You are on page 1of 71

TERTAKSUK

Ayah! Kenapa mesti Ayang, Ayang masih muda dan masih jauh lagi perjalanan kehidupan Ayang.. Aku bertanya dengan nada terkejut walaupun suaraku tidak meninggi terhadap beliau. Bangga aku katakan Ayah dan Ibu mendidik kami tiga beradik penuh dengan adat, sopan santun, ilmu duniawi dan juga ukhrawi. Ramai yang mengatakan kami adalah keluarga yang luar biasa kerana punya kekayaan dunia dan akhirat. Ayang masih lagi boleh teruskan pelajaran walaupun ditunangkan, itu janji mereka Kak Riyah berada diluar negara, pulangnya masih lama, lagipun Datuk Malik dan Datin Alifah berkenankan Ayang Mereka berkata, Ayang lah yang sepandan dengan anak bujang mereka kerana umur beliau hanya 4 tahun beza dengan umur Ayang, Kakak Riyah tu jauh lebih dewasa Umi hanya mendiamkan diri dengan senyuman yang aku tak mengerti apa maksudnya. Sememangnya kebiasaan kami jikalau ada yang bercakap tak akan memintas walaupun masing-masing punya pandangan yang berbeza. Setelah ayah diam seketika barulah Umi bersuara. Patuhlah cakap Ayah, pernah ke apa yang Ayah dan Umi buat menyusahkan atau merosakkan kehidupan Ayang? Ayang patut berbangga, Datuk dan Datin berkenankan Ayang untuk dijadikan menantu. Bukan mudah untuk berkawan dengan anak bujang mereka tu. Aku makin kegelisahan, suasana makin sepi. Kemudian Abang Khalil ku berdehem, memecahkan kesunyian. Aku sangka abang akan membantu adik kesayangannya ini tapi apa yang dikatakannya menguatkan lagi rancangan Ayah dan Umi. Abang kenal anak Datuk dan Datin tu, kalau dia hendak pikat gadis tak perlu dia mencari tapi ramai yang menghulurkan bakti, kacak sekali paras rupanya menjadi rebutan. Kenyataan Abang membuatkan dadaku bergelora tetapi tetap aku menatap lantai yang berkilau disinar matahari pagi. Badannya sasa padan sekali dengan ketinggiannya dan yang terutama sekali dia adalah pelajar cemerlang di kampus bakal menjadi Doktor.

Abangggg, sepatutnya Abang bela Ayang ni tidak, Abang sokong pulak. Ayang kan masih kecil lagi. Cetusku geram. Haiii kenapa lah suara aku ni lembut sangat sampaikan marah pun tak diambil kira. Bahkan dipersendakan lagi. Mereka ketawa berdekah. Kecil Ayang bilang, nak dukung pun dah tak larat. Adik Abang sayang, sedarlah kamu tu dah 24 tahun masih nak mengaku diri tu kecil?? Malulah sikit dengan bakal mertua dan tunang tu nanti. Hampalah harapanku dengan penerangan yang tak bergaji dari Abang, membuatkan Ayah dan Umi tersenyum puas dengan keputusan mereka. Aku diberitahu majlis pertunangan akan diadakan 2bulan lagi. Aku masih berfikir, masih ada waktu untuk memujuk Ayah dan Umi untuk bertukar fikiran. Seminggu selepas perundingan yang menentukan jalan hidupku, Ayah menyatakan kepada kami bahawa Datuk Malik dan Datin Alifah mengundang kami sekeluarga untuk makan malam dirumah mereka. Hati ku berderau tak karuan. Apalah alasan yang aku nak beri untuk mengelakkan undangan itu. Dont give Ayah any excuses, Umi spoken to your friend Lisa and we know you do not have any tutorial, no classes at all. So kita akan pergi jam 7.00 petang esok. Put on your best dress girl, you will be meeting your parents in law and your future husband. Drop them dead with your gorgeous looks. Sindir Abang kepada ku. Aku mencebik. Waktu berlalu begitu pantas, sudah jam 4.00 petang. Sehari suntuk aku kegelisahan memikirkan undangan malam ini. Hatiku berdetap detup, jari jemariku kesejukkan. Kenapa lah aku jadi macam ni. Bukan tak pernah berjumpa dengan Datuk dan Datin malahan kami kerap jumpa kerana aku biasa menemani Umi ke majlis atau ke masjid dan disitulah kami beramah mesra. Tapi keadaan sekarang berbeza, aku akan jumpa mereka sebagai bakal Ayah dan Ibu mertuaku. Walaubagaimanapun aku tak pernah bertemu dengan anak bujang mereka kerana beliau baru beberapa bulan pulang dari kelulusan luar negara dan sekarang menghadiri attachment di kampus tempat Abang Khalil mengajar. Kedengaran pintu bilikku diketuk, aku berlalu membukanya. Kamu belum siap lagi? Belum pun mandi? Baik kamu bergerak sekarang sebelum Ayah kamu menjemput kamu di atas. Tidak ku sangka jam didinding telah menjegah jam 5.00 petang. Aku terus ke bilik air, selasai mandi aku bersholat asar dan terus memilih pakaianku. Bingun jugak dan akhirinya aku memilih kebaya panjang dan mengenakan tudung alah-alah

Wardinah. Sudah menjadi kebiasanku menukar-nukar fesyen tudung agar tidak ketinggalan zaman. Sempat aku bersolat Maghrib kerana aku masih menyimpan wudhuk. Tak mahu aku ketingallan menyahut seruan Allah SWT. Setelah mengenakan light make-up, (concept pale look) aku turun kebawah dan telah ditunggu oleh Abang. Abang menoleh kepadaku dengan rupa kagum tapi aku bersahaja berlalu dihapannya. Abang dah sholat ke? Umi dan Ayah belum siap lagi?. Abang masih memandangku tak berkelip matanya. Aku menuju ke arahnya dan menepuk bahunya membuatkan dia mengerang kesakitan. Kenapa pukul Abang?. Padan muka orang tanya tak berjawab, habis tu tenung muka orang macam nak telan. Habis Ayang cantik sangat, Abang sendiri terpegun apa lagi bakal suami Ayang nanti? Mesti lebik teruk dari abang. Kata tak mahu dijodohkan tapi kalau dah macam gini lah rupa adik, tentu sekali tidak ada peluang lagi nak mengelak, Im very sure your future husband will not have 2nd thought. Gelihati aku dengan gelagat Abang, membuatkan aku lupa gementarku. Sekali-kali dipuji terajun jugak aku. Ayah dan Umi sempat mendengar gurauan Abang dan mereka ketawa sama. Setibanya perkarangan rumah Datuk Malik dan Datin Alifah kami disambut. Mewah sungguh rumah-rumah di Damansara ini. Rumah tiga tingkat terang bercayaha dengan lampu Chandelier di ruang tamu. Janganlah kejung sangat, smile to your in laws. Aku menjeling ke arah Abang dan menyambut tangan Datuk kemudian Datin bersalaman. Sejuknya tangan, takut ke Ayang? Meraka seraya ketawa memahami keadaanku. Aku tertunduk malu. Kami dijamu dengan minuman dan kek coklat yang Datin buat sendiri. Memang aku sedia maklum Datin suka memasak dan membuat kek-kek kerana kami berada di kelas yang sama. Kemesraan mereka membuatkan aku terlupa kegelisahanku. Datuk Malik memaklumkan, anak bujangnya sedang dalam perjalanan pulang, barulah nanti kita makan malam bersamanya. Kenapalah disebut tentang dirinya membuatkan aku gugup kembali. Aku dan Abang berlalu ke taman di belakang rumah mereka, membiarkan orang tua kami berbual mesra. Sedang kami berbual kosong, datang pembantu Datuk dan Datin menjemput kami masuk untuk makan malam. Langkah kakiku perlahan sekali, degupan gantungku semakin kuat, Abang

memimpin tanganku mempercepatkan langkah sambil tersenyum melihat keadaanku yang mula gugup. Sepanjang langkah aku menundukkan muka hingga sampai ke ruang makan. Ayang mari Datin kenalkan. Suara Datin membuatkan bahuku terjungkit terkejut. Abang yang merasakan tanganku cuba menahankan tawanya. Aku memicit tangannya menahan malu dan takut. Aku tidak dapat melihat Ayah dan Umi berada dimana kerana masih menunduk lagi. Akhirnya suara yang ditunggu-tunggu bergema jua. Assalamualaikum. Begitu lembut tapi macho suaranya, sambil dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Abang cuba melepaskan genggamanku yang semakin membeku. Jawablah salam dan lepaskan tangan Abang. Aku dengan pelahan melepaskan tangannya dan mendongak sambil menjawab salam. Waalaikumsalam. Aku kaku bila tangan ku diambilnya untuk bersalaman. Sempat ku melihat tangannya yang gagah menunjukkan urat-urat yang tegang, boleh hancur sekiranya tangan kecilku di ramas. Saya, Idham Mikail, selamat berkenalan. Ahhh suranya, tak terdongak aku keresahan. Saya banyak dengar tentang awak dari Ayah dan Ibu tapi mereka tak cerita pulak yang awak sakit leher. Hampir berbisik suaranya hanya aku dan Abang yang mendengar. Terkekek-kekek Abang menahan ketawanya. Aku jadi panas hati dan mendongak untuk bersemuka, sedap mulut menyindir orang. Aku terkesima bila ku dongak, kepala ku hanya berada di paras dadanya saja. Dagunya yang mencorakkan rupa bentuk mukanya hanya berada diatas kepalaku. Tubuh badannya begitu tegap, muscle di lengannya menonjol walaupun beliau segak mengenakan long sleeve shirt and smart pants. Aku tiba-tiba kecut dari kemarahanku bila dia mengeratkan pegangan tangangku sambil tersenyum lembut padaku. Saya Kiara Diana. itu saja yang dapatku luahkan. Tanpa melepaskan genggaman tanganku walaupun aku terkulat-kulat mencuba, beliau bertanyakan sesuatu kepada Datin Alifah dan Datin mengangguk sambil

tersenyum. Aku bingun apa yang harus aku buat, kemana harus aku duduk kerana tiada tempat lagi untuk kami berdua. Uncle, Aunty izinkan saya makan malam bersama Ayang di poolhouse di tingkat atas, biarlah kami mengenal lebih dekat lagi. Ayang!!?? Ayang!!?? Hanya keluargaku saja yang memanggil aku sebegitu, aku masih tercegat bingun tanpa bersuara. Aku memandang Umi meminta bantuan tapi Umi hanya tersenyum memberi persetujuan. Tanganku diletakkan kemas diatas lengannya, dia mengajak aku berlalu. Aku begitu kekok mengikutinya, sempat aku terlihat Abang tersenyum sambil mengenyitkan matanya ke arahku. Geram sungguh aku. Besar sungguh rumah ini, poolhouse mereka luas sekali dan ada ruang yang sudah tersedia meja makan juga lauk pauk yang sedia terhidang. Dengan sinaran lampu, warna air kolam renang menjadi kebiruan, cantik sekali. Tanpa ku sedar aku sudah berdiri di depan meja mengadap Idham. Aku tertunduk malu. Leher awak sakit lagi. Saya rasa Allah kurniakan saya sempurna segalanya, orang yang melihat tak berkedip tapi awak langsung tak mahu lihat paras wajah saya. Tanpa aku sedar dia berada dekat disebelahku menarik kerusi untuk aku duduk. Aku akur. Mik tahu Ayang is not exposed much to man and I also know that you miliki segalanya, Ibu beritahu kamu cantik, thats for sure, kamu pandai, top student kan, kamu anak manja, your name explains it all and last but not least Ibu said youre sexy. That I have to verify much later. Aku tersipu tapi dengan marah aku berkata. Nama saya Kiara Diana, panggil saya Kiara atau Diana. Idham Mikail jangan berkata yang bukan-bukan, tak manis didengar orang. Aku merenung tepat ke biji matanya dan dia membalas renunganku lalu dia tersenyum. Apalah dia ni senyum sorang-sorang. Kalau macam ginilah suara Ayang bila marah-marahkan Mik, tak dapat bayangkan macam mana kalau Ayang bermanja dengan Mik nanti. Eiii geramnya aku dipersendakan. Sebagai host rumah dia melayan aku dengan baik. Dia banyak bercerita dari bertanya. Aku banyak mendengar dari berbual. Idham Mikail begitu ramah, aku banyak mengarahkan pandanganku pada kolam atau benda yang jauh dari melihat mukanya. Seketika kemudian sepi. Bila sedar dia

sedang merenungku. Aku jadi tak kerauan kerana lama jugak dia memandangku tanpa berkata, akhirnya aku tewas. Kenapa Idham Mikail pandang saya macam tu, apa yang saya dah buat silap.Cuba aku mencungkil dengan resah. Idham Mikail beritahu saya apa yang saya buat salah. Dia masih diam aku bertambah gelisah, dan lumrah buat diriku bila berada didalam keadaan yang kusut air mataku akan mengalir tanpa diundang. Aku menunduk apabila air jernih tumpah dari mataku. Ayang marah Mik tak layan. Ayang marah Mik tak Jawab?. Macam tu jugalah Mik marahkan Ayang kerana tak mengumpamakan Mik didepan mata. Saya minta maaf, bukan niat saya buat Idham Mikail macam tu. Hanya satu Mik minta pada Ayang, jangan kita menghampakan orang tua kita yang terlalu mengharap agar kita dapat bersatu, walaupun dihati Ayang belum ada secalit perasaan pun untuk Mik. Aku terharu dengan tuturnya, membuatkan aku hairan kenapa dia mengikuti kehendak orang tua nya sedangkan dengan paras serupa itu mesti berduyun-duyun gadis yang sudi menggantikan tempat ku. Hari-hari berlalu untuk ku dengan biasa sahaja, cuma Umi dan Ayah yang sibuk berulang alik ke rumah Datuk Malik dan Datin Alifah, juga sebaliknya. Aku tidak lagi membangkang kehendak Ayah dan Umi terutama sekali bila teringatkan kata-kata Idham yang memberi kesan yang mendalam. Hanya satu Mik minta pada Ayang, jangan kita menghampakan orang tua kita yang terlalu mengharap agar kita dapat bersatu, walaupun dihati Ayang belum ada secalit perasaan pun untuk Mik. Terdetik dihati untuk membalas jasa dan budi orang tua ku yang telah membesarkanku sehingga kini. Aku jadi lebih berdiam diri dan cuba menghilangkan perwatakkan ku yang manja. Abang mengambil berat tentang perubahan ku dan mengambil kira aku tidak merestui jodoh yang diaturkan ini. Maklumlah, aku biasanya sangat rapat dengannya dan selalu bergurau senda. Abang menjemputku dari kuliah satu hari yang amat panas cuacanya. Aku bersyukur juga kerana tidak perlu membetis menaikki bas kerana hari ini Umi perlu berbelanja dan Pak Samad, pemandu kami ditugaskan menghantar Umi. Abang membawa ku makan tengahari di restaurant kegemaranku. Sewaktu Kakak masih di

sini kami selalu pergi bertiga bila Umi keluar bersama Ayah. Aku lihat Abang seakan punya masalah. Abang kenapa ni, nampak muram je berapa hari ni. Sepatutnya Abang yang bertanyakan soalan itu. Abang risau, Ayang tidak setuju dengan cadangan Ayah dan Umi tapi sebaliknya Ayang memendam rasa. Abang tak nak nanti, bila harinya tiba Ayah dan Umi akan mendapat malu!. Aku terpana. Ayang tak akan memalukan sesiapa Bang, Ayang telah pun bersholat Istiharah dan membuat keputusan akan menurut kehendak Ayah dan Umi dengan ikhlas. Abang jangan lah risau tentang pertunangan Ayang dengan Idham Mikail. Tapi Abang yakin ada sesuatu yang membuat Ayang berubah sehinggakan Ayang banyak mendiamkan diri, Ayang bukan lagi adik Abang yang manja dulu, Umi dan Ayah juga risau melihat keadaan Ayang sekarang ni. Panjang lebar Abang meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Aku hanya mengeluh, tak tahu macam mana hendak ku curahkan perasaan ku. Rasanya kalau Kak Riyah lebih mudah untuk aku bercerita, tapi rasanya aku tak ada pilihan kerana Abang seakan mendesak untuk aku mengadu kepadanya. Ayang redha dengan rancangan Umi dan Ayah tapi Ayang tak yakin sama ada Idham Mikail rasa begitu juga. Perlahan aku jelaskan apa yang selama ini membuat aku terkilan. Abang seakan terpukul dengan pengakuan ku, seakan memahami tetapi dia hanya mendiamkan diri, masih merenung ku. Semenjak makan malam di rumahnya, aku tidak lagi mendengar berita tentang dirinya, jangan kata datang membawa buah tangan, menelifon bertanya khabar pun tak pernah. Sedangkan majlis kami hanya tinggal 3minggu lagi. Apakah dia akan menarik diri pada akhir-akhir nanti dan memalukan aku dan keluargaku. Membuatkan aku seperti Melukut ditepi gantang. Kenapa Ayang tak talipon dan bertanyakan khabarnya. Kenapa mesti Ayang, bukankah dia lelaki, dia yang patut mengambil hati Ayang? Hampir air mata ku jatuh tapi ku tahan juga. Ayang tak reti semua ni Bang, Ayang tak tahu apa yang harus Ayang harapkan dari pertunangan ini. Kami bertunang tanpa mengenali hati masing-masing, tanpa sedikit perasaan pun, habis, lepas tu apa? Bernikah tanpa tahu apa yang akan kami hadapi masa-masa akan datang. Airmata ku jatuh juga. Tak dapat ku tahan lagi kekeliruan yang menghantui fikiran ku. Ayang takut Bang, ayang takut. Aku menangkup muka ku dengan tepapak tangan ku.

Mik bukan begitu orangnya, dia seperti Ayang sangat patuh pada kehendak Datuk dan Datin, janganlah Ayang sangsi pada Mik. Kamu berdua mesti selesaikan segala kekusutan hati kamu sebelum pertungan ini. Abang menyatakan kekusutan kami? Adakah Idham juga sangsi. Aku hanya mengeluh dengan perlahan. Berada di tahun akhir aku banyak menghabiskan masaku di perpustakaan ataupun dirumah saja mengulangkaji, aku langsung tidak mengambil pusing tentang barangbarang hantaran untuk hari pertunanganku hanya sekali dua dipaksa Umi untuk mencuba baju. Pulang dari assignment aku call Abang. Abang, can you fetch me please? Im so exhausted to take public transport, please Abang. I have not even taken my breakfast or even lunch tau Bang, please please. Kedengaran Abang gelak dihujung talian. Pandai sungguh Adik abang merayu, hmmm kalau Mik yang mendengarnya mesti sekarang jugak dia lari ambil Ayang tau. Abang bersenda dengan ku. Aku bersahaja nak mengenakan Abang. Kalau Idham Mikail ada Ayang tak cari Abang, pasal dia takde lah Ayang cari Abang ni. Dah lah Bang jangan nak bergurau pulak, boleh tak ambil. Aku desak lagi. Ok ok, kalau Mik ada, How are you going to ask him? Abang berdekah ketawa, lucu rasanya bila diacuhkan soalan itu padaku. Oleh kerana aku tahu Abang bergurau aku pun layan kerenahnya, janji dia datang ambil aku. Sambil ketawa kecil aku bermonolog dengan Abang. Hmmm, I tink Ill ask him like this. Idham Mikail boleh tak you luangkan masa to fetch me. Please, please dear. I letih sangat, lapar pulak ni. Abang jahat tak nak fetch Ayang. Please Idham Mikail, just this once, I wont bother you again dear. Kedengaran Abang ketawa besar, tak henti-henti. Aku pun turut ketawa tapi tergamam bila terdengar satu suara yang lembut menjawap call. Hello Ayang, its me, Mik. Suara yang menggemparkan jantungku. Masih kedengaran Abang ketawa tak berhabisan lagi. Oh rupanya Abang kenakan aku ya! Aku masih tergamam.

Hi Ayang dear, you wait for me at the foyer ok? Ill be there in 20minutes. Lain kali tak payah call Abang, please call me direct. Ill be there anytime for you, see you shortly. Belum sempat aku menjawab, talian dah diputuskannya. Hendak ku tunggu atau pun tidak. Sebentar lagi handphone ku berbunyi nada sms. Dari Abang. Dont leave, Mik on his way. I like yr style, talk 2him like tat often, he luvs it. Geram nyaaa!!!! Dalam masa 15 minit, Idham sampai. Aku khusuk membaca notaku di tangga sambil menanti tanpa ku sedar Idaham telah pun duduk bersebelahanku. Alangkah terkejut bila dia memberi salam. Dengan gugup aku menjawab salam. Idham menghulurkan tangannya tapi aku menghulurkan buku-buku dan notaku. Dia tergelak melihat telatahku. Mataku meliau melihat keadaan sekeliling memastikan kalau-kalau ada teman sekuliahku yang memerhatikan. Pintu kereta dibuka, aku memasuki perut kereta lalu dia terus masuk dan mula memandu. Ayang nak lunch dimana. Takpe lah Idham Mikail hantarkan saja saya balik. No way, tadi you kata you lapar kan. I will not sent you home until we finish lunch. Ini pun amanah Abang to bring you to lunch. Tanpa bertanya lagi, Idham membawaku ke restaturant kegemaranku. Macammana dia tahu, ini mesti Abang kasi tips. Aku menurut saja, sememangnya aku lapar sangat. Idham meminta tempat yang agak terpencil dan tidak banyak gangguan orang-orang yang kehulu-kehilir melayan penjamu selera yang ramai di waktu tengahari begini. Kami memesan set meal untuk dua orang bersama nasi kuning. Sementara menanti aku terlihat Idham tersenyum senyum, menghairankan. Hairan? Aku mangangguk. Alangkah bahagianya Mik kalau kata-kata Ayang tadi dapat Mik dengar hari-hari. Seperti biasa aku tak tahu mana nak focuskan biji mataku. Idham dengan selamba memegang daguku. Mik disini, tak payah mata tu berputar putar kesana kesini. Aku tergelak kecil. Maaf ya Idham Mikail, tadi saya bergurau dengan Abang, tak sangka pulak you ada.

