You are on page 1of 25

Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.

Pengenalan

Cukai jizyah diertikan sebagai cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang tinggal di negara Islam untuk menjamin perlindungan dan keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka. Cukai jizyah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila suku Yahudi Taima membayar cukai itu untuk mendapatkan perlindungan di bawah negara Islam Madinah. Pada zaman khulafa al Rasyidin sistem cukai jizyah dikembangkan akibat perluasan kerajaan Islam ke wilayah Mesopotamian, Asia Tengah, Syria dan Afrika. Dalam seluruh wilayah itu zimmi atau orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam terkena cukai jizyah. Menjelang penubuhan pemerintahan Bani Umayyah cukai jizyah telah merupakan salah satu sumber kewangan yang penting untuk pembangunan negara Islam. Pengertian Jizyah Cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islan ke atas nyawa, harta benda dan amalan agama mereka. Jizyah terbahagi kepada dua : Sulh al Jizyah : Cukai perlindungan kepada kaum lelaki bukan Islam yang menepati syarat yang telah ditetapkan. Jizyah al Ruus : Cukai diri. Latarbelakang kerajaan bani Umaiyyah.

Isi : Penubuhan Diwan al kharaj :

Selaras dengan dasar meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Umayyah, khalifah Muawiyah telah menubuh sebuah jabatan kewangan khas bagi menguruskan hal ehwal percukaian termasuk cukai jizyah. Tujuannya ialah bagi memastikan bahawa semua projek dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Pertubuhan kewangan dikenali Diwan al Kharaji.

Perubahan Dasar Perlaksanaan Jizyah :

Pada asalnya cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam saja ( zimmi) prinsip ini diamalkan pada zaman Khulafa al Rasyidin. Tetapi kerajaan Umayyah telah mengubah dasar ini. Bermula daripada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan cukai jizyah telah dikenakan bukan saja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam keturunan bukan Arab (Mawali) Perubahan dasar ini dibuat di atas nasihat Hajjaj bin Yusof al Thaqafi, seorang gabenor wilayah Umayyah. Dasar baru yang mendiskriminasi orang Islam bukan Arab adalah untuk mengatasi masalah kewangan dan menghalang orang bukan Islam memeluk agama Islam bagi mengelakkan bayaran cukai jizyah. Dasar baru dalam pelaksanaan cukai jizyah membangkitkan penentangan daripada umat-umat Islam bukan keturunan Arab. Tindakan ini

dianggap bersifat perkauman Arab dan mendiskriminasi terhadap kaum bukan Arab jadi mereka bersedia menyokong puak memberontak terutamanya puak Khawarij dan Syiah yang menentang Bani Umayyah. Buat pertama kali golongan rahib (padri dikenakan cukai jizyah semasa pemerintahan Abdul Malik sebelumnya golongan rahib dikecualikan daripada cukai jizyah kerana mereka bergantung kepada sumbangan kebajikan Khalifah al Walid bin Abdul Malik meneruskan dasar cukai jizyah yang ditetapkan oleh bapanya iaitu orang Islam bukan keturunan Arab terus dikenakan cukai jizyah. Al Walid meluaskan kuasanya dan jajahan takluknya terpaksa membayar cukai jizyah

Bentuk Bayaran Jizyah :

Tambahan pula Khalifah Abdul Malik mengubah bentuk bayaran cukai jizyah. Pada masa sebelumnya cukai jizyah boleh dibayar dalam bentuk pembayaran daripada hasil tanaman. Tetapi Khalifah Abdul Malik telah menghentikan pembayaran secara barangan dan menetapkan bahawa cukai jizyah haruslah dibayar dalam bentuk wang tunai.

Kadar Bayaran Jizyah :

Di samping itu kadar bayaran cukai jizyah dinaikkan sebanyak empat kali ganda pada zaman Khalifah Abdul Malik.

Perubahan dasar terhadap Cukai Jizyah Pada zaman pemerintahan Umar Abd. Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz bertindak memansuhkan cukai jizyah ke atas orang Islam bukan Arab. Beliau ingin menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Mawali dan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur antara Arab dan bukan Arab serta memujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam. Kadar bayaran cukai jizyah juga dikurangkan supaya tidak membebankan rakyat.

