOTIVATE STUDENTS THROUGH THE USE OF ACTIVITIES

PENGENALAN Penyelidik, Maria Del Carmen Bermejo Mantrana merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah awam di Moratalaz (Madrid). Beliau mengajar di kelas yang mempunyai 27 orang murid yang berumur di antara 16 dan 17 tahun. Tujuan penyelidik membuat kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui bagaimana penyertaan pelajar terhadap tugas-tugas dan topik-topik di dalam kelas boleh membantu para pelajar dalam pembelajaran dan pada masa yang sama menggemari subjek bahasa Inggeris. Ini kerana, pelajarnya mempunyai tahap sederhana dalam bahasa Inggeris di mana ada yang pandai dan tidak pandai. Di samping itu, penyelidik cuba untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajarannya (P&P) serta meningkatkan motivasi para pelajarnya di dalam kelas bahasa Inggeris. Berdasarkan Jurnal ini, reka bentuk kajian tindakan ini boleh dilihat melalui Model Stringer (2004). Model Stringer mempunyai lima proses iaitu mereka bentuk, mengumpul data, menganalisis data, menyampai hasil dan mengambil tindakan.

1. Mereka bentuk Pada permulaannya, pemerhatian dijalankan oleh penyelidik bagi mengenal pasti masalah pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Penyelidik mendapati pelajarnya mempunyai ciriciri seperti berikut :i. ii. Kekurangan minat, perhatian dan penglibatan. Sesetengah pelajar suka bercakap di dalam kelas

iii.

Seperti biasa, pelajar tidak menyampaikan / membentangkan kerja rumah yang diberikan.

iv.

Sebahagian

daripada

mereka

(pelajar)

tidak

menyiapkan

atau

menyempurnakan tugasan/ kerja yang diberikan v. Kekurangan motivasi apabila membuat sesuatu aktiviti.

2. Mengumpul data Penyelidik mengumpul data dengan menggunakan sampel seramai 27 orang pelajar di dalam kelas bahasa Inggeris. Teknik yang digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul data meliputi aspek membuat pemerhatian, mengedarkan soal selidik kepada pelajar dan

menggunakan buku catatan harian supaya mengetahui rutin dan kelakuan pelajar di dalam kelas terhadap aktiviti yang diberikan.

3. Menganalisis data Data ini dianalisis dalam bentuk kualitatif. Data kualitatif ialah di mana data yang disajikan dalam bentuk kata-kata yang mengadungi makna. Data ini dianalisis berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas pelajar. Selain itu, soal selidik diberikan kepada pelajar serta penggunaan buku catatan harian bagi mengetahui rutin dan kelakuan pelajar tentang aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Penyelidik memutuskan untuk mengubah sikap pelajarnya terhadap aktiviti-aktiviti yang lebih sempurna dengan melakukan :i. Pertama, penyelidik menganalisis perbezaan aktiviti dalam buku teks dan buku kerja dengan reaksi pelajar.

ii.

Kedua, penyelidik menganalisis sikap pelajar terhadap latihan yang diberikan untuk melihat jika mereka menunjukkan tahap motivasi yang tinggi atau tidak.

iii.

Ketiga, penyelidik perlu menemui keutamaan dan kesukaan pelajar mengikut tahap, umur dan sebagainya.

iv.

Akhir sekali, penyelidik menganalisis kelakuan atau sikap pelajar di dalam kelas melalui penglibatan dalam kumpulan atau berpasangan.

4.