Kenapa minta maaf, kan Mik dah kata Mik suka Ayang selalu bercakap macam gitu dengan Mik. Waktunya??!! Bila??!! Bila??!! Bila kita dah bertunang nanti atau bila kita dah bernikah nanti. Entah kenapa mulut ku terlalu berani meluahkan kata-kata itu. Mataku tak berkelip menantikan jawapan darinya. Dia membalas renunganku membuatkan aku serba salah, matilah aku pasti dimarahinya. Abang pernah mengatakan yang Ayang ni manja, payah nanti bagi Mik nak mengambil tugasnya. Dia juga memberitahu Mik apa yang Ayang luahkan padanya minggu lalu. Mik minta maaf kerana mengabaikan Ayang. Tenang saja bicaranya. Maaf, maaf.saya tak patut berkata begitu. SayaSaya keliru.takut.sangsi. Airmata ku tak tertahan lagi, aku rasakan ini ujian paling berat dari menduduki ujian kampus. Adakah ini yang dirasakan orang yang berpasangan? Inikah yang dilalui orang yang mula berkasih? Cuma yang ku tahu inilah perasaan orang yang bakal menempuh alam rumahtangga tanpa mengetahui hati budi pasangannya. Idham memegang tanganku dengan kedua tangannya. Mata bertentangan. Berilah Mik peluang untuk memperbetulkan pertemuan kita. Mik akan belajar mengenali Ayang bukan dari Abang, hati ini telah lama terpaut pada Ayang walaupun hanya dari nama. Aku tak mengerti maksudnya. AhKenapa jodoh ku ditentukan begini. Aku rasa selalu seorang gadis bayangkan bertemu kekasih pilihan hati, bercinta, bertunang dan kemudian membina mahligai indah. Tak pernah aku terfikir jodoh ku akan diaturkan oleh orang tua ku. Hmmm..mungkin ada hikmah disebaliknya. Semenjak pertemuan hari itu, Idham kerap mengambil tugas Pak Samad menjemput ku dari kampus. Kerap kali dengan mengejut. Perjalanan pulang ditemani dengan bertanyakan khabar dan isu-isu pelajaran. Belum pernah soal hati disentuh. Dah sedia persiapan Sabtu ini? Dah kot, tak pasti sangat Huh, Ayang yang nak bertunang.tak pasti?

Umi yang buat persiapan, rasa-rasa nya its her top priority. Mik yang memilih pakaian pertukaran kita tau, ikut Ibu belikan barang-barang hantaran. Kadang-kadang Umi ikut sama. Tapi Ayang tak pernah ada, sebab itu lah tak tahu persiapan dah complete ke belum. Patutlah Umi selalu beriya-iya mengajak aku, tapi aku selalu menolak. Malunya aku. Tak pernah Umi beritahu Idham ikut sama. Macam mana nak cover ni. Tengah akhir tahun selalu sangat sibuk, banyak assingment dan ulangkaji. Ujian pun dah dekat sangat. Mik tahulah, Umi pun cakap macam tu. Lagipun kan Mik bekas pelajar, tahu macam mana sibuknya kalau peperiksaan tahun akhir. Saja nak duga, manalah tahu kot jawapan Ayang tadi, tak minat nak tahu. Kalau betul, macam mana? Kalau betul tak minat nak tahu, Mik pun tak minat nak bertunang. Entah kenapa hati aku pilu mendengar kata-kata Idham. Aku memandang jauh, sepi. Idham memberhentikan keretanya ke tepi. Aku masih lagi berdiam diri, tak sedar diri ku diperhatikan. Idham memusingkan muka ku. Mik belum habis cakap lah. Mik pun tak berminat nak bertunang tapi Mik nak terus membina masjid bersama Ayang. Idham memandang tepat pada mataku. Luruh jantungku dipandang begitu. Bersih raut wajahnya, pertama kali aku dapat melihat rupanya, jelas dan dekat. Kagum aku melihat ketampanannya. Kenapa ni, Ayang pun rasa tak nak bertunang? Nak bernikah terus? Alamak dah tak boleh cover, Idham membuat muka ku merah padam. Aku terus menghadap ke hadapan. Hantar Ayang balik please What!What! HuhApa dia? Bingun aku tiba-tiba Idham teriak.

You called yourself Ayang to me? Haimemanglah hari ini paling bertuah buat Mik, to hear you used that name to me. You dont know what that means to me Ayang, its like menanti Embun di hujung lalang Aku tak mengerti maksud Idham tapi ia membuat ku tersenyum, dia dah dua kali score buat aku malu hari ini. Sebelum banyak lagi dia score baik balik cepat. Hari yang dibanggakan Ayah dan Umi tiba juga. Sibuk dan riuh rendah rumah ku. Saudara mara ramai sekali yang berkunjung. Aku tak menyangka yang Umi akan mengadakan majlis yang meriah. Aku sangkakan bertunang tukar cincin saja antara dua keluarga. Umi, kenapa jemput ramai sangat! Apa yang ramai, ini semuakan saudara kita, belum lagi Umi jemput kawan-kawan Umi dan Ayah. Itulah kamu tak nak ambil kisah langsung bila buat persiapan Dah lah tu, pergi layan tetamu, nanti jam 2.00petang Mak Andam datang, kamu bersiap, Mak Andam pun Mik yang pilih. Huh..Sampai pakai Mak Andam apa kena pulak ni. Aku pun boleh make-up sendiri. YaAllah malunya aku nanti, belum lagi majlis persandingan baru bertunang dah besar-besaran macam gini. Hanphone ku berdering tak henti-henti dari bilik. Sepupuku menggiat bahawa pengatin lelaki dah talipon, menggesa aku capat mengangkatnya. Assalamualaikum Waalaikumsalam Hi Ayang, how are you today Bahagia tak tunang Mik hari ini. Oh Idham, ingat sapa tadi. Kenapa, Ayang ada expecting call from someone else ke? Dont try to fool around, sekarang Ayang milik Mik, Im the only guy you talk to. Tak lah mana ada tunggu call, anyway Idham jarang call pun, kalau ada 1 atau 2 orang yang sudi mendengar aduan Ayang apa salahnya

Aku cuba bermain tali. Maklumlah, kata pun tunang, eh bakal tunang, nak juga aku duga dia. No way, I wont share you with anyone else. Now that you are mine, you only belong to me. You only talk to me, go out with me or even dream only about me. Bicaranya tegas tapi aku tergelak, sampaikan mimpi pun cemburu. Eh.cemburu? Betul ke apa yang aku sangka? Idham cemburu pada aku. Hello Ayang, are you still there? Kenapa Ayang ketawa? Yaya, Im still here, tak lah, tak ada apa. Idaham, talk to you later k. Ayang nak sholat dulu, Umi kata jam dua nanti Mak Andam yang saya tak tempah datang. Sindiran aku menjadi bahan ketawanya. Ok Ayang, Ill see you later. Ialah tu, later aku nak bertunang, tunggu lah sampai majlis selesai nanti baru boleh call lagi. Jangan berangan nak jumpa aku hari ini. Tak sabar-sabar ke, mungkin saudara-mara aku masih belum balik lagi. Kebiasan lepas apa-apa pun majlis mesti kami bersembang dan sama-sama bergotong-royong berkemas. Aku bangga dengan pilihan baju pertunangan ku. Inilah satu-satu nya persiapan yang aku buat Aku memilih Jubah berwarna hijau pucuk pisang, bercorak Princess style. Umi dan aku tempah khas, aku pilih kain yang drop dan bersalutkan manikmanik. Anggun sekali jubah ini. Tudung aku pilih sedondon dengan jubahku. Pihak lelaki dah tiba, aduh-aduh adik abang lawahnya. Patutlah bila Mik nampak Ayang dulu terus dia meminang, rupanya dia nampak apa yang orang lain tak nampak. Aku mengerutkan kening tak mengerti. Maklumlah ramai orang dalam bilik aku, tak boleh nak suara, kena maintain. Mak Andam dari tadi asyik pesan, suruh senyum. Mulut aku sampai naik keras. Mik nampak Bidadari dari kayangan lah.

Sepupu-sepupu aku gelihati dengan gelagat Abang. Aku dikhabarkan mereka sedang menjalani adat istiadat bertukar-tukar hantaran dan menetapkan tarikh majlis penikahan. Informer aku semuanya canggih-canggih belaka. Mereka yang dibawah menghantar sms pada yang diatas, jadi cepat sungguh aku dapat informasi. Akhir sekali pesanan yang diberi, He is coming up, 2b wed 2mths fr now. Apa informer aku tak salah baca ke? Belum sempat aku tanya, salam dah disambut. Seperti orang lain yang bertunang aku menundukkan muka. Dapatku agak mesti bakal Ibu mertuaku lah yang menyarungkan cincin. Rasa-rasanya itulah kelaziman majlis yang aku hadir. Assalamualaikum Ayang Hampir terhantuk kepalaku pada orang yang menunduk dihadapan ku. Idham didepan mataku, memakai baju kurung melayu yang sepasang dengan warna jubahku. Segak, tampan, tegap.Rasanya darah dah mengalir keluar dari badanku. WaWa.Waalaikumsalam. Hai Bidadari, hari yang Mik impikan tiba juga. Cantik sungguh Ayang, tak sabar rasanya ingin memiliki mu. Dari hari ini Ayang milik Mik selamanya. Berbisik dia ke telingaku. Aku sambut Idham dengan keikhlasan dihati ku. Bertunang atau tidak, aku tetap meneruskan hidupku dikampus seperti biasa. Idham berpesan dia akan menjalani attachment yang penghabisan sebelum dia diiktiraf sebagai Doktor yang sah boleh melakukan pratice bebas. Aku tidak langsung memberi perhatian kepada majlis persandingan yang bakal diadakan kerana terlalu fokus untuk peperiksaan ku. Umi, hari ini Ayang balik lambat lagi. Ayang ada study group di rumah Lisa, mungkin lepas maghrib baru balik. Baiklah, jaga diri baik-baik. Ayang dah beritahu Mik? Ayang ni dah bertunang, bertahu dia kemana nak pergi. Takpe lah Umi, Idham tu sibuk, cuma nak study group aje bukan kemana pun. Pergi dulu ya Umi. Seharian suntuk aku terkejar-kejar, banyak sungguh atur cara di kampus. Genap jam 11.00 pagi kami dah keluar kampus menjamu selera sebelum ke rumah Lisa. Kami tak mahu menyusahkan keluarganya sebab tu kami makan diluar aje. Tanpa membuang masa, diskusi kami dimulakan. Aku pulang hampir jam 8.00 malam,

sampai dirumah aku lihat lampu ruang tamu terang benderang. Terfikir aku, sapa yang hadir? Ayah dan Umi ada tetamu ke? Assalamualaikum. Waalaikumsalam Pelik bila aku lihat Idham berada dirumah ku, tak pulak dia beritahu kedatangannya. Aku bersalaman pada Ayah dan Umi, Abang belum lagi pulang agaknya. Aku memberikan senyuman pada Idham tapi dia tak begitu mesra. Hanya memandangku, tanpa reaksi. Aku meminta izin naik sekurang-kurangnya nak tukar pakaian dulu tapi Ayah dan Umi menahan. Ayang duduk lah dulu berbual dengan Mik. Umi dan Ayah naik sebentar, Mik dari petang dah sampai Dari petang? Kenapa pulak tak seorang pun call aku? Aku menyuruh pembantu ku membuat fresh orange dan menghantarnya ke pool. Bukan lah besar sangat kolam renang aku berbanding dengan rumah Idham. Kenapa Idham nak datang tak call dulu, kan kena tunggu lama. Perlu ke Mik call untuk jumpa tunang sendiri? Agak lain macam nada suaranya hari ini. Macam sedang marah. Maksud Ayang kalau Mik call tak lah balik lambat tadi. Ayang kemana!! Jemput di kampus, awal-awal dah balik tapi bila datang rumah Ayang takde. Ayang keluar dengan sapa?!! Baru berapa hari bertunang dah nak buat perangai?!! Terbeliak biji mata ku dengan soalan Idham yang tegas suaranya. Apa kena dengan dia ni. Jumpa-jumpa dah nak melenting, belum pun bertanya khabar, aku penat ke tidak, aku dah makan ke belum. Apa yang Mik cakap ni? Awak nak jemput kenapa tak call? Bukan lah salah Ayang kalau.. Belum habis akau bercakap Idham membalas. Kalau call, tak jadilah nak buat date dengan orang lain kan. Kalau call, tentu Mik tak tahu yang Ayang selalu balik lambat kebelakangan ini.

Maklum lah Mik tengah attachment, jadi dapatlah ambil kesempatan berseronok sebelum terikat untuk selamanya kan??!! Belum pekak rasanya telinga aku ni. Dia menuduh aku yang bukan-bukan. Kenapa Idham cakap macam ni. Ayang pergi study group dirumah Lisa bukan kemana-mana Ayang tak nak ganggu, Idham kan tengah attachment, hanya nak pergi study group bukannya berseronok. Pedih sekali hati ini dituduh begitu. Tak nak ganggu ke tak nak Mik dapat tahu, study group takkan sampai ke malam. Banyak betul yang dibincangkan dengan study group atau berbincang dengan jejaka lain sampai tak perasan hari dah malam!! Airmata ku tak tertahan lagi. Muskhil, apa yang aku dah buat sampaikan dia marahmarah. Langsung dia tak memandang ke arah ku. Mukanya masam mencuka. Apa yang harus aku buat? Aku tak salah. Kenapa diam, lagi cari alasan ke, kalau ada lekas, Mik tunggu ni!! Ayang tak jumpa sesiapa. Aku tak tahu macam mana nak bagi penjelasan. Tidak ada penjelasan, aku tak buat apa yang dituduh. Bukan nya aku pernah berkasih, bab pujuk memujuk ni bukan nya aku pakar. Aku yang selalu dipujuk, oleh Umi, Ayah dan lebih-lebih lagi dengan Abang. Idham menarik kerusi dan duduk dihadapan ku membuatkan tak ada ruang langsung untuk aku bergerak. Takut aku melihat matanya yang hampir dibeliakkan. Look at me!! Look into my eyes!! From the day we were engaged, you now belong to me. Ayang tak boleh lagi anggap diri Ayang bebas nak buat apa saja. You will inform me wherever you go, whatever you do, whom you meet. I want to hear your sweet voice every single day for the rest of my life, Do you understand?!. Idham masih belum bergerak dari posisi nya. Aku masih lagi dalam ketakutan. Belum pernah aku jumpa lelaki segarang mamat ni. Walaupun marah muka nya tetap macho.makin merembeh airmata ku. Ayang tak buat apa-apa.

Do you understand what Im asking you to do??!! Disentap lengan ku, membuatkan aku menggeletar seluruh badan. Yes.Yes. Itulah yang dapat aku lafazkan. Idham bangun dari kerusinya sambil berlalu. Tapi dia berhenti dan menghampiri aku lagi lalu memegang tanganku. Mik telah cepatkan hari langsung kita, were getting married next month, immediately after your exam. Dia berlalu melepaskan gengaman tangannya. Fikiran ku kosong. Menangis aku semalaman tapi aku tak tahu kenapa. Takut? Keliru? Menyesal? Gembira? Marah? Aku benar-benar tak mengerti. Aku tak menunjukkan apa-apa reaksi pada keluarga ku tentang malam itu. Ayah dan Umi bertanya pendapat ku tentang majlis yang ingin dicepatkan. Mereka menyokong alasan yang Idham berikan. Orang tua mana yang tak setuju kalau dibilang nak mengelakkan fitnah. Bijak sungguh akal nya. Harus kah aku bertangguh supaya dapat mengenali diri masing-masing. Tapi aku takut untuk membantah. Setiap hari aku mengirimkan sms pada Idham, tak kuasa aku nak berbala dengan nya. Selalu mendapat balasan dengan cepat. Dan tiap malam tak pernah jemu dia menelifon aku, kalau boleh setiap hari dia nak mengambil ku dari kampus tapi aku sering mengelak. Ayang da nak balik kan? Tunggu ya, Mik jemput di kampus Tak perlu lah, Ayang boleh balik sendiri. Jangan lah bantah, tunggu saja! Mik dah dalam perjalanan ni. Aku dibawa ke caf house. Kenapa nak mengelak tadi, tak suka jumpa Mik ke? Atau ada acara lain tadi? Mana adaAyang tak nak menyusahkan Idham. Dia merenung ku seakan tak percaya dengan alasan ku. Masih terasa hangat kemarahannya bersisa. Peristiwa hari itu langsung tidak dipertikaikan. Tiada kata maaf pun dilafazkan. Hati ku berkata-kata, inilah peluang nya untuk mengenali nya. Aku harus memberanikan diri. Kenapa Idham terima pilihan Datuk dan Datin untuk merisik Ayang?

Idham tentu punya banyak calon kerana Idham tak ada kekurangan langsung pasal diri. Tersenyum dia, memukau. Siapa kata Ayang pilihan Ayah dan Ibu? Mik yang meminta mereka meminang Ayang, Mik dah jatuh cinta empat tahun yang lalu, tempoh yang terlalu lama untuk memendam perasaan. Pilihannya? 4 tahun pendam perasaan? Riak muka ku menunjukkan minat dengan perbualan ini. Mik dah lama berkawan dengan Abang Lil dan selalu ke pejabatnyaDisitu lah Mik kenal wajah Ayang, gambar Ayang ada di meja nya. Mik sangka isteri nya, ternyata adik yang tersayang. Jarang sekali seorang abang meletakkan gambar adik nya di pejabat, tentu ada keistimewaan nya. Aku mendengar dengan tenang. Mik merisik tentang Ayang dan akhirnya Abang dapat meneka perasaan Mik. Perasaan Idham makin kuat terhadap diri ku, bila dia terlihat aku suatu ketika dulu. Aku khusuk mendengar cerita nya. Lil, adik kau bidadari kayangan lah, cantik nya lebih dari gambar. Bila kau jumpa dia? Kau dah kenal dia ke? Belum lah, cuma hari itu Umi kau jemput Ibu, dan adik kau ada dalam kereta. OhAyang memang rajin temankan Umi. Ayang?Nama adik kau Ayang? Itu nama timangan yang Ayah beriManja sekali perangai nya sebab itulah dapat nama tu. Nama sebenar nya ialah Kiara Diana. Eh Lil, adik kau dah berpunya? BelumAdik aku tak pandai tu semua lah Mik.

Nak berkawan pun susah, kebanyakan masa sendiri, lebih suka dirumah. Dia tu lain macam, tak boleh dibentak, tinggi suara sikit dah meleleh airmata lepas tu merajuk. Aku tak rasa ada lelaki yang sanggup layan kerenah dia tu, dialah permata keluarga aku. Dan dari situ lah bermula minat Idham terhadap diri ku. Dia bersama orang tua nya telah datang ke rumah ku, entah bila, merisik untuk memiliki ku. Tentu saja kedua pihak gembira kerana mereka telah lama mengenali sesama sendiri, cuma Ayah meminta ditangguh pertunangan kami sehingga aku mendapat sarjana. Selama ini, abang lah yang menjadi mengawas dan orang kanan Idham, menyampaikan segala perkembangan aku. Ayang ingat 4 tahun tu sekejap ke? Mik rasa macam nak gila menanti, sebab tu Mik buat keputusan untuk mengambil kursus 2 tahun diluar negara, hanya untuk menghabis tempoh Ayah. Jadi sekarang, Ayang dah jadi milik Mik, tak akan mudah Mik lepaskan begitu saja. Berani Idham lalui hubungan tanpa Cinta? Bukankah itu yang harus terjalin sebelum sesebuah hubungan, kalau Idham kecewa macam mana? Tak mungkin, Mik tak akan kecewa kerana Mik telah lama mencintai Ayang dan percaya Ayang bakal mencintai Mik juga. Mik sayang kan Ayang, tak akan Mik lepaskan permata hati ku, Bidadari ku. Jari-jemari ku dibelainya lembut,bersinar senyuman nya. Berbunga hatiku mendengar penjelasan nya. Adakah dunia percintaan ku akan seindah novel-novel yang pernah ku baca? Handphone ku berdering. Ayang keluar sekarang, Mik dah sampai!! Ha?? Buat apa Idham datang, Ayang ada study belum pun habis. Kenapa tak call dulu? Kemas semua buku-buku dan keluar sekarang, Mik hantarkan balik!! Kalau Ayang tak keluar dalam masa 10minit, Mik yang akan masuk nanti!!

