No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550Sebelum penutup kertas ini menjelaskan program-program yangdijalankan di sekolah-sekolah sebagai strategi pelaksanaan dalammewujudkan perpaduan dan memperkasakan sekolah. Di antaranya ialahPenubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri,Sekolah Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, PelaksanaanRIMUP, Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme danKemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluargadan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian, Perkhemahan Bina Insan,Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Sistem Rumah, AktivitiRiadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.Bahagian akhir kertas ini merumuskan bahawa, pelajar hari ini adalahbakal pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang. Mereka berasaldari wilayah yang berlainan dan menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolahyang terdiri dari para guru, kakitangan sokongan yang berbilang kaum dan daridaerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Alam persekolahandan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan terbaik untuk melatihkomuniti kecil masyarakat Malaysia membina keyakinan para pelajar danwarga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik,kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnyamemperkasakan sekolah.
2
Leave a Comment