Mengembalikan Dasar Cukai Jizyah Seperti sebelum Umar Abd. Aziz

Khalifah Yazid II, pengganti Umar bin Abdul Aziz, mengembalikan semula dasar dikriminasi terhadap golongan Islam bukan Arab. Mereka terkena bayar lagi cukai jizyah. Tambahan pula kadar bayaran dinaikkan sebanyak 50 peratus.

Kesimpulan : Apa saja yang berkaitan.

Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin . Pendahuluan :

Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin. Pengertian Khalifah. Ciri-ciri kepimpinan Khalifah.

Isi : Pemilihan secara Baiah :


Perlantikan secara persetujuan orang ramai tanpa ada calon. Perlantikan Abu Bakar telah dicalonkan oleh Umar al-Khattab di Balai Bani Saidah Saidina Umar telah menjabat tangan Abu Bakar dan membuat pengakuan taat setia kepadanya dan diikuti oleh sahabat-sahabat lain serta kaum Ansar dan Muhajirin.Penerimaan masyarakat Madinah kerana Saidina Abu Bakar pemimpin Muhajirin yang paling layak dan berpengalaman luas dalam membentuk masyarakat Islam di Makkah dan Madinah serta mendapat dididikan kepimpinan Rasullullah saw.

Pemilihan secara wasiat :

Saidina Abu Bakar telah mencadangkan Umar al-Khattab untuk menggantikannya dan ahli syura telah menerima cadangan itu .Saidina Abu Bakar telah meminta Saidina Uthman b Affan menulis sepucuk surat perlantikan menyatakan Saidina Umar adalah penggantinya.Kemudian rakyat telah memberi baiah atau tat setia kepadanya. Pengalaman Abu Bakar menghadapi al-Riddah menyebabkan baginda meraskan negara perlu melantikan seorang pemimpin yang tegas supaya peristiwa itu tidak berulang. Maka perlantikan secara wasiat memang dianjurkan islam dalam situasi tertentu.

Melalui Majlis Perlantikan Khalifah :

Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan sebelum beliau bertujuan mengelakkan perpecahan dikalangan umat Islam .Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahlimajlis yang

lain.Dalam pengundian yang dijalankan Uthman b Affan telah dilantik untuk menjadi khalifah yang ketiga . Cara perlantikan ini menunjukan demokrasi subur dalampemilihan khalifah

Perlantikan secara paksa :

Perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a. disokong oleh penduduk Hijaz , Basrah dan Kufah manakala pemberontak tidak membaiahnya. Perlantikannya dianggap sah kerana kerajaan Islam Madinah menghadapi peperangan Jamal dan berlakunya pemberontakan. Justeru itu perlantikannya secara paksa tepat pada masanya kerana negara ketika itu memerlukan seorang khalifah yang tegas dan berwibawa untuk mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Cara ini juga dianggap demokrasi kerana sebahagian besar masysrakat islam membaiah khalifah Ali .

Kesimpulan : Perlantikan yang pelbagai cara dilaksanakan,namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.

Huraikan Perkembangan Institusi Wazir pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Pengenalan : 1. Kalimah wazir (menteri) membawa erti pembantu yang menjalankan urusan pentadbiran atau kuasa eksekutif bagi sesebuah negara telah dikenali dalam hampir semua tamadun manusia. Di zaman Rasullah s.a.w dan Khalifah Ar Rashidin, walaupun pemakaian istilah wazir ( menteri) tidak dikenali secara rasmi, namun Baginda Rasullah s.a.w dan khalifah al-Rasyidin bermesyuarat dan memberikan tugas-tugas tertentu bersifat pentadbiran kepada kalangan sahabat-sahabatnya. 2. Penggunaan wazir (menteri) dalam sistem pentadbiran Islam hanya pada zaman Khalifah Abbasiyah. Bahkan pada zaman Abbasiyah sendiri, pemakaian sistem wazir telah bermula sebelum kejayaan pemberontakan Abbasiyah yang terawal iailah Abu Salamah al Khallal, diikuti oleh Khalid bin Barmak dan lain lain. Ada pendapat yang mengatakan bahawa pemakaian sistem wazir dalam pemerintahan Abbasiyah sebagai membuktikan pengaruh Parsi yang besar dalam kejadian itu. Ini disebabkan oleh kalangan bangsa Parsi yang telah menjadi pendorong terkuat dalam pemberontakan Abbasiyah dan pembinaan kerajaan dan pembangunannya. Isi-isi :