Menyampaikan hasil Berdasarkan kajian tindakan ini, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian, soal

selidik dan juga catatan harian oleh penyelidik.

i. -

Pemerhatian Kaedah ini membolehkan penyelidik mengetahui tahap prestasi dan motivasi pelajar di dalam kelas Bahasa Inggeris. Pemerhatian yang dilakukan membolehkan penyelidik mengetahui bahawa aktiviti yang dilakukan memberi ransangan dan maklum balas positif dari pelajar.

ii. -

Soal selidik Diedarkan kepada pelajar bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan dan penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang diberikan di dalam kelas Bahasa

Inggeris. Melalui kaedah ini pelajar dapat menanda dengan jujur kerana borang ini berbentuk sulit di mana identiti pelajar yang menjawab tidak akan diketahui kerana ianya berbentuk anonymous . Hasil daripada soal selidik, penyelidik mendapati bahawa pelajar lebih berminat sekiranya di dalam kelas diadakan pelbagai aktiviti, menggunakan komputer, menonton filem dan mendengar lagu bagi meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris.

iii. -

Catatan harian oleh penyelidik. Penyelidik akan sentiasa mencatat perubahan dan proses setiap aktiviti yang dilakukan. Tujuannya adalah untuk memantau sama ada pelajar menerima atau tidak aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan catatan tersebut, didapati bahawa pelajar tidak bermotivasi disebabkan :a) tidak memberi tumpuan di dalam kelas b) tidak berminat dengan topik yang dibincangkan c) suka bersembang dengan rakan di sebelah. Masalah suka bersembang disebabkan struktur penyusunan kerusi di dalam bilik darjah adalah berpasang-pasangan.

Berdasarkan masalah yang dilihat, pengkaji menggunakan kaedah aktiviti dalam kumpulan bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi antara pelajar

bagi meningkatkan motivasi dalam penggunaan bahasa Inggeris di dalam kelas. Di dalam kumpulan juga dapat memperlihatkan minat dan penglibatan para pelajar ketika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang diberikan. Aktiviti yang diberikan adalah berdasarkan kandungan buku teks dan dipelbagaikan aktiviti bagi menarik minat pelajar untuk belajar bahasa Inggeris.

5. Mengambil tindakan. Penyelidik menggunakan langkah pendekatan dengan memfokuskan kepada kehendak pelajar. Penyelidik bimbang sekiranya aktiviti yang diberikan tidak sesuai dengan pelajar. Oleh itu, penyelidik membuat blog dan website bagi membolehkan pelajar meluahkan perasaan dan memberi pendapat terhadap P&P di dalam kelas. Sebelum memulakan aktiviti P&P, penyelidik akan melakukan warm-up activity sekurang-kurangnya 5 minit bagi membolehkan pelajar berada dalam keadaan selesa dan dapat memulakan pembelajaran dengan lebih fokus. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, di dapati pelajar lebih berminat sekiranya dilakukan pelbagai aktiviti di dalam kumpulan dan memberi kebebasan kepada pelajar dalam memilih ahli kumpulan masing-masing. Ini kerana, dalam kumpulan mereka akan lebih berinteraksi dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi pelajar terhadap bahasa Inggeris.

KESIMPULAN Keputusan kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik selepas tiga minggu di dapati terdapat perubahan terhadap pelajar. Melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan, penyelidik mendapati pelajar lebih gembira dan lebih bermotivasi di dalam kelas. Penyelidik juga

merasakan keputusan dan pemerhatian dalam kajian tindakan yang dilakukan dapat membantu penyelidik dalam proses P&P dan membantu pelajarnya lebih meminati bahasa Inggeris di dalam kelas.

JURNAL 2 : Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Subjek Elektronik : Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Menengah Teknik

PENGENALAN Penyelidik adalah Ramlee Mustapha dan Zaharatul Laili Abdul Rahim merupakan pensyarah dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) dalam topik transistor dan seterusnya melihat sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian tindakan ini dilakukan secara kolaboratif antara pengkaji dan guru PKEE serta 30 orang pelajar Tingkatan 5E3 di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki, 9 orang pelajar perempuan yang dilaksanakan selama sembilan minggu. Fokus utama kajian ini adalah mengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Berdasarkan jurnal ini,

penyelidik memilih menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai proses kajian tindakan dilaksanakan. Model Kemmis dan Mc Taggart ini meliputi proses merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek.

