Perlukah Manusia Kepada Tuhan?
“Kalau kamu setuju bahawa kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jelaskanmengapa kamu kena solat. Jika kamu setuju bahawa kamu perlu bersolat kerana kamu perlukanTuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jawab soalan mengapa kamu kena pakai tudung!”, itupenjelasan yang sering saya ulang di dalam ceramah, ketika mengulas perbualan saya bersamadengan dua remaja yang memaksa saya memerah diri untuk membezakan di antara
presented problem
dengan
real problem
.Masalah yang kelihatan ialah dirinya enggan memakai tudung, enggan bersolat, mahu membelaanjing di rumah dan benci kepada JAIS yang menangkap artis di The Zouq, Jalan Ampang.Tetapi masalah yang lebih besar, adalah kegagalan beliau melihat, apakah beliau perlu kepadaTuhan dalam hidup ini? Justeru masih relevankah agama dalam saki baki kehidupan dunia akhirzaman ini?Jika persoalan “perlukah manusia kepada Tuhan” tidak diselesaikan, kita mahu membebelmarahkan orang yang enggan bersolat, kita mahu menyuruhnya bersolat untuk menyembah apa?Menyembah siapa?Seandainya hal ini tidak selesai, segala nasihat tentang tudung, aurat, berpakaian sopan dansebagainya… adalah seumpama bunyi motor rempit melintas jalan di depan rumah. Menggangguketenteraman awam, dan menyakitkan telinga.Cabaran terbesar bagi saya sebagai seorang pendakwah, adalah untuk mengajak manusiaberfikir, “perlukah mereka kepada Tuhan?” Itulah sebesar-besar persoalan yang mestidiselesaikan, sebelum segala wacana agama mahu diketengahkan.Sekurang-kurangnya Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri telah memulakan kitabnya bertajuk Aqidah al-Mu’min, dengan topik, “Keperluan Manusia Kepada Aqidah”. Persoalan mengapamanusia perlu kepada agama, didahulukan sebelum aspek-aspek lain diketengahkan untuk perbahasan.Namun sejauh mana pendakwah menghalusi keperluan menyelesaikan soalan ini seperti yangditunjukkan oleh Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, sebelum dengan mudah kita berbahasaklise, “Aqidah Itu Penyelesaian”?Inilah isu yang memaksa saya untuk meneliti persoalan-persoalan asas tersebut, kerana sayaamat terganggu dengan hakikat semasa bahawa manusia sudah terputus talian dengan Tuhan.Jika di era hidup yang serba susah, kita menyuruh manusia beriman kepada Tuhan demi mencarikekuatan, ia tidak rumit. Tetapi dalam suasana kehidupan manusia yang serba ada pada hari ini,bagaimanakah Tuhan dan Akhirat, masih relevan?