Setelah pemberontakan Abbasiyah berjaya menamatkan kerajaan Islam pimpinan bani Umaiyyah dan berjaya mendirikan kerajaan, ciri pentadbirannya banyak dipengaruhi oleh sistem Parsi kerana bangsa itu menjadi pendokong terkuat kerajaan Abbasiyah sebagai tindak balas terhadap Umaiyyah yang mengutamakan orang-orang Arab dalam pemerintahannya. Pemerintah Abbasiyah yang beribu kota di Baghdad mentauliahkan seorang yang baik, berpengalaman dan terlatih bagi menjalankan urusan pentadbiran atau diberi kuasa eksekutif bagi pihak khalifah. Wazir (menteri) yang diberikan kuasa ini bertanggungjawab bagi semua urusan negara. Jawatan wazir atau menteri yang dilantik ini sama ada bertaraf Wazir Tafwidh atau Wazir Tanfiz. Apa yang dimaksudkan dengan wazir Tafwidh ialah seorang wazir yang diberikan kuasa yang tidak terbatas hingga ia bertanggungjawab dalam menentukan dasar dan melaksanakan pentadbiran. Wazir Tafwidh selalunya seorang sahaja. Manakala Wazir Tanfiz pula diberikan kuasa yang terbatas dalam aspek perlaksanaan dan dalam banyak hal ia dikehendaki merujuk kepada khalifah yang bertindak sebagai penggubal dasar pemerintahan negara. Bagi Wazir Tanfiz jumlah yang dibenarkan agak ramai seolah-olah bertaraf kementerian di bawah pimpinan

khalifah. Dengan kedudukan wazir Tanfiz ini seolah-oleah mereka ini adalah pengantara antara rakyaat dengan khalifah.

Sebagai contoh yang dijelaskan oleh Al-Iman al-Mawar di dalam kitabnya Ahkam al Sultaniah bahawa Wazir Tafwidh berhak menjalankan tindakan berikut secara bebas tanpa merujuk kepada khalifah. Antaranya:

Menentukan urusan berkaitan peperangan dan mengendalikan kes-kes al Mazlim ( aduan ). Hak-hak mentauliahkan dan melantik pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaan. Mengendalikan dan bertanggungjawab dalam kewangan negara. Mengurus dan bertanggungjawab dalam urusan ketenteraan.

Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir Tanfiz adalah terbatas dan dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar. Berdasarkan kedudukan wzir Tafwidh yang mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih luas telah menyebabkan syarat-syarat bagi melantik ke jawatan Wazir Tafwidh adalah seperti syarat-syarat perlantikan khalifah dan ia hendaklah beragama Islam. Manakala bagi Wazir Tanfiz pula boleh dilantik dikalangan bukan penganut Islam. Di Andalus pula, corak dan sistem wazir (menteri) berbeza di mana pentadbiran Islam di Andalus dijalankan oleh Jemaah menteri. Contohnya bagi urusan kewangan seorang wazir yang dikenali sebagai wazir almal. Bagi pelaksanakan undang-undang dan pengadilan, ada seorang menteri. Bagi urusan luar, terdapat seorang wazir, bagi urusan ketenteraan dan hal ehwal keamanan dan pertahanan seorang wazir yang lain pula dilantik Jemaah Menteri dalam pentadbiran kerajaan Islam di Sepanyol diketuai atau dipimpin oleh seorang yang menggunakan istilah Hajib. Jawatan Hajib di dalam Islam di Sepanyol seperti kedudukan Ketua Menteri atau Perdana Menteri dalam pentadbiran moden hari ini. Hakikatnya jawatan hajib sebenarnya wujud juga dalam sistem pentadbiran di Baghdad atau dalam kerajaan Abbasiyyah. Apa yang membezakan antara keduanya ialah Hajib di Baghdad hanya sebagai pegawai protokol istana sahaja. Manakala dalam kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol ialah pengantara Khalifah dan Jemaah Menteri atau dapat disifatkan sebagai Ketua Menteri.

