Karangan Jenis PerbahasanSOALAN:Kamu mewakili kelas kamu dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk“
Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripadaKeburukan”
. Sebagai
pencadang
, kamu diminta menyediakan hujah-hujahbagi menyokong tajuk yang diberi.Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagibijaksana, guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Tajukperbahasan saya pada kali ini ialah “
Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”
.Hadirin sekalian,Belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan.
Hal ini kerana
dengan belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran.
Antaranya
adalah kemahiran menaip, melukis, mengarang, dan sebagainya.Hasil kerja yang dihasilkan dengan menggunakan komputer juga tentulahlebih kemas, bersih, dan cantik.
Kita juga
dapat menimba pelbagai pengetahuan dengan menggunakankomputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperolehmaklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan,kesihatan, dan sebagainya.
Dengan ini,
ilmu pengetahuan kita akanbertambah luas.Hadirin yang dihormati,Penggunaan komputer menyebabakan dunia bagai di hujung jari. Halini demikian apabila peristiwa dan berita di luar negara atau di dalam negaradapat diketahui dengan pantas melalui internet.
Justeru itu,
kita tidak lagimenjadi
katak di bawah tempurung.
Selain itu,
kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah
agar
tidak terjebak dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer tidak akanmerugikan seseorang kerana komputer banyak menyumbang bakti kepadakita khususnya murid-murid dalam pelajaran.
Justeru,
benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkankebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.Karangan Jenis Syarahan.