Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ijtihad

Ijtihad

Ratings: (0)|Views: 170 |Likes:
Published by zaim/ika

More info:

Published by: zaim/ika on Mar 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/19/2012

pdf

text

original

 
Akademi Fiqh Malaysia - Komuniti Fiqh Malaysia 
KEPERLUAN KEPADA IJTIHAD DALAM MENENTUKAN HUKUM ISLAM SEMASA
Pemikiran Fiqh
Posted by: Mahmood ZuhdiPosted on : 2008/11/8 21:50:00
Oleh: Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab MajidPendahuluan
Keperluan kepada ijtihad kontemporari adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan pada hariini. Bukan sahaja bagi menjawab persoalan-persoalan baru yang sentiasa timbul tetapi juga untukmenilai kembali ijtihad para fuqaha terdahulu memandangkan suasana dan persekitaran hidupsudah berubah.Terutama sekali di bawah tekanan arus kemajuan pemodenan, ijtihad menghadapi cabaran besaryang mungkin menentukan samada hukum Islam masih relevan atau sebaliknya dalam dunia yangdikatakan serba maju pada hari ini. Bagi mereka yang percaya bahawa hukum Islam itu sesuai untuksemua zaman, tempat dan keadaan cabaran ini perlu dilihat dengan serius. Kerana ia memerlukanbanyak tenaga, samada spiritual, intelektual mahupun material.
Ijtihad: Konsep dan Latar Belakang
Secara mudah ijtihad boleh disifatkan sebagai penyelidikan ilmiah yang serius dan berwibawa.Secara praktikalnya ia bermula sejak zaman Rasulullah lagi, samada dilakukan oleh baginda sendirisewaktu wahyu lewat turun bagi menyelesaikan kes-kes yang memerlukan penyelesaian segeraatau dilakukan oleh para sahabat baginda bagi menghadapi masalah yang berlaku sewaktu merekaberada jauh daripada baginda Rasulullah s.a.w.Mengikut para fuqaha, bagaimanapun secara teorinya ijtihad-ijtihad seperti itu tidak dianggapsebagai sumber hukum Islam. Kerana ia tidak boleh merupakan kata putus yang sebenar dalamkes-kes berkenaan. Dalam setiap ijtihad yang berlaku jawapan yang sebenar akan datang melaluiwahyu samada dalam bentuk matlu, iaitu ayat-ayat al-Quran atau dalam bentuk tidak matlu, iaituhadis-hadis Rasulullah s.a.w. Wahyu-wahyu inilah yang samada memperakukan hasil ijtihadberkenaan bagi menjadikannya sah atau sebaliknya menolak hasil ijtihad itu.Mengikut para fuqaha lagi, sekurang-kurangnya ada dua tujuan atau objektif kepada ijtihad yangdilakukan pada zaman Rasulullah itu. Pertamanya untuk melatih para sahabat berijtihad agarapabila Rasulullah s.a.w. wafat nanti mereka tidak lagi merasa susah untuk melakukannya.Keduanya ialah untuk memberi jawapan yang segera kepada masyarakat dalam menghadapikes-kes berkenaan. Kerana tanpa jawapan yang segera seperti itu orang ramai akan membinapersepsi sendiri. Mereka mungkin merasa sukar untuk mengubah persepsi itu kalau nantinyadiperlukan.
 
