You are on page 1of 9

Cerpen : Maafkan Saya Cikgu!

Oleh Nura: Azata Hari ini aku amat berpuas hati kerana akhirnya, aku dapat mempermainkan cikgu yang paling aku benci di sekolah. Cikgu Ariff, seorang guru bahasa Melayu, agak garang dan sering kali menengking pelajar sesuka hati, pada fikiran ku. Cikgu Ariff seorang yang tegas dan dia merupakan guru disiplin yang menjadi musuh kepada ramai pelajar bermasalah. Hm, aku bermasalah ke? Tidaklah! Pagi tadi, aku dan geng sekelas telah mencuri buku diarinya yang mungkin tertera begitu banyak nukilan peribadi yang menjadi rahsianya sejak tahun lepas lagi. Biarlah, padan muka dia. Suka sangat mengambil tahu hal orang lain. Mungkin nama aku juga tertera di dalam sebagai pelajar paling nakal dan paling menyusahkan pernah dia kenali. Namun, aku masih lagi menghormati dia. Sedikit pun tidak ku baca dan aku melarang kawan-kawan ku daripada mengelak helaian rahsia itu. Tapi kami pun bukannya baik sangat! Diari hitam yang sarat dengan nukilan itu kami rendamkan ke dalam kolam ikan di Taman Mini sekolah. Habis basah lencun. Ha! Ha! Terimalah nasib kau, cikgu Ariff! Ketika dia melalui kawan itu, aku memang sengaja berdiri di kawasan berdekatan. Tergopoh-gapah dia berlari dan mendapatkan diarinya semula. Sambil itu, dia menjeling tajam ke arah ku. Dia tahu itu memang kerja kami. Tapi dia tidak menuduh,mahupun mengkuhum kami. Sebaliknya dia terus menjemur diari itu di tepi tingkap bilik guru, tanpa banyak bicara **** Sehari selepas itu, diari di hilang lagi. Dia memanggil aku dan beberapa lagi kawan untuk bertanya tentang perkara ini. Manalah aku tahu. Setahu aku, semuanya selesai setelah cikgu mengambil semula diarinya dari dalam kolam petang semalam. Wajahnya begitu bengis memandang kami. Sungguh! Aku tak berbohong. Aku tidaklah sejahat itu Aku tahu, diari adalah sesuatu yang terlalu peribadi kepada pemiliknya. Tapi, benarlah kata orang, seklai kita berbuat kejahatan, jangan hairanlah jika orang tidak lagi mempercayai kita. Sekali lagi. Kami dilepaskan

Waktu tengah hari, ketika mata pelajaran Bahasa Melayu, dia masuk ke kelas dengan wajah sugul. Entah apa dalam fikirannya. Yang aku pula, memang sengaja cari fasal. Kami langsung tidak menyiapkan kerja sekolah dan membiarkan ruang buku kelihatan kosong dan bersih tanpa sebarang perkataan. Ini kerana cikg Ariff sering memperkecilkan kebolehan aku. Hakikatnya aku amat mencintai penulisan, dan aku bercita-cita menjadi seorang sasterawan suatu hari kelak. Tapi, dek kerana terlalu dendam dengan cikgu Ariff, maka cita-cita ku ditolak ke tepi, asalkan hati ku puas dengan menimbulkan kemarahanya setiap kali kami bersua. Biarlah! Biar kami seperti anjing dan kucing. Langsung tidak akan berbaik selama-lamanya **** Pada bulan April, raka baik ku, Adi mencadangkan agar kami tidak hadri ke sekolah dan tersu melencong ke air terjun berdekatan. Katanya, musim terjun amat sejuk dan seronok untuk berenang bersama. Aku agak keberatan. Namun, beberapa rakan sekelas telah pun bersetuju untuk ponteng kelas bersama. Aku pun apa lagi. Apatah lagi hari ini, kelas Cikgu Ariff saja berjalan selama satu jam. Amat membosankan! Aku tau, mesti kau yang simpan diari cikgu Ariff? Aku sekadar mengagak. Aku tahu, sedalam mana aku benci kepada cikgu Ariff, dalam lagi perasaan benci dan marah Adi kepada guru itu. Ini keran, kasit kesayangnya pernah dirampas dua bulan lalu. Malahan, rambutnya juga dipotong di hadapan pelajar-pelajar ketika di perhimpunan minggu lalu. Mana tidak peliknya, Adi seorang pelajar genster di sekolah kami, tapi dia memakai songkok ke sekolah. Mulanya ramai yang menyangka dia sudah berubah, tetapi rupanya songkok itu dijadikan alat untuk menyembunyikan rambutnya yang memanjang dan berwarna kecoklatan. Akibatnya kepalanya hamper dibotakkan oleh cikgu Ariff sendiri, dan sejak itu tak habis habis cikgu Ariff yang menjadi mangsanya. Hinggakan satu ketika dulu pernah dia meletakkan paku-paku dan serpihan kaca di bawah tayar cikgu Ariff. Nasib baik tidak terhadi apa-apa. Tentang diari itu, memanglah idea akum tapi bukanlah hingga menlenyapkan terus sesuatu yang pernah menjadi mili cikgu Ariff.

