You are on page 1of 5

ISL MINGGU 7 CIRI KEGURUAN YANG BOLEH DICONTOHI

Akauntabiliti guru terhadap: 1. Pelajar


Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

2. Diri
Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.

3. Bangsa dan Negara


Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

4. Terhadap Tugas dan Kerja


Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

You might also like