Rumah kami jaraknya lebih kurang 500 meterdari rumah jiran kami itu yang ada kematian.Apabila malam semakin larut, saya mula rasamengantuk. Tiba-tiba saya rasa nak balikrumah sangat. Waktu itu bekalan elektrikbelum ada. Kerana takut terjumpa
hantu
, sayatelah cuba mencari jika ada sesiapa yang nakbalik rumah mereka agar dapat menemanisaya pulang, tetapi, nampaknya tak adaseorangpun yang nak balik.
(Kundasang - Terletak Di Bawah Kaki GunungKinabalu - Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara -13,455 Kaki)
Yang nak balik, sudah balik awal. Yang tak nak balik rumah, ada yang sudah tiduratas lantai. Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulangkerana saya pergi ke rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yangmenjemput. Ibu bapa saya pun tak tahu. Ingatkan nak pergi sekejap sahaja.Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumahorang lain, dan takut pula dimarahi ibu bapa,saya terus memberanikan diri balik seorangdiri. Mula-mula jalan, OK - (takut juga tetapimasih terkawal). Sampai di pertengahan jalan,tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu disebelah kiri saya - seperti lembaga hitambesar.
Kinabalu Pine Resort, Kg. Sinisian, Kundasang,Ranau, Sabah, Malaysia
Saya terus terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipas kudung- sekuat-kuatnya
menyelamatkan diri
... badan dan mukapun rasa amat pucat dansejuk, bulu romapun naik!
Taaakut
betul! Sampai rumah - dalam keadaan amatseram, saya berteriak.. A
MAAAAAAAK IWANGAII ILO NONGOBOOONNN (BahasaIbunda saya) atau MAAAK BUKA PINTUUUUU!!!.
Terdengar suara ketakutan darisaya, mak saya cepat-cepat buka pintu! Mungkin masih berjaga - dan tak dapat tidurkerana risau tentang diri saya. Oleh kerana terlalu takut dan tercungap-cungap, ibusaya yang mungkin tadinya risau dan marah, cepat-cepat mententeramkan saya.Itulah salah satu daripada pengalaman-pengalaman masa kanak-kanak yang sayatak dapat lupakan. Kerana, teringin sangat nak balik rumah, dalam keadaan takut-takut nak balik, akhirnya memberanikan juga balik seorang diri dalam keadaangelap.Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah;
apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan ataukemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadiperkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:
5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkankeinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.
Leave a Comment
education masa depan
thanks
thanks bwt info motivasiny
how can i download this document? can i download this..
eko budi sektiono_Uhamka nice document
yendriburhan@yahoo.com
motivasi
lama amat loading nya