You are on page 1of 10

PENGENALAN Sekolah dan guru-guru kini perlu meneruskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 seperti mana masyarakat kita

beralih kepada peralatan digital yang inovatif untuk pekerjaan, komunikasi dan hiburan. Perkembangan ini boleh disokong dengan menggunakan model ASSURE dan fokus teknologi pembangunan professional untuk membimbing pelaksanaannya. Model ASSURE digunakan untuk membantu guru meningkatkan pembelajaran abad ke-21 melalui sokongan dan panduan untuk membangun, melaksana, metaksir dan menyemak pengajaran dengan menerapkan teknologi selain untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan menyediakan mereka untuk kerjaya masa depan. Model ASSURE secara tidak langsung menyokong matlamat pembelajaran Pelan Teknologi Pendidikan Nasional (National Education Technology Plan NETP US DOE, 2010). Matlamat NETP ialah melibatkan semua pelajar dengan memberi pengalaman belajar di dalam dan di luar sekolah serta menyediakan mereka sebagai peserta yang aktif, keratif, berpengetahuan dan berakhlak dalam masyarakat seluruh dunia. Model ASSURE menyediakan enam langkah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1. Menganalisis pelajar guru diminta untuk mengenalpasti latar belakang dan segala keperluan pelajar termasuk sumber-sumber yang ada dan sokongan individu untuk menerima pengalaman pembelajaran. 2. Menyatakan piawai dan objektif pembelajaran guru perlu menyatakan objektif pelajaran secara khusus dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran ini perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang akan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin. 3. Memilih strategi, teknologi, media dan material terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih perlulah mengambil kira
1 MFS/4.7/2013

kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. 4. Menggunakan teknologi, media dan material persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Langkah yang perlu sebelum media dan bahan sumber digunakan adalah seperti semak, pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, menyediakan persekitaran yang sesuai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Memerlukan penyertaan pelajar penglibatan pelajar dalam pembelajaran, secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dengan menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Mentaksir dan menyemak langkah akhir ini melibatkan penilaian kedua-dua kemajuan iaitu pelajar dan proses pengajaran untuk menentukan perkara yang perlu diteruskan dan yang perlu ditambakbaik sebelum pembelajaran seterusnya dilaksanakan.

Aplikasi model ASSURE membolehkan guru-guru di abad ke-21 meneruskan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta persediaan yang lebih baik dalam kerjaya yang berjaya.

2 MFS/4.7/2013

ANALISA PELAJAR CIRI-CIRI

Berdasarkan kedudukan tempat dan sosio budaya

tempat saya mengajar di

sebuah perkampungan kaum orang asli. Tempat tersebut diberi nama kampung orang asli sungai judah, pulau carey , selangor. Rata-rata penduduk di sini terdiri daripada kaum orang Asli. Terdapat sebahagiannya adalah kaum melayu, india dan juga cina. Walaupun penduduk majoriti adalah orang asli namun mereka tetap dapat hidup bersama walaupun tidak sehebat kehidupan di tempat lain namun kehidupun mereka begitu harmoni dan saling hormat-menghormati. Kebanyakkan kanak-kanak di sini belajar di sekolah kebangsaan Sungai Judah (A). Seperti yang diketahui umum sejak sekian lama keadaan ataupun tahap pencapaian akademik mereka agak lemah berbanding pelajar-pelajar dari golongan murid Melayu, Cina mahu pun India. Mereka juga agak pemalu dan mengambil masa yang agak lama untuk menerima seseorang individu yang baru dikenali. Individu yang ingin mendekati mereka haruslah bijak dan memahami keadaan mereka. Mereka perlu bersabar dan tenang semasa proses mendekati murid-murid ini. Perkara ini akan menjadi lebih mudah apabila kita telah diterima. Kita juga perlu memahami dan menerima kelemahan mereka. Mereka sukar menerima, sekiranya dimarahi oleh orang asing terutamanya guru-guru baru. Biasanya mereka akan mendiamkan diri dan kadang-kadang mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Mereka lebih suka kepada sesuatu yang berunsur permainan dan hiburan. Jika diteliti mereka lebih teliti dapat dikesan yang mereka ini gemar kepada sesuatu yang baru dan meneroka. Kenapa saya berkata demikian? Berdasarkan kepada pengalaman sendiri saya dapati mereka sering merosakkan bahan-bahan bantu mengajar yang dibuat oleh guru pabila di luar pengawasan guru terutamanya bahan-bahan 3 D yang dibuat daripada kertas. Mereka lebih gemar mencari sesuatu disebalik benda-benda itu. Mereka juga gemar bermain dengan komputer walaupun sikap segan dan malu menghantui mereka. Mereka akan bermain secara beramai-ramai di satu-satu
3 MFS/4.7/2013

komputer. Mereka agak takut dan hilang keyakinan diri apabila diletakkan secara individu. Mereka sebenarnya mempunyai keyakinan diri yang rendah. Inilah yang memberi cabaran kepada setiap guru yang bertugas di sini. Mereka lebih yakin dengan rakan-rakan mereka sendiri. Adakalanya rakan-rakan yang agak cerdas akan membantu mengulangi arahan guru kepada rakan-rakan mereka. Ini juga menunjukkan sebahagian daripada mereka, terutamanya murid-murid peulihan sukar memahami arahan guru di dalam Bahasa Malaysia. Namun mereka tidak boleh menerima ketegasan atau paksaan yang keterlaluan. Mereka perlu dipujuk dan diajar dengan perlahan-lahan dan berperingkat. Kebijaksanaan seseorang guru amat dituntut di dalam tugasan mereka. Sosio-ekonomi keluarga Dilihat dari sudut sosio-ekonomi keluarga sememangnya mereka terdiri daripada keluarga yang miskin. Ibu bapa mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