Apa yang rasuk dia ni, tanpa berlengah aku mengemas dan minta izin pulang. Hairan teman-teman ku. Berapa kali Mik pesan, nak kemana-mana beritahu!! Jangan dah pergi baru nak talipon!! Kerana ketakutan ditengking Idham, aku menangis hingga terisak-isak. Ayang dah sms sebelum pergi tapi Idham tak balas. Ayang dah lambat, teman-teman dah tunggu. Jangan pergi, belajar aje di rumah, kalau nak sangat pergi, tunggu sampai Mik izinkan!! Sesaat, sejam atau sehari pun, Ayang tunggu Mik izinkan, Faham!! Tengkingan Idham lebih kuat dari tadi, sehingga aku menangkup mulut menahan tangisan. Tak pernah aku dimarah sesiapa begini. Makin aku ketakutan bila Idham memandu laju meninggalkan rumah Lisa. Dia membawa aku ke tepi pantai. Pandai lah dia, takkan nak hantar aku balik dengan keadaan begini. Dalam perjalanan hanya kedengaran sedu sedan ku yang tak berhabisan. Macam anak kecil dipukul ibunya. Idham hanya senyap memandu. Turun! Ayang nak balik Tidak ku pandang mukanya, aku masih keresahan. Terkilan hatiku diperlakukan begitu. Aku sangka bertunang itu indah, berpasangan itu bahagia tapi kenapa bagiku berbeza. Idham membuka pintu dibahagian ku, menanti tanpa berkata lagi. Terpaksa aku turuti. Dia masih lagi dengan anginnya. Ayang ni tak faham ke sengaja tak nak faham?! Mik tak suka Ayang berbuat sesuka hati, kita dah bertunang!! Ayang memang tak faham apa yang salah sangat dimata Idham? Ayang dah minta izin dari Umi, dah beri pesanan sms pada Idham? Aaahh!! Mik tak suka Ayang kemana-mana tanpa Mik! Ayang boleh terpengaruh dengan dunia luar, Ayang boleh tergoda dengan orang lain! Jangan lah fikir benda-benda yang tak baik, InsyaAllah Ayang tak jadi macam tu.

Orang perempuan semua nya sama, berbunga bila berjanji tapi nanti kita dipermain kan!! Pantang bebas pasti lain jadinya, tak cukup dengan apa yang dimilikki walaupun yang terbaik!! Lancar sekali Idham bercakap. Seakan meluahkan sesuatu yang aku kurang pasti. Dapat ku lihat api kemarahan dan kebencian dalam dirinya. Siapa yang Idham maksudkan, Ayang belum pun pernah memiliki sesiapa? Sudah lah jangan berdalih, cukup lah selama ini hati Mik terluka, jangan lah ulang lagi!! Idham seakan berada di alam lain, langsung dia tidak memandang ku bila berkatakata. Aku membuat tekaan, bukan aku yang dalam ingatan nya. Aku menghampirinya. Idham? Ditepis tangan ku dengan kuat. Kegagahan nya pada tangan ku yang kecil ini terasa bagai dihentak batu besar. AduhhhhIdham!! Kenapa buat Ayang macam ni? Ya Allah, Ayang Maafkan Mik, bukan niat.Ya Allah apa yang aku lakukan? Aku terus memasuki kereta, sakit nya tangan ku. Idham menyusul dengan gelisah. Maafkan lah Mik, biar Mik jelaskan. Ayang rasa masih banyak lagi rahsia hidup Mik yang perlu dijelaskan. Hari dah senja, hantar kan Ayang pulang. Kenapa lah dengan aku? Apa yang dah rasuk fikiran ini hingga sanggup berbuat begitu pada Ayang. Dia gadis yang berbeza, dia gadis yang mulia, dia bukan gadis bebas kelakuannya. Aku tak sepatut nya samakan dia dengan orang lain. Kenapa lah peristiwa itu muncul lagi setelah bertahun lama aku tinggalkan. Ayangkau terlalu ku sayang, aku tidak mungkin akan membiarkan peristiwa lama berulang lagi. Kebebasan!! Kebebasan lah yang telah membuat manusia berubah pendirian. Haruskah aku berterus terang tentang peristiwa yang meragut kebahagian ku, merampas kepercayaan ku pada manusia yang bergelar wanita.

Keadaan ku bertambah tak kerauan bila Ayang tidak mahu membalas sms ku, tidak menerima panggilanku. Aku menjemput nya di kampus pun tak pernah berhasil. Dia benar-benar merajuk pada ku atas kejadian hari itu. Gila aku dibuat nya, aku tidak boleh membiarkan dia jauh dari ku. Apa yang harus aku buat untuk dapat bertemu dengan nya. Kenapa Ibu tengok diri Mik seakan tak terurus? Tak lama lagi dah nak jadi pengantin takkan lah macam ni. Kau tak pernah menjemput Ayang makan malam ke rumah kita, Ibu rindu lah dengan bakal menantu Ibu Haibu kasi aku idea yang sangat baik. Dengan cara ini Ayang tentu tak dapat menolak. Tapi mahukah dia berjumpa dengan ku. Mik sibuk sangat lah Bu. Ibu lah jemput Ayang, kalau Mik yang jemput macam-macam alasan yang dia beri. Lahkenapa macam tu, Mik tak pandai pujuk Ayang ke. Kalau yang dulu, tak payah diundang selalu bertandang tapi akhir-akhir nya hilang. Sindiran ibu mematikan semangat ku. Tapi akhir nya Ibu bersetuju untuk menalipon Ayang sendiri. Jangan lah Ayang menolak, Ibu dah rindu sangat nak jumpa menantu Ibu. Ayang datang ya Sabtu ini, kalau Umi tak senang tak apa, Ibu suruh Mik jemput nanti. Tunggu Mik bawak Ayang kesini sampai hari majlis baru sampai. Aku tak pandai nak berdalih dengan Datin, masih segan dengan bakal mertua ku, terpaksa diterima. Aku mula resah, sudah seminggu aku berjaya mengelakkan Idham. Aku tahu tak sepatut nya aku buat tunang ku begitu, tapi aku masih tekilan dengan perbuatannya. Memang ingin sekali aku mengetahui sejarah hidup Idham tapi yang nyata aku takut akan kebenarannya. Pernah aku tertidur sewaktu mengulangkaji, aku bermimpi tentang Idham yang sedang kesedihan dan memanggil manggil nama ku. Makin lama makin jauh, aku cuba mendapatkan nya, aku laungkan nama nya. Aku terjaga. Ayang, kalau dah penat belajar, pergi lah rehat. Tak lah Abang, belum habis lagi ni.

Abang tahu, belajar tak akan habis, Abang suruh rehat aje, nanti sambung. Adik Abang stress sangat sampai tertidur, lepas tu termimpi-mimpi bakal suami sampai sebut-sebut nama dia. Aduh malunya, aku kemas buku-buku dan terus naik ke bilik ku. Kenapa aku termimpikan Idham, adakah ini yang dkatakan rindu? Ku lihat handphone ku, 15 sms yang tidak ku balas, kesemua nya dari Idham. Kesian aku terhadap nya, tentu dia sedang kebingungan. Assalamualaikum Datin, Datuk LahJangan lah panggil Datin, Datuk pulak, panggil aje Ibu dan Ayah. Biasakan dari sekarang, nanti tak kekok bila dah jadi isteri Mik. Umi sengaja mengelak dengan alasan banyak lagi persiapan yang nak dibuat untuk majlis tu nanti. Abang pulak tak balik-balik sampai ke petang. Aku minta Pak Samad menghantar ku untuk mengelak dari Idham menjemput. Kami bersembang bertiga, tidak lagi nampak bayang Idham, mungkin dia marah terhadap ku kerana tidak mengindahkan nya sejak peristiwa hari itu. Kami berbual mesra hingga tiba waktu makan, gugup aku bertanya Datin dan Datuk kalau Idham akan turut serta makan malam. ErrIbu? Idham tak makan sama? Macam tu lah Abang Mik kamu kebelakangan ini, terlalu sibuk sampai kadangkadang balik terus tertidur di bilik nya. Tak mahu makan, terperap dalam bilik kalah kan anak dara. Tersentuh hati ku mendengar penjelasan Datin. Tak sanggup aku membiarkan sesorang itu bersedih kerana aku. Biarlah aku mengalah. IIbu, boleh tak Ayang jemput Idham makan malam sama? LahhhKenapa panggil Mik, Idham? Macam kawan-kawan Mik di hospital pulak. Ayang panggil lah dia Mik, biar lekas mesralebih elok kalau panggil suami tu Abang! Dah tak lama lagi pun. Pergi lah Ayang cuba pujuk dia, Ibu dah penat pelawa. Aku diberitahu Idham sedang berada di poolhouse. Assalamualaikum Idham. Ayang!!..Waalaikumsalam.

Aku melihat keadaannya tak terurus, badan kurus dan muka sudah menampakkan jambang yang baru meliar keluar. Kasihannya. Idham berdiri dihadapan ku, dia membelai muka ku dengan kedua telapak tangan nya. Dapat ku lihat mata nya seakan bersinar-sinar. Aku terkaku bila dia menarik kepala ku di dada nya dan memeluk ku erat. Bergelora jiwa ku, lembut belayan nya. Tangan ku seakan terikat di tepi, aku tak tahu hendak berbuat apa. Ayang Terimakasih kerana datang jumpa Mik. Mik berjanji tak akan menyakiti Ayang lagi. Suaranya sayu, degupan jantungnya laju sekali dan dapat ku dengar hembusan nafasnya. Mik terlalu sayang kan Ayang, Mik tak sanggup kehilangan lagi. Jangan lah Ayang terus-menerus menghukum Mik, terimalah Mik kembali. Maafkan lah Mik Ayang please? Bagaikan dibuai lagu, rayu nya membuat aku mengalah, aku mendongak melihat wajah nya. Renungan ku berbalas. Tidak pernah Ayang bertanya tentang masa lampau Idham kerana Ayang yakin pilihan Ayah dan Umi. Tapi selanjut nya kita yang harus merancang hala perhubungan ini. Bahagia atau sengsara, benci atau suka. Aku menundukkan kembali bersandakan kepala ku di dadanya. Ayang tahu Idham sayang dan menerima Ayang seadanya tanpa mengenali diri ini. Tapi izin kan Ayang membalas kasih sayang itu, berilah peluang untuk Ayang belajar hidup berkasih. Idham menguatkan pelukannya. Terimakasih sayang, terimakasih Minggu ini paling genting bagi ku. Peperiksaan yang ditunggu-tunggu tiba juga. Idham tak pernah sehari lepa dari mendengar suara ku. Kadang-kadang, sehari hingga 3 atau 4 kali. Dia sentiasa memberi ku semangat dan dorongan. Tak lepas juga mengambil tahu atur cara ku seharian. Makin kerap kali dia menjemput ku dari kampus. Perasaan ku biasa saja kerana aku tidak pernah dibuai perhatian seorang lelaki hingga sedemikian, cuma kadang-kadang lemas kerana soalan nya berulang

dan mendesak. Jumpa siapa, belajar dengan siapa, talipon siapa, balik jam berapa, buat apasegala siapa dan segala apa mesti ditanya seharian. Aaahhhlega rasanya peperiksaan dah berlalu. Makkkitu menandakan hari pernikahan ku makin dekat. Lepas satu debaran lagi satu debaran yang harus ku tempuh. Pihak keluarga masing-masing sibuk menguruskan persiapan majlis ku. Berulang kali aku meminta maaf pada Umi dan Ayah kerana tidak membantu mereka. Abang tak kurang sibuk nya, kerap kali diarahkan mengambil pesananpesanan Umi. Ayang, elok lah kamu balik awal hari ini, boleh ikut ke butik pengantin. Mesti ke Ayang pergi, letih lah Umi. Ayang yang nak bernikah ke Umi? Selama ini Umi tak bising kamu tak endah persiapan majlis ni, Umi tahu Ayang sedang periksa. Tapi takkan lah sampai nak cuba pakaian pengantin pun Ayang nak berdalih Terdengar suara kecewa Umi kerana perangai ku. Kesihan aku pada Umi. Ok lah, Ayang ikut ya Umi. Hari ini untuk Umi, Ayang ikut kemana saja Umi nak pergi. Pandai lah kamu nak memujuk, sudah pergi tukar pakaian, kejap lagi Mik dan Datin sampai. Macam nak tercabut kaki ku ikut Umi dan Ibu, lepas ke satu tempat ke satu tempat lagi. Tak habis-habis ke mereka berbelanja. UmiAyang dah penat lah. Banyak lagi ke tempat yang kita nak pergi? Aku berbisik pada Umi. Umi cuma menjeling ke arah ku dengan senyuman geram. Mik, tolong kamu bawa Ayang pergi makan kemudian hantarkan dia pulang, boleh tak? Umi dengan Ibu banyak lagi nak belanja ni, nanti Umi suruh Pak Samad yang jemput. Yesyes. Aku senyum pada Ibu kerana melepaskan aku. Kami ke restaurant berdekatan sahaja. Ayang bahagia tak hari gemilang kita bakal tiba?

Mik tak sabar untuk memilikimu, rasa macam tak perlu semua tradisi ini, kita nikah saja lagi cepat. Hampir tersembur minuman dari mulut aku. InsyaAllah, tak perlu tergesa-gesa sangat, semuanya dah ditetapkan. Tapi Ayang tak mahu ke berada dalam pelukan Mik, dibelai suami di malam hari, dicium di pagi hari? Bukan macam sekarang, nak pegang tangan pun dihujung jari aje. Mik tak sanggup lagi nak tanggung siksa batin, nasib baik Mik cepatkan majlis ni. Meneroka merah muka aku. Tak tahu kemana aku nak halakan mata, malunya aku tak terkata. Apalah Idham ni berbual macam gini dengan anak dara yang tak tahu langsung berkasih lagikan pula hidup bersuami isteri. UmiiiiAyang takut!! Kenapa diam, suka ke tak suka? Takkan lah aku harus jawab soalan tu. Gila! Tak elok lah kita cakap pasal ni. Kita cakap pasal lain lah. Tak nak, Mik nak tahu sekarang jugak, Ayang suka atau tidak. Merengek macam budak kecil, ingat aku seorang saja anak manja, dia jugak nak bermanja dengan aku. Baik aku bermuslihat. Gadis mana yang tak suka bersuami, lagi-lagi bakal suaminya, segak, kacak dan gagah macam Idham. Idham tersenyum, nampak puas hati. Pandai ya mengelak, nasib baik jawapan tu Mik suka. Kita sama-sama ketawa. Idham, boleh tak Ayang tanya sikit. Aku harus mengetahui masa silamnya, bukan untuk bertukar fikiran tapi mengenali diri masing-masing. Tanya lah sayang, apa saja Ayang nak tahu. Gelisah aku, takut-takut nanti ditengking nya aku tak tentu pasal. Jari-jemari ku dipegang nya. MmmPernah tak ada gadis lain sebelum Ayang dalam hidup Mik.

Idham menatap terus ke mata ku. AlamakPelan-pelahan aku menarik tangan, takut nanti dipicitnya, remuk tangan ku yang comel ni. Digenggam tangan ku kembali, terkejut aku. SubahanallahMaaf-maaf, Idham tak nak jawab tak apa. Tergelak kecil dia melihat gelagat ku yang cemas seketika kemudian dia mengeluh. Tak perlu minta maaf, Mik kesal kejadian hari itu mendatangkan keraguaan Ayang pada Mik. Akan Mik jelaskan segala sejarah biar tak ada kesangsian lagi bila kita diijab kabulkan nanti. Ya, memang pernah ada gadis yang Mik anggap istimewa, dari kampus kami berkawan mesra hampir tiga tahun lamanya. Tak pernah kami lafazkan sayang atau pun cinta kerana kami mengerti hati dan persaan masing-masing. Dia kerap kerumah, setiap masa kami habiskan bersama. Mula timbul satu perasaan yang sukar Mik nak faham. Adakah Mik sukakan nya, sayangkan nya? Dia juga menunjukkan reaksi yang sama. Aku memerhatikan Idham dengan khusuk kerana ingin aku pastikan keikhlasan nya. Bunga-bunga kasih dan sayang mula hadir diantara kami. Mik berikan perhatian penuh terhadap nya. Mik curahkan segala isi hati dan dari sepasang sahabat, kami menjadi sepasang kekasih. Tetapi bila Ayah dan Ibu mendesak kami bertunang agar terikat silaturrahim antara dua keluarga, dia menentang. Hairan bukan? Pandangan ditumpukan pada ku setiap masa, tetap memegang tangan ku. Aku dapat lihat kekecewaan yang ditanggungnya. Sesekali aku membalas genggaman nya, memberi sokongan. AlasanAlasan semata-mata! Dia tidak mahu terikat dengan alasan Mik akan pergi belajar ke luar negara dan bakal melupakannya. Dan dengan ikatan pertunangan dia harus setia menantikan Mik manakala Mik akan berseronok di rantauan. Biarpun sangsi, Mik relakan. Ternyata, hanya beberapa bulan kami berpisah, dia bertukar haluan. Kasih nya luput, sayang nya melayang. Teman-teman yang masih berhubungan, dengan berat hati menyampaikan berita-berita yang sangat menyakitkan hati. Aku masih tekun mendengar. Dia menjadi liar dan terlalu bebas sehingga tidak kenal batas dan agama. Hati ini remuk dan hancur apabila Ibu menyampaikan bahawa dia ditangkap berkhalwat bersama orang asing dan berita nya tersiar di akhbar. Apakah ini balasan kasih sayang Mik terhadap nya. Mik kecewa, membuatkan luput kepercayaan pada manusia bergelar wanita. Mik hilang pendirian sehinggalah Mik bertemu Abang Lil.

Barulah aku tahu mulanya persabatan mereka. Barulah aku mengerti mengapa Abang membela Idham dan menyokong Ayah dan Umi. Tersentuh hati ini atas kesudiannya menceritakan luka yang dialami. Masih aku menduga nya. Layakkah Ayang menggantikan tempatnya? Ayang tidak pandai berkasih dan bercinta, takut nanti Idham. Tidak!Memang tidak layak Ayang menggantikan tempatnya! Ayang tidak mungkin dapat bertanding dengan nya. Apa!Apa maksud Idham? Bagai disiat-siat hati ini mendengar pengakuaan nya. Aku meleraikan genggaman. Padan muka aku bertanyakan soalan yang bukan-bukan. Tinggal seminggu lagi kami bergelar suami isteri, tapi aku tidak layak menggantikan tempatnya? Airmata tak tertahan lagi, aku menatapkan wajahnya tapi dia tersenyum. Adakah aku rela dipergunakan, apa ertinya penyautan ini. Baru aku mencapai beg, Idham lebih cepat menduga pergerakkan ku. Dengan pantas dia bangun dan duduk bersebelahan ku. Tak ingin aku tengok muka dia. AyangAyang pandang lah muka Mik. Tak perlulah, biar Ayang tak layak dimata Idham tapi Ayang tak akan kecewakan Ayah dan Umi. Buatlah Ayang sesuka hati Idham nanti. Ayang.Berpaling sayang. Dipusing bahu ku mengadapnya, sebelah tangan nya memegang tangan ku dan sebelah lagi mendongakkan daguku. Ayang tidak layak menggantikan tempatnya kerana Ayang jauh lebih istimewa, jauh lebih mulia darinya. Ayang tidak mungkin dapat bertanding denganya kerana Ayang tiada perbandingan nya, kau Bidadari, kau Bidadari pilihan ku. Idham mengesat airmata ku. Aku menatap wajahnya masih keraguan. Dia dekat ke telinga ku dan berbisik. Mik akan buat Ayang bahagia lebih dari kemampuan, Mik sayang dan akan terus menyayangi mu sampai Ayang lemas dalam percintaan. Tak akan Mik kecewa lagi dan tak akan kau aku kecewakan. Ayang untuk Mik seorang. Hidupmu, dirimu, sayangmu, cintamu, senyummu dan tangisanmu hanyalah untuk Mik seorang. Mik sungguh Tertaksuk pada mu Sayang.

Menjelang hari bahagia, aku lebih bersedia dan lebih tenang menghadapi kehidupan ku yang baru. Aku akan bergelar isteri dan akan memikul tanggungjawab yang lebih besar. Kesibukan di rumah ku tak terkata. Ibu memlilih warna gingga untuk segala persiapan majlis. Kami akan bernikah malam Jumaat, bertukar-tukar pakaian hari Jumaat, jamuan makan malam Sabtu dan akhirnya bersanding pada hari Ahad. Ayang mari bantu Umi pasangkan persalinan kamar pengantin kamu. Ayah dan Umi telah mengarahkan aku menggunakan kamar tetamu utama yang jauh lebih besar dari kamar ku dan kamar mandi juga ada di dalam. Mentangmentang lah nak dapat menantu, segalanya dilebih-lebihkan. Bila sempurna persiapan, aku kagum sekali melihat sekeliling ruang itu. Indah sekali, segala nya digayakan dengan warna putih, permaidani kebiruan langit dan bunga-bunga mawar segar. Cantik nya rekaan Umi, terima kasih Umi. Sama-sama Malam itu riuh-rendah dengan senda gurau sanak-saudara ku dan dentam-dentum orang-orang dapur. Mereka melarang Umi dan Ayah membuat tempahan makanan untuk majlis pernikhaan kerana mereka ingin bergabung tenaga memasak dan menganggap itu sebagai hadiah mereka kepada ku. Aku amat berbesar hati. Hai Ayang, dah bersiap sedia nak terima Mik petang ini? Lucu lah Idham ni, lagi berapa jam aje jumpa pun nak talipon, tak boleh tunggu ke? Kecik hati Mik Ayang tak sudi layan suami sendiri tau. Amboi-amboiBakal suami lah bukan suami, pandai-pandai iktiraf sendiri ya. Berdekah Idham ketawa. Bukan tak nak layan sayangggSekarang sibuk nak berdandan untuk sambut bakal suami yang dah tak sabar-sabar ni. Biarlah lah saya berhias secantik Bidadari yang bakal suami saya bayang-bayang kan. Alamak dah terlepas cakap, macam mana lah aku boleh tersebut semua itu. Sayang?!Ayang panggil Mik sayang?!Yahoo!!! Terdengar Idham terjerit-jerit kegembiraan. AyangAyang belum jawab soalan Mik tau. Soalan apa?Mana ada yang belum jawab?