Hanya apabila Rasulullah s.a.w. wafat barulah ijtihad ini secara teori dan praktikalnya diterimasebagai sumber hukum. Bagaimanapun para sahabat baginda berbeza pendapat dan mempunyaikecenderungan yang berbeza-beza antara satu sama lain dalam mentafsirkan apa itu ijtihad danbagaimana sepatutnya digunakan dalam menentukan hukum. Perbezaan pendapat ini kemudiannyamenghasilkan berbagai aliran di kalangan mereka dalam melihat persoalan berkenaan. Ada aliranyang lebih konservatif dan ada yang lebih liberal. Ada yang bersifat lebih formal dan ada pula yangbersifat lebih objektif.Perbezaan kecenderungan yang boleh dikatakan sebagai hasil kepada perbezaan dalaman antarapara sahabat itu sendiri, misalnya nilai-nilai kecerdikan, intelektual, pengalaman dan sebagainya,kemudiannya telah menjadi lebih besar dan ketara apabila negara Islam yang bermula di Madinah itumenjadi lebih besar sehingga bukan sahaja merangkumi Semenanjung Tanah Arab tetapi jugadaerah-daerah lain yang berada di luar sempadan itu. Dalam perkembangan yang baru iniperbezaan kecenderungan atau aliran ini bukan sahaja disebabkan oleh unsur-unsur dalaman tetapi juga unsur-unsur luaran, terutama sekali persekitaran hidup dan budaya setempat masing-masing.Sementara para fuqaha yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab, atau lebih dikenali dengan namaHijaz berpendirian lebih konservatif sesuai dengan persekitaran mereka sendiri yang lebih bersifattenang dan bersahaja di bawah pengaruh pertanian atau seumpamanya, para fuqaha yang tinggal diIraq, seperti di Baghdad dan di Basrah mempunyai pendirian yang lebih liberal dan prograsif.Persekitaran hidup mereka yang lebih kosmopolitan menjadikan mereka bersikap seperti itu. Malah,keperibadian mereka sendiri sebagai bangsa yang mewarisi berbagai hasil tamadun sebelum itumenjadikan mereka lebih rasional dan objektif.Apa pun juga, kedua-dua aliran ini mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat padawaktu itu. Impak masing-masing mereka begitu besar dan mendalam sekali terhadap jalan pemikiranatau paradigma masyarakat. Hasilnya telah lahir dua aliran pemikiran yang mempunyai identitisendiri, yang kemudiannya dikenali sebagai aliran Hijaz dan aliran Iraq. Yang pertama dikenali jugasebagai aliran hadis (Madrasah al-Hadith), sementara yang kedua pula dikenali juga sebagai aliranfikiran (Madrasah al-Ra’y).Selain daripada sebab dan latar belakang yang disebut di atas, aliran pertama mendapat pengaruhpersekitaran di mana di Hijaz, terutama di Madinah terdapat banyak hadis-hadis yang diriwayatkan.Dengan adanya bekalan hadis yang banyak itu mudah bagi mereka menentukan hukum, iaitudengan berpandukan secara terus kepada hadis-hadis berkenaan dan tidak perlu menggunakan akalatau logik.Berbeza sekali dengan mereka yang berada di Iraq. Negeri yang terletak jauh daripada tempatturun wahyu (mahbat al-Wahy) itu tidak mempunyai sebanyak hadis-hadis yang ada di Hijaz. Kalauadapun biasanya kesahihannya dipertikaikan, memandangkan ia diriwayatkan berbagai lapisanperiwayat yang kadang-kadangnya tidak semua mereka boleh dipercayai sepenuhnya (thiqah).Sebagai alternatif mereka lebih selesa menggunakan fikiran dan rasional mereka sendiri sesudahmembentuknya mengikut acuan Syariah Islam.Jurang yang luas antara dua aliran ini kemudiannya telah dipersempitkan oleh al-Imam al-Syafi`i.Sebagai seorang reformis yang sangat mahir dengan kedua-dua aliran ini al-Syafi`i telah berjayamenghidupkan metod analisis dalam menggunakan hadis di kalangan para fuqaha aliran Hijaz danberjaya mempopularkan penggunaan hadis sebagai asas penganalisaan hukum di kalangan parafuqaha Iraq. Sebelum itu para fuqaha aliran Hijaz, iaitu yang dikenali sebagai aliran hadis itu boleh
 