Kesimpulan :

Berasaskan penjelasan di atas nyata terdapat perbezaan antara sistem menteri dalam Kerajaan Abbasiyah dan Umaiyyah. Perjalanan pentadbiran di

Sepanyol berjalan berdasarkan Jemaah Menteri. Manakala sistem pentadbiran kerajaan Abbasiyah pula kadang-kadang berjalan dalam bentuk sistem Wazir Wazir Tafwidh iaitu mengenal seorang menteri terkadangkadang sebagai bertaraf Wazir Tanfiz yang berkemungkinan dijalankan oleh lebih dari seorang Ketua Menteri. Demikian juga jemaah menteri dalam sistem pentadbiran di Sepanyol, ia merupakan pengantara antara Khalifah dan Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Hajib yang bertindaak sebagai Ketua Jemaah Menteri. Sedangkan jawatan hajib di baghdad merupakan pegawai protokol dalam Istana Khalifah sahaja yang sifatnya lebih rendah dan umum berbanding Hajib di Sepanyol.

Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi membangunkan ekonomi Islam. Pendahuluan : 1. Khalifah Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 Masihi dari bani Ad iaitu salah satu bani dalam qabilah Quraisy yang dipandang mulia dan berkedudukan tinggi. Umar seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan bijak. Pengislaman Umar merupakan satu kemenangan umat Islam. 2. Beliau menjadi khalifah yang kedua pada 13 Hijrah setelah dicadangkan oleh khalifah Abu Bakar dan mendapat perdetujuan oleh umat Islam. 3. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh Umar dalam bidang pentadbiran, ekonomi, dan sosial. 4. Konsep ekonomi Islam. Isi : Baitul Mal :

Baitul Mal ditubuhkan sebagai pembendaharaan negara. Semua pendapatan negara seperti kutipan cukai dan pungutan zakat diuruskan oleh Baitul Mal. Melantik pegawai iaitu Sahib al-Baitul Mal untuk menguruskan Baitul Mal.

Memantapkan Cukai Jizyah :

Cukai jizyah dibayai oleh bukan Islam yang mendapat perlindungan politik dan keselamatan daripada pemerintah Islam. Kadar jizyah tidak membebankan seperti penduduk Mesir membayar 2 dinar dan Syria 1, 2 atau 3 dinar mengikut kemampuan.

Mengemaskini Cukai Kharaj :

Cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama ada secara rundingan dan peperangan. Tanah yang terlibat merupakan tanah yang

bertuan atau tidak bertuan. Cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam atau berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman. Sistem Pentadabiran Tanah :

Sistem atau dasar pentadbiran tanah diwujudkan terutama di Iraq bagi mengelakkan berlakunya penindasan ke atas penduduk Iraq. Satu kaji selidik tanah di Iraq dilaksanakan untuk memudahkan penaksiran cukai dan menentukan jenis tanaman untuk pertanian tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di Iraq. Semua hasil tanah di Iraq hanya untuk kegunaan bagi penduduk Iraq.

Memajukan Sektor Pertanian :

Terusan dibina. Antaranya ialah Terusan Amirul Mukminin di Mesir. Pembangunan pertanian dipertingkatkan terutama di Mesir dan Iraq. Bagi memajukan aktiviti pertanian sistem taniah diperkenalkan bagi mengatasi tanah yang terbiar. Rakyat digalakkan membuka tanah baru. Tali air dan menghubungi Sungai Nil dengan Laut Merah. Di Iraq, Empangan Abu Musa dibina.

Pembayaran Gaji :

Khalifah Umar membayar gaji kepada semua pegawai termasuk angkatan tentera. Gaji hakim dinaikkan bagi mengelakkan rasuah dan penyelewengan. Tentera tetap dibayar gaji supaya mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertahanan negara.

