Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAFSIR SURAH AL-MUMTAHINAH (ayat 10)

TAFSIR SURAH AL-MUMTAHINAH (ayat 10)

Ratings: (0)|Views: 1,607 |Likes:
Published by abuawatif77

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: abuawatif77 on Mar 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
SRIKANDI ISLAM :WANITA YANG BERHIJRAH SEORANG DIRI
ميحرلا نرلا ا مسب ةتا و
Mafhumnya :"
Wahai orang-orang yang beriman , apabila datang kepadamu perempuan mukminat yang berhijrah , maka ujilah(iman) mereka , Allah lebih mengetahui akan iman mereka ,maka sekiranya kamumengetahui mereka(benar-benar) perempuan yang beriman maka janganlah kamu kembalikanmereka kepada orang-orang kafir, mereka(perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka(orang kafir  sebagai suami) dan mereka tidak halal bagi (perempuan mukminat sebagai isteri) ,dan berikanlahkepada (suami mereka yang kafir) dari apa yang dibelanjakan(dari maskahwin) dan tidak menjadi salahkeatas kamu untuk mengahwini mereka(wanita mukminat yang berhijrah) apabila kamu membayar maskahwinnya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) berpegang dengan akad  perkahwinan kamu dengan perempuan yang tetap dalam kekafiran.....)
Surah Al-Mumtahanah ayat 10Ayat di atas adalah antara ayat surah al-Mumtahanah. Penamaan surah ini adalah berdasarkankepada ayat ini yang meminta dari Rasul SAW serta para muslimin menguji muslimat yang berhijrah meninggalkan kampung mereka ke Madinah.SEBAB TURUN AYAT.Ayat ini turun pada tahun ketujuh hijrah selepas perjanjian Hudaibiah yang berlaku antara muslimindengan orang kafir Quraisy.Antara kandungan perjanjian tersebut ialah :
(1)Orang mukmin yang pergi ke Mekah dan murtad tidak dikembalikan kepadamuslimin di Mekah.(2)Orang yang datang dari Mekah ke Madinah dan memeluk Islam, makakeluarganya berhak menuntutnya kembali ke Mekah.
Perjanjian ini melibatkan orang lelaki sahaja, tidak melibatkan orang perempuan .Selepas perjanjian ini tidak ada perempuan yang berhijrah ke Madinah kecuali beberapa ketika
1
 
selepas itu apabila Ummu Kalthum binti Uqbah berhijrah ke Madinah .Susulan dari itu dua orang adik beradiknya yang musyrikin datang ke Madinah dan meminta dariRasulullah saw untuk mengembalikan Ummu Kalhtum kepangkuan mereka. Hal ini menyebabkanRasulullah SAW berat untuk mengembalikan Kalthum lalu Allah Taala menurunkan ayat ini.Ayat ini melibatkan Ummu Kalthum dan perempuan mukminat yang berhijrah sepertinya setelah diujikebenaran iman.PENJELASAN.Perintah Allah supaya Rasulullah saw menguji iman perempuan yang berhijrah.
}....اواء نذلا هأ {
(Wahai orang-orang yang beriman
) di tujukan khas kepada sahabat tidak kepada seluruh orang yang beriman seperti ayat-ayat yang lain. Ini kerana tiada hijrah selepas zaman sahabat iaitu selepas pembukaan Mekah seperti hadis nabi SAW:
....... تفلا دعب رج 
"
Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah.
....."Begitu juga tiada ujian keatas perempuan mukminat yang berhijrah. Ianya adalah khas pada zamansahabat sahaja.
}نوت ؤا مكء اإ...{
"
 Apabila datangnya (sampainya) kepada kamu wanita-wanita yang beriman yang berhijrah (dari Mekahatau dari tempat-tempat lain ,negara-negara kafir ke Madinah) maka ujilah mereka...." 
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa goongan wanita mempunyai minat dan kesungguhan yangkuat untuk beriman kepada Allah SWT. Bayangkan bagaimana mereka berhijrah dari Mekah ke Madinahhanya berseorangan dengan menaiki unta, melalui padang pasir yang penuh dengan rintangan.Mengapasemuanya ini ?Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah SWT. Inilah sikap muslimatzaman Rasulullah SAW.
 Apakah yang ditanya di dalam ujian tersebut ?
Perempuan yang berhijrah dari Mekah atau selainnya diuji adakah mereka datang ke Madinah benar-benar atas dasar keimanan atau sebaliknya. Ibnu Abbas ditanya tentang apakah persoalan dalamujian tersebut, beliau menjawab bahawa mereka diminta bersumpah bahawa keluarnya mereka dariMekah untuk mencari keredhaan Allah Taala dan mahukan ganjaran dari Allah SWT, tidak meninggalkan Mekah kerana lari atau benci kepada suami mereka yang kufur atau kesukaan untuk  berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bersumpah bahawa dia keluar bukan keranamencari keduniaan,
demi Allah aku keluar kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya
..( Lihat tafsir At-Tabari, tafsir Surah al-Mumtahinah, ayat 1o,Jilid 14,m.s 86 ,cetakan Dar Al-Fikir ,Beirut cetakan tahun 1995.)Dengan ujian ini rasul SAW dapat mengetahui kebenaran dan keikhlasan wanita tersebut. Beginilahkeadaaan para sahabat RA lelaki mahupun perempuan, mereka semua melaksanakan perintah AllahSWT. Buktinya, apabila kita membuka kitab-kitab sirah kita tidak akan dapati seorang pun dikalanganmereka yang gagal dalam ujian ini.
} نب ما ا {
"Allah lebih megetahui tentang iman mereka" 
Seterusnya Allah Taala menjelaskan bahawa Allah Taala lebih mengetahui iman mereka. Ilmu AllahTaala lengkap dam sempurna dan tiada sesuatu yang tersembunyi dari Allah SWT. Maka kitamenyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ayat ini sebenarnya memberi kekuatan kepada mukminat
2
 