AdaaaYang hari tu Mik tanya. Apa dia? Ayang mahu ke tak berada dalam pelukan Mik, dibelai setiap malam dan disambut dengan ciuman setiap pagi? Apa lah asyik tanya Ayang soalan tu, nanti Mik cari sendiri lah jawapan nyaOk ya Ayang nak bersiap, Mak andam dah sampai. Sambil tertawa kecil aku mematikan talipon, dapat ke dengar Idham ketawa tak sudah-sudah. Sudah hampir jam 4.00petang, aku dikhabarkan pihak pengantin lelaki sudah dalam perjalanan. Gementar sungguh perasaan ini. Bangga sekali aku dengan pilihan Umi dan Ibu, perkaian ku untuk malam pernikahan cantik sekali. Patutlah setiap pengantin dikatakan Raja sehari kerana aku betul-betul diperlakukan begitu. Tidak boleh kedapur, tak boleh ke halaman rumah kalau tak perlu tak payah keluar kata Makcik-makcik ku. Segala yang aku perlu semua nya diambil kan. Sampaikan makan pun disuap kerana jari-jemari ku masih berinai hingga sebelum Mak Andam datang tadi. Tiba-tiba kecoh dibawah, pengantin lelaki dah sampai. Tok kadi pun tiba serentak. YaAllah, aku redha atas takdir Mu, jadikan aku isteri yang soleha dan beriman kepada mu YaAllah. Akan ku jaga amanah Mu, Amin amin yarabalalamin, berbisik hati ku. Aku terima nikah nya Kiara Diana Binte Khalid dengan mas khawin seutas rantai emas berloket permata berlian, tunai. Dengan lantang dan jelas Idham Mikail melafazkan akad nikah. Dan saksi-saksi mengesahkan nya dengan sekali lafaz sahaja. Tok kadi pun mengangkat tangan lalu membaca doa dan seterus nya memberi kata-kata nasihat berpandukan hukum-hukum Islam. Umi datang kepada ku dan mengucup dahi ku dengan linangan airmata. Dapat ku rasa sebak hati nya melepaskan anak kesayangan ke tangan orang lain. Aku mencium tangan nya dengan rembesan airmata. Gopoh Mak Andam ku mengelap airmata dan menambahkan bedak ke muka ku sebelum pengantin lelaki naik ke atas. Salam bersambut. Assalamualaikum Bidadari ku. Waalaikumsalam suami ku. Batallah wudhuk yang kami angkat sebelum bernikah, aku diarahkan bersalam dan mencium tangan Idham. Aku menyambut tangan nya dan ku cium dengan ucapan Bismillah. Lama dari biasa orang bersalaman tangan nya dibiarkan dibibirku, aku mendongak melihatkan nya tersenyum nakal. Diusik nya aku tak putus-putus oleh sanak saudara. Idham berteleku dihadapan ku untuk memasangkan rantai emas ke

leher ku. Sengaja perbuatan nya diperlambatkan untuk membiarkan gambargambar kami dipetik dan untuk pita rakam. MasyaAllah, cantiknya Bidadari ku. Aku masih tertunduk, malu aku kalau mereka terdengar kata-kata Idham. Pandanglah tunang mu sayang, ingat lah raut wajah Mik yang bahagia sekali hari ini. Tak akan ada insan lain yang dapat menggantikan tempat Ayang dalam hidup Mik. Bermula saat itu tidak pernah aku lengkang dari menatapnya bila dia bertutur dengan ku. Idham masih nakal dengan usikkan nya. Ayang dah boleh jawab soalan Mik kan? Mik dah sah jadi suami. Aku biarkan soalan itu tak berjawab dengan senyuman geram pada Idham. Hari ini kami bertukar-tukar pakaian, paling disukai Idham. Lagi-lagi bila diarah juru gambar memeluk ku macam-macam gaya. Dia mangambil peluang yang terbaik itu untuk sengaja memeluk ku dengan erat. Juru gambar memahami bahawa aku bukan lah seperti pasangan lain yang dah kenal mesra sebelum bernikah jadi dia tahu aku kekok menggayakan arahan nya. Padanya senang sikit bila Idham yang bersahaja dengan kelakuan nya. Hari jamuan makan malam, aku menjemput rakan-rakan kampus ku. Tentu saja mereka terkejut kerena baru habis peperiksaan dan belum lagi mendapat keputusan, aku sudah mendirikan rumahtangga. Aku tidak pun memberitahu sesiapa tentang majlis pertunangan ku dulu. Kami bersalaman bila majlis berakhir. Tanpa aku perasaan Idham sudah mula bermasam muka. Lain sekali riak wajah nya, tidak seperti hari-hari yang sebelum nya. IdhamKenapa diam ni? Penat ke? Aku menghampirinya dan bertanya. Tak lah, biasa ajePergilah layan kawan-kawan kampus Ayang tu. Biar aje Mik disini Kenapa ni, marilah jumpa kawan-kawan Ayang, mereka nak balik tu. Dia bergerak mendahului aku. Bila separuh dari tetamu sudah pulang, kami masuk bertukar pakain. Aduh letih nya aku, masih ada lagi hari esok. Mak Andam masih sibuk mengupulkan barang-barang nya diluar sana. Bila sampai ke kamar, belum pun aku duduk, Idham menarik aku dengan kasar dekat padanya. Siapa lelaki-lelaki yang Ayang jemput tu, ramai betul peminat.

IdhammmKenapa ni, jangan buat macam ni. Sakit tangan Ayang. Jawab, siapa mereka. Kawan-kawan kampus Ayang lah, semua nya kawan saja. Kenapa pulak cemburu buta ni. Tak ada angin tak ada ribut tahu-tahu nak marah. Aku takut dengan perubahan nya. Kawan ke, peminat Ayang masa Mik tak ada. Maklumlah, Mik ni selalu sibuk takkan lah Ayang nak selalu seorang diri tentu bosan, sebab itu lah mesti pasang banyak peminat. Idham jangan lah cakap yang bukan-bukan, menuduh namanya tu, menuduh tu fitnah tau. HaaaBiasa lah tu, orang salah memang pandai bercakap untuk selindungkan diri. Aku mesti meredakan api kemarahan nya sebelum berlanjutan. Hari ini hari bahagia takkan lah nak bertegang urat pulak. Idham kenapa ni, tak bahagia ke dapat memiliki Ayang. Aku sengaja berdiri lebih dekat lagi. Ayang nak jawab soalan, boleh tak? Aku mendongak. Dia menunduk, mata kami bertentangan. Ayang mahu berada dalam pelukan Idham, dibelai setiap malam dan disambut dengan ciuman setiap pagi Mula nampak senyuman terukir ke bibir nya. Aku bersandarkan kepala ku kedada nya yang gagah itu. Dipeluknya aku erat dan dikucup embun kepala ku. Tidur malam ku tak sempat bermimpi, letih, tiba hari persandingan, makin aku cemas memikirkan akhirnya hari ini. Paluan kompang kedengaran dari jauh lagi. Pengantin lelaki ditahan di lalaun masuk untuk memberi buah pengeras dan saling bertukar-tukar pantun antara pengiring pengatin lelaki dan Mak Andam pengatin perempuan. Bila sudah puas hati Mak Andam dengan hadiah yang diberi barulah diberi masuk dan dibolehkan pasangan duduk bersama di atas jinjang pelamin. Kami berarak seiringan ke pihak Idham. Jemputan di pihak nya pun tak kurang banyak nya. Maklum lah taraf Datuk dan Datin ni tentu ramai kenalan. Kami bertandang dan kemudian bergambar bersama sanak saudara Idham. Selamat pengatin baru Mik, akhirnya you dapat cari penganti Liza ya.

Aku tak kenal sesiapa pun dipihak Idham tapi dengan tutur kata nya aku dapat mengagak siapa gadis itu dan bersedia akan perubahan suami ku nanti. Senyuman tetap ku lemparkan. Terimakasih kerana datang tapi tak perlu sebenarnya. Keras suaranya, pelukan pada ku tak pernah terlepas walau sesaat pun. Kalau tak dibahu, beralih ke pinggang. Ibu perhatikan dari jauh sambil melayan tetamu. Riak Ibu begitu gelisah. Mestilah datang, kan buah hati Liza jadi pengatin baru. Nak juga tengok pengganti Liza. Tidak langsung gadis itu memandang ku. Pengganti? Siapa kata isteri aku pengganti kau? Kau tak perlu aku ganti kerana kau sudah tak wujud dalam hati aku! SudahPergi lah kau, kehadiran kau tak pernah di harapkan. Idham berpaling kepada ku dan membawa aku kearah Ibu. Belum pun langkah pertama ku jejak. Aku ditarik kasar. Hei perempuan, kau sangka kau boleh bahagia dengan Mik?! Kau bayang-bayang aku, tiap kali dia memandang kau dia akan teringat kan aku, tahu tak! Aku benar-benar terkejut, ramai yang menoleh ke arah kami. Aku memegang Idham dengan kuat mencari perlingdungan. Idham dengan kasar menghalau gadis itu keluar dari rumah nya. Ibu datang terus memeluk ku. Mari Ayang kita masuk kamar. Ibu, maafkan AyangAyang tak sangka boleh jadi begini. Ayang tak sangka hadir nya Ayang dalam keluarga ini akan menyakitkan hati orang lain. Aku menangis. Kebiasan seorang pengantin menangis di hari persandingan nya kerana gembira tapi aku berlainan. ShhhAyang tak salah, jangan menangis. Ibu dakap aku bagai menatang minyak yang penuh. Idham duduk di hujung kamar hingga aku hampir reda dari tangisan. Ibu keluar dulu ya, biar Mik teman kan.

Nanti bila Ayang dah betul-betul bersedia baru lah Ibu panggil Mak Andam untuk menukar pakaian ya. Aku hanya mengangguk. Bila Idham duduk disebelah ku, aku bangkit dan duduk dibirai katil. Keresahan nya jelas, ternyata dia juga menyesal atas kejadian tadi. Tapi mengapa mesti aku marah kan Idham? Dia juga mangsa dalam hal ini atau mungkin ia memang diranncang. Idham bangkit menghampiri ku. Ayang, jangan lah menangis lagi. hari ini kan hari bahagia kita berdua. Idham mengudang nya? Ringkas saja soalan ku. Idham mula tak karuan. Tak akan pokok bergoyang kalau tak ada angin. Idham terduduk dikerusi solek dihadapan ku dan mengeluh. Maafkan MikMik hanya ingin dia tahu Mik dah bahagia, Mik dah ada Ayang! Mik cuma hantarkan kad jemputan, tak pun Mik talipon atau berjumpa dia, tak sangka dia akan hadir. Jadi benar lah kata-kata nya, Ayang ni bayang-bayang nyaIdham masih lagi mengingati nya! Tidak! Tidak! Dia telah lama Mik buang sebelum Mik kenal Ayang! Mustahil! Kalau tidak, macam mana Idham dapat mengesannya setelah bertahun terpisah. Tentu Idham ada mengikuti perkembangan hidup nya. Entah dari mana datang keberanian aku menyoal Idham begitu. Tapi mengapa aku menyoalnya sedemikian? Aku curiga, cumburu? Cemburu kan tanda nya sayang, adakah aku mula sayang padanya. Idham melutut di hadapan ku, dia meletak kan kepalanya ke pangku ku dan memeluk pinggang ku. Percayalah, hati Mik hanya untuk Ayang, Mik mengaku salah berbuat demikian kerana keegoan. Kita mulakan mahligai ini dengan kekujuran dalam perhubungan, jika itu tiada, penantian ini hanya sia-sia Ayang. Aku tak dapat berkata-kata, mungkin masih ada kesangsian dalam diri ini. Aku bangun, Idham berdiri menahan ku. Ayang please, maafkan Mik. Majlis harus diteruskan, kita bersiap sekarang. Ayang sudah sah menjadi isteri Idham, rasanya sudah terbalas keegoan Idham terhadap nya kan, sebagai isteri Ayang bersyukur kerana dapat membantu.

Aku berlalu, seharus nya kata-kata itu untuk menyakitkan hati Idham tapi kenapa aku yang terasa parah. Perjalanan kembali kerumah ku terasa amat sepi. Mungkinkah Ayah, Umi dan Abang dimaklumkan tentang kejadiaan tadi. Idham beberapa kali cuba memulakan bicara, tapi aku tidak berminat, hanya sekadarnya aku membalas. Abang menyambut kami di pintu gerbang, dari raut wajah nya aku pasti dia sudah tahu segala nya. Ayah dan Umi masih sibuk dengan tetamu. Idham dan aku memainkan peranan kami didepan orang dengan baik sekali. Seakan itulah masa-masa yang paling berharga buat kami. Masuk ke kamar, kami menyalin pakain kurung sedondon. Itu ditempah Umi untuk dipakai petang-petang majlis kerana masih ada sanak-saudara yang masih tinggal. Umi berpesan pengatin mesti nampak berseri sentiasa kalau boleh hingga sebulan atau lebih masih ada seri pengatin. Mak Andam pun dengan senyap mengemas barang-barang nya. Hampir selesai, Abang tiba. Tanpa perlu berkata-kata aku menangis dalam pelukan Abang. Idham hanya memandang sepi. Jangan buat andaian kerana itu akan merosakkan pemikiran kita. Syaitan akan bermaharajalela kalau manusia termakan hasutan nya Aku hanya mendengar nasihat Abang. Adik Abang sayang, fikirkan lahMik telah menunggu 4 tahun untuk menikahi Ayang, tidak kah itu membuktikan keikhlasan dan kejujuran nya. Setiap masalah ada huraian nya, gunakan kebijaksaaan dan mulakan nya dengan beristighfar. Berakhir juga majlis ini. Aku dapat tenangkan diri. Azan maghrib kedengaran. Kami sekeluarga berjemaah bersama, sebagai orang baru dalam rumah kami, Ayah teringin menantunya mengimamkan sholat. Alhamdulillah, azan dan bacaan ayatayat suci dari Idham amat syahdu didengar, membuatkan kami khusuk mengerjakan ibadah. Di akhir sholat, Idham berdoa dan diselitkan kesyukuran nya kepada yang Maha Esa kerana aku sah menjadi isterinya. Aku bersalaman dari Ayah hingga lah ke Idham. Dia teragak-agak untuk mendekati ku, dia membantu mengemas sejadah. Aku bersimpuh ditepinya, mencapai tangannya dan ku kucup tangan suami ku dengan lembut. Idham memberikan kucupan dipipi ku. Dapat ku lihat matanya berkaca-kaca. Setelah mendengar nasihat Abang, kemarahan ku bertukar. Idham bahagia dia sudah ada aku, kejujuran dalam perhubungan, jika itu tiada, penantian ini hanya sia-sia, kata-kata itulah yang aku pegang. Aku benar-benar keletihan, kami sedang berehat di ruang tv di kamar ku. Umi tak benarkan aku membantu dibawah, aku diarah menemani Idham. Aku duduk di sofa berjauhan dari Idham, dia duduk disofa yang belainan. Sesekali dia memandangku, mungkin dia masih rasa serba salah untuk mendekati ku. Aku bukan nya masih marah, cuma aku keletihan saja. Apa yang aku bakal lalui malam ini tak mahu aku fikir lagi. Idham mematikan tv.

Ayang masih marahkan Mik? Kalau ya, marah lah sekarang jangan lah berdiam diri. Untuk apa nak marah terus-terusan buat sakit hati sendiri kan. Sepatut nya Ayang sekarang berada dalam pelukan MikIni tidak, dah lah sepatah kata pun tak dengar, lepas tu duduk berjauhan, itu bukan marah? Aku mengeluh lalu bangun dari situ. Idham dengan pantas tarik aku duduk disebelah nya. Noyou are not going anywhere until we settle this matter. If you are not happy please talk it out, dont keep it to yourselfThis is the first day of our marriage, I cant take this. Ayang tak marah lagi, Im just confusedWhat am I to you?Do you really love me or are you just taking advantage of me? Tentu saja impian setiap orang semua nya indah-indah di malam pengantin tapi How can I surrender myself to you if I am not sure of your feelings towards me. Please understand, Im confused! Jangan lah bersangka buruk, Mik betul-betul sayangkan Ayang, tolong lah percayaMik dah lama menderita dan kecewa, Mik dapat kembali sinar hidup bila Mik kenal AyangTidak layak kah Mik bahagia, Mik ingin bahagia bersama Ayang. Tenang hati ini mendengar luahannya. Sudah masa kita tinggal kan kenangan silam dan mulakan perjalanan baru. Aku dekat pada telinganya, teramat dekat. Selama hidup ini, Ayang selalu bahagia dan mahu terus bahagia, biarpun bersama Idham. Idham terkejut dengan lafaz ku, dia menoleh ke arah ku, tak sempat aku berada di posisi sebelum nya, bibir kami tersentuh seketika. Aku serba salah, kaku dan beku. AlhamdulillahTerimakasih sayang. Pandang lah suami mu sayang, ingat lah setiap sentuhan Mik pada mu dan ingatlah pesanan Mik, tak akan ada orang lain yang dapat menggantikan tempat Ayang dalam hidup Mik. Idham dengan pelahan mengucup ku lembut, bibir kami bertaut. Dia khayal meneroka kemanisan bibir ku dan aku khayal meneroka kelembutan bibirnya. Bila terlepas camtuman bibir kami, Idham berdiri. Kita sholat Ishak dulu ya dan tidur awal, esok petang nak berangkat berbulan madukan?Di sana Mik akan berikan madu yang lebih manis dari tadiAyang tak boleh tolak tau, tapi Mik pasti Ayang minta lagi. I want to have the best for eternity

Aku tergelak dan akur arahan nya dengan senyuman. Kami berbulan madu ke Maldives, Idham yang pilih lokasi itu. Dia beritahu tempat itu cantik dan romantis memang sesuai untuk pasangan yang berbulan madu. Setelah bersarapan, aku sibuk mengemas pakaian-pakaian kami. Idham bersembang dengan keluarga ku dan sekali-sekali aku turun ke bawah mesti diberi nya aku pandangan yang nakal, aku sekadar menjeling atau mencebik. Terrasa macam nak pegi jauh dan lama pulak, kedua keluarga hantar kami ke lapangan terbang. Umi dan Ibu tak penat-penat beri nasihat tentang hidup sebagai seorang isteri. Abang dan Idham asyik berbisik-bisik lepas tu ketawa, gurauan orang lelaki lah tu, tak nak campur aku. Kedua-dua Ayah rancak berbual. Kedengaran panggilan penumpang-penumpang pesawat kami dari pembesar suara. Kami beramai-ramai menuju ke pintu masuk pesawat. Adat seorang Ibu bila melepaskan anak nya mesti dengan airmata biarpun kami pergi untuk bersuka ria. Ingat persanan Umi, jaga diri baik-baikJangan nak merengek aje, Ayang tu dah jadi isteri orang, belajar jadi dewasa. Apalah Umi ni, malu kan Ayang aje. Ha, kamu tu pun sama Mik, jangan naik angin aje selalu, kalau Ibu tahu kamu asyik buat Ayang menangis siap lah kamu nanti. Ibu jangan risau lah, Mik buat Ayang senyum selalu macam kerang busuk. Idham memeluk aku tanpa segan silu, aku cepat meleraikan. Hai kau ni pun Mik tak sabar-sabar nampaknya. Memanglah Bang, kalau boleh Mik yang nak pandu pesawat tu biar cepat sampai. Ketawa besar kedua-duanya. Mik mengenyitkan mata pada ku, eiiimiang nya orang lelaki ni. Bila dipesawat kami diberi layanan yang baik, terutama sekali bila ramai yang terlihat inai dijari ku. Dari kebiasaan tugasan, peramugari dan peramugara tahu bahawa kami akan berbulan madu. Perjalanan agak lama setibanya disana, kami disambut pegawai resort dan terus dibawanya kami ke resort, tapi kami harus menaiki helicopter. Alangkah indah pegalaman ini. Idham menempah layanan istimewa agar kami tidak diburu penduduk-peduduk disana. Setibanya di Pulau Maldives, aku benar-benar terpegun dengan keindahan nya. Air nya jernih, pulau nya bersih, pasir nya putih, memang benar kata Idham tempat ini memang seronok dan romantis untuk pasangan berbulan madu. Asyiknya, sampai lupa nak layan suami sebelah Ayang ni Eh!Ayang terpegun lah dengan keindahan pulau ni. Pandai Idham pilih lokasi, pernah pergi dengan buah hati lama ke? Bawak Ayang kesini nak singkap kenangan lama ke? Alamak, lancang nya mulut aku, pasti dia naik angin. Kenapa la dengan

aku ni? Idham turus palingkan muka nya tak bercakap lagi. Kami check-in dan dibawa ke kamar Honeymoon Suite. Istimewanya kamar ini, pandangan nya menghala ke lautan jernih yang luas. Besar sekali kamar ini, segala-gala nya besar, katil besar, kamar mandi besar, tub mandi besar, ada dua ruang yang membahagikan kamar tidur. Idham masih mendiamkan diri. Dapat ku agak dia masih marah dengan gurauan ku tadi. Apa aku nak buat ni, perut dah keroncong, dia pulak tak nak pandang pun muka aku. Idham terus ke beranda menikmati keindahan alam. Aku nak kena pujuk ke, alah ni yang kes berat ni. Idham, kita nak pergi makan ke? Ayang lapar lah. Mulut dah banyak cakap yang bukan-bukan sebab tu lah lekas lapar. Aduh, terkena sindiran yang pedas sekali. Tidak aku melawan kerana aku tahu semua ni salah aku. Takkan lah nak menegakkan benang yang basah. Dia masih lagi membelakangkan aku. Ayang gurau aje, bukan niat apa-apa pun. Maaf lah kalau Idham tersinggung. Kadang-kadang dari gurauan yang tak berasas tu lah suami isteri boleh bertengkar. Ayang suka ke kita selalu bertelingkah. Ayang nak mulakan sejarah hidup kita dengan bertikam lidah? Amboi, payah betul lah lelaki depan aku ni. Lekas sangat merajuk, lekas sangat naik angin. Nampak aje badan gagah tapi hati nya mudah tersentuh. Memang gagah sekali tubuh nya, bila malam itu aku dipeluk hingga ketiduran dapat aku rasa tegap nya tubuh itu. Kalau dapat ku dakap lagi suami ku ketika ini alangkah seronok menikmati pemandangan nan indah ini. Khayalan ku jauh sekali. YaAllah, aku benar-benar sedang memeluknya, macam mana aku boleh berani melakukan perbuatan ini. Bila aku sedar, aku sedang memeluk Idham dari belakang dan dia memaut tangan ku dengan lembut. Tu lah lain kali jangan nak menduga pulak, lepas tu pandai nak ambil hati Mik ya. Malunya aku!! Nasib baik manusia tak boleh nampak khayalan orang lain kalau tidak mana lah nak letak muka aku ni. Aku leraikan pelukan ku, tapi Idham memusingkan diri berdepan dengan ku. Direnung muka ku, tak keruan aku jadi nya. LaaKenapa diam, tadi Ayang peluk Mik, ni dah berdepan senyap pulak. Idham jangan lah mengada-ngada, sengaja nak kena kan Ayang ya. Jangan lah berani peluk dari belakang aje, ni dah berdepan peluk lah, Mik nak Ayang peluk kuat-kuat sebagai denda Ayang buat salah pada Mik, cepat. Tak nak lah, apasal denda macam tu pulak, malulah.