Memperkenalkan Buku Kira-kira :

Ini adalah untuk merekod semua kemasukan dan pengeluaran sumber negara. Semua kutipan,simpanan dan agihan perlu direkod dan dan dikemaskini supaya tidak ada penyelewengan.

Menyeragamkan Sistem Mata wang : 1. Piawaian matawang dirham telah ditetapkan seberat 3.96 gram atau 14 qirat 2. Dinar emas 3. Dirham Perak 4. Dirham Bajlli 5. Dirham Rumi 6. Dirham Tabari Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Negara :

1. Kutipan zakat keatas kuda 2. Kutipan usyur 3. Hasil Ghanimah dimasukkan kedalam Baitulmal. Kesimpulan : Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dianggap sebagai Zaman Keemasan Kerajaan Islam dengan pembaharuan dan pembangunan negara.

Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam pada zaman Umar Al-Khattab. Pendahuluan : 1. Latar belakang saidina Umar Al-Khattab-Khalifah ke-2 zaman khulafa AlRashidin 2. terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. 3. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. 4. Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. 5. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. 6. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan Agama ) 7. Meninggal dunia pada 23H. Isi : Pembaharuan Yang Dilakukan Oleh Khalifah Umar Al-Khattab : Sistem Syura :

Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.

Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.

Perluasan Wilayah Islam :


Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh, Mekah, Damsyik, dan Kufah. Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

Perlantikan Pegawai Wilayah :


Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi. Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

Pengurusan Tanah :

Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. Tanah yang tiada waris.

Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh tentera Islam. Hasil pungutan tanah digunakan oleh membangunkan wilayah masing-masing. pemerintah Islam untuk

Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

Sistem Percukaian Tanah Dan Tanaman :


Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh: Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

Memajukan Sektor Pertanian :


Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

Struktur Pentadbiran Ketenteraan :


Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims.

Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kehakiman :

Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

Kesimpulan :

Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam.

Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah. Pendahuluan :

Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum. Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara. Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara tidak banyak.

Isi : Sejarah Penubuhan Baitulmal :

Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai maka hasilnya dibahgikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya. Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang ditentukan oleh undangundang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal. Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b. Naufal dan Jubair b. Mutam untuk mengendalikan Baitulmal. Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawaipegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah pentadbiran Baitulmal pusat. Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu. Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan kehendak undangundang Islam.

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah :

Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini. Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan di Baitulmal.

Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal. Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti membuka ladangladang baru, membaiki dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti perdagangan. Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.

Kesimpulan :

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan negara. Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah.

Etika-etika Peperangan Dalam Islam :

Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Huraikan taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pendahuluan :

1. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. 2. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka. 3. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah. 4. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. 5. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. 6. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan. Isi : Taktik Menunggu Musuh :

Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al Saf :

Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :


Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan :

Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.

Tentera Islam mengepung kota memutuskan bekalan makanan.

ini

buat

seketika

sehingga

berjaya

Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :


Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa alRasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran :

Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

Kesimpulan :

Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam

Nilaikan Kepentingan Perang Badar Kepada Umat Islam. Pengenalan :

Konsep perang/jihad dalam Islam. Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah. Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.

Peristiwa Perang Badar

Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut. Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan. Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda. Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orangorang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang. Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam. Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, alWalid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketigatiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan. Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.

Isi : Kepentingan Perang Badar

Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa. Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti. Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh. Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lainlain. Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam. Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil. Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan. Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan. Kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai . pemimpin agung. Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan. Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dancabaran.

Mengutamakan aspek pendidikan.

Kesimpulan : Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpinpemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam.

Huraikan Ciri-Ciri Utama Sistem Pemerintahan Islam Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah Pengenalan : Latar belakang pemerintahan kerajaan Abbasiyah :

Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lainlain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 TM. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun. Tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah, Khalifah Abu Abbas Al Saffah, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.

Isi-Isi Penting : Kedudukan Khalifah :

Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan Abbasiyah. Khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine authority ). Pada peringkat kemunduran Abbasiyah, kedudukan khalifah terus dikekalkan kerana ia dianggap punca kesahan kewibawaan dan kuasa seseorang atau sesuatu jawatan.