Proses Kajian tindakan mengikut Model Kemmis dan Mc Taggart :

Reka Bentuk Kajian 6. Merancang Tindakan Penyelidik mengetengahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai fokus dalam proses pembelajaran berkesan. Ia didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Dalam PBM ini, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi organisasi yang terlibat. Dengan kaedah ini, membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan.

Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam topik transistor, ujian pencapaian pra dilaksanakan untuk mengesan kefahaman pelajar. Pelajar dibentuk enam kumpulan kecil yang heterogen (berdasarkan pencapaian ujian pra dan gender) digelung pertama. Merancang menjalani sesi pembelajaran berasaskan masalah sekurang-kurangnya tiga minggu dalam satu gelung yang dibina. Kemudian pelajar perlu menduduki ujian pos 1 bagi memastikan pengukuhan pemahaman terhadap topik transistor.

7. Menjalankan tindakan

Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dilaksanakan oleh penyelidik dengan dibentuk enam kumpulan kecil yang heterogen berdasarkan pencapaian ujian pra. Guru menyatakan permasalahan yang sebenar, manakala pelajar akan berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar merangka tindakan dan mengumpulkan maklumat untuk menyelesaikan masalah tersebut dan menyediakan maklum balas.

Penyelidik juga menjalankan ujian pra terhadap pelajar bagi mengesan kefahaman pelajar berkaitan dengan subjek transistor. Borang soal selidik juga diedarkan dan membuat temu bual untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah, sikap pelajar terhadap PBM, pencapaian pelajar dan pandangan pelajar terhadap fasilitator.

8. Memerhati Tindakan Penyelidik mengumpul data dengan menganalisis data terhadap langkah yang diambil dengan melihat prestasi pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos, kolaborasi pelajar, pemerhatian terhadap kompetensi dan interaksi pelajar serta modul yang dihasilkan melalui tindakan yang telah dijalankan.

Penyelidik memberi tumpuan untuk menganalisis data berkenaan dengan mendapatkan dapatan kajian seperti berikut : i. Punca punca kesukaran pelajar untuk menguasai topik transistor bagi subjek PKEE. Berdasarkan dapatan ujian pra, penyelidik merumuskan, punca-punca kesukaran pelajar menguasai topik transistor iaitu;

(a) Tidak memahami rumus (b) Guru mengajar terlalu laju (c) Sukar menghafal rumus (d) Sesi pengajaran kurang berkomunikasi dan interaksi (e) Susah untuk memahami topik transistor (f) Tidak faham hendak selesaikan masalah (g) Kurang latihan dan membuat latihan

ii.

Pencapaian pelajar setelah menjalani proses pembelajaran berasaskan masalah dalam tajuk transistor bagi subjek PKEE. Setelah mengikuti ujian pra dan ujian pos, dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang agak ketara pencapaian pelajar daripada ujian pra dengan gelung pertama, gelung kedua dan ketiga.

iii.

Sejauh manakah ahli ahli kumpulan dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah bekerja secara koperatif bagi mencapai kemahiran berkolaborasi. Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan, dapatan menunjukkan peningkatan bagi setiap gelung dan pelajar mencapai kemahiran kolaborasi yang positif.

iv.

Sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam topik transistor bagi subjek PKEE. Hasil dapatan soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PBM dalam topik transistor bagi subjek PKEE menunjukkan bahawa hampir kesemua peserta aktif dalam perbincangan kumpulan.

9. Merefleksi Penyelidik membuat muhasabah diri dengan melihat kembali hasil dapatan kajian bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan kajian bagi melakukan penambah baikkan di gelung yang seterusnya.

KESIMPULAN Hasil kajian mendapati kemahiran berkolaborasi pelajar meningkat di setiap gelung, pencapaian pelajar semakin baik, sikap pelajar positif terhadap PBM, pandangan pelajar sangat positif terhadap fasilitator dan PBM. Secara keseluruhannya, di dapati kaedah PBM telah memberi impak yang positif kepada P &P di dalam kelas.

You might also like