You are on page 1of 2

PENGGUNAAN BAHASA SMS TIDAK BOLEH DIHALANG Sesuai dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini, penggunaan khidmat

pesanan ringkas (SMS) melalui peralatan telekomunikasi amat digemari ramai. Hal ini kerana sifat nya yang mudah, cepat dan murah. Namun begitu, terdapat pihak-pihak yang bimbang betapa penggunaan bahasa SMS akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Pihak-pihak berkenaan seharusnya memahami dan menerima hakikat bahawa bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi wajib digunakan dalam situasi rasmi seperti di jabatan kerajaan, rancangan radio dan televisyen, institusi pendidikan, mesyuarat dan ceramah umum. Oleh itu, penggunaan bahasa SMS dalam perhubungan melalui khidmat pesanan ringkas telefon mudah alih tidak seharusnya dipersoalkan. SMS itu sendiri berbentuk pesanan ringkas yang menggunakan ayat-ayat atau ejaan ringkas maka penggunaan bahasa SMS yang dipraktikkan oleh pengggunanya hanyalah sekadar memenuhi kosep perkhidmatan SMS itu semata-mata. Para pejuang bahasa diyakini menuntut semua pengguna bahasa Melayu memiliki kesedaran tinggi untuk memartabatkan bahasa Melayu. Memang sukar perkara ini hendak dilakukan semasa menggunakan khidmat SMS kerana ruang penulisan yang sangat terhad. Jika terpaksa dilakukan, mesej yang hendak dihantar sudah tentu memerlukan beberapa hantaran SMS maka akan meningkatkan caj perkhidmatan. Tabiat berbahasa begini sukar dihalang sementelahan situasi pihak yang menggunakan bahasa SMS itu berbentuk tidak rasmi. Yang penting mereka tahu menyesuaikan situasi dan keperluan bahasanya. Ada pula pihak yang mempertikaikan bahasa SMS yang digunakan sukar difahami sehingga mampu menimbulkan salah faham dan kekeliruan maksud. Penggunaan SMS ini merupakan komunikasi mesra ataupun berlaku antara dua pihak dari kumpulan atau klik yang sama. Sudah tentu mereka menggunakan kod-kod yang serupa dan dapat difahami bersama. Pihak yang tidak memahaminya kerana membaca contoh ayat SMS orang lain. Dalam komunikasi tidak formal, lazimnya wujud pelbagai jenis bahasa seperti bahasa klik dan bahasa slanga. Mereka berhak menggunakan bahasa tersebut kerana tidak mengganggu pihak yang lain. Para pejuang bahasa bimbang jika pengguna bahasa SMS dari golongan pelajar terbawa-bawa semasa menjawab soalan peperiksaan khasnya kertas Bahasa Melayu. Baru-baru ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada mendedahkan perkara ini. Sangat menghairankan kerana DBP mempunyai akses tentang prestasi calon peperiksaan awam. Sumber yang diperoleh DBP boleh dipertikaikan kerana jawapan calon tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) di bawah kawalan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Aneh juga, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu meningkat dari setahun ke setahun tetapi prestasi calon dipersoalkan. Hal ini menunjukkan pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tahu menyesuaikan penggunaan bahasa SMS mengikut situasi. Sudah tentulah guru-guru di sekolah telah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar supaya

mereka dapat menguasai bahasa Melayu dengan mantap dan dapat menulis ayat dengan gramatis. Kegagalan menguasai bahasa boleh disebabkan oleh pelbagai faktor bukan kerana bahasa SMS semata-mata. Tabiat penggunaan bahasa SMS bukanlah isu besar. Golongan muda hari ini sudah mempelajari bahasa Melayu selengkapnya di sekolah. Jika ada apa-apa kelemahan barangkali disebabkan sikap pengguna bahasa itu sendiri. DARIPADA : M Amin, Kluang, Johor DT

You might also like