Professional Documents
Culture Documents
Ambil Wudhuk. 2. Mengadap kiblat. 3. Baca Syahadah - 3x 4. Al- Fatihah - 1x 5. 3 Qul- 1x 6. Surah Insyirah - 1x 7. Selawat Atas Nabi - 10x 8. Baca Surah Yassin - 1x 9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Contoh: Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Maknanya: Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Bacalah doa penerang hati ini sebelum memasuki dewan peperiksaan esok. Bacalah setakat yang mampu dengan mula bacaan Bismillah. Semuga anak-anak mendapat kejayaan dalam peperiksaan. amin...
SURAH AL-MULK Sebuah lagi Surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaAllah, akan terselamat dari azab kubur.. SURAH AL-IKHLAS Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al -Quran. Siti Aisyah lalu berkata, Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu. Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat. SURAH AL-FALAQ Siti Aisyah menerangkan : Bahawa Rasulullah s.a.w. pada se tiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. SURAH AN-NAS Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.