AiDengan suami sendiri pun nak malu, ok kalau taknak peluk, Ayang kena beri Mik ciuman, kali ini tak boleh beri alasan lagi, Ayang dah buat salah kan, nak Mik maafkan tak?. Pandai lah dia nak kena kan aku, siap dihulur pipi nya lagi. Dah lah tak payah fikirfikir lagi, perut aku dah tak tertahan lagi. Aku kejam kan mata dan menjingkit ke pipi nya. Rupanya Idham memang nak kenakan aku, dia memalingkan muka kearah ku menanti ciuman ku. Terbeliak biji mata aku, bila aku rasa bibirnya. Aku cuba mengelak tapi pelukan nya dikuat kan, dengan senyuman yang nakal dia menjamah bibir ku bertalu-talu melemahkan segala tubuh badan ku dalam dakapan nya. Seketika kemudian aku tersedar kami masih di beranda. Aku tolak Idham. Nanti orang nampak lah, kita masih diluar ni. Siapa yang tengok, kan kita ditingkat atas ni, lagi pun biarlah orang tengok kita kan suami isteri. Idham ingin mengulangi perbutan nya. Malu lah, Ayang nak masuk. Ohcakap lah Ayang nak masuk, Ayang nak Mik Ayang nak makan lah lapar ni. Aku mengejek Idham, dia ketawa kerana faham alasan ku nak larikan diri. Setelah kami makan dan jalan-jalan ke sekitaran resort, kami pun naik keatas. Setelah selesai mandi, kami mengerjakan sholat dan aku bersalin pakaian tidur yang dibelikan Umi. Hampir pengsan aku tengok diri ku dicermin, baju tidur panjang berwarna merah jambu yang jarang. Hampir setengah jam aku didalam tandas, ketakutan untuk keluar hingga Idham mengetuk pintu tandas. Ayang, are u ok? ErrYup, Im okhmmm kejap ya. Im having difficulties here. What difficulties, Ayang nak tidur dalam tandas ke, masih nak mengelak lagi? Bukan itu, Umi ni belikan Ayang baju tak serupa baju, macam day curtain pulak. Terbelahak Idham ketawa. Ok..okAyang buka pintu biar Mik tengok, kalau tak elok Mik ambilkan yang lain. Janji ya jangan ketawakan, kalau Idham ketawa Ayang betul-betul tidur dalam tandas nanti. Janji lah Mik tak ketawa kan.

Aku keluar dengan berbalut kan tuala hotel yang besar di luar baju. Aku buka pintu perlahan-lahan, memang aku bertekad akan tidur dalam tandas kalau Idham ketawakan. Laaamacam mana nak tengok baju kalau berbalut macam tu? Bukak lah tuala tu. Idham melucut kan tuala ke lantai. Sepi, sepi, sepi. Aku mendongak, aku tengok Idham tak berkelip mata. Aku bertambah menggigil bila aku lihat Idham tak berbaju. Gopoh aku ingin mengangkat tuala. No! Leave itTidak ada apa yang harus diketawa kan. Ini milik Mik, inilah Bidadari yang dikurniakan untuk Mik. Idham mengangkat aku dengan mudah sekali, aku bersandar ketubuh nya. Dibawa aku ke katil yang besar itu. Dia mebaringkan aku lalu dia meredupkan cayaha lampu. Aku sedar sebahagian besar tanggungjawab ku sebagai seorang isteri sudah tiba. Mik akan berikan Ayang madu yang Mik janji kan. Im going to make you a woman. Ayang jangan takut, Mik tak akan menyakit mu. Seakan malam tak ada pagi nya. Lembut sungguh belayan nya terhadap ku, dari aku menggigil ketakutan hingga aku mengerang kesyaduan. Bunga-bunga sedang berkembang diwaktu malam. Dari mengucup kening ku, pipi ku, lalu dijamah bibirku, tangan nya bagai mengikut rentak lagu merayap merata ke seluruh tubuh ku, pada tubuh yang membukit tak lepas dibelai. Tangan ku dibawa ke tempattempat yang sulit ditubuh nya. Dan akhirnya dilucutkan baju tidurku, dan rupanya tak seutas benang pun ada ditubuh nya. Doa dilafaz, aku menyahut. Idham memandang tepat pada ku. Ayanggg Mikkk Dua tubuh menjadi satu, tumpah lah madu ke dalam labu nya. Tiap malam dua insan saling menjamah diri sehingga dirasanya pendek sekali masa berbulan madu. Kembalinya kami ketanah air, disambut Abang. Penerbangan kami sampai pagi-pagi lagi. Minggu ini kami harus pulang ke rumah Mik, untuk meluangkan masa bersama Ibu dan Ayah. Wah, berseri-serilah adik AbangTersenyum sepanjang jalan, ni mesti Mik punya kerja lah ni.

Apa yang tak berseri Bang, kalau boleh Ayang tak nak balik, merayu-rayu Mik lanjutkan bulan madu. OiiMana ada, Mik ni janganlah malu kan Ayang. Abang dan Mik saling berpandangan dan ketawa sekuat nya. Benci nya aku kalau Abang dan Mik dah bersemuka ada saja yang nak mengusik aku. Abang, kita balik rumah dulu ya, Ayang rindu lah dengan Umi dan Ayah, boleh ya Mik? Boleh, tapi malam mesti upah tau. Abang bersambungan ketawa. Bila dah terubat rindu ku pada Ayah dan Umi barulah Abang hantar kami pulang ke rumah Mik. Ibu sudah siap dengan makanan tengah hari. Aku masih terasa segan depan Ibu dan Ayah, mungkin kerana kali ini aku datang bukan sebagai tetamu tapi sebagai penghuni baru rumah ini. Lepas ini Mik tunjukkan bilik dan kamu berdua berehat lah dulu, penerbangan kan lama tadi. Ayang kalau tak suka bilik tu, beritahu Ibu ya, nanti Ibu siapkan bilik yang ditingkat atas. Takpe lah Ibu, mana-mana pun boleh. Ok Ibu, Mik pun dah letih ni. Mari Ayang kita naik berehat. Aku terpegun dengan bilik Mik, lagi besar dari yang Umi sediakan buat kami. Ada ruang tv, ruang belajar, kamar tidur saja sebesar ruang tetamu, kamar mandi sama besar dengan ruang belajar. Aku masih lagi tercegat di depan pintu. Kalau ini Ibu bilang kecil tak dapat aku bayang kan yang diatas. Ayang tak suka? Nak lihat yang atas ke. Ini lah bilik Mik, kalau untuk seorang Mik rasa selesa lah tapi kalau dua orang, Ayang rasa tak selesa kita pindah ke atas. Eh, tak, takAyang suka, besar ni. Ayang tak pernah nampak bilik sebesar ini. Kalau di atas tu macam mana ya Mik? Tak lah besar mana, tambah lagi satu kamar sebesar kamar tidur tu. Masuk lah kenapa masih tercegat kat pintu, tengah terfikir ya ruang mana nak dimulakan dulu. EiskKesitu pulak Mik ni. Tinggal seminggu lagi Mik bercuti, kami menghabis kan masa bersiar-siar. Aku juga bakal mendapat keputusan tak lama lagi. Mik dah mula bekerja, aku kesepian di siang hari. Suasana dirumah ini tak ubah di rumah ku kerana Ibu juga sibuk menghadiri majlis atau mesyuarat seperti Umi. Hari ini paling bosan kerana Mik harus pulang lewat. Aku bertanya kan Ibu kemana tujuan nya, bila Ibu kata ingin ke

majlis bersama Umi, dengan pantas aku talipon Mik minta izin ikut Ibu. Aku terus bersiap bila diizinankan. Aku bukan nya minat mengikut majlis Datin-Datin ni tapi daripada terperap di rumah baik ikut, dapat aku jumpa Umi. Aku bersembang dengan Umi sampai majlis selesai jam 6.00 petang. Umi ikutlah kita balik sekejap, Ayang belum puas nak berbual-bual dengan Umi. Eh Ayang ni, merayu macam masih kecil pulak. Tak malu ke depan Mak Mertua kamu? Umi tak boleh lah, Umi nak masak ni, Ayah kamu dah pesan suruh Ibu masak lauk kegemaran nya. Alah Umi, kejap pun tak boleh ke. Ayang nak tunjukkan bilik Mik, besar tau Umi Eh, ada ke patut bilik kamu berdua nak di tunjuk-tunjuk orang. Tak boleh tau, itu kan rahsia suami-isteri. Sudahlah Umi nak balik, nanti tak sempat siap semuanya. Ayang, kalau kamu nak ikut Umi balik sekejap pergi lah, nanti kamu suruh Pak Samad hantarkan kamu balik. Tak boleh lah Ibu, Ayang dah call Mik, tapi dia tak jawab. Masih teringat aku kisah masih bertunang. AlahNanti Ibu sampaikan pada Mik lah Ayang pergi rumah Umi takkan itu pun tak boleh? Dah lah tu, pergi saja, kalau Mik marah beritahu Ibu, Ayang jangan takut ya. Aku pandang muka Umi, dia tak berkata apa dan tak juga melarang. Mungkin benar lah takkan pergi rumah Umi sendiri pun nak marah. Kami bersembang sekeluarga, bila hampir jam 8.30 malam aku bergesa minta izin pulang kerana Mik dah beritahu yang dia akan pulang jama 9.00 malam. Aku tak makan bersama Ayah, Umi dan Abang kerana nak temankan Mik makan. Bila aku sampai kereta Mik dah ada. Aku bersalaman dengan Ibu dan Ayah dan terus naik. Mik belum makan dari pulang tadi, katanya nak tunggu Ayang. Kalau dia marah Ayang, beritahu Ibu ya. Kecut perut aku, mungkinkah dia taknak makan pasal tunggu aku atau pun marahkan aku. Aku memberi salam, tak berjawab. Kedengaran bunyi air di kamar mandi. Selepas dia keluar aku meluru nak bersalaman tapi dia mengelak. Mik ada wudhuk, kalau nak berjemaah pergi bersiap. Aku menurut saja. Selesai berjemaah, dia duduk diruang tv. Aku membersihkan diri dan bersalin pakaian lalu duduk disamping nya. Mik masih lagi berdiamkan diri. Mik nak makan, mari Ayang temankan.

Tak payah! Ayang dah kenyang, baru nak ingat suami dah makan ke belum. Nasib baik masih ingat suami kalau tak mesti tak balik tadi. Jangan lah macam tu, Ibu bilang Mik belum makan. Mik pulang kerja penat-penat takkan tak nak makan. Aku sambil melurut-lurut pipinya. Ditepis tangan aku. Tahu pun suami balik kerja penat, tapi Mik balik Ayang dah pergi merayap. Siapa kata Ayang merayap, Ayang pergi rumah Umi, tanya lah Ibu, Ibu izinkan pergi, Ayang talipon Mik tak berjawab. Baguslah tu, siapa yang jadi suami sekarang, Mik ke Ibu. Kalau Ibu yang ada hak, Ayang tak perlukan Mik lagi kan. Sekarang boleh keluar dan makan dengan Ibu, tak payah nak risau kan Mik. Mik berlalu dari sofa ke ruang belajar. Aku bingun apalah yang salah, bukan nya aku pergi kemana-mana lagipun aku pergi dengan izin Ibu. Kedengaran suara Ibu memanggil sambil mengetuk pintu. Alamak takkan aku nak beritahu yang Mik marah, tentu nanti jadi perbalahan keluarga. Ayang, kenapa belum turun lagi, Mik dengan Ayang nak makan ke tidak. Dia marah kamu ke? Eh taklah Ibu, kami baru saja habis sholat Isyak, Mik letih, nanti Ayang turun ambilkan makanan untuk Mik. Ibu jangan lah risau. Baiklah, kamu tak payah turun, nanti Ibu suruh pembantu hantar kan makan malam buat kamu berdua. Ayang jangan selindung, kalau dia marah beritahu Ibu, Mik ni memang kepala angin orang nya. Aku tersenyum dengan leteran Ibu. Bila Ibu dah pergi, aku ke ruang belajar. Aku masih tak diindahkan nya. Aku sengaja memeluk lehernya dari belakang dan ku tunduk untuk mengucup pipinya. Dengan kasar dia bingkas bangun dan keluar dari kamar. Mik turun ke bawah tanpa mempelawaku. Aku menyusul. LaaTadi kata letih nak turun, baru Ibu nak siapkan hidang. Mana Ayang? Belum sempat aku sampai ke ruang makan, aku terdengar. Ayang dah makan di rumah Umi, Mik makan sendiri, Ibu tak payah siapkan untuk dua orang. Pilu hati ku mendengar kata-kata Mik, tanpa bertanya dia mengarahkan sebegitu. Langkah ku terhenti, segan aku untuk makan dan nanti Ibu tahu. Aku menaiki tangga semula menuju ke kamar ku. Berlapar lah aku malam ini. Aku menunggu Mik di ruang tv, terlalu lama sehingga aku tertidur di sofa. Bila aku sedar, tambah

sedih hati ini. Lampu dan tv sudah dimatikan, cuma tinggal lampu kecil disudut kamar yang masih ternyala. Aku dapat lihat dengan jelas Mik sudah berbaringan di katil, lena tidurnya. Perut terasa lapar tapi aku tak berani turun, aku paksa lelapkan mata ku. Kedengaran bunyi mandian dalam tandas. Dah subuh, aku baru terjaga. Bila Mik keluar tak dihiraukan nya aku yang menanti giliran. Bila selesai mandi dan telah mengangkat wuduk, aku hairan Mik tiada dalam kamar. Sejadah sudah berlipat menunjukkan dia telah selasai bersholat. Sayu hati aku bertambahan, aku mengerjakan sholat dan berdoa meminta kekuatan iman mengharungi suami ku. Setelah aku bersiap memakai baju kurung dan mengena kan tudung yang rapi aku turun ke bawah untuk bersarapan. Perut dah mula mendendangkan lagu keroncong. Ha! Baru siap tuan puteri? Terhenti langkah ku, terlupa aku hari ini hari Sabtu, Mik tak kerja. Dia dah bersiap sambil memegang kunci kereta, Ibu pun aku tengok dah berpakain rapi. Dah lah tu, jangan tercegat aje, kita dah lama tunggu tuan puteri bersiap nak ke pasarraya. Takkan lah tahu cari makan tapi tak tahu nak pergi belanja. Apa kamu cakap ni Mik, Ayang baru nak sarapan biarlah dulu. Takpe lah Ibu, kita pegi sekarang, nanti lambat, sesak pulak. Mik terus masuk ke kereta. Aku paksa Ibu duduk dihadapan, tanda hormat pada orang tua dan juga aku tak dapat menahan sebak dengan kelakuan Mik. Aku mengesat setitis dua yang mengalir takut nanti ketahuaan Ibu. Sesekali dua aku dapat melihat Mik melirik ke arah ku, tapi langsung dia tak bercakap hanya Ibu saja yang dilayan nya. Tiba di pasar raya, aku sekali lagi menjadi sasaran kemarahan nya. Disuruh nya aku kesana kesini untuk mengambil barang-barangan belanja. Ibu melarang tapi Mik pandai berdalih, aku hanya ikutkan saja. Aku tahu ini semua disebabkan semalam. Kepala aku terasa pening sekali, Mik pergi mengambil kereta. Ibu pergi membeli bunga katanya. Bila Mik sampai, dia menyuruh aku memasukkan kesemua barang barang itu di belakang kereta. Mik bantu Ayang ya, kepala pening la. Hai baru suruh kerja sikit dah beri alasan macam-macam, tapi kalau merayap tak payah suruh pun. Angkat lah perlahan-lahan, Mik nak cari Ibu. Aku paksa kan diri buat segala nya. Bila Ibu tiba dia tak syak apa-apa kerana semuanya dah aku simpang. Mik tersengih puas dari jauh. Bila sampai kerumah, sekali lagi Mik mengarahkan aku yang membawa kesemuanya masuk. Ibu pergi bersalin pakaian dan pembantu rumah dilarang membantu aku. Kepala aku yang

terasa pening menjadi mabuk, baru dua plastik bag aku angkat, pemandangan aku kabur. Aku tersungkur dan sekeliling gelap sekali. Mik mana barang-barang, kamu belum angkat masuk dapur ke? Ibu nak masak ni. Tuan puteri tu lambat sangat lah Ibu. MikkkkApa kamu dah buat ni? Ayah mari sini, Ayang pengsan, dia jatuh, kepala nya darah. Cepat lah angkat Ayang. Bila sedar, aku sudah berada di kamar. Aku lihat sekeliling, biarpun pandangan ku masih kabur tapi dapat ku lihat Idham berada disamping ku. Semua ahli keluarga juga ada. Doktor sedang mengemas peralatan nya. Encik ni suami Cik Kiara Diana? Ya doktor, kenapa dengan isteri saya? Isteri encik ni sedang berpuasa ke? Keadaan nya lemah sekali, dia kena gastrik, saya rasa jangan dibenarkan dia berpuasa dulu ya. Baik doktor, terima kasih. Idham tertunduk mengerti silapnya. Ibu dan Umi menghampiri kami. Dari bila kamu tak makan ni Ayang? Semalam pulang ke sini makan ke tidak? Kamu bilang nak makan dengan Idham. Semalam Ayang belum makan?! Tapi Mik kata kamu tak nak makan kerana dah makan di rumah Umi? Soalan Umi dan Ibu selih berganti. Kedua-dua nya merenung tajam kearah Idham, terutama sekali Ibu yang teringat pagi tadi aku tidak sempat sarapan dan perbuatan Idham yang tidak berhati perut terhadap ku. Aku tidak mahu keadaan menjadi lebih hening. Bukan macam tu Ibu, Mik tak salah, memang Ayang yang tak nak makan semalam kerana terlalu letih. Umi dan Ibu jangan lah risau, Ayang turun makan sekarang ya. DahdahAyang tak payah kemana mana, nanti ibu bawa makanan naik. Tubuh Ayang tu masih lemah. Datin, Datuk, Ayah mari lah kita ke bawah, biar Ayang berehat. Bila semua dah keluar Ibu sempat berpesan. Mik! Ibu tahu kamu yang salah dalam hal ini, tak payah lah Ayang nak selindungkan kamu. Ibu dah faham benar panas baran kamu tu. Kalau terjadi apaapa pada Ayang, tahulah Ibu nak buat pada kamu nanti. Bernikah belum sebulan, kamu dah buat yang tak sepatut nya

Idham hanya memandangku sepi, tidak membalas kata-kata Ibu. Bukan niat aku hendak mempersalahkan nya tapi perkara dah terjadi. Nota: Kewajiban seorang isteri melindungi aib suami nya tetapi sehingga ke tahap mana harus dipertahankan nya. Sejak peristiwa itu aku tidak lagi kemana-mana. Aku tidak mahu mengusutkan hubungan kami berdua. Mungkin Idham masih rasa bersalah, layanan nya terhadap ku baik sekali. Setiap pulang mesti aku dimanjakan dengan hadiah atau bungabunga jambangan. Tapi dia tidak pula bersatu dengan aku, mungkin takut aku menolaknya kerana sangka aku masih marahkannya. Ibu simpati padaku kerana sikap Idham yang menyekat kebebasan ku. Ayang banyak lah bersabar ya, Mik tu memang macam tu orang nya. Dia anak tunggal, hak miliknya selalu dijaga rapi, tak pandai berkongsi, sampaikan orang yang disayang nya pun tak boleh berkongsi kasih. Maksud Ibu? Ibu ni aje dia tak boleh berkongsi. Dulu Ibu jaga anak saudara kerana Ibu nya bertugas luar negara sebulan, mahu terbalik rumah ini dibuat nya, mengamuk si Mik siang dan malam. Paksa Ibu kasi balik budak itu, asyik diulang-ulang nya yang Ibu tak sayangkan dia. Sampai bawak demam dia Ayang. Mahu tak mahu terpaksa lah Ibu minta tolong adik Ibu menjaga anak saudara ibu tu. Lucu aku mendengar cerita ibu, tak sangka ya selama ini abang dan ayah selalu bising yang aku ni terlalu manja tapi sekarang Idham dah kalah kan aku rupanya. Ini kan pula Ayang yang dipuja-puja 4 tahun lamanya. Nasib lah pinangan Mik diterima kalau tidak Ibu tak tahu lah mana punya angau jadinya Mik tu. InsyaAllah Ibu, selagi ada kudrat nya, Ayang akan belajar bersabar dan menjaga hati Mik dengan baik. Sambil minum petang Ibu dan aku bersembang di taman rumah. Aku banyak belajar tentang Mik, memang sukar hendak bersoal jawab dengan lelaki itu sendiri kerana angin nya tak tentu hala, sekejap baik sekejap buruk. Jadi aku ambil peluang yang terbaik ini. Bila hampir senja, menjadi kebiasan aku mandi dan bersiap sedia untuk menyambut Idham pulang kerja. Ini pun atas ajaran Umi yang berjela-jela, isteri harus membersihkan diri, berhias kalau boleh bila menyambut suami, lagi-lagi kalau dia penat pulang kerja. Akan hilang semua rasa penat kalau lihat isteri lawah, cantik dan bersih yang menyambut nya. Tergesa-gesa aku mandi, bersembang dengan Ibu sampai tak perasan waktu Mik hendak balik. Aku keluar kamar mandi hanya berbalut kan tuala kerana hendak cepat bersalin. Lampu pun belum aku nyala kan.