Dasar Terbuka dalam Pentadbiran :

Sistem pemerintahan Abbasiyah membayangkan keadaan sebenarnya masyarakat majmuk. Kerajaan Abbasiyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain. Walaupun

pada peringkat awal Khalifah Abbasiyah daripada keturunan Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah ialah bangsa berketurunan Parsi. Sistem Birokrasi :

Pada zaman Abbasiyah, semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dilaksanakan oleh sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid dengan majoriti pegawai diambil daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak berketurunan Arab. Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera pentadbiran. Dalam pentadbiran Abbasiyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.

Pentadbiran Pusat dan Wilayah :

Dalam pentadbiran wilayah-wilayah, kerajaan pusat di Baghdad mempunyai hubungan yang rapat dengan wilayah. Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang dilantik dengan persetujuan wazir untuk menguruskan halhal kerajaan. Kedudukan amir bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan kerajaan pusat. Amir-amir tertakluk kepada pengawasan Diwan al-Barid ( Jabatan Pos ). Setiap wilayah juga mempunyai jabatan pos sendiri dan amir wajib melaporkan semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua Jabatan Pos di Baghdad.

Pentadbiran Kehakiman :

Dalam urusan kehakiman segala urusannya diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik oleh ketua hakim. Hal-hal sivil yang berkaitan dengan orangorang bukan Islam terserah kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang Islam diuruskan oleh kadi. Pelantikan hakim berasaskan beberapa syarat seperti lelaki dewasa, beragama Islam, berfikiran waras, dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan.

Pentadbiran Ketenteraan dan Keselamatan :

Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, khalifah telah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi ketenteraannya. Pertama, keanggotaan tentera Abbasiyah tidak terbatas kepada orang-orang Arab sahaja. Bayaran elaun dan hakhak istimewa yang pernah diberikan kepada orang-orang Arab telah diberhentikan kecuali mereka yang masih berkhidmat tetap. Kedua, tentera Abbasiyah terdiri daripada tentera bergaji tetap dan tentera sukarela yang hanya menerima bayaran sewaktu mereka bertugas dalam sesuatu kempen. Ketiga, khalifah mewujudkan tentera peribadi yang dikenali tentera Khurasan. Keempat, tentera Abbasiyah juga terdiri daripada orang-orang Turki yang berasal dari Asia Tengah. Mereka ialah mamluk yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf hamba.

Pengurusan Ekonomi :

Berbanding dengan Umayyah, pemerintahan Abbasiyah menggalakkan bidang pertanian dan industri untuk memperkukuh ekonomi empayar. Taraf sosial kaum tani dipertingkatkan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang lebih adil dan pelaksanaan sistem cukai yang lebih berpatutan. Perkembangan ekonomi menyebabkan lahirnya golongan pemerintah yang tidak bergantung kepada keturunan tetapi berasaskan kekayaan dan pengetahuan ilmu.

Dasar Terhadap Golongan Bukan Islam :

Dasar terhadap golongan dhimmi ( orang bukan Islam ) adalah lebih terbuka. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah.

Peningkatan Taraf Keintelektualan :

Penterjemahan, perkembagan pelbagai ilmu, dan kelahiran pelbagai mazhab pada zaman Abbasiyah menyebabkan berlakunya peningkatan taraf keintelektualan. Zaman Abbasiyah menyaksikan penterjemahan karya-karya Plato, Aristotle, Euclid, Galen, dan lain-lain ke dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh Asia Barat. Sekolah dan pusat pengajian tinggi diwujudkan di seluruh empayar.

Hubungan Diplomatik :

Pada zaman Harun al-Rasyid telah muncul empat buah kerajaan besar iaitu kerajaan Byzantine yang berpusat di Istanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis di Eropah, dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan kerajaan Perancis adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan kerajaaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine adalah genting dan sering bermusuhan.

Sistem Pewarisan Dasar Pemerintahan :

Al Makmum mewarisi pemerintahan bapanya Abu Jaafar Al Mansur. Beliau meneruskan kegemilangan pentadbiran dan keintelektualan yang telah dilaksanakan oleh bapanya.

