You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) TAJUK KURSUS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT3118) TARIKH MULA 23 FEB 2013

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 4/ JAN 2013 TARIKH HANTAR 6 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan jenis sifat dan bahan. 2. Mengaplikasi teknik pembuatan prototaip/projek berasaskan kayu dan logam. 3. Mengaplikasi pelbagai kaedah pembuatan prototaip/projek berasaskan kayu dan logam. 4. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan, barangan logam dan kelengkapan, serta bahan hiasan luaran dan dalaman. 5. Membuat laporan dan refleksi setiap produk yang dihasilkan. Kerja kursus ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran 2,3,4 dan 5. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Melakukan proses reka cipta dalam menghasilkan sebuah produk berfungsi. 2. Melakar konsep idea dan lukisan berbantukan komputer dalam bidang reka cipta . 3. Mempelbagaikan penggunaan bahan dalam penghasilan produk. 4. Membuat laporan dan refleksi terhadap hasil produk prototaip. Tugasan Projek (100%) Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Ia adalah komponen dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Melalui pembelajaran reka cipta ini diharapkan akan melahirkan pelajar yang imaginatif, kreatif dan inovatif supaya mereka boleh menghasilkan reka ciptaan untuk menyumbang kepada perkembangan kerjaya dan pembangunan teknologi negara. Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta untuk: 1. Menyediakan portfolio dengan mengumpul dan memproses maklumat yang berkaitan dengan teknik dan proses dalam penghasilan produk. 2. Menganalisis maklumat dalam kajian portfolio secara mendalam dengan mengaplikasikan proses-proses mereka cipta. 3. Menghasilkan sebuah prototaip sebuah produk berfungsi secara berpasangan. 4. Membuat laporan terhadap proses penghasilan produk tersebut.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. 3. 4. 5. Tugasan ini adalah berpasangan. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran. Hasilkan satu produk berfungsi dengan menggunakan bahan kayu dan logam. Produk yang dihasilkan hendaklah dibuat kekemasan yang sempurna menggunakan bahanbahan kemasan yang sesuai. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 7. Format penulisan laporan tugasan adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Font Arial. Saiz huruf ialah 12. Langkau satu setengah baris. Rujukan mengikut format APA berdasarkan tiga sumber yang berbeza. Contoh cara menulisnya;

Glenn. (1977). Teaching primary mathematics : strategy and evaluation . London: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Camel Graph. (2009). Sejarah dan Perkembangan. Dipetik pada 23 Februari 2011 daripada http://seniwarisanbudaya.blogspot.com/.
v. Lampiran (carta, jadual, gambar dan lain-lain). 8. Tugasan ini membawa markah 100 % dengan wajaran 60 %. 9. Bahagian kulit portfolio yang bersaiz A3 hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: LOGO KPM dan IPG NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN/NOMBOR KAD PENGENALAN KUMPULAN/ UNIT NAMA KURSUS TAJUK PROJEK/ TUGASAN KOD KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. 2. 3. 4. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong maklumat yang disampaikan. Keseluruhan isi dan maklumat perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Kriteria Pemarkahan 1. Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. 2. Markah akan diberi secara individu berdasarkan Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

Tugasan disediakan oleh _________________________ (HJ. KHAIRAZMY BIN MAT NOR) Penyelaras Kursus RBT3118 Jabatan Kajian Sosial IPGK Darulaman

Disahkan oleh, ________________________ (NASRUL BIN SAMSUAR) Ketua Jabatan, Jabatan Kajian Sosial IPGK Darulaman

You might also like