yang berhijrah itu tadi seolah-olah Allah Taala berkata :Wahai manusia sekiranya kamu mengaku beriman, mungkin orang akan ketawakan kamu, jadi apabila mereka mendengar ayat ini, mukminatyang berhijrah mengikhlaskan niatnya sehingga mencapai ganjaran dari Allah SWT.Tindakan setelah mengetahui keimanan mereka. Setelah mengetahui iman mereka Allah taala memerintahkan supaya Rasulullah SAWmengekalkan perempuan tersebut di Madinah tanpa mengembalikannya kepada keluarganya.Firman Allah Taala:
}فلا إ نوعر  ؤ نوت  {
"Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman maka janganlah kamukembalikan mereka kepada orang-orang kafir." 
"Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman " menunjukkan kepadakita bahawa iman boleh diketahui oleh orang lain. Bagaimana?Iman diketahui melalui amal seseorang, melalui syaksiah(peribadi) seseorang. Orang yang berimankehidupannya berperaturan dan istiqamah dalam melakukan ibadah. Apabila buruknya akhlak seseorangatau banyak maksiat yang dilakukan menunjukkan kurangnya iman seseorang.Haram perempuan yang beriman berkahwin dengan lelaki yang kafir.Dan firmanNya : "
 Jangan kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir" 
menjelaskan hukumharam perempuan yang beriman menjadi isteri kepada orang kafir.Firman Allah Taala :
}.... ن  م  م ح ن {
"Mereka (perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka (sebagai isteri kepada lelaki yang kafir) danmereka juga tidak halal kepada perempuan yang mukminat sebagai suami" 
Di sana terdapat ayat lain yang mengharamkan perempuan mukminat berkahwin dengan lelaki yangmusyrikin. Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah :
متجأ ول ةكرش ن خ ةؤ ة ّنؤ ح كرشا اوَ  {مجأ ول رش ن خ نؤ دعل اوؤ ح كرشا اوُ ل اء  ب رفغا ةا إ ود ا لا إ ود ئلاةا }.ركذت مهعل
221
"Dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan yang musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya hamba perempuan lebih baik dari wanita musyrik sekalipun dia menarik hatimu, dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan (wanita-wanita mukmin) sehingga merekaberiman, sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin lebih baik dari orang musyrik sekalipun kamutertarik hati dengan mereka"mereka mengajak kamu ke neraka dan Allah menyeru kamu ke syurga dankeampunan dengan keizinannya dan Allah menjelaskan ayat-ayatnya kepada manusia supaya merekamengambil peringatan." 
Ayat ini menjelaskan haram orang mukmin berkahwin dengan perempuan musyrik begitu jugasebaliknya, perempuan mukmin haram berkahwin dengan lelaki musyrik. Hukum ini mestidilaksanakan sehingga hari Qiamat.Perintah mengembalikan mahar kepada suami wanita mukmin yang berhijrah.
3

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->