Astafirullahalazim Terlolong aku dibuatnya kerana Idham sudah berbaringan di katil. Geli hati dia melihat aku tekejut lalu dia terdiam memandangku. Mesti aku nak dimarah nya, kerana belum pun siap dengan minuman petang untuk nya bila pulang dari kerja. Aku dengan perlahan menuju kearah nya, lupa aku yang aku hanya berbalut tuala saja. Errmaaf ya , Ayang belum ambilkan minuman. Maaf lagi ya, lambat mandi tadi tapi Ayang tak pergi mana-mana cuma sembang dengan Ibu aje. Panjang lebar dan gugup aku jelaskan supaya dia tak naik angin. Dia tetap baring tanpa bergerak, mata nya tetap menatap ku. Apa lagi alasan yang aku nak beri ni. Kenapa lah aku harus takut kalau aku tak kemana-mana pun. Mik tak marah, tak minum pun takpe. Ayang masih marahkan Mik pasal hari itu? Aku ditarik duduk bersebelahan dia berbaring. Dibelai rambut ku. Tak lah Ayang tak marah cuma terkilan, baru masuk sebulan kita bernikah Mik dah benci Ayang. Siapa kata Mik benci? Mik lagi tak sanggup bila Ayang tak layan, sebab itu Mik sangka Ayang masih marah. Ayang jangan ulang kesilapan itu ya, Mik jadi tak menentu kalau Ayang takde. Kalau boleh Mik nak Ayang selalu didepan mata Mik. Luka nya masih sakit lagi? Dipegang luka didahi ku, lalu membelai rambut ku, tangan nya merayap ke bahu ke yang tak beralas. Hangat tangannya, barulah aku sedar keadaan ku yang belum siap lagi. Aku terus bingkas bangun. Eh? Nak kemana Ayang belum siap lagi. Siapa kata belum siap, pada mata Mik, Ayang dah cukup siap dan ini lah persiapan yang Mik nantikan. Mik rindukan Ayang, belum puas lagi suami mu membelai mu sayang. Bermanja dengan Mik, please. Biarpun pun kami dah halal, aku tetap berperasaan malu, baru sebulan tidur sekatil mesti lah masih gugup. Aku tak tahu hendak berbuat apa, bukan nya aku pakar dalam hal ini. Cari alasan lagi lah nampaknya. Kita minum petang dulu yok, Mik tentu dahaga. Ayang dan Ibu ada buat kueh tau. Nak mengelak ke dari tanggung jawab seorang isteri? Dosa tau.

Oh bab ini ingat dosa, aniaya isteri tak ingat pasal dosa. Mik mengada-ngada ya. Idham ketawa nak menarik aku balik ke pangkuan nya. EhNanti terlepas lah tuala, jangan lah macam ni. Ayang nak siap lah, nanti Ayah Ibu tunggu minum petang. Biarlah terlepas, memang seronok. Mereka tak tunggu la, Mik dah bilang Ayah Ibu Mik nak makan Ayang dulu. Terbeliak biji mata aku dengan pengakuan Idham. Lepas lah Mik, Ayang malu lah. LahDengan suami sendiri buat apa nak malu. Suami ada hak atas segala hak milik isteri nya walaupun yang sulit. Jadi sekarang Mik nak lihat hak Mik sepuaspuas nya. Tak daya melawan kehendaknya, kerana itulah punca utama kaum perempuan menjadi penghuni neraka. Lucut lah benang-benang yang mambaluti tubuh ku. Diteroka setiap inci anggota ku, terasa hangat tubuh nya yang menghempit. Aku hanyut dalam lautan gelombang ganas. Hampir empat bulan aku tinggal di rumah Idham, aku sudah mula sesuaikan diri. Perasaan kasih dan sayang mula segar kerana Idham sangat prihatin pada diri ku. Setiap sentuhan, kucupan dan belain masih terasa seperti kali pertama. Tambah lagi Idham kerap membawa aku melawat Umi dan Ayah supaya aku tak perlu pergi sendiri. Tidak ada perbalahan atau selisih faham lagi antara kita. Aku mendapat keputusan yang cemerlang dan ditawarkan berkhidmat di syarikat yang besar dan maju sebagai seorang Architech. Alhamdulillah, keputusan baik dan Ayang gembira sangat dengan tawaran ini. Tak lama lagi Ayang nak mula kerja. Rasa ku itulah yang ditunggu-tunggu setiap orang bila sudah lulus pembelajaran nya. Inilah masa nya mempraktikkan kebolehan masing-masing dalam mengharungi alam yang berbeza dari alam persekolahan. Aku lihat Idham tidak memberikan sambutan yang baik. Tak perlu lah kerja, kan Mik boleh tanggung segalanya, lebih dari cukup pun. Huh?! Takkan lah Ayang nak biarkan sijil Ayang macam tu aje, peluang ini lah yang Ayang tunggu. Ayang nak timba pengalaman baru Nak timba pengalaman baru atau nak cari lelaki baru. Mik tak izin kan Ayang kerja, diluar sana tak sesuai untuk Ayang, tak sesuai untuk isteri Mik.

Mik janganlah berfikiran cetek sangat, bukan nya semua isteri-isteri yang pergi bekerja akan bersikap tidak jujur pada suami. Mik tak peduli, Mik dah nampak sendiri kawan kampus, kawan kerja bila dah bebas bekerja, mula lupa diri, lupa suami dan lupa halal dan haram berhubungan. Mik tak mahu ambil risiko itu ke atas Ayang, sebelum hati atau pendirian berubah lebih baik Mik cegah dulu. Jangan lah sama kan Ayang dengan orang lain. Ayang sayangkan Mik, tak mungkin jadi macam tu. Tidak!!Tidak!!Ayang jangan nak melawan lagi, kalau kurang pemberian Mik, Ayang cakap sahaja apa lagi yang Ayang mahukan!!! Rumah mewah sebesar ini, kereta atau harta yang melimpah ruah, cakap sahaja akan Mik sediakan tapi Ayang tidak boleh keluar bekerja. Kuat bentak nya suara Idham terhadap ku, membuatkan aku kecut sekali. Menangis lah aku sekali lagi. Aku langsung tak mengerti sikap Idham, kenapa dia terlalu cemburu, aku kan sudah jadi miliknya, apa lagi yang perlu difikir lagi. Biasanya orang yang berubah haluan kerana kurang mendapat perhatian pasangan masingmasing, tapi hubungan kita mesra dan baik sekali. Cemburu satu hal, tak boleh diajak berunding lebih teruk dibuat nya. Aku telah memberitahu keluarga ku,Ibu dan Ayah tentang tawaran yang aku dapat. Mereka semua berkongsi kegembiraan ku tapi Idham menjeling tajam kearah ku. Walaupun mereka menyokong ku tetapi mereka tak dapat berbuat apa-apa. Ayah menasihati aku supaya bersabar dan mengikuti nasihat suami ku kerana itu lah yang terbaik buat aku masa ini. Umi melarang sama-sekali aku mengingkari Idham. Kamu pujuk lah dia pelan-pelan, katakan juga suami lama-lama lemah juga dengan pujuk rayu isteri. Tapi Mik ni lain sikit lah Umi, pendirian nya teguh, susah nak dilentur, kalau dah hitam kata dia hitam lah jawab nya. Umi tahu lah itu kalau tidak takkan dia sanggup tunggu kamu sampai 4tahun lamanya. Sudah lah Ayang kalau betul kamu tak dibenarkan kerja, duduk aje lah di rumah. Betul kata Mik, kamu tak kurang apa-apa pun. Hampa bila Umi dan Ayah berada dipihak Idham, bukan nya aku nak menderhaka pada suami tapi aku ingin tahu sampai tahap mana kebolehan ku. Aku juga ada impian menjadi Architect yang berjaya dan berikhtiraf. Aku tetap menjalani harihari macam biasa walaupun aku masih mengharap Idham berubah fikiran. Idham pulak buat macam perkara yang itu tak pernah dibincangkan. Ayang petang ini bersiap ya, Mik nak ajak makan malam diluar. Dari hari kita bernikah, Mik belum pun bawa Ayang makan diluarkan.

Apa pulak angin suami aku hari ini. Biasa nya kalau diajak keluar ada saja alasan, letih lah, ramai orang lah, tak dapat bebas lah dan macam-macam lagi. Tapi hari ini dia yang mengajak aku keluar. Tapi seronok lah juga, sekali-sekali dapat keluar jalan-jalan. Ok lah, tapi kita nak makan dimana? Ayang pakai smart casual saja boleh? Boleh lah tu, Ayang pakai apa-apa pun cantik, tak pakai lagi cantik. Miang lah Mik ni. Aku maklumkan pada Ibu yang aku dan Mik tidak makan dirumah supaya tidak sibuk menyusahkan nya menyiapkan makanan malam. Ibu senyum seperti berahsia. Tepat jam 5.00 petang Mik sudah datang menjemput ku. Kegembiraan nya terserlah sekali. Amboi lawanya, macam pelakon. Mesti ramai yang cemburu pada Mik. Ini yang buat Mik tak jadi nak pergi niEii geram EhApa niJanganlahSenget tudung Ayang nanti. Kenapa ni, senyum-senyum macam kerang busuk? Ada lah, nanti sampai di restaurant baru Mik beritahu. Tempat yang dituju sungguh menakjubkan, aku rasa tempat ini hanya orang berada yang mampu kesini. Meja kami di sudut dengan pemandangan yang indah. Nasib baik lah aku berpakaian yang sempurna, sesuai lah dengan keadaan. Bukan apa, suami aku seorang Doktor manalah tahu terjumpa pesakit nya atau rakan-rakan sekerja nya. Harus jugak aku menjaga tarafnya. Kenapa pilih tempat macam ini, tentu mahal kan. Hari ini ada kejutan istimewa sebab itu Mik pilih tempat istimewa, lagipun tak lah mahal sangat berbaloi lah dengan layanan dan makanan nya yang lazat-lazat. Hari istimewa? Mik dapat naik pangkat ya atau Mik dah buat keputusan nak izinkan Ayang bekerja. Sengaja aku menduga nya. NopeHal itu tak payah nak tanya-tanya lagi keputusan Mik tak akan berubah. Ini hal lain. AlahhBenci lah cakap dengan Mik, tak boleh bawak berunding. Ah..ahDerhaka tau benci pada suami. Aku mencebikkan muka, dulu tak pernah aku tak dapat apa yang aku mahukan, sekarang dah bersuami, ini tak boleh itu tak boleh. Eh dah lah, memang berdosa kalau tak bersyukur tulisan Allah S.W.T. Sekurang-kurang nya aku tahu yang Idham benar-benar sayang kan aku. Idham menghulurkan kotak yang berwana emas, siap

berebin. Kotak nya tidak besar dan juga bukan saiz kotak cincin. Aku pelik, Idham masih lagi tersenyum. Open itIts special, just for my beautiful wife. What this? Its not my birthday yet, its also not our anniversary. I know, just open it. Aku buka kotak itu, ada kunci. Bukan seperti kunci kereta. Mik dah beli rumah, tak lah sebesar sekarang tapi memadai untuk kita berdua. Esok Mik cuti, kita pergi tengok rumah kita ya. Mik sengaja tak beritahu Ayang, nak buat kejutan tapi Mik pasti Ayang tentu suka. Berpindah?! Tapi kenapa? Apa kata Ayah Ibu nanti, kan kesian mereka keseorangan dan Ayang juga nanti sunyi tak berteman. Idham kecewa dengan tindak balas aku, tapi dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hal itu tak perlu risau, nanti kalau kita dah berkeluarga tak sunyi lagi kan. Nampak nya sekali lagi haluan hidup ku sudah diatur. Kami bakal berpindah ke rumah baru apabila pembaikan rumah selesai. Tidak sebesar rumah sekarang katanya, tapi kalau dibenarkan boleh dijadikan gudang. Apa yang aku nak buat dalam rumah sebesar ini, hanya tinggal berdua sahaja. Cuma yang aku seronok kolam renang kami tertutup, dapat lah aku bebas bermandi-manda. Memang seperti yang aku jangkakan, Ibu sedih dengan keputusan Idham. Bukan lah jauh rumah kami tapi tetap dirasakan sebagai satu perpisahan. Banyak masa ku terisi, kerana Idham serahkan segala urusan decorasi kepada ku. Aku sibuk kehulu kehilir untuk mendapatkan tawaran yang terbaik bagi perhiasanperhiasan rumah ku. Banyak masa ku dihabiskan di ruang belajar, menyelunsur lelaman web, membuat pangilan-pangilan dan macam-macam lagi. Mencari bahanbahan dan ilham-ilham yang sesuai untuk setiap pelusuk rumah ku, bukan nya mudah kerana aku ingin sekali memberikan yang terbaik, itulah harapan Idham. Ayang buatlah apa yang patut, Mik percaya Ayang tak akan bosan lagi. Kalau perlu kemana-mana beritahu dulu, nanti Mik hantarkan kalau Mik tak senang, boleh pergi dengan Ibu atau Umi. Tapi tak boleh pergi sendirianFaham Baiklah sayangda faham sangat. Idham tak putus-putus memesan pada ku. Rasanya Permaisuri Raja pun tak serupa aku, mereka lebih bebas kemana-mana tak terkawal seperti aku. Kadang-kadang aku sengaja mengusik nya tapi sebelum dia marah pandai-pandai lah memujuk nya. Tapi kalau ada yang nak temankan Ayang selain dari Ibu ke Umi, boleh tak?

Senyuman dibibirnya serta-merta padam, lucu tatkala melihat Idham seperti itu. Ibarat digunakan petikan suis mengawasi senyuman nya. Ayang jangan menduga kesabaran Mik. Tambah aku merengek padanya. AlahhBoleh lah, sekali-sekala saja, sekejap pun jadi. Tegak badan nya dari posisi malas di sofa. Aku dah mula terkekek-kekek. Cakap siapa orang itu!! Aku tak dapat menahan lagi, terlerai juga tawa ku. Idham hairan. Aku beralih ke pangkuan nya dan aku kucup pipi suami ku. Pelukan dan kucupan-kucupan kecil sudah menjadi kebiasaan kerana itu perilaku Idham setiap masa pada ku. Kadangkala didepan Ayah dan Ibu pun dia tidak segan silu lagi. Teramat sayang ya Mik pada Ayang? Baru bergurau dan nak mengamuk, manalah ada orang lain yang nak temankanCuma ada Mik seorang. Aku lihat raut wajah nya berubah memerhatikan lenggok-lenggok aku memujuk. Masih lagi aku menguji keteguhannya, aku memainkan jari ku pada dadanya yang tak berpakaian. Tak baik tau selalu marah-marah, suami mesti selalu tersenyum dan bermesra dengan isterinya, InsyaAllah kalau dikurniakan zuriat, manis dan sempurna segala nya. Kalau masam-masam muka kurang seronok tau. Jari-jari ku makin berani ku dekat kan ke bahagian sulitnya. Nafas nya dihembus kuat dan laju. Aku tahu Idham akan selalu tewas dengan keghairahan nafsunya pada ku, bila tangan nya mula merayap ke paha ku, aku bingkas bangun. Tapi kalau Mik masih nak marah-marah, takpe lah, biar Ayang duduk berseorangan. Ayang jangan nak mengada-ngada, dah buat Mik macam ni nak lari pulak. Mik tak sanggup lagi nak menahan, teruskan apa yang Ayang nak buat pada Mik. Ketawa ku tak terkawal lagi, Idham tahu dia tewas dengan pujuk rayu ku. Aku yang menjadi Nakhoda pelayaran malam itu. Inilah kebahagian yang aku inginkan sepanjang jodoh ku bersama Idham Mikail. Urusan pindah memindah selesai sudah. Atas permintaan Ayah Ibu, kami berpindah genap setahun ulang tahun hari pernikhan kami. Majlis kesyukuran diadakan, ramai saudara mara dari pihak Idham yang berkujung kerana di pihak aku kebanyakan nya tinggal berjauhan. Dirumah ini lah kebahagiaan dan kedukaan silih berganti dalam perhubungan kami.

Ayang suka dengan rumah kita. Inikan hadiah dari Mik mestilah suka, tapi kalau Mik keluar bekerja kesunyian lah Ayang seharian. Jangan lah risau, nanti bila dah ramai anak tentu tak sunyi lagi. Dah setahun, masih belum ada rezeki, Mik tak menyesal ke? Ayang takut tak boleh ShhhJangan cakap macam tu, tulisan yang Maha Esa kita jangan mengeluh, buat masa sekarang biarlah Mik puaskan diri dengan Ayang, pasal nanti dah dapat anak mesti Mik tak dilayan lagi. Aku hanya tersenyum dengan kata-kata nya. Kesibukan mengurus rumah cukup untuk mengisi kesunyian, aku melarang Idham mengambilkan pembantu kerana kalau ada, bertambah bosan lah aku nanti. Idham acap kali pulang makan tengah hari bersama ku bila ada kelapangan. Ayang, hari ini Mik tak dapat makan bersama, nak masuk operasi ni, tentu tak sempat. Kalau macam tu biar Ayang hantarkan makanan ke hospital ya. Tak perlu lah, menyusahkan Ayang aje, lagipun macam mana nak datang? Apa yang susah, dah masak ni, nanti Ayang naik teksi aje. Tapi Ayang tak pernah datang hospital tempat Mik kerja dan tak tahu pejabat Mik. Jangan lah risau, Ayang bukannya budak kecil, pandailah Ayang bertanya. Ok lah, tunggu di pejabat ya. Aku bersiap dan semua keperluan dan lauk pauk. Bila tiba di hospital aku bertanya kan arah dan dengan mudah mencari pejabat nya. Aku hanya menanti satu jam saja, Idham pun tiba bersama rakan-rakan nya. Dua jejaka dan seorang wanita. Kami dikenalkan, kesemua nya ramah sekali. Aznil, Hans dan Sue adalah teman sekampus Idham dan sekarang mereka tetap bekerja sebumbung. Dapat aku rasanya dari gerak geri Aznil dan Sue, mereka adalah pasangan. Hans lebih banyak bercakap dari yang lain-lain dan banyak bertanya kan tentang aku. Rasanya tidak ada apa-apa yang memburukkan suasana, Idham juga ketawa dan berkongsi cerita tentang masa lampau di kampus. Setelah selesai makan, masing-masing melalukan tugasan dan Idham akan jemput aku sejam lagi untuk pulang bersama. Bukan main seronok lagi bersuka-suka dengan Hans. Belum pun sempat punggung ku panas masuk di kereta. Aku dengan pelik memangdangnya.

Apa maksud Mik, tak faham lah. Tak faham ke buat-buat tak faham!! Mik tak lepas sesaat pun memerhatikan Ayang dan Hans. Bukan main seronok bertukar-tukar soalan. Kalau Mik tak ada situ mesti lebih seronok lah. Mik jangan lah buat andaian yang bukan-bukan. Ayang kan ada di depan mata Mik, mana ada kita berbual perkara-perkara yang sumbang. Ayang tak kenal si Hans tu, lintah darat!! Pantang nampak perempuan cantik, tak kira anak dara ke isteri orang ke semua dia berkenan. Lagi-lagi kalau perempuan tu gatal melayan dia, mesti menjadi-jadi. Itu hak dia lah nak jadi lintah darat ke buaya darat, Ayang tak ada urusan langsung dengan dia. Kenapa lah kerana dia Mik nak marah-marah kan Ayang. Sebabnya Ayang yang gatal melanyan dia!! Bagai terdengar petir berdentam-dentum ke telinga ku. Aku benar-benar bingun dengan kelakuan Idham yang cemburu tak berasas. Mikk!!Sampai hati tuduh Ayang macam tu, niat Ayang datang ke pejabat untuk makan tengahari bersama Mik, tak ada lain. Ayang pun tak kenal kawan-kawan Mik kan. AhhItu semua alasan! Mik tahu Ayang bosan dekat rumah, sebab tu lah sengaja cari alasan nak keluar, untung-untung dapat tuah macam hari ini, dapat jumpa lelaki dan berbual mesra. Aku tidak berkata-kata lagi kerana aku tahu tak ada gunanya kalau bertikam lidah dalam keadaan marah nya sekarang dan aku dah mula mengangis kerana terkilan dengan tuduhan nya. Ha!! Kenapa diam, masih teringatkan Hans ke, Mik di sebelah dah tak ingat ke? Menyala-nyala api kemarahan di dada, aku menoleh ke Idham dengan pandangan yang tajam, baru dia sedar yang aku sedang menangis. Aku berbanyakkan beristhifar dalam hati ku dan mendiamkan diri sehingga sampai ke rumah. Aku menguruskan kerja-kerja didapur untuk makan malam, tidak langsung aku menegur Idham, sekadar menjawab mana yang perlu. Ayang duduk lah sini dengan Mik. Ayang nak masak lah. Bila Idham ke dapur, aku sengaja mengelak. Aku ke meja makan menyiapkan hidangan. Di rumah besar ini hanya berdua, jelas sekali kalau ada perselisihan faham, sepi keadaan. Tentu saja gelisah tak menentu.