Kesimpulan :

Apa-apa yang berkaitan.

Soalan: Huraikan pentadbiran pusat kerajaan Moghul di India dari abad ke16M hingga abad ke17M. Kerajaan Moghul diasaskan oleh Babur/Baber yang telah mengalahkan Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat. Antara pemerintah berwibawa ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir setelah pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh British. Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akbar merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Akbar telah membentuk sistem birokrasi separuh awam dan separuh tentera iaitu mansabdar. Mansabdar merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. Mansabdar ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau jagir. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar wazir. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. Khan Qanan iaitu jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua mansabdar. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah Diwan yang menguruskan hal kewangan, Mir Bakhsi yang mengurus gaji tentera dan akaun dan Sadr-us-Sudur yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan. Muhtasib pula menjaga moral awam manakala Qadi al-Qudah mengurus hal kehakiman dan perundangan. Pada peringkat bandar, Kotwal akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar. Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi

pemerintah. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula amalan syura dalam pemerintahan. Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain. Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama memainkan peranan penting menasihati pemerintah.

Esei perbezaan sistem kerajaan pusat dan kerajaan wilayah Soalan: Jelaskan perbezaan kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah yang diamalkan kerajaan Khulafa al Rasyiddin dan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Pengenalan Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam diperintah oleh para khalifah yang digelar Khulafa al Rasyidin yang meneruskan dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda. Namun, terdapat juga penambahan dasar ekoran negara dan wilayah Islam yang semakin luas. Misalnya, pemerintahan terbahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Penggubalan dasar-dasar pada peringkat wilayah adalah selari dengan dasar peringkat pusat dan diamalkan sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah. Kerajaan Khulafa al Rasyidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah Khalifah Abu Bakar al Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula diasaskan Uthman bin Ertughrul Sulaiman Shah pada 1280M. Pentadbiran kerajaan pusat mendominasikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran manakala kerajaan wilayah miliki kuasa autonomi yang terbatas. Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pentadbiran pusat berpusat di kota Madinah manakala untuk kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Istanbul. Antara kerajaan wilayah zaman Khulafa al Rasyidin ialah Makkah, Baghdad dan Damsyik manakala kerajaan wilayah zaman Turki Uthmaniyah ialah Madinah, Makkah, Baghdad, Damsyik, Andalus dan Mamluk. Kuasa tertinggi kerajaan pusat zaman Khulafa al Rasyidin ialah khalifah manakala Amir mengetuai kerajaan wilayah. Khalifah dipilih melalui syura dan mereka memerintah berdasarkan hukum syariah berpandukan al Quran dan Sunnah. Pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah, kuasa tertinggi kerajaan pusat dipegang oleh Sultan manakala Gabenor atau Wazir mengetuai kerajaan wilayah. Sultan dipilih secara warisan manakala Gabenor wilayah dilantik oleh Sultan tanpa berdasarkan keturunan. Seperti khalifah, sultan memerintah berlandaskan syariah Islam manakala Gabenor memerintah berasaskan panduan yang ditentukan oleh sultan. Bagi kedua-dua kerajaan ini, kerajaan pusat bertanggungjawab dalam segala aspek pentadbiran termasuk pentadbiran wilayah. Kerajaan pusat akan membantu perbelanjaan kerajaan wilayah dan sebagai balasannya, kerajaan wilayah

akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan kerajaan pusat. Misalnya, urusan berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa peperangan. Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai serta bantuan ketenteraan. Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi segala arahan kerajaan pusat. Khalifah dan Sultan berkuasa melantik dan memecat Amir dan Gabenor/Wazir. Khalifah dan Sultan akan memerintah sehingga meninggal dunia. Aspek ekonomi, politik dan sosial diuruskan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, kerajaan wilayah yang merupakan bandar-bandar kecil perlu berganding bahu dengan kerajaan pusat demi menjamin keamanan, kemajuan dan keharmonian rakyat serta negara. Penutup Kesimpulannya, kerajaan pusat dan kerajaan wilayah mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek. Namun kedua-dua bentuk kerajaan ini perlu saling bekerjasama bagi memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan selamat.

You might also like