You are on page 1of 39

j-QAF KELAS PEMULIHAN JAWI

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia

TAKRIF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

OBJEKTIF

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar kelas ini ialah muridmurid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.

STRATEGI PELAKSANAAN

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.

TUGAS J/K PELAKSANA

Kenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang. Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan. Sedia bahan bantu mengajar.

STRATEGI PELAKSANAN

Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut agihan kemahiran dan kaedah P & P yang telah ditentukan. P & P guna kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan. Buat penilaian dan rekod pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

AGIHAN TUGAS Guru Besar


Tubuh Jawatankuasa Pelaksana Adakan mesyuarat penyelarasan Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

Ketua Panitia Pendidikan Islam


Setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. Semak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.

Guru Mata Pelajaran

Buat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi. Teruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.

Guru Pemulihan Jawi

Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah P&P yang telah ditetapkan. Rekod hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Laporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia dan Guru Besar.

Waktu Waktu 1 Waktu 2 Waktu 3 Waktu 4 Waktu 5 Waktu 6 Waktu 7 Waktu 8 Waktu 9 Waktu 10 Waktu 11 Waktu 12 Memperkenalkan huruf tunggal

Kemahiran

@x@t@p@l@a

Memperkenalkan huruf tunggal @@@@@ Memperkenalkan huruf tunggal @@@@@ Memperkenalkan huruf tunggal @ @@@@@ Memperkenalkan huruf tunggal @ @@@@@ Memperkenalkan huruf tunggal @t@@@@@ Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf@ Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

p@l@a @@x @ @@ @ @ @ @t@

KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran huruf tunggal: Boling Tenteng Main kad Keretapi

KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran suku kata : Sahibba Pancing Ikan

KAEDAH P&P
Nyanyian: Rasa Sayang Jawi Eja dan Baca Vokal dan Suku kata.

PENILAIAN

Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan suku katasuku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkod ke dalam Borang Penilaian Kelas Pemulihan Jawi.

MODUL P&P
Waktu 1 : Memperkenalkan huruf tunggal Objektif : Murid boleh mengenal dan menulis huruf tunggal Cadangan aktiviti : Memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf: Menggunakan kad (kad imbasan / kad tebuk) Melakar huruf di udara.

MODUL P&P
Menyebut huruf secara latih tubi: Kelas Individu Bermain permainan boling. Penilaian dibuat secara individu dalam bentuk : Lisan - Guru menayangkan kad huruf-huruf yang telah dipelajari. - Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut Tulisan Guru menyebut huruf-huruf yang dipelajari dan murid dikehendaki menulis huruf tersebut di atas kertas.

KERJA RUMAH

Guru hendaklah menyediakan lembaran kerja yang mengandungi huruf yang telah dipelajari. Ruangan untuk tandatangan ibu bapa hendaklah disediakan. Murid diminta menulis semula huruf-huruf tersebut di rumah. Murid diminta mengambil tandatangan ibu bapa mereka setelah menyempurnakan tugasan tersebut. Guru hendaklah menyemak tugasan tersebut pada keesokan hari.

BOLING

ALATAN

Tin susu sebanyak 6 biji diwarna dan ditulis dengan huruf Jawi tunggal yang hendak diajar. Bola kecil. Lembaran kerja

CARA PERMAINAN

Susun tin mengikut bentuk piramid atau tiga segi. Setiap murid dikehendaki membuat lontaran ke arah tin tersebut. Murid dikehendaki menyebut huruf-huruf yang terdapat pada tin yang jatuh. Tepukan diberi kepada murid yang menyebut dengan betul. Sebagai pengukuhan murid diberi lembaran kerja untuk menulis

TENTENG

ALATAN

Tapak permainan Ceper 7 keping sampul surat dilabelkan nombor 1 hingga 7. Setiap keping mengandungi 3 huruf. Hadiah Kad undian huruf a@ hingga (huruf mengikut jumlah murid).