Ayang nak Mik bantu. Tak payah lah dah hampir siap, duduk aje lah di luar. Apabila selesai semuanya baru lah aku yang menegurnya diruang depan. Mik, makan malam dah siap, Mik makan ya, Ayang nak naik atas. Nanti dah selesai Ayang kemas, Mik jangan angkat ya. Kenapa tak makan sekali? Masih merajuk ke dah tak sudi nak makan dengan Mik kerana teringat. Sudah lah pergi makan nanti sejuk lauk. Aku baru nak melangkah. Kalau Ayang tak nak makan bersama, Mik pun tak nak makan. Simpan lah semua makanan tu. Makan lah kan Ayang dah penat masak Mik tahu Ayang dah penat, sebab tu lah mesti makan, jadi dapat tenaga tu balik untuk layan Mik. Aku keliru, macam tidak ada apa-apa yang dimarahkan nya lagi sedangkan aku masih sebak dengan tuduhan nya. Dia bangun, memimpin aku ke ruang meja makan. Dah lah tu, mari kita makan. Ayang penat kan, biar Mik suapkan ya. Seorang isteri tak baik tau menyimpan dendam pada suami. Begitu mudah? Dah Mik tuduh Ayang, lepas tu macam tak ada apa-apa yang berlaku? Mana ada Mik menuduh, Mik hanya menduga, salah ke menduga kesetiaan isteri sendiri. Sudah-sudah Mik tak nak bincang lagi pasal tu, sekarang Mik nak layan Ayang makan kerana nanti Ayang yang kena layan Mik. Menduga? Dengan menggunakan kata-kata yang kesat? Bagaimana harus aku mengenali kelakuan yang ada dalam diri Idham. Masalah itu terkubur begitu sahaja. Tak terdaya kudrat ku untuk teruskan pertengkaran, aku memang banyak mengalah dengan sikap suami ku. Idham menguasai aku malam ini, belain nya seperti selalu. Melemahkan aku dengan sentuhan-sentuhan lembut sehingga aku tewas dalam pertaruhan ini. Hari demi hari aku makin lemah melakukan kerja rumah, melayan kehendak Idham juga aku tak berdaya rasa nya. Aku memaksa diri walaupun kebanyakan masa aku minta Idham membelikan makanan dari luar kerana aku letih membuat kerja rumah dan bila aku memasak tidak dapat aku buat kerja rumah. Keinginan Idham juga

tidak dapat aku turutkan seperti biasa, aku akan tertidur sebaik sahaja selesai sholat Ishak. Keadaan seperti yang mulanya diterima Idham menjadi perbalahan. Hari ini Mik makan diluar ya sebelum pulang, Ayang tak larat lah nak masak. Lemah sangat dan mabuk ni. Kalau sakit Mik hantarkan ke doktor. Tak lah, tak sakit cuma letih aje ni. Kalau tak sakit, takkan hari-hari beri alasan yang sama. Kalau soal makan Mik tak kisah tapi kalau sampai dah tak mahu layan kehendak Mik, macam lain aje bunyi nya. Ayang dah dapat layanan yang lebih baik ke? Apa yang Mik cakap ni, dah lah. Mik jangan lupa makan dulu sebelum pulang ya. Aku letakkan ganggang talipon tanpa menunggu balasan. Aku tahu pasti Idham marah tapi aku perlu istirehat, aku perlu tidur. Aku sedar bila terdengar kereta Idham berderum di laman. Aku terus bangun lalu mandi dan mengerjakan sholat Asar, walaupun berat sekali kepala ini. Setelah selesai, Idham masuk ke kamar, tidak seperti biasanya dia memberi salam. Ayang kemana selepas talipon Mik tadi?! Tak kemana-mana, Ayang terus tertidur hingga lah sekarang. Bohong!!Mik talipon berkali-kali, kalau betul tidur takkan sampai tak jawab talipon. Cakap dengan Mik Ayang pergi mana tadi!! Disentap nya tangan aku dengan kuat, membuatkan aku mengerang kesakitan. Idham tidak peduli dengan reaksi ku. Ayang tak pergi kemana-mana, percaya lah Mik. Aku meraung sambil menahan kesakitan. Idham masih lagi memegang tangan ku dengan kuat. Mik rasa ada sesuatu yang tak kena, sekarang selalu tak masak, berkemas pun bila perlu dan sengaja nak mengelak melayan kehendak Mik. Kalau tak kerana Ayang dah keluar berseronok di siang hari, takkan lah sampai penat macam ni. Jangan lah menuduh, Ayang tak buat apa-apa. Lepas lah, sakit Mik. Sekarang Mik pegang pun dah tak suka ya. Mik berhak buat apa saja, Ayang isteri Mik. Jangan ingat Mik akan biarkan keadaan ini berlarutan. Bila Mik perlukan, Ayang mesti melayan kehendak Mik. Idham dengan mudah mendukong aku dan direbahkan aku ke katil.

Ayang jangan ingkar, kalau Ayang masih setia sebagai isteri Mik, puaskan diri Mik, sekarang!! Tolong lah Mik, jangan buat macam ni, Ayang lemah sangat. Esok lusa kan masih ada. Tidak! Sudah beberapa hari Ayang mengelakkan diri, Mik tak boleh tahan lagi, Mik perlukan Ayang. Idham mengambil kesempatan atas kelemahan ku. Dijamahnya tubuh ku tetapi memang sikap Idham yang aku kagum, dia tetap membelai aku dengan kasih sayang, cuma aku yang tak tertahan bila tubuh ku dihempit nya. AyangAyang bangun sayang, kita sholat maghrib. Waktu dah nak habis, kita ketiduran ni. Lenyak pula Ayang tidur, aku kejut tak bangun-bangun. Cantiknya isteri aku, biar pun dalam tidur nya tetap manis dipandang mata. Tak pernah aku rasa puas mendampingi nya, kalau boleh ingin aku menabur kasih setiap hari kepada nya. Tapi mengapa kebelakangan ini Ayang berubah mendadak, eh waktu dah nak habis la. Ayang bangun, seronok sangat ke sampai tak boleh bangun? Itu lah, lain kali jangan menolak kalau Mik nak bahagiakan Ayang Aku mengoyang tubuh nya dengan pelahan tapi dia tetap tidak celikkan mata. Longlai tubuhnya aku rasa agak berlainan. Aku memeriksa nadi nya, mata nya dan denyutan dada nya, memang kedengaran lemah sekali. Ya Allah, Ayang pengsan. Aku dengan pantas menelifon hospital dan bersiap. Aku harus menyiapkan Ayang sebelum ambulans tiba, bila aku buka selimut yang menutup tubuh nyaDarah!! Ya Allah, Ayang!! Ayang kenapa ni? Ayang sakit apa, kenapa tak beritahu Mik Ayang sakit? Aku berlaung walaupun Ayang masih tidak sedarkan diri. Aku pastikan dari mana datang nya darah yang banyak itu. Tidak mungkin, adakah Ayang mengandung? Tapi dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Dia tidak muntah-muntah, tidak mabuk cuma.penat, dia kerap penat. Haii, kenapalah aku bodoh sangat tak nampak perubahan isteri ku sendiri. Ayang, maafkan Mik sayang, Mik tak tahu, Mik salah. Kedengaran ambulans dah tiba, aku pun dengan pantas melengkapkan pakaian Ayang dengan sempurna dan menutupkan kepala nya dengan selendang ringkas yang selalu dipakai nya. Aku menelipon kedua-dua orang tua kami dan Sue supaya bersedia menerima kami. Sue dalam bidang sakit puan jadi dia lah yang sesuai

sekali aku hubungi. Setiba disana aku memberi laporan ringkas pada Sue dan aku juga memberi pandangan mungkin Ayang hamil. Sue tolong lah, biar saya masuk. Mik, izinkan lah saya merawat nya, jangan lah awak risau.Awak tunggu lah diluar dan tenteramkan keluaraga awak ya. Aku dengan berat melangkah ke arah keluarga ku. Mik kenapa dengan Ayang, kenapa boleh sampai pengsan macam tu? Macam mana dia sekarang, dah sedar ke belum? Ibu dan Umi mengajukan soalan bertubi-tubi. Kedua-dua Ayah, dan Abang cuba menenangkan keadaan. Ayang masih belum sedar Bu, Umi. Mungkin Ayang hamil tapi itu belum pasti lagi. Mik, apa kamu dah buat pada Ayang!! Ibu yakin mesti kamu berkasar dengan dia. Cakap Mik, cakap!! Mik tak tahu Bu, Mik tak tahu Ayang berkeadaan begitu. Suasana menjadi kicau bilau seketika, Ayah ku dengan cepat mendapatkan Ibu. Abang Lil bertindak sewajarnya. Datin, bawak lah bertenang, yang penting sekarang keselamatan Ayang. Kita sama-sama lah berdoa agar Ayang selamat. Sepi seterusnya, masa menanti bagaikan tak tertanggung. Setelah dua jam, Sue pun keluar dari bilik rawatan kecemasan. Mik, keadaan isteri awak sudah stabil, tapi dia banyak kekurangan darah. Kami ingin periksa ahli keluarganya jika boleh menderma darah kepada nya. Terimakasih Sue, Ayang dah sedarkan diri? Boleh saya jumpa dia? SudahTapi dia masih lemah, saya rasa biarlah dia berehat dulu. Nanti saya akan panggil awak ya. Baiklah, terimakasih sekali lagi Sue. Oh ya Mik, tahniah! Seperti yang awak jangka kan, isteri awak hamil, sudah hampir tiga bulan. Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah. Berita yang aku terima telah aku sampaikan kepada ahli keluarga, mereka juga melafazkan Syukur. Aku menanti untuk berjumpa dengan Ayang dengan cemas.

Sungguh aku kesal dengan perbuatan aku sendiri. Tentu saja Ayang tidak menunjukkan kesan kerana dia kecil orang nya jadi walaupun sudah tiga bulan tidak nampak langsung perut nya yang sudah membawa zuriat ku. Malam semakin larut. Umi, Ibu pulanglah dulu, hari dah lewat ni, Ayang dah sedar, tapi kita tidak dibenarkan jumpa kerana dia perlu berehat. Biarlah Mik yang tunggu, kalau ada apa-apa Mik akan talipon segera. Berat hati mereka untuk pergi, bila dipujuk Abang Lil barulah mereka bersetuju. Aku menanti di luar bilik kecemasan tanpa dapat melelapkan mata. Bukan aku tidak boleh masuk, itu juga tempat aku bekerja tapi ini sebagai penghormatan pada sahabat ku yang menjalankan kewajiban nya, kerana tindakan itu juga akan aku ambil kalau aku berada di tempatnya. Mik, kamu masuk lah sekarang, dia bertanyakan kamu dan keluarga. Hati aku berdebar-debar, bimbang kalau Ayang histeria bila melihat aku. Aku dengan perlahan dekat pada katil nya. Wajah nya masih lesu dan pucat sekali. Rasa bersalah makin mencengkam diri. Apa yang telah aku lakukan. Aku mengucup dahi nya bila dia sedar aku disebelah nya. Ayang, maafkan Mik sayang. Mik tak tahu Ayang hamil, Mik zalim. Terima kasih sayang, terimakasih kerana memberi zuriat ini pada Ayang. Aku terkejut dengan lafaznya, tidak sama sekali aku jangkakan. Sikap keegoaan aku luput sama sekali, Ayang tidak langsung membenci atau menghukum aku kerana menyiksa nya, tidak langsung dia marah atau mendendam. Kerdil nya aku saat ini, aku meratap disisinya. Ayang maafkan Mik sayang, maafkan Mik. Itu saja yang dapat aku lafazkan. Jangan menangis sayang, hari ini hari bahagia kita sekali lagi. Kita harus menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Ayang ikhlas merelakan penyatuaan ini dari mula, itu tanggungjawab Ayang. Terima kasih sayang, Mik tak akan abaikan Ayang, Mik akan tebus kesalahan Mik. Aku menjadi penghuni hospital itu untuk beberapa hari, aku berehat dengan cukup. Oleh kerana Idham bekerja disitu, setiap masa lapang dia menemani aku. Makan ku juga disuapnya. Kesian aku melihatnya menebus rasa bersalah terhadap ku. Walaupun berulang kali aku lafazkan yang aku telah memaafkan nya, dia tetap juga cuba menggembirakan aku. Ayang nak makan buah, Mik potongkan ya. Tak nak lah, Ayang dah kenyang. Mik tak kerja ke? Dah lebih sejam Mik temankan Ayang.

Kenapa, Ayang tak suka Mik berada dekat dengan Ayang? Kalau tak suka, Mik pergi lah sekarang. Idham bergerak dari katil ku. Eh mana ada, kalau boleh nak Mik temankan Ayang hari-hari tau. Aku dengan manja merangkulnya dalam pelukan ku, Idham membalas mesra. Kami tidak sedar perbuatan kami menjadi tontonan. Amboi-amboi, bukan main manja lah pasangan ini. Teman-teman Mik baru tiba ke bilik hospital ku, dan teguran itu datang dari Hans. Aku nampak raut muka Idham berubah, perasaan cemburu nya jelas sekali. Walaupun aku malu tak terhingga dengan teguran itu tetap aku mendakap kuat tubuh Idham dan itu dapat merubah keadaan. Idham tersenyum puas. Kiara awak boleh pulang sekarang, semua persiapan telah dibuat. Kami datang nak mengucapkan selamat. Nanti bila senang kami akan melawat Kiara dirumah ya. Sue bersalaman dengan aku, rupanya Idham ingin beri aku kejutan, belum pun sempat sudah diberitahu oleh Sue. Hai Mik, takkan lah sampai cuti seminggu, yang hamil isteri kau bukan nya kau. Hans menyindir Idham. Belum sempat Idham menjawab, Aznil sudah membela sahabatnya. Mestilah Hans, kau apa tahu. Kau belum ada commitment yang mantap, masih berseronok kesana kesini. Kalaulah nanti Sue yang hamil, aku bukan cuti seminggu tapi sebulan mungkin. Kami seraya ketawa, baru lah Hans diam tak berkata-kata lagi. Idham memaksa aku duduk di kerusi roda kerana itulah udang-udang disitu kalau tidak dia akan mendukong aku hingga masuk ke kereta. Sue dan Anzil tergelak kecil bila dengan cepat aku terus duduk di kerusi roda itu. Tak mahu aku didukong macam anak kecil. Kami mengucapkan salam dan terus berlalu pulang ke rumah. Seminggu Idham dirumah bersama ku, bahagia dan selesa sekali. Aku dijaga rapi oleh Idham, tidak lagi dibenarkan membuat kerja-kerja rumah. Idham mengambil pembantu untuk menguruskan segala nya. Aku mudah keletihan, Ibu dan Umi kerap menziarahi aku tanpa kenal penat. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut ku semakin membunyut dan membesar, rasa tidak tertanggung badan sekecil ku untuk menggengdong bayi dalam kandungan ku ini. Ayang semakin letih Mik, dah tak dapat mengemas rumah, tak dapat masakkan Mik. Semuanya pembantu yang buat. Tak mengapa lah sayang, lagi dua bulan aje. Asal jangan pembantu pun kena layan Mik sudahlah.

Tak mungkin! Ayang tak rela. Mentang-mentang Ayang dah macam ni, Mik nak buang Ayang ya. Eh kenapa ni, Mik bergurau aje lah, jangan lah menangis sayang. Mik tak akan lepaskan Ayang dalam apa pun keadaan. Ayang cakap tak rela, itu menandakan yang Ayang dah terlalu sayang pada Mik kan? MestilahMik suami Ayang kan, bukan aje sayang, Ayang dah mula jatuh cinta. Sejuk hati Mik mendengar ucapan Ayang. Begitu lah keadaan aku kebelangan ini, mudah sekali terguris perasaan. Meminta perhatian sentiasa, Idham pula tak pernah jemu melayan kerenah aku. Anak tersayang semakin kuat pergerakkan nya. Aku selalu membelainya, mengajikannya, bercakap-cakap dengan nya. Idham tidak pernah lepas meletakkan kepala nya pada perut ku setiap malam untuk merasa dan mendengar perkembangan anak nya. Mik, hari ini ada temu janji dengan Sue untuk buat pemeriksaan, kandungan Ayang dah masuk sembilan bulan dan mulai sekarang Ayang harus datang dua minggu sekali tau. Anak kita dah tak sabar nak lihat muka Mama dan Abah nya lah. Jam berapa Ayang harus ke hospital, Mik ada pembedahan lah. Pagi ini, Ayang pergi dengan Mik sekali ya. Nanti disana biar Ayang saja yang jumpa Sue, Mik pergi lah pembedahan tu, bila selesai Ayang tunggu Mik di pejabat ya? Ok lah kalau macam tu, cepat lah siap. Payah sekali aku untuk mengenakan baju kurung yang telah aku ambil. Nak angkat tangan dan kaki untuk menyarung dah berat sekali rasanya. Aku lihat Mik tersenyum-senyum dari birai katil. Oh Mik ketawakan ya, sekarang Ayang dah hodoh, badan besar sebab tu jadi bahan ketawa. Siapa kata Ayang hodoh, Mik terpegun isteri Mik makin cantik biarpun dah hamil, biarpun perut tu dah membesar tetap mempersonakan Mik, kalau tak kerana nak pergi kerja, tak keluar kamar lah kita sekarang ni. Idham membantu aku memakai pakaian, berdandan serba sedikit dan aku mengenakan tudung dengan rapi. Setibanya di hospital, Idham hanya sempat menghantar aku ke bilik rawantan Sue, lalu dia bergegas menjalani tugasnya. Kami berselisih arah dengan Hans, dia baru saja keluar berjumpa Sue. Kami cuma melemparkan senyuman kerana Idham sudah terlewat. Kiara sihat hari ini? Sihat Alhamdulillah. Hari ini Dr. Sue nak buat pemeriksaan apa terhadap saya?

Lah kan Sue dah cakap, janganlah panggil Dr. panggil Sue aje dah lah. AlahhLupa lah, kalau macam itu, Sue panggil Kiara Ayang saja lah. Keluarga dan saudara mara pun panggil dengan nama tu aje. Elok tu!Baik lah hari ini Sue nak dengar denyutan jantung bayi dan Ayang harus mengambil pemeriksaan glucose untuk memastikan Ayang tak mengidap kencing manis. Dan saya juga akan scan bayi untuk memastikan dia berada dalam posisi yang baik. Banyak betul, mesti lambat kan, tak apa lah, boleh kita mula sekarang? Baik lahOh ya, betul ke Ayang tak mahu tahu jantina bayi ini, kalau nak tukar pendapat Sue boleh beritahu nanti. Bukan Ayang tak mahu tapi Mik tu tak izin kan, tak kisah lah Sue, yang penting bayi ini sihat dan cukup sifat nya. Hampir tiga jam aku menjalani pemeriksaan dengan Sue. Bayi berada dalam keadaan sempurna, hanya menunggu masa. Bila selesai perut aku terasa lapar sekali, tidak dapat aku menanti Idham bila dia belum berada di pejabat nya. Aku berlalu lagi dengan payah dan keletihan menuju ke cafetria hospital. Belum pun jauh. Ayang!Ayang? Tunggu lah. Alamak, kedengaran suara Hans. Dia lah orang yang tak ingin aku jumpa kerana aku tahu pasti Idham akan memberontak kalau tahu aku bertegur sapa dengan nya. Ayang mari lah Hans bantu, nampak payah betul Ayang nak jalan. Bila masa pulak yang dia panggil aku dengan nama gelaran, biasanya didepan Idham dia memanggil aku Kiara. Tak perlu, saya masih boleh lagi. Eh, tak payah lah pegang. Hans takut Ayang jatuh, marilah Hans pegang. Tak sangka ya, biasa nya orang yang sarat mengandung dah tak menawan lagi tapi Ayang tidak, masih cantik. Hans jangan lah, tak manis dipandang orang, Mik tak suka. Tapi Ayang suka kan? Mik tu panas baran orangnya, Hans tak macam dia, Hans romantis tau. Kalau bila-bila masa Ayang inginkan teman berbual cari lah Hans. Dari dulu Hans tunggu peluang nak berbual dengan Ayang, tapi Mik selalu tak beri kesempatan Hans lepaslah, jangan buat macam ni, lepas. Jangan dekat.Mikkk!!!

