Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tazkirah Remaja

Tazkirah Remaja

Ratings: (0)|Views: 4,413|Likes:
Published by ceding

More info:

Published by: ceding on Mar 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2011

pdf

text

original

 
Tazkirah Remaja :
1)
Wuduk pembersih zahir batin
SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkancantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi merekaialah cantik.Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidungditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apasaja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik.Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa?Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty).Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalanhingga ke akhirat.Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. SabdaRasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di harikiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk." Ini satu jaminankecantikan yang abadi.'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk.Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batinseperti dosa dan maksiat yang dilakukan.Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segalakebaikan dan kebajikan.Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukansecara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu.Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh
 
tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yangikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatihdengan keikhlasan.Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasansahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar padawajahnaya cahaya keikhlasan.Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat. Malaikat sebagaimana yangkita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor.Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malahsentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagiterdorong melakukan kebaikan.Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan. Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya.Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, ituhanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak adakesetiaan dan integriti.
2)Beribadat tanda syukur kepada Allah
KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remajasedang lepak, berborak dan ketawa.Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malahkadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan.Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadatkepada Allah.Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlahdengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita
 
kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapisayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah,kalau tidak sempat qada saja.Dalam ruangan kali ini, saya hendak mengajak adik remaja memahami kenapa dan alasankenapa kita mesti beribadat.Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kitamemahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk  pun kita.Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allahdalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkansupaya beribadat kepadaku.”Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil,tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah (QS 7;172)mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu.Mereka menjawab bahkan betul.”Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapatdengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat iturasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerjalain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikanmenanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quranmenyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Lysa1303 liked this
Bed Berry liked this
Efa Aryfah liked this
Fatien Bella liked this
Norhazami Hashim liked this
Surie D Hati liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->