You are on page 1of 5

BAHAGIAN LIMA TAMADUN ISLAM DI INDIA 1.

0 PENDAHULUAN Sejarah Kedatangan Islam Hubungan Islam India Hubungan perdagangan penyebaran berlaku secara tidak langsung Penyebaran Islam oleh pedagang Arab Hubungan secara terus iaitu penaklukan Sind oleh Muhammad al Qasim(713M) Melalui penaklukan Orang Islam berbangsa Turki, Afghan dan Monggol

- Mahmud al Ghaznawi serta angkatan tentera menyerang antara 1008-1026M - Berjaya menguasai Bandar Thanesar, Kanauj dan Mathura di utara India - Muhamad al-Ghuri menakluk India tahun 1191M 2.0 KERAJAAN ISLAM DI INDIA Dinasti Subaktigin (1004 - 1186M) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1175 - 1290M Dinasti Khilji (1290M - 1320M) Dinasti Tughluq (1320M - 1412M) Dinasti Sayid (1412M - 1450M Dinasti Lodi (1451M - 1526M)

- Dinasti Babur/Mughal (1526M - 1707M) 3.0 PENUBUHAN KERAJAAN ISLAM DI INDIA 3.1 Kerajaan Subaktigin (1004-1186M) Ia merupakan kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India. Tahap kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Antara sumbangannya ialah menguasai sebuah wilayah yang luas di India. Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya dibahagian utara India. Pemerintah Abbasiyah di Baghdad telah menganugerahkan gelaran Yaminud daulah- Sultan Mahmud Ghaznawi 3.2 Kesultanan Delhi Kerajaan Ghuri diasaskan oleh Alaudin Hussien al Ghuri yang menguasai wilayah Punjab dan Sind. Diganti oleh anaknya Muhammad al Ghuri (1175 -1206M). Antara sumbangannya: Mengasaskan pemerintahan Islam di India. Menyatukan masyarakat India di bawah

kekuasaan Islam. Memberi kebebasan beragama kepada rakyat. Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan 3.3 Kerajaan Khilji (1290-1316M) Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan yang berjaya menggalakkan saki baki kaum mamluk. Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol. Antara sumbangannya ialah menetapkan harga barang. Reformasi kutipan kadar cukai. Gandum dihantar dan disimpan di Delhi. Membangunkan tanah terbiar. Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki. Meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka 3.4 Kerajaan Tughluq (1316-1398M) Diasaskan oleh Ghitauddin Tughluq. Anaknya Muhamad Tughluq. Antara sumbangannya ialah cuba mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah. Cuba mengadakan perubahan tentang dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Farsi. Dasar ini gagal kerana wujudnya wang palsu. Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327M 3.5 Kesultanan Moghul a) Zahiruddin Babur (1494-1530M). Sejarah kedatangan Moghul di India bermula dengan peranan Temurlane yang telah menghancurkan Tughluq Peranan ini diteruskan kemudiannya oleh Babur keturunan Timerlane dari sebelah bapa. Sumbangannya ialah menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah. Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526M. Mengalahkan orang-orang Rajput dan orang-orang Afghan b) Humayun (1530-1556M). Humayun mewarisi pemerintahan ayahnya Babur, Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi. Sumbangannya: Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi. Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi. Sikap toleransi terhadap mazhab lain c) Akbar (1556-1605M). Seorang tokoh yang kontroversi, Akhbar mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun. Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik. Antara sumbangannya ialah - Penaklukan: Diperingkat awal Akhbar dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu. Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India - Sistem Pentadbiran Akhbar: Bercorak autokrasi dibantu oleh pentadbir-pentadbir yang cekap dari berbilang kaum

- Prinsip-prinsip agama dan politik Akhbar: Agama barunya ialah Din Ilahi dan penganutnya disebut Chela. Agama Din Ilahi cuba menghancurkan Islam dengan menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan PEMBAHARUAN PRINSIP AGAMA ZAMAN AKHBAR Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah Semua agama mempunyai prinsip yang baik Mengormati penyembahan api (zoroaster) Menterjemahkan kitab injil dan menghormati konsep trinity Melarang penyembeliahan lembu (Hindu) Amalan judi dan minum arak dihalalkan(Islam)

- Poligami diharamkan - Ulama diperlekehkan d) Jahangir (1605-1627M). Ketika mula memerintah cuba menalankan dasar-dasar untuk menawan hati rakyat serta mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas. Antara sumbangannya ialah mengapuskan pemberontakan anaknya Khusrav. Menghapuskan pemberotakan Sher Afghan. Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan e) Shah Jahan (1628-1658M). Zaman pemerintahan Shah Jahan di anggap sebagai zaman keemasan bagi kerajaan Moghul di India. Antara sumbangannya ialah tiada ancaman luar yang serius. Dapat menyusun tentera yang setia. Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah. Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Tajmahal, masjid Mutiara dan sebagainya. Menggalakkan kegiatan kesusasteraan f) Aurangzeb (1659-1707M). Putera kepada Shah Jahan seorang pemerintah yang soleh. Antara sumbangannya ialah berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah. Dibawah pemerintahannya empayar Monghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India. Berjaya menakluk semua kuasa-kuasa Hindu. Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dan lain-lain. Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid

4.0 SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA

Harga diri dan perikemanusiaan. Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah(sudra). Mereka merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi.Islam telah mengembalikan hak asasi dan martabat wanita. Hak asasi dan martabat wanita. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee). Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain. Kebersihan. Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana. Kemajuan alam fikiran dan Kemahiran hidup. Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India, sebelumnya mereka jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan Tamadun ilmu. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi) Kebangkitan Gerakan Islam.Dua gerakan Islam yang sangat ketara diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan jamaah Islamiah dan gerakan Tabligh. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini Tamadun kebendaan. Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal Pemerintahan dan Pentadbiran. Menggunakan pendekatan kerajaan Abbasiyyah,Baghdad contohnya Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam membentuk kerajaan Ekonomi. Perkenalkan sistem zakat,jizyah, kharaj dan sebagainya. Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera Pendidikan dan Kesarjanaan. Pendidikan dijalan secara formal dan informal iaitu di masjid,madrasah, kolej dan sebagainya. Aktiviti penulisan juga diadakan dalam bidang sejarah dan ilmu-ilmu lain

KESIMPULAN Agama Islam telah dianuti lebihkurang 150 juta penduduk India selama hampir 800tahun sehingga jatuh ketangan Inggeris pada tahun 1857. Selepas pepecahan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh. Kemasukan Islam telah membangunkan negara India dan menuntutnya ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan lebih teratur.

You might also like