Aku meronta dengan kuat bila Hans cuba memeluk bahu ku. Tanpa aku sedar Mik dan Aznil sedang berlari menuju ke arah kami. Mik dengan pantas menarik Hans dan memberinya satu tumbukan yang kuat. Biadap kau Hans!! Hans terjatuh dengan pukulan Idham, segala nya berlaku dengan cepat, Hans masih lagi memaut bahu ku. Aku tidak dapat mengimbangkan tubuh ku, tidak dapat memaut pada Idham, aku terjatuh kuat. Aznil menahan Idham dari terus menyerang Hans. Ya Allah!!!Mikkk!!!.sakit Mik, perut Ayang sakit.Tolong AyangYa Allah!!! Ayang!!!Nil tolong aku, panggil Sue, aku bawa Ayang ke wad kecemasan. Aku meraung kesakitan dalam pelukan Idham. Tak sia-sia lah Idham selalu mengangkat berat dan bersenam, kerana biarpun aku sudah berbadan dua dia masih lagi dengan mudah menggengdong aku. Sabar Ayang, peluklah Mik untuk menahan sakit. Mik, Ayang takut, bayi kita MikAhhh!!!.sakitMik tolong!!! Kesakitan tak dapat aku kawal. Perut dan punggung terasa hampir pecah. Sabar Ayang, banyak beristihfar, kita dah sampai ni. Sue, tolong kami!! Idham meletakkan aku di katil kecemasan, barulah dia sedar bahawa pakaian dan lengan nya sudah berlumuran darah. Aku masih lagi meraung kesakitan. Aku tidak mahu melepaskan genggaman tangan nya, begitu juga Idham. Aku merayu pada Idaham dalam kesakitan. MikkkAyang takut.jangan tinggalkan Ayang, Mik dah janji tak akan tigggalkan Ayang, sakit Mik sakit. ShhhJangan cakap macam tu sayang, Mik tak akan tinggalkan Ayang, Mik bersumpah tak akan tinggalkan. Insyaallah, Ayang dengan bayi kita akan selamat. Jangan menangis sayangAyang mesti kuat, untuk Mik dan anak kita, mesti kuat! Airmata Idham dan aku tak terkawal linangan nya. Sue terpaksa menahan Idham dan Aznil di luar, berat sekali Idham melepaskan aku, Aznil memujuk dan memaut bahu Idham memaksa nya keluar. Tidak pasti berapa lama aku berada didalam. Mik, Ayang tumpah darah, dia perlu dibedah sekarang jugak untuk menyelamat dirinya dan bayi. Tapi Ayang macam mana? Dia tak kuat Sue, dia terlalu lemah untuk dibedah?

Kau tahukan, aku akan usahakan sedaya upaya, terutama sekali untuk sahabat aku. Kita tidak boleh lambat, Ayang dalam kesakitan yang amat sangat, setiap saat mencemaskan kandungan dan nyawanya. Mik, tandatangan disini, sekarang Mik. Mik, kau dengar lah cakap Sue, dia tahu apa yang terbaik buat masa ini. Yang selanjut nya kita berserah kepada Allah S.W.T. Baiklah, tapi izinkan aku berjumpa dengan Ayang sebelum kau mula. Aku sudah diberikan suntikan penahan sakit, walaupun ia tidak begitu berkesan dapat jugak mengurangkan kesakitan ku. Bila aku lihat Idham di pintu bilik kecemasan, airmata gugur serta merta. Idham mendekati aku, dapat aku lihat dengan berat dia menunjukkan reaksi yang tabah. Mik, Ayang minta maaf seandainya tak dapat membahagiakan Mik lagi. Ampunkan dan halalkan segala tanggungan Mik terhadap Ayang. Apa pun jua keputusan yang Mik ambil selamatkan lah anak kita, inilah satu-satu nya tanda sayang dan cinta Ayang pada Mik. Ayang jangan lah ucap benda-benda macam tu. Ayang tak boleh tinggalkan Mik, cinta kita baru saja bermula. Pandanglah Mik sayang, dan ingat lah raut wajah Mik yang akan selalu menyintai mu, ingat lah raut wajah ini yang akan mati tanpa mu. Berjanji lah Ayang akan kuat, harus kuat untuk Mik, berjanjilah Ayang. Ayang berjanji sayang. Kami saling berpelukan, Sue dan Aznil terpaksa meleraikan kami, waktu pembedahan dah tiba. Idham mengucup bibir ku lembut. Aku tak dapat mengawal tangisan, Mik berpesan ditelinga ku. Jangan Ayang ucapkan selamat tinggal, kita dah berjanji tidak akan meninggalkan diri masing-masing. Mik akan tunggu Ayang dan anak kita. Idham begitu tenang setelah melepaskan pelukannya. Dia memandangku dengan senyuman, debaran hati aku, kesakitan aku seakan hilang tiba-tiba, aku membalas senyuman nya. Katil ku ditolak ke bilik pembedahan, tidak lengkang senyuman dari bibirnya. Bila aku disuntik ubat tidur hanya yang ku bawa dalam ingatan ialah raut wajah Idham yang tersenyum, menyayangi aku sepenuh hati nya. Apa ertinya rumah sebesar ini jikalau tiada penyerinya, dulu Ayang, yang sentiasa menyambut kepulangan aku dengan kucupan mesra. Peristiwa yang terjadi dalam hidup ini benar-benar mengajar aku erti keikhlasan yang sebenar. Ayang menerima aku dalam hidupnya dengan penuh ikhlas dan syukur, walaupun belum kenal perwatakan aku. Aku sering kali menuduh nya yang bukan-bukan, dia tidak pernah sekali memberontak terhadap cemburu ku. Aku menganiayai dirinya waktu dia mula hamil dulu tapi dia mengucapkan terima kasih kerana memberikan dia kebahagian atas kurnianya amanah Allah. Dan akhir sekali, dia mempertahankan maruah nya

sebagai isteri ku dan bertarung nyawa untuk memberikan kebahagiaan yang tidak pernah cukup rasa kesyukuran aku terhadap Allah yang Esa. Assalamualaikum. Apa khabar putera Abah hari ini, sihat tak, dah susu ke belum? Aku mengucup mesra anak ku, Izam Mikail. Bila saja Sue keluar dari bilik operasi, dia dengan pantas mendapatkan aku dan keluarga. Apabila diberitahu aku mendapat anak lelaki, semua melafazkan kesyukuran tapi aku dangan cemas bertanyakan keadaan Ayang. Bukan aku tidak bersyukur tapi aku tak terdaya meneruskan hidup bersama bayi ini tanpa Ayang di sisi. Sue tersenyum, Ayang selamat walaupun banyak kehilangan darah dan lemah. Izam begitu comel dan gebu bila menjangkau umur empat bulan. Waalaikumsalam, tanya khabar Izam saja ke, tak tanya khabar Ayang? Mentangmentang dah ada Izam tak kisahkan Ayang lagi ya. Mana ada, dengan Mama Izam bukan saja tanya khabar nak tanya lebih-lebih. Bila nak beri Izam adik lagi? Bila boleh layan Abah pulak, dah rindu sangat ni. Kesitu pulak, Izam kecil lagi, taknak lah cepat sangat. Sekarang Mik mesti kongsi Ayang dengan Izam tau, tak boleh asyik nak layan Mik saja, Izam pun perlu perhatian Mama dia. HaiKalau taknak Izam ada adik cepat sangat pun takkan lah tak boleh layan Mik, kempunan lah Mik nanti. Lucu dengan perangai Mik yang tidak pernah jemu menagih perhatian dan belaian ku. Perhubungan kami semakin erat dengan kasih sayang dan percintaan yang mula menebal. Ok lah sayang, sekarang pergi mandi dan sholat, nanti kita makan malam. Malam nanti Ayang beri layanan paling istimewa untuk Mik, sampai boleh terbawak mimpi tau. Yahooo!!! Izam Mikail bakal menyambut hari lahir nya yang setahun. Aku bercadang ingin mengadakan pesta untuk nya. Dengan keletah nya bertatih kesana sini, ingin sekali aku lihat dia bermain bersama teman-teman sebaya nya. Idham bersetuju dan menyerahkan segala pesiapan pada ku. Mik, Ayang nak pergi belanja lah untuk majlis hari jadi Izam, boleh tak Mik cuti esok. Esok tak boleh lah sayang, Mik ada mesyuarat penting, kita pergi lusa aje ya.

Lusa?Nanti tak sempat persiapan nya, majlis Sabtu ini aje, takkan Jumaat baru nak belanja. Kalau Mik tak boleh ikut, izin kan Ayang pergi lah, nanti Ayang ajak Umi atau pun Ibu untuk temankan. Baiklah kalau macam tu, tapi ingat jangan nak melayan mana-mana lelaki yang tak kenal! Ok lah, Ayang tahuAyang layan yang kenal aje. Aku melirik untuk melihat reaksi nya. Idham dengan pantas bangun mengejar aku. OhhhSengaja ya nak layan lelaki lain, sengaja ya nak buat Idham cemburu, hah ni rasakan. Jangan lahAyang gurau ajeGelilah Mik, jangan! Idham merangkul dan mengusik seluruh tubuh ku. Dah lah aku penggeli, terpekikpekik aku diperlakukan begitu. Aku suka menduga perasaannya, setelah sekian lama hidup bersama, aku yakin cemburu Idham adalah kasih sayang yang tidak ada tokok banding nya terhadap aku. Kamu dah tuliskan apa kamu nak beli Ayang? Dah Ibu, kita pergi ke Jusco saja lah, senang sikit, semuanya ada disitu. Terserah kamu lah Ayang, Ibu ikut saja. Nanti Ibu pun nak belikan kan Izam hadiah. Nasib baik lah Ibu mertua ku masih kuat berjalan, lagi-lagi kalau pergi berbelanja. Kadang-kadang aku yang kalah padanya. Hampir tiga jam barulah kami dapatkan kesemua barang-barang yang aku perlukan. Ibu, nanti lepas jemput Mik kita pergi makan dulu ya, baru pulang. Boleh lah Ayang, Ibu pun dah lapar ni. Mik tahu ke kita nak jemput dia sekarang. Dah Bu, tadi Mik dah talipon Ayang. Dia dah menanti kita. Amboi banyak nya belanja, Ni Izam nak sambut hari lahir ke nak bertunang? Apalah Mik ni, bukan nya selalu, setahun sekali saja. Mana ada banyak pun, ni pasal ada hadiah Ibu dan Ayang untuk Izam sebab tu nampak penuh kereta ni.. Idham menggelingkan kepala melihat rajuk ku. Mik tak marah lah sayang, Mik tahu ini untuk cahaya mata kita yang satu tu, tapi kalau dah ada sepuluh nanti larat ke nak berbalanja macam ni. Berdekah ketawa Ibu dan aku. Amboi sampai sepuluh, larat ke aku?

Bila tiba di restaurant, kami menjamu selera bersama. Memang nikmat kalau makan luar sekali-sekala lagi-lagi kalau tengah lapar sehingga ada orang mendekati meja pun kami tak perasan. Assalamualaikum Ayang. Aku mendongak dan terkejut sungguh aku melihat tubuh yang dihadapan kami. WaalaikumsalamLisa!! Amboi selera sungguh makan sampai tak mendongak langsung. Kau apa khabar Ayang, lama tak jumpa, rasanya lepas kau bernikah, disitu lah hari terakhir aku jumpa kau kan? Ya lah, lama kan, aku sihat Alhamdulillah. Kenalkan ini Ibu mertua ku dan ini Idham, kau dah kenal suami aku kan, eh kau dengan siapa? Marilah makan sama. Aku kenal suami kau hari kau nikah tu lah, mana kau pernah ada kenalan lelaki tahu-tahu datang kad jemputan nak bernikah, terkejut satu kampus. Aku ada janji dengan tunang aku, tak mengapa lah, kita pun nak makan bersama Mik hanya senyum dan kembali tunduk menikmati makanan di pinggan nya. Begitu lah keadaan Mik kalau berjumpa sesiapa pun yang aku kenal. Tak pernah dia memulakan perbualan. Itulah yang dikatakan jodoh. Oh ya, aku dah ada cahaya mata, Izam Mikail namanya dan hari Sabtu ini anak aku berumur setahun. Ya ke, seronok nya! Nak jugak aku jumpa dia, kamu tinggal dimana. Ha elok lah tu, Sabtu ni aku buat majlis hari jadi untuk nya, kau datang ya, nah ini alamat aku. Kau mesti datang ya, bawak lah tunang kau sekali. Sabtu ni, boleh jugak aku pun tak ada temu janji. Ok lah Ayang, kita jumpa Sabtu ni, boleh cakap panjang-panjang lagi ya. Lisa bersalaman dengan Ibu dan berlalu. Persiapan majlis dibantu Mik dan keluarga. Aku menjemput saudara-mara dan kawan-kawan yang terdekat saja. Sue sekarang telah sarat mengandung, mereka awal-awal lagi telah tiba untuk membantu aku dan Idham. Lucu sekali melihat Izam kegembiraan dengan berbagai-bagai hadiah yang diterimanya. Sue membantu aku di dapur. Wah meriah nya majlis hari jadi Izam, pandai Ayang buat persiapan, lengkap semuanya. Terimakasih, bukan Ayang seorang yang buat, kedua keluarga pun bantu juga.

Aku sedang menyiapkan kek untuk Izam dan Idham sibuk melayan putera nya. Umi memanggil dari ruang tamu, ada tetamu datang lagi. Idham mendukung Izam, sama-sama menuruti langkah ku untuk menyambut tetamu yang tiba. Assalamulaikum Ayang, Idham. Terimakasih kerana sudi jemput kami. Kenalkan tunang aku, Hans Bagai gugur jantung aku, aku lihat raut muka Idham sudah mula kemerahan marah. Aku sambut salaman Lisa tapi Idham masih lagi tercegat merenung tajam ke arah Hans yang tidak langsung menunjukkan apa-apa reaksi. Sue dan Aznil juga terkejut dan dengan pantas Aznil mendapatkan Idham dan berbisik sesuatu kepadanya. Kenapa ni, kamu semua dah kenal Hans ke? Lisa berubah reaksi tiba-tiba. Hans dengan bersahaja memeluk Lisa dan berseloroh. Lisa tak perlu kenalkan Hans dengan mereka, Kita dah kenal dari kampus lagi, kita rapat dari dulu. Mik dan Ayang tak jemput Hans pasal Hans kan masih bujang, takkan lah nak datang majlis hari jadi budak setahun. Panjang lebar pejelasan Hans supaya Lisa tidak mengesyaki apa-apa. Idham nampak kembali tenang bila Aznil kejap memegang bahunya dan Izam juga memanggil-manggil Abah nya. Idham menghulurkan tangan bersalaman dengan Hans. Masuklah Hans, Lisa terimakasih kerana sudi datang ke rumah kami. Aku gugup sekali dengan keadaan sekeliling, tidak langsung aku sangka sahabat aku bertunang dengan Hans. Orang yang menyebabkan aku hampir kehilangan Izam dan nyawa ku sendiri. Aku cuba sedayanya melayan tetamu yang ada. Idham juga sibuk melayan kerenah Izam bersama anak-anak kecil yang lain. Kami semua harus memainkan peranan yang baik kerana tidak mahu peristiwa itu diketahui keluarga dan juga Lisa. Rasa simpati ku terhadap Lisa, haruskah aku memberitahunya tentang Hans. Sudahlah mungkin Lisa lebih mengerti tentang tunangnya dan mungkin Hans telah berubah selepas kejadian setahun dulu. Kau makin cantik Ayang, beruntung Mik mendapat isteri pandai jaga diri walaupun sudah melahirkan. Hans janganlah buat perangai buruk kamu tu di rumah aku. Aku tak akan teragakagak untuk menghalau kamu dari rumah aku. Aku berkasar terhadap Hans, tetapi tetap aku jaga perilaku sebagai tuan rumah. Jangan lah marah-marah, Hans tak percaya Ayang sanggup halau Hans, tak ingat Hans bersama Lisa? Takkan lah berkawan pun tak boleh, Hans ingin berkawan rapat dengan Ayang. Cerita-cerita Mik tentang keistimewaan Ayang dulu membuatkan Hans rasa rugi, kenapa lah bukan Hans yang memiliki Ayang.

Aku mendongak kepada nya dengan kemarahan ku yang tak terkawal lagi. Ayang bersyukur sangat kerana ditemukan dengan Mik, tidak akan ada lelaki lain setanding dengan nya yang dapat menggantikan tempat nya disisi Ayang! Kasih sayang, sentuhan dan belaiannya , sudah sebati dalam diri Ayang. Mik lelaki yang teguh dengan cintanya, apa yang menjadi milik nya tetap akan jadi milik nya, itu akan Ayang pastikan biar harus menggadai nyawa! Kamu tidak ada persamaan langsung dengan suami ku kalaupun diberi peluang biar pun sekali. Jangan lah hidup terus-terusan sebagai orang munafik Hans, sedar lah mungkin ada orang yang jujur menyayangi kamu dan kamu juga boleh bahagia seperti Mik dan Ayang. Sebelum aku berlalu dari Hans, aku kembali tenang dan berkata kepadanya lagi. Hans, belajarlah dari Mik tentang erti kesetiaan, empat tahun dia menjalani perlajaran itu. Aku berlalu, tetapi terkejut aku melihat Idham berdiri tidak jauh dari kami, tentu saja dia dapat menyaksikan dan mendengar segalanya dengan jelas. Lemah lutut ku ketakutan, Idham datang kepada ku dengan senyuman, tiada riak kemarahan langsung di wajah nya. Dia mengucup pipi ku, memandang Hans tepat pada matanya dan membawa aku berlalu ke ruang tamu tanpa berkata sepatah pun. Lisa, terimakasih kau sudi datang. Maaf ya tak sempat langsung nak sembangsembang dengan kau. Alahh, takpe lah aku faham kau banyak tetamu. Lain kali kita boleh jumpa lagi kan, persiapan untuk majlis pernikahan aku sudah makin dekat, boleh lah minta pandangan sahabat yang sudah melaluinya lebih dulu. Jangan lah tanya Ayang, Lisa tanya Mik aje. Dulu pun Ayang tak kisah dia nak bernikah, Mik aje yang sibuk buat persiapan. Aku mencubit lengan Idham kerana malukan aku, teman-teman kami terhibur melihat gelagat ku berlindung malu. Majlis berakhir lewat petang, segala siap kami kemaskan hampir jam lapan. Izam tidur awal kerana keletihan. Setelah semua pulang kami pun berehat apabila selesai sholat Ishak. Tidak aku sangka, buat majlis hari jadi pun sampai sepenat ini. Ayang letih ke? Kenapa diam dari tadi? Eh tak lahAyang puas dengan majlis hari jadi Izam. Gembira betul anak Ayang yang comel tu. Anak kita, kan dari kita datangnya Izam. Kelakar lah Mik ni, ialah anak kita. Kenapa Mik sunggul aje ni. Mik masih marah tentang tadi siang ya? Ayang benar-benar jujur dengan kata-kata Ayang?

Kata-kata apa Mik, cakap lah. Ayang bersyukur Mik dijodohkan dengan Ayang dan Mik tidak ada gantinya? Adakah kata-kata itu ikhlas dari hati Ayang? Mik masih belum yakin ke pada Ayang? Dari mula kita disatukan dan saat Mik memberi madu yang paling manis yang belum pernah Ayang rasakan, saat itu juga lah Ayang berjanji pada diri akan belajar mengenal diri Mik, perwatakan Mik dan kelainan kelakuan Mik. Dan dari situ lah Ayang sedar betapa dalam nya cinta Mik pada Ayang. Idham masih merenung ku dengan tenang. Ayang minta maaf tentang siang tadi, Ayang dah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari Hans. Mik tahu sayang, Mik yakin pada Ayang dan Mik tak marah. Malahan Mik gembira kerana dapat mendengar kenyataan Ayang siang tadi, telah lama Mik nantikan. Tidak sia-sia lah penantian dan usaha Mik selama ini. Ayang berjanji lah akan menjadi Bidadari Mik untuk selamanya. Jangan pernah Ayang tinggalkan Mik. InsyaAllah sayangInsyaAllah. Idham dan aku hanyut dalam belaian kasih sayang diantara kami. Sentuhan nya malam ini berlainan sekali, matanya tidak lepas dari mata ku. Ucapan kasih tidak henti-henti dilafazkan nya setiap kali bibir bertaut. Tangannya ramah meneroka seluruh tubuh ku, terasa kewanitaan ku diusik. Idham sengaja membuat aku mengerang merayu kepadanya. Diperlambatkan segala gerak-geri nya. Merayu lah sayang, merayu pada Mik yang Ayang inginkan Mik. Mikkkk.janganlah siksa batin Ayang. Mik tertaksuk pada Ayang sekian lamanya, kini giliran Ayang tertaksuk pada Mik Merayulah Ayang. Kucupan Idham makin liar, seliar tangan nya. Aku tidak dapat menanggung lagi. Ayang merayu sayanggg, Ayang inginkan Mik, berikan Ayang segalanya Mik. Arus kecil menjadi gelombang besar, rayuan ku dibalas akhirnya. Dua insan melayan nafsu yang dihalalkan hingga kepekatan malam. Biarkan kadang-kala aku lemas dengan cemburu nya insan bernama Idham Mikail, tapi aku bersyukur kerana itu adalah satu kelebihan nya untuk menyayangiku. Daripada ketagihan kasih sayang biarlah aku mendapat yang melimpah ruah. Kekurniaan yang luar biasa bukan milik setiap insan.

YA ALLAH, AKU BERSYUKUR DIATAS TULISAN MU YANG TELAH DIJANJIKAN INI. AKAN AKU PERLIHARA SEGALA NYA DENGAN KEBERKATAN MU, YA ALLAHAMIN TAMAT

You might also like