Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
AMALAN TERLARANG

AMALAN TERLARANG

Ratings: (0)|Views: 158 |Likes:
Published by ceding

More info:

Published by: ceding on Mar 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/05/2014

pdf

text

original

 
AMALAN TERLARANGArak kunci segala kejahatan
ABU Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai sepuluh perkara yangtercela.Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila, akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangidia daripada mengerjakan solat.Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkindengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekalimelakukan perbuatan terkutuk.Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ketempat fasik.Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul didunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dandisaksikan oleh bapa dan temannya.Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dandoa-doanya tidak diterima selama 40 hari.Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksaakhirat nanti.
RASUAH
RASUAH memusnahkan hidup! Dalam sekelip mata seorang yang dihormati boleh menjadihina, bahkan maruah bangsa dan negara akan tercalar.
 
Boleh dikatakan setiap hari akhbar melaporkan mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan pihak tertentu termasuk pemimpin politik.Walaupun masyarakat memahami sebagai amalan biasa, sedar atau tidak rasuah adalah satu bentuk jenayah dan mereka yang terbabit berdepan tindakan serta hukuman.Sudah ramai menerima akibat daripada amalan rasuah, sehingga ada kehilangan jawatan danharta, malah terpaksa menghabiskan sisa hidup di penjara.Mereka yang terbabit dengan rasuah juga akan dikenakan hukuman di akhirat kelak,sebagaimana ditegaskan Nabi s.a.w dalam satu hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:"Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka."Rasuah selalu disebut dalam masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi apakah sebenarnya rasuahdan sejauh mana ia difahami?Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud 'sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.'Asal perkataan itu daripada 'rasha' yang bermakna 'tali timba yang dipergunakanuntuk mengambil air di perigi.'Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai 'pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok,menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).'Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap danmemberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsidaripada perkataan Inggeris 'corrupt/corruption'.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalamkonteks yang lebih luas, iaitu:"Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenaiharta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama ituyang lain;"Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;"Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atauliabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;"Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
 
"Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakanatau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan,dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apakuasa atau kewajipan rasmi; dan"Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu."Menurut suruhanjaya itu, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerimarasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatanatau kedudukan.Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali.Ayat 188 daripada surah al-Baqarah bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberirasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis bermaksud: "Allah s.w.t melaknat orang yangmemberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2008, membabitkan kajian di 180negara menunjukkan Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi pada tangga teratas denganskor 9.3.Somalia ditangga tercorot (1.0), sementara Malaysia berkongsi dengan Jordan, Hungary, CostaRica dan Cape Verde di tangga ke-47 dengan skor 5.1. Skor 10 menunjukkan sangat bersihmanakala skor kosong amalan rasuah yang teruk.Walaupun tidak diketahui sejauh mana penilaian yang dilakukan pertubuhan terbabit, ia sedikitsebanyak memberikan suatu tamparan kepada dunia Islam kerana gagal mendapat kedudukansebagai negara yang paling bersih.Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang dengan tidak mengira tempat dan keadaan. Secaraumum ia membabitkan empat disiplin iaitu politik, ekonomi, sosial dan persekitaran.Bagaimanapun, menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity, tanpa mengira tahap pendapatan, ancaman korupsi pertama mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturandalam proses politik.Keputusan itu adalah hasil daripada kajian pihak terbabit di 57 negara di dunia, yang dikeluarkandalam satu kenyataan baru-baru ini.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
arewish liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->