Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya
131
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU SECARA BERTERUSAN:PERSPEKTIF PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAOmar Abdull Kareem
Khuan Wai Bing
Universiti Pendidikan Sultan Idris
The main prerequisite of a successful teaching profession is the continual professional growth and teachers' development. Teachers who completed teachers training should continuously be learning even their preparatory-stage has come to an end because this is only the beginning of their career development. This article attempts to explore teachers' development in schools from Ruman Resource Development (RRD) perspective; and the ways in whichteachers may utilize HRD opportunities. Orientation, Socialization. Training. and Development, which are HRD four main components, will also be discussed.Orientation is the early-stage that new teachers experience in schools; and Socialization pro gram reinforces teachers' orientation. In their careers, teachersneed to exploit the training opportunities in learning new skills and knowledge. RRD also emphasizes the holistic teacher development programs including self-development, organizational, and career development.
Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik. sahaja bakal guru menyempumakan lati-han di maktab perguruan, universiti atau institusi pendidikan guru yang berkaitan. Guruterlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan keguruan tidak seharusnyamenganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempuma. Pendidikan pra-perkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kema-hiran yang menjadi prasyarat profesion keguruan. Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru. Guru permulaan yang baru melangkahkan kakike perkhidmatan keguruan sebenamya memasuki satu alam pengembaraan profesional
(professional journey)
yang jauh serta penuh dengan pelbagai ranjau dan liku di sampingmenikmati keseronokan profesionalisme yang dijanjikan oleh profesion tersebut.Kejayaan serta kelestarian
(sustainability)
seseorang guru dalam kerjayanya antaralain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan pro-fesionalisme melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan sarna ada secara formal,informal mahupun nonformal. Guru akan berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahansarna ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaanguru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembela- jaran yang efektif di sarnping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kuri-kulum serta penggunaan teknologi baru (Muhamad Sani Ibrahim
&
Zuraidah A. Majid,2(02).Guru bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif ke-pada sebarang perubahan yang berlaku dalarn bidang pendidikan. Tanpa kesediaanmereka usaha reformasi pendidikan akan menghadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason,1982). Antara syarat utarna bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerimaperubahan
Leave a Comment
good
goog