You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FORMAT PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

LAPORAN

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

10

LAMPIRAN CD RAKAMAN

11

PENDAHULUAN

Permainan bola jaring merupakan satu permainan yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latarbelakang. Permainan ini khasnya hanya di mainkan oleh kaum wanita namun ianya tidak salah jika dimainkan oleh kaum lelaki juga. Ini kerana permainan ini pastinya seronok dilakukan. Secara tidak langsung akan memberi kecergasan fizikal dan mental kepada sesiapa yang bermain bola jaring. Ini kerana permainan ini memerlukan strategi dan teknikal untuk menghadapi lawan.

FORMAT PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bil. Murid Tunjang (KBSR) Tajuk/Kemahiran

: : : : : : :

Pendidikan Jasmani 05 April 2013 7.15 am 8.15 am 4 KANCIL 30 Orang Kemahiran Permainan Bola Jaring- Membuat Hantaran dan Menerima Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat Melakukan kemahiran menghantar aras dada dan

Hasil Pembelajaran : Psikomotor menerima Kognitif : :

Menyatakan dua anggota yang terlibat dalam kemahiran

menghantar dan menerima Afektif : Murid berasa seronok dan puas : Membuat balingan bola : Kerja sama : Menaakul : Sains dan matematik : Buku teks tahun 4 dan buku panduan permainan bola jaring Bahan Bantu Mengajar : Bola jarring / baling

Pengalaman Sedia Ada Penerapan Nilai KBKK Penggabungjalinan Sumber Rujukan

Bahagian / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Organisasi

Catatan dan Alatan

Set Induksi

Permainan merebah dan

Murid di agihkan kepada dua kumpulan besar A dan B. Selepas itu kumpulan A diarah untuk merebahkan kon yg berdiri, manakala kumpulan B menaikan semula kon tersebut pada kedudukan asal. Kumpulan yang banyak melakukan aktiviti yang di arah akan dikira sebagai pemenang.

(8 Minit)

mendirikan sketel / Regangan

Perkembangan 1

Hantaran aras dada dan

Murid diagihkan kepada kumpulan kecil (5-6 orang) dalam satu kumpulan. Seterusnya buat bulatan kecil dan seorang berdiri di tengah dan membuat hantaran aras dada kepada rakan dalam kumpulan dan seterusnya menerima bola dengan menyambut dari hadapan.

(15 Minit)

membuat kemahiran menerima dari hadapan

Perkembangan 2

Hantaran atas dan membuat

Murid juga diagihkan kepada dua kumpulan dan membuat hantaran atas dan menerima bola dari arah hadapan.

(15 Minit)

kemahiran menerima dari hadapan

Kemuncak

Permainan kecil bola

Murid di agihkan kepada kumpulan kecil( 7-8 orang) seterusnya murid dikehendaki bermain seperti permainan bola jaring sebenar tetapi tidak ada posisi yang tetap. Jaringan dikira bergantung kepada jumlah penerimaan bola yang dibuat oleh seorang ahli yang menunggu di dalam gelung rotan.(menggantikan tiang net)

(15 Minit)

jaring

Penutup

Gerak kendur dan refleksi

Murid membuat gerak kendur dengan bimbingan guru dan seterusnya membuat refleksi atau kesimpulan berkaitan Pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut.

(7 Minit)

Refleksi_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Petunjuk: X = Murid O = Guru

LAPORAN PENGAJARAN BOLA JARING DALAM KEMAHIRAN HANTARAN ARAS DADA

Proses pengajaran ini telah dilaksanakan pada 5 April 2013 di SK Luasong Tawau. Jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti ini ialah seramai 30 orang. Kemahiran yang diajar pada proses ini ialah kemahiran hantaran aras dada. Pengajaran

dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan diikuti dengan aktiviti 1. Dalam aktiviti 1, murid dibahagikan dalam dua kumpulan. Kumpulan 1 akan merebahkan skital yang diletakkan bertaburan di hadapan kumpulan murid manakala kumpulan 2 akan mendirikan skital tersebut.

Pada aktiviti perkembangan 1, guru akan memberi tunjuk cara pelaksanaan hantaran aras dada keepada murid. Seterusnya, murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mengandungi 5 7 orang. Murid akan melaksanakan aktiviti hantaran dalam bulatan yang dibuat.

Seterusnya dalam aktiviti perkembangan 2, murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Murid akan melakukan hantaran aras dada dalam bentuk zig zag.

Pada peringkat permainan kecil, murid akan diberikan peluang untuk merasa bermain permainan bola jaring sebenar.

REFLEKSI

Assalamualaikum wbt.. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani ini. Pada permulaannya, pelbagai kesukaran yang telah saya tempuhi sepanjang menyiapkan rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani ini. Saya telah tajuk Permainan Bola Jaring dengan subtajuknya adalah Hantaran Aras Dada untuk muridmurid Tahun 4. Terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya hadapi semasa menjalankan aktiviti mengajar tersebut. Antara halangan tersebut adalah saya terpaksa melontarkan suara dengan lebih kuat. Hal ini kerana, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dewan terbuka. Hal ini juga supaya para pelajar saya dapat mendengar setiap arahan saya dengan baik dan jelas. Selain itu, saya juga perlu bijak dalam mengorganisasikan kedudukan pelajar, sama ada dalam kedudukan sedara bentuk ladam kuda, bentuk U dan sebagainya. Hal ini kerana, tidak semestinya segala perancangan yang telah direncanakan dalam rancangan pengajaran harian dapat dilaksanakan seratus peratus semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap para pelajar. Secara kesimpulannya, pengalaman menyiapkan tugasan ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat satu rancangan pengajaran harian dan perlu melaksanakan rancangan pengajaran harian tersebut secara macro teaching. Pengalaman ini amat berguna kerana saya berpeluang melaksanakan rancangan pengajaran harian ini secara praktikal di dewan terbuka. Di samping itu, saya juga dapat membuat penambahbaikan terhadap cara dan teknik pengajaran saya. Akhir sekali, saya akan menggunakan segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar untuk berpraktikum nanti.

BIBLIOGRAFI

1. Borhanudin bin Abdullah, (2006), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Wee Eng Hoe (2002), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3. Mook Soon Sang (2007), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

4. http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-Pengajaran

10

You might also like