Aku dan baca Kisah cinta beb! Ejek Adi. Ingin saja aku tumbuk mukanya. Sudah aku katakana, jangan sesekali membaca rahsia orang. Walaupun aku nakal, tapi aku juga punya perasaan. Jika orang lain membaca diari ku, tentu aku malu dan rasa seolah-olah rahsia ku dibongkar. Suka hati dialah nak tulis apa. Tapi, kita tak boleh suka-suka hati nak meneroka apa yang ditulisnya. Dan di saat itu, aku berasa amat bersalah pada cikgu Ariff. Kerana idea akulah, Adi bertindak begitu **** Cikgu, tadi ada budak perempuan kata, dia nampak Kimi dengan kawan -kawan dia berenang dekat air terjun belakang hutan Baru aku perasan, patutlah kelas hari ini agak hambar, rupanya Hakimi tidak hadir ke sekolah. Jika kerana sakit, mungkin boleh dimaafkan rupanya dia pergi berenang. Degil betul budak ni. Masih musim tengkujih pun mahu bermain air lagi. Peperiksaan SPM akan menjengah akhir tahun ini. Langsung tidak dihiraukan tentang pelajarannya. Lalu, aku aku dan beberapa orang guru pergi ke tempat yang dimaksudkan. Mulanya kami hanya menghendap dari jauh. Ya! Bukan main bergembira ria lagi berenang dengan hanya berseluar pendek. Tali Leher sekolah diikat di kepala. Semakin lama semakin besar kepala. Sudah berapa kali aku lepaskan dia walaupun aku tahu dia punya angkara. Kami menyerbu kawasan itu. Lekas-lekas mereka naik ke atas batu dan menutup badan dengan baju sekolah memandangkan seorang guru wanita juga ikut bersama. Wajah Hakimi seperti seorang pesalah, tetapi tidak rakan-rakan yang lain. Ada yang berpaling daripada melihat wajah ku, ada pula yang bersikap kurang ajar terhadap kami. Alah, kami tak pergi sekolah, cikgu juga yang untung. Kan cikgu benci lihat mu ka kami? Jerit salah seorang daripada mereka. Kalau saya benci kan kamu, kenapa saya bersusah-susah dating ke mari?

Sebab cikgu nak cari salah kami. Cikgu sentiasa nak hokum kami. Kami tak salah pun, cikgu masih menuduh kami. Aku terdiam seketika. Bukan apa, sebelum ini aku lebih banyak berdiam diri daripada menuduh dan menghukum mereka. Jarang sekali aku menjalankan hukuman, kecuali kesalahan itu benar-benar melanggar adap dan peraturan sekolah. Mereka saja yang menganggap aku ini kejam. Sudahlah, mari balik.: Jerit cikgu Latifah. Akhirnya mereka balik ke sekolah dalam keadaan basah kuyup. Mereka dihukum mebmbersihkan tandas pada setia hari sepanjang minggu ini oleh pengetua. Aku tidak mahu masuk campur lagi dalam hal mereka. Dan sebenarnya menjadi guru disiplin adalah satu perkara yang paling sukar. Bukan saja tidak disukai pelajar, malahan kami dijadikan bahan untuk membalas dendam. Walhal,bukan kami yang memulakan **** Seminggu seleas itu, ketika dalam perjalanan ke sekolah, aku terserempak dengan Hakimi yang sedang menuju kea rah hutan seorang diri. Aku tahu dia mahu mandi di air terjun itu lagi! Hakimi, nak ke mana tu? Kita bukan bersekolah dalam hutan. Cikgu apa peduli?Saya ni anak cikgu ke? Ya! Awak macam anak saya. Sebab itu saya ambil berat fasal awak. Cikgu bapak saya pun tak hiraukan saya. Tak payahlah cikgu susah payah nak kawal saya. Saya dah besar,tau jaga diri. Hakimi tersu beredar masuk ke dalam hutan. Sampai saja di sekolah, aku segera memberitahu Pengetua dan beberapa guru dan merekalah yang menangkap Hakimi dan kawan-kawannya buat kali kedua. Mereka tak serik-serik lagi. Kali ini, ibu bapa mereka dipanggil. Hm, patutlah. Semua ibu-bapa agal sibuk. Ada yang pentingkan

