You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP PROGRAM ANAK ANGKATKU SAYANG

PENDAHULUAN Program Anak Angkatku Sayang diadakan khasnya untuk murid-murid Tahun 6. Guru-guru SK Weston akan menjadi ibu bapa angkat kepada murid-murid Tahun 6. TARIKH 01 FEBRUARI 2011 TEMPAT Dewan SK Weston Beaufort

RASIONAL Melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah agar lebih mantap dan berkesan.

MATLAMAT Guru-guru atau ibu bapa angkat kepada murid-murid Tahun Enam akan memastikan anak angkat mereka mendapat: bimbingan khas secara individu selepas sesi persekolahan.

keputusan yang cemerlang dalam UPSR hasil daripada bimbingan dan latihan yang diberikan pada setiap hari.

OBJEKTIF Memberi bimbingan secara intensif dan menyeluruh kepada anak angkat masing-masing. Guru dapat mengetahui masalah-masalah peribadi anak angkat dengan lebih dekat dan bersendirian. Mewujudkan suasana yang kondusif dan informal dengan menangani keperihalan anak angkat dengan lebih dekat. Menjana kemampuan berfikir anak angkat mengikut tahap pencapaian anak angkat tersebut. Berpeluang mendapat bimbingan dan didikan secara individu. Mewujudkan interaksi dua hala yang lebih berkesan dan ceria. Sebagai alternatif untuk meningkatkan potensi diri anak angkat dalam pelajaran. SASARAN Murid-murid Tahun Enam KOS

BI PERKARA L 1 2 BANNER Gambar murid RM75 RM20 JUMLAH RM95 JUMLAH

PUNCA KOS Kelab Kebajikan Guru

AJK PELAKSANA Pengerusi : En Matusin bin Matali (GURU BESAR)

Timb. Pengerusi : Hj. Abu Bakar Hj. Salleh (YDP PIBG) Naib Pengerusi 1 : En Ismail bin Hj. Kamal (GPK 1) Naib Pengerusi 2 : Pn Amedah bt Muyang ( GPK HEM) Naib Pengerusi 3 : En Zabidi bin Langgang Penyelaras Setiausaha Bendahari : Pn Hjh. Fauziah bt Hj. Tahir : Pn. Gilinah bt Gitom : Cik Faridah bt Matunmar

AJK KERJA Pengacara Majlis : En Mohd. Azizi bin Asli Siaraya/PA sistem: En Idris bin Ag Damit En Azlan bin Abd Karim Kawalan murid : Pengawas sekolah/Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas

Persiapan tempat : En Japar bin Hj. Omar

Pengambaran/ Dokumentasi : Pn. Gilinah bt Gitom

ATURCARA PROGRAM Masa Tempat : 10.30 pagi : Dewan SK Weston

1. Murid-murid akan mengambil undi nama ibu bapa angkat secara bergilir-gilir. 2. Murid-murid akan berjumpa dengan ibu bapa angkat untuk suai kenal. 3. Murid akan menandatangani pada Banner dan seterusnya membuat ikrar AKUJANJI diketuai oleh Ketua Pelajar SK Weston. 4. Sesi Fotografi murid-murid Tahun 6 bersama ibu bapa angkat. 5. Anak-anak angkat akan diajar atau dibimbing mengikut mata pelajaran UPSR. 6. Anak-anak angkat akan menerima bahan-bahan bantuan berupa bukubuku tambahan, lembaran kerja , contoh-contoh soalan UPSR dan Fail Peribadi. 7. Program berlangsung pada bulan Februari sehingga bulan Oktober. 8. Masa belajar anak angkat tidak dihadkan. Ianya bergantung kepada keperluan dan kelapangan ibu bapa angkat untuk memberikan bimbingan atau latihan.

9. Anak-anak angkat akan membuat latihan-latihan ujian yang disediakan dan kemudian akan merujuk kepada ibu bapa angkat masing-masing jika terdapat kesukaran dan tidak memahami tugasan yang diberikan. 10. Anak, ibu bapa angkat dan ibu bapa sebenar boleh bersemuka

untuk berbincang tentang pencapaian dan prestasi anak-anak di samping menangani permasalahan yang mungkin dihadapi oleh anakanak. GARIS PANDUAN GERAK KERJA 1.Pengacara Majlis Memimpin majlis Memastikan semua perjalanan majlis adalah mengikut aturcara yang telah ditetapkan.

2. Siaraya/PA sistem - Menyediakan alat PA Sistem dan memastikan ia berfungsi dengan baik. 3. Kawalan murid Mengawal murid supaya senyap dan tidak berkeliaran.

4.Persiapan tempat Kelengkapan kerusi dan tempat pengantungan banner.

5.Pengambaran dan dokumentasi Merakam gambar sepanjang majlis dan membuat dokumentasi.

You might also like