You are on page 1of 10

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan normanorma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalh bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia sejak tahun 1960-an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap peranan para guru di sekolah. Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi penting menawarkan pengalaman indah untuk semua murid daripada pelbagai keturunan, budaya dan tahap keupayaan fizikal serta intelektual, untuk menimba sebanyak mungkin ilmu kemahiran. Dalam hal ini tanggungjawab ibu bapa dan juga masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah berpindah kepada guru-guru di sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah telah merangka pelbagai pendekatan demi memastikan generasi murid yang dilahirkan memahami dan mengamalkan prinsip - prinsip rukun negara.

Mengapakah kita mengatakan sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan prinsip rukun negara? Ini disebabkan sekolah telah meliputi beberapa aspek yang dapat mengembangkan serta banyak membantu dalam proses merealisasikan rukun negara. Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Kesemua aspek ini adalah saling berkaitan dalam proses merealisasikan prinsip rukun negara dan masing-masing juga memegang watak yang tersendiri untuk memainkan

peranan mereka. Namun, jika kita inginkan matlamat merealisasikan rukun negara dijalankan dengan lebih berkesan, maka kita haruslah meneliti rukun negara dengan lebih terperinci lagi melalui analisis rukun negara yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung dalamnya.

Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan demi menerapkan unsur rukun negara di kalangan pelajar dan melalui latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.

Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh menunjukkan sifat kepimpinan mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada pelajar. Guruguru boleh mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat muncungkilkan sifat kepimpinan murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta sifat kepimpinan mereka dapat dicungkil.

Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk mewujudkan seseorang murid yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu. Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa menyedari bahawa setiap tugas dan

tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik, amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa depan.

Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi rukun negara pendidikan negara, perlu diwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.

Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan jadikan gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan murid.

Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.

Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.

Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan malan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahannya, mereka akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.

Selaras dengan kehendak rukun negara, aktiviti ko-kurikulum kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam kokurikulum turut membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus,

dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.

Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan, ia juga dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan prinsip rukun negara. Ini boleh menjadikan pelajar-pelajar individu yang bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang. Perlaksanaan ko-kurikulum juga meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.

Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar belajar untuk berdikari, cerdas berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar di samping mewujudkan integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta mewujudkan perpaduan.

Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengn bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru haruslah mewujudkan peluang untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, pendidika seharusnya memberi peluang

individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan

kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.

Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum kerana biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya, ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang kepentingan kesihatan. Mereka juga berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru iaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan matlamat atau prinsip rukun negara.

Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh masyarakat untuk mendidik generasi muda. Seseorang guru harus sentiasa mementingkan perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contoh yang paling nyata ialah apabila guru-guru sekolah rendah mengorbankan masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus KBSR dan KSSR serta menyediakan alat bantu mengajar sehingga larut malam.

Sebelum seseorang guru boleh disahkan sebagai guru yang bertauliah, dia juga perlu memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah pengajaran serta kemahiran pengajaran. Bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran, latihan perguruan disediakan sama ada di maktab-maktab perguruan atau di universiti-universiti. Namun, seseorang guru juga mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan kaedah mengajar yang dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan yang dibuatnya. Sekiranya dia telah memutuskan seseorang murid itu perlu dihukum atau didenda, maka dia harus sedia menerima akibatnya.

Sebagai seorang guru, dia haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.

Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik. Prinsip prinsip rukun negara telah menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, guru telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan

pendidikan secara berterusan. Kampus sekolah ialah suatu tempat yang menjalankan proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun, guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.

Selain itu, guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka. Kita menyedari bahawa terdapat pelbagai masalah akhlak dan disiplin pelajar yang berlaku berpunca daripada pelbagai sebab seperti pengaruh media massa yang tidak sihat, kurangnya penghayatan agama, gaya hidup yang bercirikan hedonisme, tekanan pembelajaran dan lain-lain. Masalah keruntuhan akhlak pelajar amat membimbangkan semua pihak. Usaha untuk menyelesaikannya adalah tanggungjawab semua pihak, khususnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pentadbiran sekolah. Dalam usaha menangani gejala ini, guru dan pihak sekolah telah memainkan peranan yang penting. Kementerian Pelajaran telah bertanggungjawab untuk meningkatkan peranan guru kaunseling dan mengurangkan beban pengajaran kepada guru tersebut.

Guru di mana-mana sahaja mengharapkan muridnya berdisiplin. Mereka akan bersyukur dan berterima kasih jika murid-murid menghormati mereka, mematuhi peraturan sekolah dan menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Namun, apabila diteliti, banyak perkara yang menyebabkan masalah disiplin timbul. Contohnya perubahan nilai generasi muda yang dipengaruhi oleh perkembangan sosio-ekonomi yang pesat. Sebagai kesannya, kepada sekolah kesannya mungkin merupai gangguan kepada kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, tetapi kepada masyarakat ia mungkin merupai gangguan kepada ketenteraman awam akibat pertambahan kes jenayah. Di sekolah bilangan murid yang bermasalah akan meningkat, manakala dalam masyarakat nanti jumlah penjenayah akan

bertambah. Dengan itu, harapan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara untuk melahirkan insan yang cekap, bertanggungjawab dan amanah tidak akan tercapai.

Seperti yang dinyatakan, masalah disiplin sekolah menjadi tanggungjawab sekolah. Penyelesaian juga diharapkan kepada sekolah. Dalam mengawal disiplin sekolah, guru harus memegang kepada prinsip benar tetap benar dan salah tetap salah. Dalam menentukan kesalahan dan kebenaran inilah dia menggunakan kebijaksanaan. Ketegasan bukan bermakna kekasaran. Sekali keputusan dibuat, dia tidak akan berubah-ubah fikiran, kerana penelitian dibuat sebelum tindakan diambil. Namun, ketegasan perlu kepada kata-kata dan perbuatan. Ini bermakna tindakan susulan perlu diambil selepas suatu arahan atau cadangan dibuat. Satu lagi teknik pelaksanaan tindakan adalah terpulang kepada guru sama ada dengan nasihat, denda atau menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Yang pokok ialah guru memberi perhatian yang serius terhadap masalah disiplin murid.

Disiplin penting dalam membentuk insane yang seimbang dan harmonis. Ia adalah amat penting bagi individu untuk memiliki ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Maka, keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa prinsip rukun negara adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, prinsip rukun negara haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.

Adalah amat penting agar prinsip rukun negara dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsifungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada rukun negara dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka. Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan prinsip rukun negara. Selain itu, mereka

juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Prinsip rukun negara telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid.

Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai Pendidik Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Prinsip Rukun Negara kerana ia merupakan tanggngjawab kita semua.

You might also like