perniagaan. Ada yang bermasalah. Ada juga yang mementingkan harta. Kerana itulah mereka lalai dalam memelihara sesuatu anugerah daripada Allah berupa seorang anak! Petang itu, sekali lagi aku dimalukan. Helaian diari aku yang sudah tiada rupa itu digantung merata-rata di seluruh kawasan kantin. Itu pun seorang daripada guru lelaki memberitahu aku. Rahsia suka dan duka. Gembira dan sedih menjadi bahan gelak pelajar-pelajar. Merah padam wajah aku menahan geram. Tidakkah mereka tahu, bahawa satu-satunya wanita yang aku cintai sudah pergi selamanya. Malahan, anak kecil kami juga turut pergi bersama gara-gara kecuaian aku memandu kereta pada suatu malam yang gelap. Kalaulah merka benar-benar mengamati isi kandungan diari itu, pasti mereka tahu, mengapa aku begitu murung apabila kehilangannya. Terpaksalah aku mengutip sehelai demi sehelai sambil diperhatikan beberapa pelahar yang tergelak melihat kejadian itu. Aku ibarat pemintak sedekah yang mengutip sisa makanan di jalanan. Aku rasa amat terhina. Hakimi, dah berapa banyak kali saya pesan, jangan ikut mereka lagi. Kenapa? Cikgu melarang saya, tapi cikgu tak beri amaran pun pada mereka. Saya dah cuba.Tapi mereka lebih dagil daripada sangkaan saya. Tapi saya tahu, awak masih boleh dibentuk. Cikgu, saya bukan budak kecil lagi. Saya dah ada otak untuk berfikir. Jika awak ada otak, gunakan sebaik-baiknya. Adakah dengan pergi berenang awak boleh jadi pelajar cemerlang dan hidup senang satu hari nanti? Cikgu, bapak saya orang kaya. Saya tak kerja pun, saya masih boleh hidup senang. Awak anak orang kaya, kan? Jadi gunakan peluang tu untuk menimba ilmu.Tak sedar ke awak, masih ada lagi budak sebaya awak yang tak mampu pergi ke sekolah? Hei cikgu. Jangan nak mengajar saya. Saya ada hak untuk buat apa saja. Bapak saya pun tak pernah marah.

Tapi saya bukan bapak awak. Saya akan marah bila pelajar saya tak dengar cakap. Sekarang awak beritahu saya. Awak nak jadi budak pandai ke , atau nak jadi budak bodoh? Jadi cikgu kata saya ni bodohlah, gitu? Awaj pilihlah jalan awak sendiri! Saya tak bodoh! Saya minta satu saja. Minta maaf dengan saya dan saya akan lupakan segalanya. Tak mahu. Hakimi termenung sebentar Oh! Berapa banyak nama saya tertulis dalam diari bodoh tu.Nampaknya cikgu benar benar bencikan saya, kan? Tak ingin. Ya! Memang banyak nama Hakimi terkandung di dalamnya. Hakimi itu satu nama yang indah. Walaupun namanya sama, saya tak maksudkan awak. Hakimi adalah anak kecil saya yang sudah meninggal setahun lalu. Puas hati awak, kan? Ketawalah puas-puas. Ketawakan penderitaan saya. Er Tak berapa minit lepas tu, kami mendapat berita bahawa Adi dan kawan-kawannya dihanyutkan oleh air deras. Mereka masih belum dijumpai. Beberapa orang penduduk yang melaporkan hal itu kepada kami. Berderau darah Hakimi apabila mendengar bahawa dua orang dari rakan mereka telah meninggal duni. Kalaulah dia ikut bersama **** Cikgu, keempat-empat pelajar disahkan meninggal dunia. Seorang daripadanya masih belum dijumpai.

