Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
145Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
FADHILAT BULAN MUHARRAM

FADHILAT BULAN MUHARRAM

Ratings:

4.88

(75)
|Views: 23,042 |Likes:
Published by zais2008

More info:

Published by: zais2008 on Jan 23, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

 
 AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM 
Muharram
 
(مر ّح)
adalah bulan pertama dalam SistemTakwim Hijrah(Hijriah). Padaasasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaituAllahSWTmelarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian laranganini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpaterikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulanMuharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dankelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNyamelainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telahmembuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t ituselepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allahyang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”
Khalifah
menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baruIslam (Kalendar Hijriah).
 &
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allahakan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari  Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapayang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', makaseolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lainhari.
 
1.
Jawab Rasulullah: Benar!.
 Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari  Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa' 
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' 
Peristiwa 10 Muharram
10 Muharram - Dinamakan jugaHari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharramberbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
1.
ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.
ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.
Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.
Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.
Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.
Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.
Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.
Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.
Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.
Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14.
Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.
Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.
Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.
Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
 
22.
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumiditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram2
Peristiwa lain
1.
Allah menurunkan kitabTauratkepadaNabi Musa.
2.
Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.
PenglihatanNabi Yaakobyang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.
Laut Merahterbelah dua untuk menyelamatkanNabi Musadan pengikutnya dari tenteraFiraun.
6.
Allah menjadikan 'Arasy.
7.
Allah menjadikan alam.
8.
Allah menjadikan MalaikatJibril.Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialahhari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dariperahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun danterbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; keranaitu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allahakan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada merekatentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata; Dinamakan
 Assyuuraa' 
kerana ia jatuh pada sepuluh bulanMuharram. Ada lain pendapat yang mengatakan
hari Assyuuraa' 
kerana Allah telahmemuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1.
Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2.
Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3.
Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4.
Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada
hari Assyuuraa
dan diangkatkan sebagaikholilulLah juga diselamatkan dari api.
5.
Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6.
Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7.
Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.

Activity (145)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ocha Liena liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->