Kebanyakan bekerja sebagai nelayan pantai ataupun bekerja di kebun kelapa sawit. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan dengan sebaiknya. Boleh dikatakan ibu bapa mereka hanya mampu untuk menyediakan hanya perkara asas sahaja. Hal-hal kesihatan anak-anak sering terabai. Namun begitu program kesihatan yang disediakan oleh pihak sekolah sedikit sebanyak dapat

membantu mereka. Selain bantuan kesihatan bantuan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah dan bantuan alat tulis, bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) juga disediakan. Walaupun mereka mempunyai kelengkapan untuk ke sekolah tetapi mereka ada kalanya dibebankan dengan tugasan menjaga adik-adik di rumah ketika ibu bapa keluar bekerja. Ini menyebabkan mereka tidak ke sekolah pada hari tersebut. Kebanyakan ahli keluarga hidup di dalam rumah yang agak sempit dan memuatkan bilangan anak yang ramai. Keadaan ini menyebabkan kehidupan mereka kurang selesa. Mereka tidak mampu menyediakan satu ruang untuk anak-anak belajar semasa berada di rumah. Kekurangan kemudahan elektrik juga menyebabkan anak-anak sukar untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.
4 MFS/4.7/2013

UMUR Murid-murid pemulihan berumur di antara 8 dan 9 tahun. Namun masih ramai juga kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun masih tidak menguasai Kemahiran asas 3M ini. Mengikut pekeliling murid pemulihan hanya terdiri daripada murid tahun 2 dan 3 sahaja. Apabila mereka melangkah ke darjah 4 mereka akan mengikuti program seterusnya iaitu intervensi. Namun begitu tidak banyak perbezaannya di dalam menguasai kemahiran asas 3M ini. Apa yang berbeza mungkin keberanian serta kepercayaan mereka terhadap guru-guru lebih sedikit berbanding murid-murid pemulihan di darjah 2 dan 3. CARA BELAJAR Berdasarkan pengalaman saya di sini, kebanyakkan murid-murid di sini sangat suka belajar secara bermain. Mereka juga suka menyanyi dan bergerak. Mereka tidak selesa jika terlalu lama berada di kerusi. Namun begitu mereka amat gemar menyalin sesuatu yang diberikan oleh guru. Mereka akan menghadapi masalah apabila tiba masa menjawab latihan. Mereka tidak suka memerah otak. Mereka lebih suka melakukan sesuatu yang biasa dilakukan berdasarkan pengalaman mereka. Mereka sering mentafsir yang mereka tidak belajar sekiranya mereka tidak diberi latihan berbentuk tulisan. Sememangnya mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar apabila teknik permainan dilaksanakan. Mereka juga tidak gemar untuk meluahkan pendapat. Mereka lebih banyak mendiamkan diri terutamanya bila pembelajaran yang menjurus kepada teknik perbincangan. Sebagai seorang guru kita sedar bahawa kekurangan pengalaman dan pendedahan menyebabkan mereka sukar untuk meluahkan pendapat. Begitu juga dengan bahan pengajaran yang asing dengan mereka. Di sini guru perlu bijak memilih bahan dan topik untuk diperkatakan semasa di dalam kelas.

5 MFS/4.7/2013

PENGETAHUAN SEDIA ADA Berdasarkan pengajaran yang lalu 5 daripada 7 orang telah menguasai suku kata KV. 2 dari mereka masih perlu dibimbing. Mereka telah boleh membunyikan suku kata tersebut. Apa yang sering terjadi, mereka sukar untuk menggabungkan suku kata akhir dengan suku kata awal. Apa yang dimaksudkan menggabung adalah ketika mereka ingin membatangkan perkataan yang terhasil daripada dua suku kata tersebut. Mereka seolah-olah lupa dengan bunyi suku kata yang dieja tadi. Biasanya mereka akan melihat ke sekeliling kelas atau siling dan berkelakuan seolah-olah sedang berfikir. Mereka tidak merujuk kepada suku kata yang dieja sebelumnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa koordinasi mata dan kognitif seolah olah terpish dan tiada hubung kait menyebabkan mereka merasakan setiap apa yang dieja itu adalah sesuatu yang baru pada setiap masa.

