selepas itu apabila Ummu Kalthum binti Uqbah berhijrah ke Madinah .Susulan dari itu dua orang adik beradiknya yang musyrikin datang ke Madinah dan meminta dariRasulullah saw untuk mengembalikan Ummu Kalhtum kepangkuan mereka. Hal ini menyebabkanRasulullah SAW berat untuk mengembalikan Kalthum lalu Allah Taala menurunkan ayat ini.Ayat ini melibatkan Ummu Kalthum dan perempuan mukminat yang berhijrah sepertinya setelah diujikebenaran iman.PENJELASAN.Perintah Allah supaya Rasulullah saw menguji iman perempuan yang berhijrah.
}....اواء نذلا هأ {
(Wahai orang-orang yang beriman
) di tujukan khas kepada sahabat tidak kepada seluruh orang yang beriman seperti ayat-ayat yang lain. Ini kerana tiada hijrah selepas zaman sahabat iaitu selepas pembukaan Mekah seperti hadis nabi SAW:
....... تفلا دعب رج
"
Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah.
....."Begitu juga tiada ujian keatas perempuan mukminat yang berhijrah. Ianya adalah khas pada zamansahabat sahaja.
}نوت ؤا مكء اإ...{
"
Apabila datangnya (sampainya) kepada kamu wanita-wanita yang beriman yang berhijrah (dari Mekahatau dari tempat-tempat lain ,negara-negara kafir ke Madinah) maka ujilah mereka...."
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa goongan wanita mempunyai minat dan kesungguhan yangkuat untuk beriman kepada Allah SWT. Bayangkan bagaimana mereka berhijrah dari Mekah ke Madinahhanya berseorangan dengan menaiki unta, melalui padang pasir yang penuh dengan rintangan.Mengapasemuanya ini ?Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah SWT. Inilah sikap muslimatzaman Rasulullah SAW.
Apakah yang ditanya di dalam ujian tersebut ?
Perempuan yang berhijrah dari Mekah atau selainnya diuji adakah mereka datang ke Madinah benar-benar atas dasar keimanan atau sebaliknya. Ibnu Abbas ditanya tentang apakah persoalan dalamujian tersebut, beliau menjawab bahawa mereka diminta bersumpah bahawa keluarnya mereka dariMekah untuk mencari keredhaan Allah Taala dan mahukan ganjaran dari Allah SWT, tidak meninggalkan Mekah kerana lari atau benci kepada suami mereka yang kufur atau kesukaan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bersumpah bahawa dia keluar bukan keranamencari keduniaan,
demi Allah aku keluar kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya
..( Lihat tafsir At-Tabari, tafsir Surah al-Mumtahinah, ayat 1o,Jilid 14,m.s 86 ,cetakan Dar Al-Fikir ,Beirut cetakan tahun 1995.)Dengan ujian ini rasul SAW dapat mengetahui kebenaran dan keikhlasan wanita tersebut. Beginilahkeadaaan para sahabat RA lelaki mahupun perempuan, mereka semua melaksanakan perintah AllahSWT. Buktinya, apabila kita membuka kitab-kitab sirah kita tidak akan dapati seorang pun dikalanganmereka yang gagal dalam ujian ini.
} نب ما ا {
"Allah lebih megetahui tentang iman mereka"
Seterusnya Allah Taala menjelaskan bahawa Allah Taala lebih mengetahui iman mereka. Ilmu AllahTaala lengkap dam sempurna dan tiada sesuatu yang tersembunyi dari Allah SWT. Maka kitamenyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ayat ini sebenarnya memberi kekuatan kepada mukminat
2
Leave a Comment