disifatkan sebagai menggunakan hadis tanpa analisis dalam menentukan hukum, sementara parafuqaha Iraq, iaitu yang dikenali sebagai aliran pemikiran boleh disifatkan sebagai mengabaikan hadisdalam ijtihad mereka kerana terlalu berhati-hati takut melibatkan hadis-hadis yang tidak sah (soheh).Sebagai pengiktirafan terhadap usaha besar inilah kemudiannya al-Syafi`i diberi gelaran Nasiral-Sunnah, iaitu pembela al-Sunnah.Malah al-Syafi' sendiri mempunyai dua aliran yang berbeza. Kedua-dua aliran ini dikenali sebagaiqaul qadim iaitu 'versi lama' dan qaul jadid, iaitu versi baru. Mengikut para fuqaha, antara sebabyang melahirkan dua versi yang berbeza ini ialah adanya dua realiti hidup yang berbeza.Pertamanya dihayati oleh rumpun bangsa Parsi yang hidup di Iraq dan keduanya rumpun bangsaRomawi yang hidup di Mesir. Sewaktu berada di Iraq beliau menulis versi pertama ijtihadnya dalamkitan al-Hujjah. Kemudian apabila berada di Mesir beliau telah mengulangkaji versi pertama itu yangberakhir dengan penulisan versi kedua ijtihad beliau dalam kitab al-Um.Begitu juga dengan mazhab Hanafi. Sekurang-kurangnya ada tiga versi yang membentuk ataumewakilinya. Pertamanya ialah versi Abu Hanifah sendiri sebagai pengasas. Kemudian yang keduadan ketiganya ialah versi-versi Abu Yusuf dan Muhammad Ibn al-Hasan yang dikenali sebagaial-Sahiban, iaitu dua murid.
Ijtihad Kontemporari
Dalam melakukan ijtihad kontemporari ada dua faktor besar yang perlu diambil kira. Pertama,prinsip Syariah yang universal, yang merupakan idealisme yang mempunyai nilai kebenaran yangmutlak dan tidak akan mengalami apa-apa perubahan untuk selama-lamanya. Prinsip ini biasanyabersifat anjal dan flaksibal sehingga dapat melayani perubahan masyarakat dari masa ke masa.Kedua ialah realiti masyarakat yang akan menjadi wadah kepada pelaksanaan hukum itu sendiri.Realiti ini sentiasa terdedah kepada berbagai perubahan dari tempat ke tempat dan dari masa kemasa.Di samping itu, kefahaman para mujtahid sendiri tidak bersifat mutlak kebenarannya. Sama sepertimasyarakat, ia sentiasa terdedah kepada berbaga-bagai perubahan bergantung kepada perubahanpengalaman dan nilai intelektual para mujtahid sendiri. Malah ia berbeza-beza di antara satumujtahid dengan mujtahid yang lain mengikut perbezaan keilmuan dan nilai intelektualmasing-masing. Kerana sudah menjadi sesuatu yang tabi`i setiap orang berfikir dan memahamisesuatu berasaskan kepada pengalaman masing-masing, samada yang diperolehi sendiri atau yangdiperolehi melalui orang lain.Ini bererti, dalam penilaian semula hasil ijtihad lama bagi tujuan melakukan ijtihad kontemporari adatiga unsur yang perlu diberi perhatian. Pertamanya unsur tetap yang universal, iaitulah idealismeIslam yang terkandung dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang memainkan peranan sebagaipaksi kepada menganalisaan hukum berkenaan. Keduanya ialah realiti masyarakat yangmemainkan peranan sebagai pemboleh ubah (al-mutaghaiyirat). Sementara ketiganya pula ialahkefahaman para fuqaha terdahulu di dalam mentafsirkan hukum berkenaan. Unsur ini hanyalahmerupakan sumber sejarah sahaja kepada proses penilaian semula berkenaan dan memainkanperanan sebagai sumber sejarah sahaja.Kesimpulan mudah yang boleh dirumuskan daripada huraian di atas ialah sifat kontemporari dalamijtihad hukum Isalm dapat dilihat pada ketiga-tiga faktor dalam ijtihad itu sendiri yang secara serentaksaling memperkukuhkan antara satu sama lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah idealisme Islam yang

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->