Waktu itu, dia terpandang waha sayu cikgu Ariff. Betapa berdosanya dia kepada guru itu. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi segala-galanya.Tetapi, cahayanya tidak dihargai, disia-siakan Malangnya menjadi guru kepada kami. Aku bersalah, aku berdosa. Tapi aku begitu marah kepada Cikgu Ariff kerana menyifatkan aku sebagai pelajar bodoh. Aku tak bodoh. Dengan sediki usaha, aku mampu Berjaya.Akan aku buktikan kepada cikgu Ariff bahawa aku bukan budak bodoh! Adi, agaknya mengapalah takdir kau begitu? Kau dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Kau ada ayah,ibu, juga adik-adik. Tapi kau mensia-siakan kebahagiaan itu dan memilih jalan kau sendiri. Lainlah aku, dari kecil sudah kehilangan ibu.Aku pula anak tunggal dalam keluarga dan merupakan satu-satunya harapan abah. Abah, kenapa abah tak pernah menghiraukan kimi? Kenapa abah hanya menabur harta dan wang buat Kimi, tapi abah lupa, Kimi perlukan kasih saying. Kadangkala abah seakanakan lupa bahawa Kimi masih wujud di depan abah. Kenapa abah? Kalaulah Vikgu Ariff itu adalah abah aku Sudah seminggu kami kehilangan Adi dan kawan-kawan lain. Aku masih lagi sugul kerana Adi satu-satunya kawan baik aku. Sekolah kami juga agak muram baru-baru ini,. Minggu lepas saja, beberapa kali bacaan Yasin diadakan. Dan walaupun hati ku terdetik perasaan kasih kepada Cikgu Ariff, tapi aku masih ego. Aku tak mahu langsung bersua muka dengannya. Ketika kelas sedang berjalan aku memalingkan muka. Ketika terserempak aku sanggu memilih jalan lain.Permintaan cikgu agar aku meminta maaf daripadanya tidak aku hiraukan. Mengapalah hati ini begitu keras? Tak lama selepas itu, Cikgu Ariff berpindah ke sekolah lain.Atas alas an apa, tak pula aku ketahui.Aku sedikit sayu dan sedik seolah-olah kehilangan abah di sekolah ini. Kenapa dia pergi? Adakah dia benar-benar benci aku? Kalaulah cikgu kembali, saya sanggup belajar bersungguh-sungguh dan berjanji takkan mengetepikan segala nasihat cikgu. Saya akan buktikan saya bukan budak bodoh!

Hari ini, setelah tujuh tahun perkara itu berlalu, aku sudah pun menggegam segulung ijazah dan akan bergelar seorang guru bahasa Melayu tak lama lagi. Ini semua kerana cikgu Ariff. Cikgu Ariff mencabar aku untuk menunjukkan kepandaian, maka itu aku buktikan. Setiap hari, selama bertahun-tahun aku berdoa agar aku bertemu kembali dengan cikgu Ariff, dan memohon maaf daripadanya. Ya Allah berikan aku satu peluang Aku kembali ke sekolah lama dengan harapan mendapat sedikit maklumat mengenai cikgu Ariff. Ya! Memang apa yang aku pinta diperoleh. Tetapi saying cikgu Ariff sudah tiada lagi. Dia kembali ke Rahmatullah. Aku rasa sangat berdosa. Adakah kejayaan aku ini mendapat restu daripadanya? Di tanah perkuburan, aku tercari-cari pusaranya. Mohd.Ariff Sulaiman tertera nama indahnya di batu nisan yang agak kusam. Mungkin pusaranya sudah lama tidak dikunjungi sesiapa. Aku begitu sedih melihat keadaan pusara itu. Sambil mengalirkan air mata, aku sempat mencabut rumput-rumput yang mula menebal. Saat itulan mata ini terpadang akan sebuah lagi pusara kecil di sebelahnya, Hkimi Mohd. Ariff. Inilah pemilik nama di dalam diari kesayangan cikgu Ariff. Ketika itu, seseorang telah datang menegur, barangkali seorang penjaga kubur. Dia bertanya nama ku, lantas menyerahkan sebuah buku yang agak using. Aku pasti itu diar cikgu. Diari kesayangan cikgu Ariiff yang pernah aku curi suatu ketika dulu. Beberapa helaian ditampal kembail. Walaupun coretan dakwat mulai pudar dan hilang, tapi ia masih lagi disimpan elok. Dulu keluarga arwah pernah berpesan, arwah minta sangat agar diari ini sampai ke tangan anak angkat kesayangannya, Hakimi Rizal. Anak angkat kesayangan? Air matanya gugur lagi. Tak disangka bahawa selama ini dia dianggap lebih daripada seorang pelajar. Patutlah dia mendapat lebih keistimewaan dan nasihat berbanding pelajar-pelajar lain. Patutlah di digesa berubha menjadi insan yang berguna. Patutlah dia diambil berat. Diberi perhatian Patutlah.

You might also like