You are on page 1of 1

WEBSITE (laman web) Website adalah satu cara untuk menampilkan identiti seseorang di dalam internet.

Dalam erti kata lain, website individu di internet itu adalah tempat di mana sesiapa sahaja di dunia ini dapat mengunjunginya, bila- bila masa sahaja mereka dapat mengetahui tentang diri seseorang individu tersebut, memberi pandangan atau pendapat serta menyatakan secara langsung atau tidak pertanyaan kepada individu tersebut. Website juga adalah satu tempat di mana peluang- peluang kerjaya atau perniagaan dapat dijalankan melalui internet. Pengguna internet saban hari semakin bertambah banyak, maka adalah penting untuk kita menggunakan peluang yang ada iaitu dengan membuat satu rangkaian website untuk kegunaan apa jua dan tujuan apa sahaja. Semua masyarakat dunia akan menggunakan internet dengan mencari website yang sesuai dengan tujuan masingmasing tidak kira golongan dan peringkat umur iaitu daripada murid- murid sekolah sehinggalah kepada ahli- ahli perniagaan. Proses melalui penggunaan website sangat pantas, mudah dan murah jika dibandingkan dengan alam realiti di mana ianya melibatkan pihak kedua atau individu tertentu untuk berurusan dengan mengambilkira masa, tenaga serta ekonomi seseorang individu. Kini, masyarakat lebih senang meninjau (survey) dalam sesebuah website dahulu sebelum mengunjungi tempat atau kedai yang di cari. Ini adalah kerana penggunaan website dikatakan lebih menyenangkan kerja manusia untuk membuat sesuatu urusan. Sesebuah website hanyalah satu kumpulan fail yang terletak dalam sesebuah komputer yang berhubungan dengan internet. Semasa seseorang individu luar mengunjungi website individu atau organisasi tertentu, mereka sebenarnya berhubung ke komputer dan komputer (server) tersebut memberikan fail yang ingin mereka lihat. Website juga berfungsi untuk membuat sebarang pengumuman atau pemberitahuan. Website juga dapat memberi layanan kepada pelanggan yang ingin membeli sesuatu dan dapat menerima kemasukan dari pengunjung atau pelanggan.

You might also like