OBJEKTIF

Berdasarkan situasi dan sikap mereka saya telah merancang satu bahan pengajaran menggunakan multimedia di mana mereka boleh belajar, bermain serta berhibur. Mereka bolah melakukannya secara individu mahupun secara berpasangan mahupun berkumpulan. Rata-rata mereka lebih suka berkumpulan kerana mereka dapat meletak diri di antara rakan-rakan yang mana mereka beranggapan mereka tidak menjadi tumpuan sesiapa. Berdasarkan situasi serta emosi murid-murid ini saya telah merancang satu bahan yang sesuai untuk murid-murid pemulihan khas di sini. Memandangkan kebanyakkan

mereka terdiri daripada murid-murid lelaki. Mereka juga tidak gemar sesuatu perkara yang terlalu mencabar minda mereka. Maka sebagai seorang guru yang memahami keadaan ini maka saya perlu menyediakan sesuatu bahan latihan atau pengajaran yang tidak terlalu mencabar pada pandangan mereka. Cabaran tersebut perlu

dipertingkatkan secara sedikit demi sedikit.


6 MFS/4.7/2013

Saya cuba menyediakan satu bahan yang dianggap ringan dan merupakan sesuatu yang ada di dalam pengalaman serta sesuatu yang dekat dengan mereka. Saya harap dengan bahan yang saya sediakan ini akan dapat meningkatkan minat mereka untuk terus belajar dan meneroka ilmu secara sendiri. Dengan itu diharap keyakinan diri mereka akan lebih meningkat. Dengan cara mengakses sendiri dapat mengelakkan rasa segan mereka dengan guru. Diharap mereka akan mencuba secara berulang kali. Dengan ini dapat mengekalkan ingatan mereka kepada sesuatu perkara yang dilihat dan diulang-ulang secara berterusan. Ini diharap dapat membantu mereka mengingati sesuatu itu dengan lebih lama dan kekal. Walau bagaimanapun guru perlu menunjukkan cara penggunaannya terlebih dahulu.

MEDIA Saya memilih untuk membina program ini dengan menggunakan perisian Microsoft Power point bagi melaksanakan tugasan dan latihan yang boleh di guna pakai semasa pengajaran dan pembelajaran secara kelas mahupun individu. Dengan menggunakan aplikasi ini diharap akan dapat membantu saya mahupun guru-guru lain untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Ianya juga diharap dapat digunakan oleh setiap murid apabila ada masa lapang.

7 MFS/4.7/2013

Rancangan Pengajaran Harian. TAJUK: DIRI SAYA Tahun: 2 Pemulihan KEMAHIRAN: Suku kata KV KV Objektif: Pada akhir pengajaran murid dapat: i. ii. Mengenali bahagian-bahagian tubuh Membaca suku kata KVKV

Gabungjalin: Pendidikan Kesihatan Bahan Bantu: Perisian Power-point, kad bacaan Langkah Aktiviti 1. Murid dityangkan dengan sebahagian daripada video klip Upin Dan Ipin. Set Induksi 2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan sedutan klip video tersebut. 3. Guru menerangkan tentang isi pelajaran pada hari ini. catatan - Kenapa datang doctor ke

sekolah mereka ? - Apa yang kita

perlu buat ?

1. Guru memaparkan bahan power point yang Slaid Power Point disediakan. 2. Guru memaparkan menu utama kepada murid. Langkah 1 3. Seorang murid dipanggil ke hadapan untuk mencuba membuka bahan tersebut. 4. Murid dipandu oleh guru untuk memilih menu Diri Saya 5. Murid disoal mengenai paparan yang ditunjukkan.
8 MFS/4.7/2013

Soal-jawab.

6. Guru dan murid berbincang. 7. Murid seterusnya dipanggil untuk menekan Aplikasi

aplikasi kembali.

1. Seorang murid dipanggil untuk menekan menu jom membaca. 2. Murid tersebut dibearkan untuk memilih bahagian Soalan Langkah 2 yang hendak dicubanya. 3. Semua murid diminta membaca bersama-sama berdasarkan pada paparan di skrin. 4. Proses ini berulang dengan murid yang lain sehingga tamat. 1. Seterusnya guru menunjukkan aplikasi latihan. 2. Murid diberi peluang untuk memilih dan menjawab. 3. Guru membantu sekiranya murid menghadapi Langkah 3 masalah. 4. Latihan ini diulang agar semua murid dapat merasainya. 5. Guru membantu dan membimbing sama ada dalam aplikasi ataupun bacaan. 1. Murid ditunjukkan dengan kad bacaan. 2. Kad-kad tersebut dilekatkan pada bahagian tepi Langkah 4 papan tulis. 3. Murid ditunjukkan gambar pada slaid. 4. Murid diminta memilih kad yang sesuai suaikan Kad Bacaan Power point Power point Latihan

berdasarkan slaid yang ditayangkan. Langkah 5 1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja. 2. Murid diminta menyesuaikan gambar dengan Latihan perkataan. 1. Guru mengulang semula perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
9 MFS/4.7/2013

Penutup

2. Murid diminta untuk menggunakan bahan yang telah disediakan apabila ada masa lapang.

10 MFS/4.7/2013

You might also like