CARA PERMAINAN

Murid diundi dan bersedia di tepi tapak permainan. Murid yang mendapat huruf alif memulakan permainan dengan melontar ceper ke dalam kotak tenteng yang tersedia. Murid dikehendaki mengambil sampul yang sama nombornya dengan nombor di mana cepernya jatuh. Sampul dibuka murid dikehendaki menyebut semua atau dua daripada huruf yang terdapat dalam sampul tersebut. Murid yang berjaya menyebut huruf tersebut boleh meneruskan permainan tenteng. Murid yang berjaya menyudahkan lompatan mengikut urutan akan diberi hadiah.

SAHIBBA

ALATAN

Kad huruf Tapak Sahibba Kad suku kata Lembaran kerja

CARA PERMAINAN

Permainan secara individu. Setiap suku kata rumi yang dapat dijawikan diberi mata. Murid menyusun huruf menjadi suku kata jawi mengikut arahan yang diberi di atas tapak sahibba. Murid menyebut bunyi suku kata yang telah disusun. Setelah dapat menyebut suku kata murid menulis pada lembaran kerja yang disediakan.

MAIN KAD HURUF

ALATAN

Set kad huruf Jawi dari Alif hingga Nya

CARA PERMAINAN

Huruf-huruf Jawi disusun tanpa mengikut susunan atau urutan. Setiap murid diberi empat keping huruf. Kad huruf selebihnya diletakkan di tengah. Murid mengambil satu daripada lebihan kad huruf kemudian mengeluarkan satu kad hurufnya dan diletakkan di tengah. Sambil mengeluarkan kad, murid menyebut huruf tersebut sebanyak tiga kali. Kad yang telah dikeluarkan oleh mana-mana pemain boleh diambil oleh pemain lain. Permainan dijalankan mengikut giliran. Murid yang dapat mengumpul empat huruf jawi yang berurutan diberi kemenangan dan ganjaran. Murid yang lain meneruskan permainan untuk menentukan tempat kedua dan seterusnya.

PANCING IKAN

ALATAN

Objek ikan dikerat dua Batang pancing Kad suku kata Lembaran kerja Gambar

CARA PERMAINAN

Permainan dijalankan secara berkumpulan Tampalkan gambar di papan hitam Murid dikehendaki memancing gambar bersuku kata yang boleh membentuk perkataan bergambar. Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan berdasarkan gambar dengan pantas dikira sebagai pemenang.

KERETAPI

ALATAN

Kad huruf bertali (besar) boleh digantung di leher murid.

Arahan:

Guru menerangkan cara permainan kereta api. Setiap murid diberi kad huruf dan digantung di leher mereka. Kad huruf digantung di bahagian depan dan belakang. Huruf yang digantung di leher murid adalah huruf yang sama.

CARA PERMAINAN

Guru memilih seorang murid memainkan peranan sebagai kepala kereta api. Murid ini tidak diberi huruf. Murid-murid lain diberi huruf. Mereka akan menyusun huruf-huruf tersebut mengikut urutan di stesen yang ditentukan. Kepala kereta api berbunyi tut, tut, tut, huruf apa sekarang? Murid yang mempunyai huruf pertama, contohnya huruf (a), akan meletakkan kedua tangan di bahu kepala kereta api dan menyebut huruf (a) 3 kali.

CARA PERMAINAN (SAMB.)


Setelah 3 kali menyebut, kereta api akan mula bergerak satu pusingan sambil berbunyi tut, tut tut Setelah satu pusingan, kereta api akan berhenti semula di stesen dan kepala kereta api akan berbunyi tut, tut, tut, huruf apa sekarang. Murid kedua yang mempunyai huruf (l) akan meletakkan tangan di bahu murid (a@) dan menyebut huruf (l) 3 kali. Permainan akan diteruskan sehingga semua murid selesai bermain. Setelah kereta api dilengkapkan murid-murid menyebut semula huruf masing-masing mengikut urutan.

You might also like